Tuesday 29 September 2015

EKONOMI GAWAT LAGI?

ASSALAMUALAIKUM….

PERSEDIAAN 7 TAHUN SEBELUM 7 TAHUN…

Mengungkap kisah nabi Yusof as dalam alquran mengenai krisis kemorosotan ekonomi Mesir tika Pesuruh Allah itu menghadapinya selaku menteri perbendaharaan.

Rakyat harus bersedia untuk merasai zaman kemelesetan ekonomi setelah 7 tahun berada dalam zon keselesaan dan kemewahan dengan sebab-sebab yang tidak terjangka terentang di hadapan mata.

Ada saja masalahnya yang menyumbang kepada penambahburukan di segenap segi terutama berkait rapat dengan sosio politik yang tidak stabil dll perkara menurut perkiraan penganalisis ekonomi yang rajin menganalisis.


pic google images sekadar hiasan.

Kalau berminat juga hendak menganalisis berkenaan ekonomi negara terkini bolehlah melayari blog, blogger yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

PI cadangkan baca artikel yang ditulis blogger khir khalid/KK ini...
http://www.khirkhalid.com/2015/09/ruangan-kerjaya-dalam-krisis-ekonomi.html

Kegawatan ekonomi 1997 angkara pemanipulasi  mata wang Georg Soros menyebabkan negara berada di dalam kemiskinan setelah dikatakan sebagai harimau ekonomi Asia yang baru bangun dari tidurnya kerana lonjakan pertumbuhan ekonomi tika itu. 

Ramai yang terkena tempiasnya. Yang jatuh muflis dalam perniagaan pun tak terkira bilangannya.

PI pun terkena juga. Walau PI bukan peniaga yang terpaksa bermain dengan untung rugi perniagaan tapi disebabkan sedikit simpanan dilaburkan dalam saham semasa jatuh merudum hingga lebih daripada separuh nilainya amatlah merugikan sekali.

Anak pula hendak ke university. Kebun sawit pula ditanam semula. Langsung tiada pendapatan sampingan. Habislah duit simpanan yang ada untuk menyara hidup diri dan anak-anak.

Hingga kini saham semasa yang dibeli dengan nilai harga tiga kali ganda masih ditakuk lama. Ada pergerakan saham itu naik setelah kemelesetan ekonomi 1997 ditangani namun kelihatannya lembab dan lambat saja.

Dan fasa kegawatan ekonomi berulang lagi. Nilai ringgit menyusut lebih teruk. Harga saham naik turun berlandaskan perkembangan semasa. Yang pasti lebih banyak graf menurunnya.

Daripada paparan media arus perdana mengatakan kegawatan ekonomi kali ini jauh berbeza dengan yang terjadi pada 1997 dan rakyat marhaen tiada sebarang masalah menghadapinya dengan tabah. Bersyukurlah seadanya. Allah tidak akan menguji hamba-hamba-Nya diluar batas keupayaannya.

Janganlah merasa iri pula dengan mereka yang tidak langsung goyah kestabilan ekonominya walau yang lain digeluti masalah ekonomi yang merungsingkan. justeru mereka itu telah bersedia sebaiknya.

Tapi amat sedih mengenangkan nasib kawan-kawan kita yang kehilangan perkerjaan akibat organisasi yang mereka sertai mengecilkan jumlah perkerjanya untuk mengurangkan kos pengoperasian seperti MAS, NAZA, GURUN MOTORS DLL.

Blogger irfa admin blog happy irfa pun terlibat sama setelah berbelas tahun berkhidmat dengan MAS.My Photo

Dan banyak syarikat yang menggalakan perkerja/staff mereka berhenti secara sukarela untuk terus bernafas dalam bisnis demi menangani kegawatan ekonomi.

Risau juga kita memikirkan university/kolej yang bakal melambakan siswa-siswi ke pasaran pekerjaan kelak setelah bergraduasi tapi peluang untuk mengisi lowongan perkerjaan penuh persaingan. 

