Saturday 29 June 2019

MAAFKAN SAYA MAK!

ASSALAMUALAIKUM


Tahu tak apa yang dilakukan oleh orang politik bagi memperbaiki persepsi masyarakat terhadapnya apabila sudah bersara?
Mereka menulis atau mengupah orang menulis kisah hidup.
Perkara yang sama dilakukan oleh anak yang menulis cerita-cerita ibunya (atau kisah sendiri sebagai ibu).
Ada sebahagian anak menggunakan peluang menulis kisah hidup ibu bagi membentuk persepsi baharu dalam penyampaian cerita keluarga.
Cerita yang disampaikan tetap sama.
Cerita tidak berubah.
Apa yang dibuat adalah membentuk makna baharu melalui kesimpulan, ibrah dan sudut pandang yang ditulis oleh anak.
Misalnya dalam kehidupan sebenar, inilah ibu;
  • Ibunya hanya bersekolah setakat darjah empat.
  • Ibu dikelilingi ipar yang berpendidikan dan berjawatan.
  • Ibu hanyalah suri rumah yang duduk di kampung.
Pada mata kasar, ini cerita wanita yang berpendidikan rendah tanpa pekerjaan profesional.
Bunyinya seperti sisi tempang kehidupan ibu.
Penulis kemudian merangka cerita ini dengan mengaitkan pula jiwa besar ibu berkaitan hal pendidikan dengan membentuk rantaian cerita dalam bab-bab lain.
Persepsi diubah apabila penulis merancang sedemikian.
Misalnya, ditulis kisah ibu berjalan hampir satu kilometer setiap hari menghantar anak mengaji.
Ada juga cerita pesanan 'hidup mulia' yang kerap menjadi perbualan ketika sesi lipat kain di ruang tamu.
Akhir sekali, pembaca melihat ibu penulis bukanlah orang yang tertewas tetapi kekurangan itulah menjadikan anak-anak yang disediakan sebagai anggota masyarakat yang mahal isinya.
Peranan anak sebagai penulis kisah ibu adalah membesarkan watak ini menjadi watak besar yang tidak tertewas dalam dugaan hidup.
Bagaimana menjadi ibu watak yang dikenang oleh anak-anak dan cucu sebagai watak besar?
Tulislah kisah hidup dan cetaklah paling minima empat naskhah untuk simpanan keluarga.
Belajar cara menyusun dan menulis serta mencetak kisah hidup dalam Seminar Menulis Kisah Hidup Yang Sedap DIbaca; Kisah Ibu dan Anak pada Sabtu, 27 Julai 2019.
Ada bonus alat kerja lain bernilai RM1,380 kepada yang mengklik pada link di bawah;

Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/Klik sensei.com.my/seminarkisahhidup/

Thursday 27 June 2019

LORONG INI

ASSALAMUALAIKUM




KUATRIN LORONG INI

Di lorong ini aku tersesat
tidak kutahu mana arahnya
peluh menitis kuseka kesat
langkah kuatur tega perihnya

Kutemu rakan kawan sejalan
berbeka riang  berkongsi  rasa
kadang bergelak kadang terkilan
dihambur dengan kata  berbisa

Di lorong kecil ruangnya sempit
sesak bernafas sedut  udara
daya dijana meski berhimpit
hasrat sebenar mencipta citra    

Karya tercantik digubah mampu
moga pesona dilirik pandang
seri cahaya lantera lampu
nikmati syukur apa dihidang

Di lorong ini berpencak silat
melakar ilham melukis benar
beri manfaat tidak meralat
fikiran jernih merawat nanar   

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
10/04/019                 

Wednesday 26 June 2019

SAYEMBARA PUISI KATAPILAR

ASSALAMUALAIKUM

SAYEMBARA PUISI


PENERBIT KATAPILAR MENGANJURKAN SAYEMBARA PUISI YANG MANA KARYA PEMENANG AKAN DITERBITKAN...JOM SAMA SAMA MENYERTAINYA...HANTAR MINIMA 50 PUISI KEPADA PIHAK PENGANJUR

Tuesday 25 June 2019

BUNGA-BUNGA HATI

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah.
Buku antologi puisi moden genre sonigraf berjudul " BUNGA BUNGA HATI" merupakan terbitan SPTA yang ketujuh bagi tahun 2019.
Seramai 39 penulis bersama dengan 6 buah karya sonigraf yang turut sama dalam menjayakan buku antologi ini.PI menyertakan 6 buah puisi sonian berlatarkan 6 gambar pilihan. Sonian ialah puisi 4 baris dengan suku kata 6 5 4 3

Sebuah sonian PI dedikasi kepada blogger WP

WARISAN PETANI
gigih berkarya
kagum sungguh
blogger

Monday 24 June 2019

JURNAL PEMUISI..

ASSALAMUALAIKUM



JURNAL PEMUISI Keluaran sulung telah siap! Terimalah persembahan ini daripada Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI). JP ini menjadi majalah bulanan PEMUISI. Tahniah kepada Ketua Pengarang, Prof. Dr Lim Swee Tin dan sidang Pengarangnya. Semoga JP memberi faedah kepada semua pemuisi khasnya dan susastera negara amnya. *Jika ingin memiliki, sila buat tempahan melalui emel : pemuisinasional@gmail.com



Sunday 23 June 2019

LEBARAN..

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH KARYA PUISI PI DI SIAR AKHBAR NEW SABAH TIMES HARI INI...TERIMA KASIH EDITOR NST ATAS KESUDIAN MEMILIH KARYA KECIL PI...TAHNIAH KEPADA SEMUA PENULIS YANG  DISIAR KARYA MEREKA

 HEBAHAN KARYA AKHBAR SABAH, 23 JUN 2019 (Ahad)
NEW SABAH TIMES
Cerpen
Ibu Dan Seekor Burung Putih Bersayap Putih - Juri Durabi
Puisi
1. Lebaran - Paridah Ishak
2. Dia, Saya Dan Cinta - Mohamad Afiq Syazwan
3. Terhalang - Sonian Shafei Al Samadi
4. Panji-Panji Syawal - MazLan Toisun
HARIAN EKSPRES
Cerpen
Norobuk Tapi - Nor Asmah Sahimin
Puisi
1. Pentas Lebaran Ini - Abdul Razak Salleh
2. Membuka Jendela Negeri - Hasyuda Abadi
3. Sajak Cinta - Haladin Hj Atat
4. Warga Daif Di Kampung - Rafael Maribin
5. Putaran Alam - Hajinan Kashim
6. Tentang Hujan - Mohamad Afiq Syazwan Azman
7. Biarkan Saja Tunggul-Tunggul Mati Tersenyum Sendiri - Raheem Jay
8. Calitan Azali - Awang Ku Neofelis Diardi
UTUSAN BORNEO
Cerpen
Cerita Tentang Pohon Yang Dicabut Akarnya - Jasni Matlani
Puisi
Mohd Izzuddin Fitri
- Dipijak Tak Mahu Mati
- Telan Dan Kuteran
- Tentang Perang
* Tahniah kepada pengkarya-pengkarya yang telah tersiar karya mereka pada minggu ini. Teruskan berkarya.
Terima kasih kepada rakan editor akhbar Sabah tuan Hj Amin Hj Muin, kak Presca Tudol (NST), tuan Salim Bc (DE) dan abang Abd Naddin Shaiddin IIMohd Nurazwan (UB)
CNP WALL FB PENULIS GABRIEL KIM JUAN...TERIMA KASIH


