Saturday 5 April 2014

SEDAPNYA VADAI...

ASSALAMUALAIKUM..

BUAT SENDIRI SEDAP NIH..
Pasti anda bersetuju jika saya katakan ramai orang di Malaysia menjadikan laman sosial facebook dan Instagram sebagai peneman di setiap masa yang terluang. Saya sendiri mengakui yang saya seakan tidak boleh lekang daripada laman-laman sosial ini.

Pernah ada beberapa rakan yang mengeluh kepada saya menyatakan kesukaran menghubungi saya melalui panggilan telefon tetapi mudah pula dihubungi dengan facebook. Bercakap tentang facebook, topik minggu ini merupakan pilihan teman-teman dan pengikut facebook saya.

Pada minggu lepas saya sengaja menaikkan status dengan menyatakan yang saya keliru memilih di antara salsa atau vadai yang perlu saya tulis dahulu dalam ruangan ini. Oleh itu saya minta jasa baik mereka memilih topik yang mana satu mereka paling suka. Jadi kebanyakannya memilih vadai untuk ditulis dahulu.

Selepas topik ini, Insya-Allah saya akan menulis pula cerita tentang salsa. Saya masih ingat lagi pada zaman sekolah menengah dahulu. Saya bersekolah di Sekolah menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.

Bila pulang sekolah saja, saya pasti singgah di gerai membeli vadai di Stesen Bas Terminal 1, Seremban. Maklumlah pulang selalu petang perut pun lapar.

Jadi vadai antara menu yang sesuai pada waktu petang. Vadai juga disebut dengan nama wada, vade atau bara ini merupakan makanan snek bergoreng yang berasal dari Karnataka di Selatan India.

Ada dua jenis vadai yang biasa didapati yang dijual iaitu vadai yang dikenali sebagai medhu atau uddina. Vadai medhu atau ulundu yang diperbuat daripada kacang dal jenis urad. Bentuknya seperti donut kerana mempunyai lubang di tengah. Vadai jenis ini ada yang mencampurkan nasi dalam adunannya. Ulundu vadai sedap dimakan bersama chutney atau kari sayur (sambar).

Satu lagi vadai dinamakan paruppu atau bele vadai dan diperbuat daripada kacang dal jenis chana yang berbentuk bulat (tebal di tengah nipis di tepi).

Kebiasaan dalnya tidak dikisar terlalu halus dan satu perempat dibiarkan tanpa dikisar. Untuk mendapatkan tekstur yang cantik pastikan anda merendam kacang dal tiga hingga empat jam atau semalaman sebelum dikisar.

Bagi bahan-bahan dalamnya, campurkan cili hijau yang dicincang halus, daun kari dan bawang besar dan kecil yang ditumis. Apabila semuanya telah dicampurkan, ambil sejemput doh dan bentukkan bulat leper dan kemudian terus digoreng dengan minyak yang panas.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my

12 comments:

  1. Replies
    1. ya kak pun suka ni...tq Muhammad Khairuddin Lim.

      Delete
  2. saya pun suka vadai ni...makan sebiji pun dah kenyang..

    ReplyDelete
  3. vadai..? kat tempat saya tak panggil vadai rasanya.. tapi x igt dah panggil apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa agaknya panggilannya ya pha is? sebelah penang mmg femes kuih nih...tq Pha Is.

      Delete
  4. nak buat pun xsusah sangat rasanya sedap.....tq nohas.

    ReplyDelete
  5. sedap ni sis.. diperbuat daripada kacang kuda.. pling suka kalau orh jual tu buat pedas..ltak cili banyak :P
    mnabung colgate....

    ReplyDelete
  6. yeke..kacang dal pun sedap juga...gaul jer apa yg suka n goreng...tq sobri rajin menabung utk kak..

    ReplyDelete
  7. ya sedap nih...tq Yun Sing.

    ReplyDelete
  8. ada yg suka mkn dgn cili hijau tp sy sukan mnk gitu2 je

    ReplyDelete
  9. yeke..tapi sedap juga makan gitu2 saja....tq Kharin anies.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist