Sunday 31 January 2021

KABUT BULAN MENGAMBANG

 ASSALAMUALAIKUM


GRAFIK YAHTI HAYATI (C)


Hari Wilayah -

binaan Putrajaya

nusa merdeka

 

seni binaan

fatamorgana –

oasis Kalahari

pesona bayang

 

cahaya neon -

kabut bulan mengambang

teman serambi

 

Hari Thaipusam –

arca atas pedati

lebuh sendiri


Friday 29 January 2021

PENGENALAN TAFSIR AL QURAN

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



PENGENALAN TAFSIR AL QURAN
TUJUAN MEMPELAJARI TAFSIR;
Mengetahui Kehendak Allah swt melalui kitab-NYA. Untuk memperkuat dan menyempurnakan keyakinan manusia terhadap Allah swt dan alam Akhirat. Untuk itu perlu memahami 30 juzuk al Quran dengan sempurna.
ILMU DALAM AL QURAN TERBAHAGI LIMA TAJUK:
1. Ilmu tentang Allah – Kebesaran Allah dan sifat-sifatnya yang sempurna – Mengajak manusia berfikir mngenai ayat-ayat di langit dan di bumi.
2. Ilmu Hukum – Cara hidup di dunia untuk selamat di akhirat. Perkara wajib, sunnat, harus, makruh dan haram. Perkara ibadat, muamalat dan ijtima.
3. Ilmu perbincangan dgn. 4 golongan sesat.
i. Yahudi – kaum Nabi Musa – Taurat
ii. Nasoro – kaum Nabi Isa – Injil
iii. Munafik – kaum Nabi Muhammad – al Quran
iv. Musyrikin mekah – pengikut Nabi Ibrahim – tiada kitab.
Perbahasan dilakukan dengan dua cara:
a. Allah swt mendedahkan akidah-akidah mereka yang bathil dan kesan buruknya
b. Menjelaskan kesamaran mereka. Allah swt menerangkan pembetulan akidah salah mereka dengan dalil-dalil Aqli dan Naqli.
4. Ilmu tentang peringatan – sejarah dan pengajaran daripada kaum-kaum terdahulu.
i. Cerita golongan baik dan taat – Allah bantu / tolong
ii. Cerita golongan derhaka – Allah azab /hancurkan.
5. Peringatan tentang berakhirnya hidup ini iaitu berkenaan kematian. Setiap yang hidup pasti merasi mati. Apa yang berlaku selepas mati.
i. Alam barzakh / kubur
ii. Kebangkitan dan perhimpunan di Padang Mahsyar. Hisab, Mizan – Syurga dan Neraka.
Tujuan kelima-lima ilmu Al Quran;
1. Membersih jiwa manusia
2. Membasmi segala fahaman batil
3. Membuang amalan adat dan ibadat yang bercanggah dengan kehendak Allah

Wednesday 27 January 2021

BULAN PERTAMA

 ASSALAMUALAIKUM



bulan pertama -

susunan duit kertas

poket berisi

 

kulintangan zink -

rumah buluh Tobilung

budaya etnik

 

penari ngajat –

Gawai Ngemali Umai

lenggokan wira

 

langit membiru –

sampan tengah segara

tamu pengkalan

 

sebutir benih

mempelam harum manis -

dalam talian

 

kelapa sawit

lot kebun peneroka –

akaun satu


Tuesday 26 January 2021

WUJUD

 ASSALAMUALAIKUM



WUJUD

 

Wujud itu ada

bukan tiada

tidak jelas

citranya

.

Menolak bersungguh

koronavirus

arus angin

menghembus

.

Meneka gerangan

tertanya-tanya

sampai kapan

musykilnya

 

Halimunan namun

mampu dikesan

keujudan

menggugat


PARIDAH ISHAK
DMS
26/01/021

Sunday 24 January 2021

CAWAN PAPA

 ASSALAMUALAIKUM


CAWAN PAPA

 


Ariff, mama dan papanya sedang nikmati hidangan minum petang yang disediakan mamanya. Ada sepinggan pisang tanduk yang digoreng turut terhidang bersama setekoh teh panas.  

Sambil meneguk air teh di dalam cawannya yang sudah mulai suam panasnya Arif bersuara;

“Papa guna cawan macam mana dulu ya?” papanya tersengih. Tidak menjawab pertanyaan anaknya yang mulai belajar sejarah di sekolah dan paparan skrin you tube itu.

“Arif ingat papa Arif tu lahir zaman purbakah? Sela mamanya.

“Papa, mama, atuk, nenek semua guna cawan pinggan, periuk ginilah juga.”  Tambah mamanya.

Agaknya apa info yang diterima Arif menyebabkan dia berfikir orang-orang dewasa disekelilingnya teramat kuno dan keringgalan zaman heh..heh

Friday 22 January 2021

TEAM BERSIH BANJIR

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


BANJIR YANG MELANDA PAHANG BARU-BARU NI RAMAI MANGSA YANG TERLIBAT...RUMAH PI PUN TIDAK TERKECUALI...PI BERADA DI SELANGOR TERPERANGKAP DALAM PKP DAN TIDAK DAPAT PULANG KE KAMPUNG UJ BERSAMA ANAK-ANAK UTUK MEMBERSIHKAN KOTORAN YANG DIBAWA BANJIR...KASIHAN RUMAH PI TERPERAP MASAM.

ADIK PI SAADIAH MENDAYA USAHA MENOLONG PI MEMBERSIHKAN RUMAH PI DENGAN DIBANTU TEAM FISABILLILLAH DUN KUALA SENTUL...KRT FELDA ULU JEMPOL..PENGERUSI KRT...PENGERUSI KOPERASI...PENGERUSI PDM...PROFIGS JENGKA. 

TERIMA KASIH BANYAK ADIK-ADIK/ANAK-ANAK JUSTERU SUDI MENGHULUR PERTOLONGAN...JASA BUDI KALIANDISANJUNG TINGGI DAN SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA DENGAN SEBAIK-BAIK GANJARAN...AMIIN








Wednesday 20 January 2021

BACK TO SCHOOL

 ASSALAMUALAIKUM


pic google images (c)


sepatu putih

awal persekolahan

bertukar hitam

 

panggung Capitol

Seniman Bujang Lapok

demam semalam

 

selendang satin

gadis berbaju biru

sendiri lagi

 

kotak makanan

penunggang motor kapcai

pesanan jauh

 

api pelita

angin berhembus halus

gelap gelita


Monday 18 January 2021

JOM BERPANTUN @ RADIO KLASIK

 ASSALAMUALAIKUM


PIC RADIO KLASIK (C)


Ulam kelisa bawa ke sini,

usahlah ragu begitu lama;

budaya bangsa amalan murni,

bagaikan lagu dengan irama.

 

Kuih berpulut makanan sihat,

ambil belebat letak di tepi;

berbuih mulut beri nasihat,

tanggung akibat memandang sepi.

 

Harapkan lulus sedia rapi,

masakan bubur apa dipinta;

jiwa nan halus mencita mimpi,

memandang kabur apa yang nyata.

 

Bunga semalu di atas batu,

di tepi tasik mekarnya cantik;

masa berlalu berdetik waktu,

Radio Klasik menggamit asyik.

 

Adik berlari ke pekan sari,

di sana bonda sedang belanja;

cantik berseri mawar berduri,

pesona minda sambil berkerja.

 

Kayu gaharu letak di peran,

simpan bercermat elak gelupas;

tahun baharu mula lembaran,

bersyukur amat masih bernafas,

 

Indah pelangi berkali-kali,

ralit perhati dalam perahu;

harum mewangi aroma asli,

pilihan hati siapa tahu


Saturday 16 January 2021

HADIAH BLOGGER ANIES

ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

ALHAMDULILLAH PI MENERIMA KIRIMAN BLOGGER ANIES...MEMANG SELALU ANIES KIRIMKAN PI HADIAH SEJAK PI KENALI BLOGGER MUDA   LAGI CANTIK YG SUKA TRAVEL DAN MENGULAS MOVIE TERBARU DALAM N3 TERBITANNYA...BELIAU JUGA SERING MENOLONG PI MENUKAR TEMPLATE BLOG PI BEBERAPA KALI...TERIMA KASIH BANYAK ANIES BUDIMU DIKENANG ABADI...SEMOGA TIASA SIHAT SEJAHTERA...MURAH REZEKI...SUKSES DUNIA AKHIRAT...APA YG PI TAHU ANIES SEORANG EDITOR KANAN SEBUAH SYARIKAT PENERBITAN.