Siswa/siswi yang menyambung pelajaran di luar negara kini dianjurkan pihak berwajib agar pulang dan meneruskan pengajian mereka di universiti tempatan sekiranya tidak mampu menanggung kos sara hidup/yuran pengajian yang tinggi ekoran nilai wang yang jatuh melorot berbanding tukar nilai wang asing.

Nampaknya inflasi digantikan dgn stagflasi. Harga barang keperluan melambung tinggi. Tidak percaya pula membayar 1.50rm untuk sebatang timun kecil, 3.00rm untuk 2 biji tomato dan 2.00rm untuk 4 biji telor gred c.
Harga setinggi ini perlu dibayar rakyat marhaen kampung PI dan mungkin di kawasan luar bandar yang lain situasinya pun serupa.  


SALAM IDIL ADHA...

ASSALAMUALAIKUM...



SELAMAT  HARI RAYA KORBAN  10 ZULHIJJAH 1436 HIJRAH BERSAMAAN 24 SEPT 2015
MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG, KAWAN-KAWAN FOLLOWERS, BLOGGERS DAN PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI MANA SAJA BERADA.

TERUTAMA BUAT SAUDARA MARA YANG SEDANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI
SEMOGA SEGALA AMAL SEMPURNA DILAKUKAN DAN MEMPEROLEHI HAJI YANG MABRUR

Wednesday 23 September 2015

AYAM GRILL MUSHROOM...MASALODEH...KOKTEL SEGERA...

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT BERPUASA SUNAT ARAFAH SEMPENA HARI WUKUF....SAMBIL TU BOLEH MASAK RENDANG SEKALI BUAT LAUKBERBUKA DENGAN BANYAK SEDIKIT AGAR BOLEH DIJADIKAN HIDANGAN RAYA BERSAMA KETUPAT PULUT/NASI ..LEMANG.

KEBIASAANNYA HARI RAYA KORBAN KEBANYAKAN KITA SUKA MEMASAK AYAM DLL ANEKA RESEPI PILIHAN SEBELUM MENDAPAT DAGING KORBAN YANG AKAN DIAGIHKAN KEPADA PENERIMANYA SETELAH IBADAH KORBAN TERNAKAN KAMBING, LEMBU, UNTA DILAKUKAN YANG BERKEMAMPUAN...

PI KONGSIKAN DI SINI RESEPI RENDANG/MASAKAN AYAM YANG ENAK UNTUK DIJADIKAN SANTAPAN BERBUKA DAN HARI RAYA HAJI JUGA...

DAN RESEPI MASALODEH SEBAGAI PENAMBAH HIDANGAN DAN KOKTEL SEBAGAI PEMANIS RASA...



RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4) 
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-caranya:-

Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.

Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)

Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.

Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best

Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api



Masalodeh

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

2 genggam kacang dal - direndam semalaman
1/2 bii bawang besar-didadu
Cili padi-dihiris (jika suka pedas)
Daun kari -dihiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
1/2 biji telur
secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat

Cara-cara

Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari, serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.




KOKTEL SEGERA..
Prosedur
1. Buka penutup susu cair & tin cocktail
2. Ambil mangkuk besar & tuang susu cair & cocktail
3. Masukan nata de coco sikit-sikit
4. Kemudian tambah laici
5. campak segala jenis buah buahan yang anda sukai
6. akhir sekali masukkan ketulan ais
7. tabur sedikit garam supaya semua macam macthing




Tuesday 22 September 2015

AURA WAJAH...

ASSALAMUALAIKUM….




MEMBACA AURA DI WAJAH….

Agaknya pernah tak kalau kita berhadapan dengan seseorang hati kita akan cuba-cuba membaca apa yang ada di wajahnya walau tidak jelas tertulis.

Berdasarkan kepada pandangan kita mudah saja untuk membuat kesimpulan.