Friday 21 June 2019

PRESIDEN MORSI

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



Bismillah.Assalamualaikum
Al Fatihah..Innalillahiwainnailaihirojiuun
Majalah TIME menyebutnya: “The Most Important Man in the Middle East.” Dr Muhammad Morsi adalah
1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik.
2) Presiden dari masyarakat biasa yang pertama.
3) Presiden Arab pertama yang hafal Al-Quran.
4) Presiden Arab pertama dari partai islam.
5) Presiden Arab pertama yang mempersilahkan orang ramai untuk mengkritiknya, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.
6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.
7) Presiden Arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.
8) Presiden Arab pertama yang tinggal di sebuah apartemen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti pekerja biasa Mesir yang lain.
9) Presiden Arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti dengan biaya sendiri.
Sejarah akan menilai Morsi, beliau merupakan pemimpin Arab yang terbaik dibandingkan dengan para pemimpin lain dan anda akan tahu sendiri. Beliau bukanlah seperti pemimpin yang mengambil duit rakyat dan memasukkan dalam kantong sendiri!
Mengenai Kisah Presiden Mesir
1. Dr. Muhammad Mursi, walaupun beliau ialah seorang Presiden, ia hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Selepas itu, ia akan balik ke rumah sewa beliau untuk beristirahat. dan rumah sewa itu disewanya sendiri. Terdapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta gaji.
2. Beliau satu-satunya Presiden Muslim di dunia yang hafal Al-Quran secara keseluruhan.
Di sarikan dari berbagai sumber
Ditulis oleh Taufik Yuniarto
Kredit.Sahabatfb

Tuesday 18 June 2019

LABAH LABAH TAMAK

ASSALAMUALAIKUM



Cerita rakyat
Olahan
Paridah Ishak
                                                                  PIC GOOGLE (C)
LABAH-LABAH TAMAK


Pada zaman dahulu tinggal seekor labah-labah di dalam sebuah belukar.Sarangnya sangat besar melebihi besarnya daripada sarang labah-labah lain yang berada sekitar situ..Bapanya yang membuat sarang itu untuknya.Kemudian ia membuat tambahan lagi di sekeliling sarang itu agar lebih besar dan memudahkan pergerakannya.
.
            Dengan itu labah labah itu dapat bergerak dengan lebih pantas dari ruang tengah hingga ke tepi sarang untuk menangkap mangsanya yang terperangkap  di situ.Semua mangsa yang tersalah langkah dan termasuk ke dalam sarangnya akan menjadi habuannya.Serangga yang ditangkap segera dimakannya.
            Mudah sekali ia menjerat mangsanya yang menjadi sumber makanannya yang sangat menyelerakannya. Badannya semakin hari semakin besar kerana terlalu banyak yang dimakannya..Perutnya bertambah bulat dan kelihatan buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar dan ingin makan dengan banyaknya..
            Dua ekor labah-labah telah datang ke sarangnya pada suatu petang.Masing-masing membawa hajat untuk menjemputnya menghadiri kenduri yang akan mereka adakan. Labah-labah pertama datang dari tempatnya di sebelah timur.Sementara seekor labah-labah  lagi datang dari tempatnya di barat.
            Labah-labah buncit menerima jemputankedua-dua labah-labahitu untuk menghadiri kenduri mereka.Ia mulai menjadi serbasalah kerana kenduri yang diadakan kedua-dua labah itu pada waktu dan hari yang  sama. Keadaan ini tentu memberi masalah kepada labah-labah buncit kerana ia ingin menghadiri kedua-dua kenduri yang diadakan di barat dan di timur.
Maka dia bertanya kepada jiran-jirannya tentang jemputan itu.
“Kamu ada mendapat jemputan kenduri daripada sahabat kita labah-labah yang tinggal di timur dan di barat?”.Labah-labah buncit bertanya jirannya yang tinggal di kiri sarangnya
“Aku mendapat jemputan daripada sahabat kita, labah-labah yang tinggal di barat.”Jawab jirannya yang   tinggaldi  sebelah kanan sarangnya.
“Aku. Mereka juga mendapat jemputan.Jiran di kiri pergi kejemputan arah barat.Jiran di kanan pergi kejemputan arah timur.Labah-labah buncit mendapat akal.Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya.Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu.Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi.Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur.Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat.Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing.Perut labah-labah buncit semakin tercerut.Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti.Mereka menikmati hidangan.Selepas makan mereka pun pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan.Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.
Beberapa hari kemudianlabah-labah buncit sedar.Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu.Pinggangnya pun ramping bekas kena cerut.Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.