JOM SINGGAH BLOG BELIAU MENGUTIP ILMU YANG DIKONGSIKAN. @ http://aniesandyou.blogspot.com/





Friday 15 January 2021

SURAH 114: SURAH AN-NAS (MANUSIA)

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA


PERKONGSIAAN ILMU:
SURAH 114: SURAH AN-NAS (MANUSIA)
Muka surat: 604. Mengandungi 6 ayat.
PENGENALAN: Dalam perkara agama, perlu banyak sebut nama Allah SWT. Surah ini mengajar kita untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT dalam perkara akidah. Was-was dan bisikan akhirat. Sebut tiga nama Allah, tiga sifat Allah untuk memohon perlindungan.
Ayat 1: Katakanlah aku memohon perlindungan daripada Rabb manusia. Allah SWT yang menjaga manusia.
Ayat 2: Aku memohon perlindungan daripada Raja manusia. Allah SWT sahaja yang bersemayam di atas tahta. Raja yang memerintah dan melarang. Menangani urusan hamba-hamba-Nya.
Ayat 3: Aku memohon perlindugan daripada Illah , Tuhan manusia. Hanya Allah SWT yang layak disembah dan memohon pertolongan. Pergantungan hati kita hanya kepada Allah SWT.
Ayat 4: Manusia diajar minta berlindung dengan menyebut tiga nama Allah SWT. Aku berlindung dengan tiga sifat Allah. Memohon perlindungan daripada satu penyakit. Iaitu penyakit keagamaan. Penyakit was-was dan bisikan-bisikan syaitan. Syaitan yang jenis KHONNAS. Iaitu Ketika kita lalai syaitan datang. Ketika kita berzikir mengingati Allah SWT syaitan pergi. Sibuk dengan al Quran dia lari. Lalai leka dia datang lagi.
Ayat 5: Kita minta berlindung kepada Allah SWT, daripada syaitan yang membisikan kejahatan dalam dada manusia. Syaitan membisikkan was-was dalam dada manusia. Apabila manusia lalai daripada mengingati Allah SWT syaitan akan melemparkan was-was ke dalam hati manusia. Contoh ajak manusia buat amalan tanpa dalil daripada al Quran dan hadis sahih. Perkara baik apa salahnya, adalah bisikan-bisikan.
Ayat 6: Bisikan itu asalnya daripada syaitan yang kita tak nampak. Ada manusia-manusia yang kita nampak, mempunyai hubungan dengan jin. Perkatan-perkataan mereka itu dikira bisikan-bisikan. Manusia-manusia syirik ada gangguan jin. Hanya beramal dengan syariat yang betul daripada al Quran dan hadis sahih, Allah SWT lindungi kita.
PENUTUP: Apabila kita sentiasa mohon perlindungan kepada Allah SWT dengan 11 ayat ini (Surah Al-Falaq dan surah An- Nas) pasti Allah akan lindungi kita. Pejuang-pejuang Tauhid ramai musuh. Amalan ini untuk jaga diri. Baca pagi petang dan sebelum tidur tiga kali.

Thursday 14 January 2021

SYAIR 7 PUTERI

 ASSALAMUALAIKUM



SYAIR 7 PUTERI IDA ISHAK

 