Seorang lelaki yang wajahnya berseri tapi ada rona kehitaman di dahinya akan kita jumlahkan sebagai seorang yang waraq’. beriman dan rajin bersolat, wajah seseorang begini menenangkan hati kita untuk mendampinginya tanpa ada rasa curiga.

Rajin-rajinlah bersolat malam dan siang sekiranya aura wajah suci murni ingin diperolehi. Lagipun melakukan solat fardhu atau sunat adalah tuntutan Islam agama kita yang syumul.

Kadang hanya meneliti raut wajah seseorang itu hati kita berkata beliau ini seorang yang berilmu, berkarisma dan bijak amat.


Ilmu yang di dadanya terpancar di wajahnya walau kita sendiri tidak tahu sebanyak mana ilmu yang dimilikinya. Sebab itu kala melihat wajah anak-anak kita yang terpampang di mana-mana media kerana menyambung pengajian, menuntut ilmu hati kita terpesona menatap keserian wajah wajah mereka yang cantik, kacak bergaya.

Jadi kalau inginkan wajah dengan aura yang memancar-mancar serinya kenalah rajin menuntut ilmu. Tentulah ilmu kebaikan. Bukan yang sebaliknya. Dan mereka yang berilmu pelik-pelik ni auranya pun pelik juga.

Boleh juga amalkan doa-doa tika berwuduk membasuh wajah dan melihat cermin.

Dan berselawat banyak-banyak 1000 kali….tak sampai 1000 kali pun tak mengapa asalkan sentiasa tidak lupa berselawat nabi saw.

Keyakinan pada diri sendiri juga akan menyerlahkan aura positif yang akan meningkatkan semangat menghadapi kenyataan kehidupan....insyaAllah.

Monday 21 September 2015

Pelayaran Tun Perak?


ASSALAMUALAIKUM...


Pelayaran Tun Perak dari Melaka
hajat hendak singgah di Kelang
hatinya dirundung walang bukan kepalang
Ah! Alangkah sibuknya pelabuhan
dengan pendatang dari seberang
sekaliannya sudah bersiaga
merantau ke tengah kota ke ceruk desa
dengan tekad waja
sebagai perkerja.


Sedang anak negeri
leka demonstrasi
mahu beroformasi
bijaknya berperi-peri

Beliau mencabut destar
mindanya ligat berputar
mengimbau dengan wajar


Bukankah ada seorang pateh
yang banyak onarnya
mencipta aneka petaka
memberi celaka seorang hamba
yang dikasihi Raja
sehingga berbunuhan sesama saudara



Apakah tidak berubah
nasib Tuah ditimpa olah
angkara warga mencipta sengketa membawa padah

Beliau menggaru kepala
lantaran pening pula
risaukan ramainya penghijrah
yang mengaut emas ke dalam kantung
jumlahnya tak terhitung

Koleknya disongsong angin
firasatnya menghilir
diburu deru angin semilir

Sudah jauh kolek dikayuh
ingin pula berlabuh
di pengkalan Pangkor

Beliau melihat sebuah bahtera
di tengah segara
dan seorang cucunya sedang berurus niaga
menukar emas perak dengan tiara negara

dengan sekeping wadah janji
tidak mungkin terpenuhi
bakal dimungkiri

Ah! Mengapalah cucu itu
tidak membalik hikayat silam
tentang kesultanan Melaka yang tenggelam
kerana ada gunting dalam lipatan
kerana telunjuk lurus kelingking berkait
kerana adat tempua tidak bersarang rendah

Kenapa masih hendak mencari budi
berkeliling pelosok negeri
mengenal pasti sasaran
memusnah semua harapan
yang direncana warga sebaiknya

Mengapa tidak mahu menjadi warga yang pasrah
redha pada kalah
usah menuding penentu salah
justeru segalanya telah terserlah

Tun Perak sudah penat memikir
ingin pula beradu di taman inderaloka
biarlah pelayaran ini segera berhenti
angin pun tidak bertiup lagi
sudah mati

Kita ingin segera ke Langkawi
menulis puisi tentang cinta pada pertiwi
tentang sebuah jati diri....

nukilan
Paridah Ishak...


pic kawan-kawan fb

Alam semesta.....BERSAMA PANTUN-PANTUN INDAH OTHMAN K LEE

ASSALAMUALAIKUM...