Monday 17 June 2019

MAIN-MAIN WARNA

ASSALAMUALAIKUM

MELUKIS MELERAI RESAH MENGISI MASA TERAPI MINDA....PI TAK PANDAI MELUKIS TAPI MEMANG SUKA MELUKIS SEJAK SEKOLAH DULU...MARKAH LUKISAN A... JE SELALU DIBERI CIKGU....LA NI PI DAH TAK BOLEH MELUKIS DENGAN BAIK SEBAB TANGAN YANG LEMAH SUKAR NAK LUKIS STRUKTUR BENTUK YANG TEPAT....TAPI LUKIS SAJALAH     ASAL BAHAGIA HEH..HEH..


Saturday 15 June 2019

SIMPULAN BAHASA...

ASSALAMUALAIKUM


PANTUN SIMPULAN BAHASA

Sayur meranti bercampur tauhu,
tumbuhan bayam dicelah pangsa;
isi hati siapa yang tahu,
didalam diam memendam rasa.

Selada dingin rapat di pangkal,
jalar kelisa di tepi tangga;
ada angin tak dapat disangkal;
luar biasa tidak terduga.

Ikan ketuka berenang-renang,
Laut berombak jauh jelajah;
Air muka persih dan tenang,
Tidak beriak berseri wajah.

Di dalam pukat ada gelama,
bawa penganan jinjing sebelah;
ada bakat bertokoh karisma,
gaya pimpinan jelas terserlah.

Sambil mengemas hingga beranda,
menyapu sampah rata melayang,
anak emas ayahanda bonda;
tempat tumpah kasih dan sayang.                         

Bawa rambutan turun ke sampan,
dayung ke pekan SimpangTiga;
ayam tambatan tanggung harapan;
mengubah akan nasib keluarga.

Segantang pulut berikan nyonya,
ambil cemperai di tepi jalan;
banyak mulut rajin bertanya,
mengharap lerai akan soalan.

Rumpunan serai selang-selikan,
di tepi kali rimbun cemara;
mulut murai dikatakan rakan,
riuh sekali ucap bicara.

Burung merpati meniti tali,
kelasi sasa melontar sauh;
kecil hati tidaklah sekali;
tersinggung rasa dibuang jauh.

Berjenis bunga mekar berganti,
 kala disemi atur sejajar;
pasang telinga dengar teliti;
cepat fahami ilmudiajar.

Temu permata di dalam rawa,
siapa punya entah gerangan;
putih mata membendung kecewa;
andai hanya berpangku tangan.

Pohon disuluh buah direngguh,
jatuh sempaya tepi telaga;
titik peluh usaha bersungguh,
mencapai jaya pasti berbangga.

Daun beringin selirat sarat,
Herba jemuju jual di tamu;
atas angin negara di barat;
tempat dituju menambah ilmu.