Kanmain lagi tajuk artikel yang dipilih ya. Siapalah IDA ISHAK tu? Apa pula kena mengenanya dengan SYAIR 7 PUTERI? Sebenarnya IDA ISHAK itu ialah nama pena pilihanku tika menghantar sebuah sajak ke majalah DEWAN SASTERA pada Disember 1979. Alhamdulillah sajakku berjudul PERKAHWINAN disiar. Dan kuterima majalah DEWAN SASTERA yang menyelit karyaku daripada DBP. Majalah itu entah kemana hilangnya. Akhirnya kutemui majalah itu tersimpan kemas dalam lemari buku penulis mapan Noorlaila Ghafar di Jerteh, Terengganu tika aku berkunjunjung ke rumahnya. Sahabatku itu dan suaminya penyajak terkenal Nawawee Mohamad memang banyak menulis sajak dalam DEWAN SASTERA sekian lama. Dan semua majalah yang menyiarkan karya disimpan rapi.  Norlaila gemar menggunakan nama IDA kala menulis kepadaku via SMS, WASAPP dll medsos dari sejak mula berkenalan. Aku tidak pula mahu menggunakan nama penaku dalam setiap karyaku kini.

Tapi tika aku menghantar manuskrip SYAIR PUTERI kepada penerbitan SANTAI ILMU editornya meminta nama penaku pula. Lalu muncullah nama IDA ISHAK pada muka hadapan buku SYAIR 7 PUTERI. Sebab aku obsess sangat dengan puisi syair setelah mendapat ilmunya daripada sifu TABIR ALAM maka adalah sedikit keyakinan diri untuk menghantar karyaku pada pihak penerbitan. Terima kasih banyak sifu tanpa jemu mencurah ilmu tentang penulisan pelbagai genre dan akan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Budi baik sifu ternyata tidak terdaya dibalas. Hanya Allah sahaja yang layak mengurniakan rahmat ganjaran mulia kepada sifu.

Sekadar perkongsian setengah penerbit membayar tunai kepada pengkarya dan memegang hakcipta. Setengahnya membayar royalty daripada setiap buku yang terjual. Dan ada penerbit buku membayar karya penulis dengan buku juga. Jikalau dihantar karya kepada penerbit ini akan bertimbun buku yang akan kuterima. Woih mana aku nak sumbat tu! Hendak menjualnya ke mana-mana memang tak reti. Kalau terjual pun mungkin satu dua buku. 

Dengan penerbitan SANTAI ILMU kita mendapat lima buah buku percuma dan hakcipta tidak dipegang. Boleh saja memberitahu pada penerbit karya kita itu hendak ditarik daripada penerbitan itu


Sekiranya ada yang berminat miliki buku karya PI perseorangan tahun 21 boleh hubungi penerbitnya SANTAI ILMU / SYIHABUDIN PRESS atau oder melalui shoppee dan lazada, Amat sesuai untuk bacaan keluarga. Tambah musim PKP. PKPD, PKPB, PKPP ni. 

Wednesday 13 January 2021

TULAH

 ASSALAMUALAIKUM


Terima kasih prof Irwan Abu Bakar, antologi cerpen TULAH selenggaraan prof terbitan e Sastera GAKSA telah diterima. Buku ini memuat karya cerpenis Malaysia dan Indonesia. PI macam biasa menyibuk saja. Dan menyertakan cerprn SRLUANG MELAUT. Sekiranya berminat menikmati cerpen2 terbaikgandingan penulis nusantara boleh hubungi prof Irwan ya





Monday 11 January 2021

PONDOK TALIPON

  ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


PONDOK TALIPON

 

Aku sedang duduk di pondok perhentian bas menunggu bas yang akan kunaiki ke Kuantan setelah pulang bercuti selama dua hari bersama keluargaku di sini, Pengangkutan utama penduduk kampungku ini kalau hendak keluar ke bandar Maran menuju hingga ke Kuantan hanya dengan menaiki bas Leng Huat yang akan masuk ke sini mengikut masa yang di tentukan sahaja. Tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang. Mesti bersedia tepati masa jika berhajat hendak menaikinya ke mana-mana destinasi yang dilaluinya sepanjang jalan ke Kuantan.

Aku mulai menaiki bas ini sejak aku bersekolah di Maran dan tinggal di asrama. Dan kemudian bersekolah di Kuantan pula.