Bilang-bilang silang menyilang
     leka berjalan kala petang
Siang hilang malam menjelang
     di mana bulan di mana bintang


Kaca bersilau disepuh mentari
     tiada bayang di tiang pagar
bintang berkilau dinihari
     rembulan hilang ditelan fajar



Anak mami esak tersedu
     duri tajam menyucuk pipi
malam sunyi lena beradu
     mata terpejam dibuai mimpi



Tersenyum manja dara jelita
     buah kepayang di dalam jala
sebentar saja malam gelita
    cahaya siang menjelma pula



Kau pergi jua...

ASSALAMUALAIKUM…

Pagi ini PI dikejutkan dengan berita pemergian ke sisi-Nya  seorang sahabat fb yang diupdate family terdekatnya dalam wall fbnya pada jumaat 18 sept lalu. Kesedihan yang terasa menjuraikan air mata.

Beliau ini pada mulanya dimasukan ke wad icu kerana mengalami kecederaan di lidahnya. Kecederaannya tentu sangat berat sehingga terpaksa dirawat di unit icu.




Lunch sy.. makanan hospital..

Hmm..

Status nori komiko.


Nori komiko sahabat fb PI ini seorang tokoh korporat yang muda jelita dan sering menulis status tentang dirinya menguruskan perniagaannya dan pengalamannya menunaikan haji di Mekah. Terlalu singkat masa yang berpeluang untuk PI mengenali gadis ini.

Jiwa halus murni dirinya membuat dirinya tidak memilih untuk berkawan dengan sesiapapun walau dirinya kayaraya dan ternama.

Nori changed her life style in 360 degrees.. I have never seen a person who works so hard to change herself to be a holy person .. every midnight she will wakeup and pray for 1 hour and recite Quran until she fall asleep..
status fb familinya.

Allah terlalu mengasehinya justeru segera dipanggil hamba-Nya yang lughu itu segera ke sisi-Nya.
Innalillah ….Alfatihah.

Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas roh hamba-Nya ini dan berada bersama mereka yang beriman dan beramal soleh…aamiin

BERPANTUN BERSAMA OTHMAN K.LEE...

ASSALAMUALAIKUM...

Bilang-bilang silang menyilang
     leka berjalan kala petang
Siang hilang malam menjelang
     di mana bulan di mana bintang


Kaca bersilau disepuh mentari
     tiada bayang di tiang pagar
bintang berkilau dinihari
     rembulan hilang ditelan fajar



Anak mami esak tersedu
     duri tajam menyucuk pipi
malam sunyi lena beradu
     mata terpejam dibuai mimpi



Tersenyum manja dara jelita
     buah kepayang di dalam jala
sebentar saja malam gelita
    cahaya siang menjelma pula



Sunday 20 September 2015

BORAK-BORAK ORKID

ASSALAMUALAIKUM...

"Banyak borong orkid pidah...hari tu tak cakap nak gi Sg.Buloh beli orkid...kalau tak boleh kak kirim..."
"Takpe kak tak kirim pun takpe...saya dah tahu apa yang kak teringin nak beli...saya dah belikan untuk kak..."



"Mana yang mana satu untuk kak ni?"
"Kak pilih je yang mana-mana pun...ada butterfly dari Korea...ada vanda macam-macam warna...ada dendrobium...ada cataleya dan orkid-orkid hybrid..."
"Kak ambil orkid yang banyak putik ni sudahlah...berapa harganya?"