PARIDAH ISHAK
Serendah Selangor
15/06/019

Tanda bold adalah simpulan bahasa

Friday 14 June 2019

HIKMAT BASMALAH

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


HIKMAT BASMALAH
Cerita rakyat olahan;
Paridah Ishak


Pada zaman dahulu di dalam sebuah hutan tinggal sepasang suami isteri keturunan Orang Asal. Kerja mereka setap hari adalah bertani dan memburu hidupan liar. Walau mereka bekerja dengan rajin tetapi mereka tetap juga berada di dakam kemiskinan. Kehidupan mereka yang sukar membuat Agam menjadi malas untuk melakukan suruhan agama yang wajib. Mereka baru saja memeluk agama Islam
            Sementara Adah isterinya pula sentiasa tabah menghadapi keadaan hidup begitu. Beliau amat rajin menunaikan solat  apabila sahaja masuk waktunya. Menjadi amalannya, Setiap kali hendak melakukan sesuatu pasti akan dimulakannya dengan  ucapan kalimah” basmalah”.
            Amalan isterinya itu diperhatikan suaminya. Agam  memperlekehkan perbuatan isterinya itu.
            “Kenapalah awak ini masih rajin bersolat? Awak ini membuang masa sahaja. Tak payahlah bersolat. Bukan dapat faedahnya pun.” Kata Agam kepada isterinya
            “Kenapa pula awak berkata begitu? Solat itu tiang ugama. Kalau tiada tiangnya bagaimana akan tegak agamanya. Bukankah kita ini orang beragama Islam. Islam agama yang baru kita anut itu akan membawa kesejahteraan kepada kita.” Balas isterinya mempertahankan kebenarannya.
            “Pandailah awak bercakap. Tapi setelah menganut Islam, hidup kita masih miskin juga. Tidak ada perubahannya. Kita masih tinggal di pondok buruk. Hendak makan pun mesti dipilih yang halal . Hanya makan ubi kayu sahaja. Aku hendak menyumpit lotong,kera untuk dibuat lauk pun sudah tidak boleh. Babi hutan pun banyak berkeliaran tapi sudah tidak boleh disumpit. Semua itu lauk yang sedap dan mudah diperolehi.” Kata Agam memberitahu kekesalan hatinya.
            “Selain lotong, kera, babi hutan, bukankah banyak lagi hidupan hutan yang boleh disumpit dan boleh dijadikan lauk kita seperti kijang, rusa, pelanduk, landak? Hanya awak sahaja yang malas hendak menyumpitnya.” Tambah isterinya bersuara lembut dan perlahan.
            “Menyumpit semua hidupan itu tidak semudah yang awak sangka. Mereka itu sangat pantas larinya. Aku tak terkejar hendak menangkap mereka.” Agam menyatakan alasannya dengan tegas.
            “Sebelum memulakan sesuatu kerja, ucaplah “ basmalah” terlebih dulu. Pasti Allah akan menolong kita. Maka kerja kita akan menjadi lebih mudah..” Isterinya cuba memberi sedikit panduan. Ilmu itu diperolehinya ketika menghadiri kelas agama yang diberikan seorang alim yang berdakwah kepada kaum mereka.
            “Awak ini hanya itu saja yang awak tahu cakap. Asyik “basmalah” saja. Apakah kata-kata itu ada hikmatnya? Sudahlah awak jangan bersolat dan sebut “basmalah” lagi. Aku tidak suka. ”  kata Agam dengan jengkel. Isterinya hanya mendiamkan diri.
            “Saya hendak ke sungai menangkap ikan untuk makanan kita.” Beritahu isterinya selaku meminta izin kepada suaminya.
            “Pergilah. Mudah-mudahan awak akan mendapat ikan yang banyak”
            “Sebelum itu saya hendak bersolat dulu, memohon kepada Allah melimpahkan rezeki-Nya kepada kita.”
“Ikut suka hati awaklah. Saya hendak tidur saja.”
“Itulah kerja yang awak tau. Cuma tidur saja. Sebelum awak tidur ucap “basmalah” dulu agar awak tidak bermimpi dikejar harimau seperti selalu.”
“Huh. Tak payahlah awak nak mengajar aku pulak macam ustaz itu. Pergi sajalah ke sungai menangkap ikan. Moga awak dapat menangkap ikan dengan banyak.”
Setelah selesai menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat, Adah menuruni tangga pondoknya membawa raga kecil dan penangguk ikan. Raga kecil itu untuk mengisi  ikan yang berjaya ditangkapnya mengggunakan penangguk ikan yang diperbuat dari  rotan itu  di sungai kelak.  