Selalunya aku akan terpacak di pondok menunggu bas pada jam 12.00 tengah hari. Sedang keseorangan di atas bangku tiba-tiba talipon berdering. Aku biarkan saja. Pondok talipon itu terdiri berdekatan dengan tempat aku duduk ini. Sekali berdering lagi. Aku  bukan pernah menggunakan talipon awam pun. Maklum orang ulu. Walau tinggal di bandar tapi tidak tahu hendak menggunakan alat telekomunikasi terkini. Tika  itulah, pertengahan 70-an.

Teruja juga nak pegang talipon ni. Aku melangkah perlahan membuka pintu pondok talipon dan mengangkat talipon hitam itu daripada gagangnya. Suara hello menerjah deria dengar. Aku pun membalas hellonya selamba

“Hendak ke mana?” siapalah yang menalipon ini. Aku tertanya-tanya

“Hendak pergi kerja kilang.” Balasku. Membohong.

Bas yag dinantikan kehadirannya telah muncul. Kuletakkan  talipon ke gagangnya. Segera berlari menaiki tangga bas. Kalau terlewat sedikit saja pemandu bas keturunan Singh itu akan menggerakkan bas itu. Naya kalau tertinggal. Tak sampailah aku ke Kuantan.

 

Di dalam bas, aku masih teringatkan panggilan talipon yang kuterima tadi. Siapalah yang menalipon ya. Baru aku perasan bahawa tempat menunggu bas dan pondok talipon, letaknya bersentangan dengan pejabat felda. Jaraknya hanya dipisahkan jalan beraspal.  

Aku mengagak ini mesti kerja staff di pejabat itu sekadar hendak mengusik menyapaku.


Sunday 10 January 2021

My First Giveaway by Blog SAL

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



Jom  join & support blogger cantik manis kesayangan ramai ni... Mudah sangat cara penyertaannya. Klik kat banner di atas tu dan join di sana.


1. Follow Blog Sal.

2. Buat entry ' My First Giveaway by Blog Sal' .

3. Copy & paste poster di bawah. Letakkan dalam entry dan backlink ke entry ini.

4. Letakkan link giveaway blog kalian di ruangan komen di Blog SAL 

Saturday 9 January 2021

BANJIR

 ASSALAMUALAIKUM


YDPA SULTAN ABDULLAH MEREDAH BANJIR MELAWAT 
MANGSA TERLIBAT BANJIR DI PAHANG PIC YOP PAHANG (C)


BANJIR

 

Tahun 70 tercatat banjir besar melanda negara, tika itu aku tinggal bersama tok dan tokwan di Kedah. Aku tidak tahu sangat kisahnya. Cuma aku teringat bersama kawan baikku Niah mengharung air yang melimpahi tebing sungai sambil menjinjing kasut sekolah yang diisi ke dalam plastik menuju ke sekolah. Bukan main bersemangat hendak menuntut ilmu di sekolah walau terpaksa meredah banjir. Tinggi airnya separas betis juga.

Tahun 77 aku berpeluang mengikuti kursus penulisan DPMP di Temerloh. Aku bertanya pada seorang kawan sekursus pengalamannya menghadapii banjir ketika itu. Katanya dia dan keluarganya termasuk ayam, itik, kucing, kambing peliharaan terpaksa berada di atas bumbung rumah sehingga air surut.  Mengerikan sungguh memandang segala tilam dan kelengkapan rumah hanyut semua.

Setelah berkahwin aku tinggal di sebuah rumah felda UJ, Pahang berhampiran sungai kecil. Berpuluh  tahun di sini tidak pernah rumah yang dihuni dinaiki air kerana banjir. Mulai 2004 tahun tragedy tsunami bermula kejadian terpaksa hadapi banjir kilat setiap kali hujan turun dengan lebat. Letih sungguh terpaksa mencuci rumah yang dipenuhi selut bawaan air banjir. Lantaran itu jiran-jiranku menambak tanah untuk meninggikan rumah masing-masing. Aku  cuma merancang. Belum sempat melaksanakannya aku terjatuh patah dan tidak mampu berjalan lagi. Hasrat tidak kesampaian.

Rumah yang sering dilanda banjir kilat terpaksa ditinggalkan kerana tiada siapa yang mampu menguruskannya lantaran semua anak-anakku bermukim di Selangor membawa aku bersama mereka.