"Sepuluh ringgit je kak...butterfly ni taknak? 30 ringgit je..."
"Mahalnya...taknaklah...ambil yang murah-murah sudah...bunganya pun cantik juga..."

"Ikut kak lah...ini saya berikan kak vanda merah dan anak benih butterfly juga. Kak tak payah bayar saya bagi jer...kak pun selalu belikan saya orkid kalau ke Temerloh..."
"Iakah...terimakasih banyak-banyak pidah..."
Begitulah bicara dua orang penggemar orkid yang tinggal berjiran. Sering bertoleransi tentang minat mereka yang serupa



PIC LIKE PAGE FB KELAB ORKID KELANTAN.

KAPAL YANG BOCOR...

Kapal yang bocor

Kapal itu telah meninggalkan pelabuhan
sarat muatannya berat bebanannya

kadang melinglung dipukul ombak ganas
kadang tersasar laluan dihempas badai

Namun terus belayar dengan sabar
meredah situasi demi situasi
tanpa mengira nasib diri

Di tengah lautan pelayarannya terhenti
segara luas nan tidak bertepi 
tidak gagah lagi direnangi



Dan
tiada yang menangisi nasib dirinya
mahu berpayah membaiki kebocorannya

Kini sendirian bermain gelombang
bertemankan camar yang singgah di tiangnya
yang pasti bakal tenggelam
ke dasar lautan perlahan-lahan
untuk menjadi tukun ikan ikan

Paridah Ishak.

kapal tua.. by eswin
PIC GOOGLE IMAGES


Saturday 19 September 2015

JOM KE BUKIT FRASER...

ASSALAMUALAIKUM….

JALAN-JALAN KE BUKIT FRASER…

ALAM KITA KELIHATANNYA MASIH BERKABUT JEREBU LAGI WALAU HUJAN TURUN DENGAN PEMBENIHAN AWAN YANG DILAKUKAN JABATAN BERKAITAN…

DI KEDAH DAN PERLIS BANJIR KILAT PULA TANPA PERLU PEMBENIHAN AWAN UNTUK MENURUNKAN HUJAN DARI LANGIT…SUBHANALLAH KEKUASAAN ALLAH JUA….TENTU ALAMNYA KEMBALI BERSIH DARIPADA PENCEMARAN JEREBU YANG MERISIKOKAN KESIHATAN JIKA AKTIVITI DIRI TERLALU TERDEDAH DENGAN PERSIKATARAN LUAR YANG TERBUKA.

BAGI YANG BERADA DI TENGAH DAN SELATAN NEGARA KEADAANNYA MASIH SERUPA…TIDAK JAUH BEZANYA HARI INI DAN SEMALAM WALAU DINYATAKAN JABATAN METEREOLOGI INDEKS PENCEMARAN UDARA TELAH MENURUN DARIPADA KUALITI TIDAK SIHAT KEPADA KURANG SIHAT….APA BEZA TU HEH..HEH..

UNTUK LEGAKAN STRES JEREBU YANG MENUSUK KALBU JOM KITA NAIK BUKIT FRASER…MENIKMATI ALAM SEKITARNYA YANG INDAH DILINDUNGI BELANTARA HIJAU…

SUASANANYA DI SINI NYAMAN, TENANG DAMAI DAN DINGIN SUNGGUH….


HENDAK KE SINI BOLEH MASUK MELALUI JALAN RAUB DI PAHANG ATAU KUALA KUBU BARU BAGI YANG DARI ARAH SELANGOR….BERTEMU SIMPANG GAP SEBELUM MENAIKI JALAN MENDAKI SEJAUH 8 KILOMETER.