Adah turun ke gigi sungai kecil itu, memulakan langkahnya dengan membaca kalimah “basmalah.” Kelihatan banyak ikan-ikan yang berenang di sungai berbatu halus di dasarnya dan sangat jernih airnya itu.
Adah menangguk ikan-ikan itu dengan mudah setelah mengumpannya dengan buah sawit yang ditemuinya di pinggir sungai itu. Hampir penuh raga yang dibawanya terisi ikan-ikan yang telah ditangguknya..
Dia berpuas hati dengan apa yang diperolehinya
“Alhamdulillah. Dapatlah ikan-ikan ini dijadikan lauk dan dimakan bersama ubi kayu” katanya perlahan. Dia dan suaminya sudah lama tidak makan nasi kerana bekalan beras sukar hendak diperolehi kata suaminya. Dia mempercayai sahaja apa yang dikatakan suaminya itu.
“Awak, saya sudah balik! Tenguklah apa yang kita bawa balik ni. Tolonglah bawakan ke dapur. kita hendak ke belakang pondok mencabut ubi kayu.”
Suaminya tidak mempedulikan panggilannya . Dia meneruskan tidur yang telah terganggu dengan suara isterinya sebentar tadi.
“Wah banyak juga ikan yang dapat awak tangguk ya?” tegur Agam tatkala melihat isterinya menyiang ikan.
“Alhamdulillah. Mungkin berkat saya membaca “basmalah” sebelum memulakan kerja. Tuhan memberi kita rezeki yang banyak. Selain dibuat lauk,boleh saya buat ikan kering  dan ikan pekasam untuk makanan kita.” Agam menceberkan bibirnya, seolah tidak suka mendengar kata-kata isterinya itu.
“Suka hati awaklah!” sahutnya sambil meninggalkan lokasi kerja isterinya itu.
Dia bertanya kepada dirinya, adakah perkataan ‘basmalah’ itu memang benar mempunyai hikmat kepada yang menuturnya. Dia termenung dan berfikir. Akhirnya dia mendapat idea untuk mengujinya
            “Aku hendak ke kampung di tepi hutan ini mencari sedikit beras. Guri yang mengisi beras pun sudah kosong.  Sudah lama kita tidak makan nasi.” Dicapainya guni yang sering di isi beras di atas para.
            “Ialah. Pergilah. Jangan lupa menyebut “basmalah” sebelum memulakan kerja.”  Pesan isterinya itu tidak dipedulikannya. .Di dalam fikirannya dia sedang merancang sebaliknya.
            Langkahnya menuju ke dalam hutan. Matanya melingas seakan mencari sesuatu.  Dia  menemui apa yang dicarinya. Pantas ditangkapnya haiwan berbisa itu. Lalu dimasukan ke dalam guni yang dibawanya.  
            Sampai di rumah dimasukan haiwan berbisa itu ke dalam guri pengisi beras. Perbuatannya tidak disedari isterinya yang sedang menjemur ikan ketika itu.
            “Awak dah pulang. Cepatnya. Sudah dapat beras yang dicari?” Agam angguk.
            “Pergilah tanak nasi. Sudah ada beras di dalam guri.” Ujar suaminya.
            “Jangan lupa baca “basmalah’ ” Katanya dengan nada mengejek.
             Adah gembira kerana suaminya kelihatan berubah. Dan tidak lagi memarahinya menyebut “basmalah.”
            “Bismilahirohmanirrohim,” ucap Adah sebelum membuka penutup guri. Sebaik penutup guri dibuka terpancarlah cahaya kuing keemasan dari dalam guri tersebut. Adah sangat terkejut hingga terpekik-pekik memanggil suaminya.  Agam mengesyaki isterinya yang dibencinya kerana suka menyebut “basmalah” sedang kesakitan dipatuk ular berbisa yang diletakkannya ke dalam guri itu.
            “Sudah aku duga “basmalah” itu tiada hikmatnya. Sekarang merasalah akibatnya.” Ujarnya.
            “Awak kenapa tidak datang lagi? Tidak mahukah melihat emas di dalam guri ini.”
“Emas?”  Agam terkejut kebingungan. Bagaimana ular berbisa yang diletaknya di dalam guri bertukar mejadi emas pula. Dia segera mendapatkan isterinya.
“Banyaknya emas. Aku  kaya!” Agam teruja.
“Sebelum awak mengambil emas itu baca basmalah dulu.” Agam tidak pedulikan pesanan isterinya. Tangannya dihulurkan ke dalam guri untuk mengambil emas. Tiba-tiba saja Agam menggelupur kesakitan kerana telah dipatuk ular.