Kadangkala balik juga menjengok rumah untuk mengemas dan membersihkan kawasan persekitaran. 2020 sebab covid 19 dan pelbagai peraturan PKP, PKPP, PKPD,  tak merasa hendak balik kampung lagi. Hanya berharap rumah yang ditinggalkan elok-elok. Dan banjir kilat tidak menerjah kerana sungai kecil di belakang rumah telah diperdalamkan pihak pengurusan kampung felda.

Tapi berita via wassapp yang dikirim jiranku mengejutkan juga. Masing-masing kelihatan berada di atas katil yang dipenuhi air segenap ruang rumahnya. Masih juga banjir menerjah masuk walau rumah itu dibina agak tinggi untuk mengelak banjir.

Dalam doaku semoga saudara-saudaraku yang terlibat banjir di mana sahaja selamat semuanya dan sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan dan kesihatan diri. Tabah hadapi ujian-Nya pelbagai sudut.


Friday 8 January 2021

SURAH 99: AL- ZALZALAH (KEGONCANGAN)

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

PERKONGSIAN ILMU.
SURAH 99: AL- ZALZALAH (KEGONCANGAN)
Muka surat: 599 . Mengandungi 8 Ayat
PENGENALAN: Dakwa Surah (Isi penting) Takhwif Ukhrawi iaitu Ancaman Akhirat. Kejadian pada Hari Kiamat. Semua amalan akan dibalas walaupun sebesar zahrah.
Ayat 1: Selepas berlaku tiupan sangkakala yang kedua, bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya. Kalimah ZALZALAH dalam ayat ini diulang dua kali. Maksudnya bumi bergegar dengan sangat kuat. Gegaran itu berkali-kali.
Ayat 2: Pada kejadian Hari Kiamat itu, bumi akan mengeluarkan beban-beban berat yang ada di dalamnya. Menghamburkan mayat-mayat yang kembali bernyawa. Seperti seorang ibu yang melahirkan anak yang hidup.
Ayat 3: Manusia sangat ramai terpinga-pinga. Semua makhluk dibangkitkan. Orang-orang kafir tertanya-tanya. Apa yang berlaku kepada bumi?? Orang-orang Islam sudah tahu tentang Hari Kiamat.
Ayat 4: Bumi menceritakan apa yang telah dilakukan oleh manusia atas perintah Allah SWT. Bumi boleh bercakap waktu itu, mengadu kepada Allah tentang apa yang dilakukan oleh manusia dan jin. Contoh, kita hadir majlis ilmu bumi jadi saksi.
Ayat 5: Pada Hari Kiamat, Allah SWT mengarahkan kepada bumi untuk menyampaikan berita tersebut. Sekarang bumi hanya tengok sahaja segala perbuatan manusia.
Ayat 6: Pada Hari Akhirat, manusia keluar daripada kubur masing-masing dalam berbagai keadaan. Akan dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing. Ada yang untung, ada yang celaka. Orang-orang mukmin bersama orang-orang mukmin. Orang-orang kafir bersama orang-orang kafir.
Ayat 7: Sesiapa yang melakukan amal kebaikan, walau sebesar zahrah (debu) akan dapat balasan pahala. Kita rasa ianya kecil sahaja, tetapi di sisi Allah ia ada nilai. Amalan itu mengikut syariat dengan iman. Orang kafir tanpa iman, semua amalan baiknya tertolak.
Ayat 8: Sesiapa yang melakukan keburukan, dan pelakunya tidak bertaubat, walaupun sebesar zahrah (sangat kecil). Akan tetap menerima balasan azab. Sekiranya bertaubat dengan ikhlas, taubat nasuha – diampunkan.
PENUTUP: Allah memulakan surah ini dengan sesuatu yang amat besar. Kejadian bumi bergoncang sangat kuat pada Hari Kiamat. Di akhir surah, Allah menyebut tentang perkara yang sangat kecil. Amal baik yang kecil atau amal buruk yang kecil, semua akan ditunjukkan.
Hadis Sahih – Membaca surah ini menyamai pahalanya seperti membaca separuh al Quran. Membaca dua kali seperti membaca sebuah al Quran.

MyBloglist