Fraser's Hill includes seven peaks, with altitudes between 1,220 and 1,524 meters above sea level.[8] The Meteorological Department station is measured at 1,280 m. Year round temperatures are between 17°C~25°C / 63°F~77°F.
The resort is situated 64.6 miles (104 km) from the capital cityKuala Lumpur. At the foot of the steep ascent, at an altitude of only 800m, is The Gap, where a colonial resthouse used to be. The winding 8 km single-track road up from The Gap is open in alternate directions each hour; odds hours for going up and even hours for going down. The drive from The Gap to Fraser's Hill takes less than 20 minutes. Some visitors prefer to walk up, spotting birds and enjoying the noticeable fall in temperature.[6][9] A new alternative road was opened in 2001, but from time to time this is closed due to landslides.[8]

wikipedia.



TAKLAH JAUH ANTARA GAP KE BUKIT FRASER TAPI JALANNYA YANG SEMPIT DAN BENGKANG-BENGKOK DIKELILINGI TUMBUHAN BULUH DAN POHON-POHON RIMBUN MERIMBA TAMBAH KALA SENJA BERANSUR MALAM MENYERAMKAN JUGA.
KALAU TAK TAHAN DILAMBUNG KERETA YANG MEMBELOK KIRI KANAN PENING KEPALA JUGA DIBUATNYA....MAHU TERBURAI ISI PERUT...UWEK..UWEK TERMUNTAH...



LALUAN  NAIK KE PUNCAK BUKIT ITU PUN SUDAH DITETAPKAN JADUALNYA. …MELEBEHI JANGKA WAKTU YANG DITETAPKAN TIDAK DIBENARKAN KENDERAAN APAPUN  MENAIKI ATAU MENURUNI BUKIT FRASER…

SETELAH SAMPAI DI ATASNYA BARULAH BOLEH MENARIK NAFAS LEGA SAMBIL MENYEKA PELUH YANG MERENIK DI MUKA…SYUKUR ALHAMDULILLAH…DAH PUN SAMPAI.



MASIH ADA TEMPAT PENGINAPAN UNTUK BERMALAM WALAU TIDAK MENEMPAHNYA LEBIH AWAL…HOTEL YANG TERMAMPU DISEWA JADI PILIHAN…BIASALA BAJET KECIL/SECIPUT HEH..HEH..

LAGIPUN SEKADAR NAK MERIHATKAN BADAN DAN NAK MELELAPKAN MATA SEKEJAP JER MENANTI HARI ESOK…ASAL CUKUP SEMPURNA  KEPERLUAN KITA OK JER.

DI TENGAH KESUNYIAN KEDINGINAN YANG MENGGIGIT HINGGA TULANG TEMULANG DI DINIHARI AZAN SUBUH BERKUMANDANG JELAS SYAHDU.

HAA…DAH PUN SIANG. ..JOM MERONDA SEKITAR BUKIT FRASER….TEMPAT PERCUTIAN INI BANGUNANNYA ALA INGGERIS KONSEPNYA.

TERKESIMA MELIHAT JALURAN BANJARAN TITIWANGSA YANG BAGAI BERALUN MERONA HIJAU, BIRU, KELABU, PUTIH, UNGU….INDAH SUNGGUH.

PIC GOOGLE IMAGES.

BURUNG-BURUNG RIANG TERBANG KE SANA SINI ANEKA JENISNYA.
BUNGA-BUNGA MENGINDAHI PERSEKITARANNYA .



BANYAK LOKASI MENARIK DI SINI BOLEH DIKUNJUNGI SESUAI DENGAN MINAT MASING-MASING....NAK BERPIKNIK DI AIR TERJUN PUN BOLEH...VIEW AIR TERJUNNYA TENANG DAMAI...NAK BERSAMPAN KOLEK DI TASIKPUN PASTI SANGAT MENYERONOKAN...YANG BERMINAT MENUNGGANG KUDA PUN ADA TREK YANG DISEDIAKAN..

AIR TERJUN JERIAU.
PIC GOOGLE IMAGES.

PI HANYA MINAT MELAWAT NURSERI POKOK BUNGA JER..










MyBloglist