TAMAT

Thursday 13 June 2019

ADIK...

ASSALAMUALAIKUM...

ADIK ANAK BONGSU DARIPADA 13 ORANG ADIK BERADIK...ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAKNYA TELAH BERKELUARGA DAN MEMILIKI KERJAYA YANG BAIK...ADIK SENDIRI SEORANG GRADUAN IPTA TETAPI MEMILIH MANDIRI KERJA SENDIRI DI SAMPING BERADA DI RUMAH BERSAMA AYAHANDANYA....BONDANYA TELAH MENINGGAL DUNIA DUA TAHUN LALU.

PI SANGAT KAGUMI SIKAP ADIK YANG TANGKAS MENGURUSKAN HIDUPNYA TANPA BERGANTUNG KEPADA SESIAPA...ADIK SEORANG GADIS MUDA YANG CANTIK TAPI TETAP TIDAK KEKOK MENTERNAK KAMBING SEBAGAI BAHAN DAGANGAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

UNTUK MENGURUSKAN PENTERNAKAN KAMBINGNYA ADIK TELAH MENGIKUTI KURSUSNYA DI SEBUAH AGENSI PERTANIAN DI KELANG.

PI MENGENALI ADIK SEJAK KECIL DAN HOBINYA MEMANCING DI SUNGAI DAN LAUT...MAKLUM KAMPUNG ADIK DI CHENDERING ADA SUNGAI DAN LAUT...SETAKAT HENDAK MAKAN IKAN SEGAR SETIAP HARI MEMANG TIADA MASALAH....ADIK MENGGEMARI KEGIATAN LASAK TAPI RAJIN JUGA MEMBUAT KEBAJIKAN DENGAN MEMASAK UNTUK JEMAAH DARI MERATA NEGARA YANG KADANGKALA BERMUSAFIR DI MASJID BUKIT PAYUNG.

SEKIRANYA ADA YANG BERMINAT HENDAK MEMBELI KAMBING ADIK UNTUK KENDURI ATAU RUMAH TERBUKA SYAWAL BOLEHLAH HUBUNGI ADIK...WOW MASAKAN KAMBING GOLEK SEDAP TERAMAT TU.

ALAMAT ADIK;
TUAN ZATUL IFFAH TUAN MUDA
1241-B KG BUKIT BATU PUTIH CHENDERING
21080 KUALA TERENGGANU








Wednesday 12 June 2019

ANTOLOGI SYAIR LAGENDA IKAN...

ASSALAMUALAIKUM

ANTOLOGI SYAIR LAGENDA IKAN TERBITAN SPTA SELENGGARAAN SIFU TABIR ALAM MERUPAKAN ANTOLOGI TERBARU PI BULAN JUN 019.
PENUKIL-PENUKILNYA MEMILIH PELBAGAI JENIS IKAN YANG DISYAIRKAN KISAHNYA....ADA SYAIR IKAN NUN, TAPAH, PATIN, HARUAN, KERAPU, DUYUNG . BUNTAL, DLL...AMAT MENARIK SEKALI SEMUA KARYA YANG DIPILIH HASIL BIMBINGAN SIFU TABIR ALAM....PI MEMILIH KISAH IKAN PUYU YANG MENGGABUNGKAN MITOS DAN KEPERCAYAAN

SEKIRANYA ADA YANG BERMINAT MILIKI ANTOLOGI PUISI TRADISI INI SILA HUBUNGI TABIR ALAM @FACEBOOK









MyBloglist