Thursday 31 October 2013

"JIN ITU BERKULIT HITAM, TELINGANYA PANJANG, KAKI DAN TANGANNYA KURUS"...ABDULLAH BIN ZUBIR

ASAL NAMA MASJID POKOK ...

KETIKA NABI SAW SEDANG BERDAKWAH KEPADA KAFIR QURAISH, KUMPULAN ITU MEMINTA NABI SAW MENUNJUKAN MUKJIZATNYA. LALU NABI MEMANGGIL POKOK AGAR BERJALAN. POKOK KAYU PUN MENCABUT DIRINYA DENGAN AKAR-AKARNYA DAN BERGERAK SEJAUH 500 METER DAN NABI MENYURUHNYA BERHENTI DAN KEMBALI KE TEMPAT ASAL. DI SINILAH DIBINA MASJID POKOK KAYU.

ASAL NAMA MASJID JIN.

pic google

TEMPAT POKOK BERHENTI SEBELUM BERGERAK SEMULA DIBINA MASJID JIN KERANA SEKUMPULAN JIN  YANG MELIHAT KEJADIAN POKOK BERJALAN ITU TELAH MEMELUK AGAMA ISLAM. SEDANG KAFIR QURAISH MASIH TIDAK PERCAYA NABI SAW.

SEBUAH LAGI VERSI TENTANG ASAL NAMA MASJID JIN

PADA SUATU MALAM NABI SAW BERSAMA SEORANG BUDAK, ABDULLAH BIN ZUBIR DAN ABDULLAH INI ADALAH TUKANG MEMBAWA BARANG-BARANG PERIBADI NABI SEPERTI SIWAK DLL. NABI MEMINTA ABDULLAH DUDUK DI SUATU TEMPAT. BAGINDA MEMBUAT GORESAN DI TANAH DI SEKELILING ABDULLAH DAN BERPESAN KEPADA ABDULLAH AGAR TIDAK KELUAR DARIPADA KAWASAN TANAH YANG DIGORES ITU.

SEKUMPULAN JIN MENGERUMUNI GORESAN TEMPAT ABDULLAH DUDUK TETAPI TIDAK DAPAT MASUK SEOLAH ADA PAGAR. KETIKA ITU NABI SAW PERGI BERDAKWAH KE NEGERI JIN, HAMPIR SUBUH BARU NABI PULANG KE TEMPAT ABDULLAH. BAGINDA KELETIHAN DAN TERTIDUR DI PANGKUAN ABDULLAH.

DI TEMPAT ABDULLAH DUDUK ITULAH DIBINA MASJID JIN.

ABDULLAH BERCERITA KEPADA KAWAN-KAWANNYA JIN-JIN ITU MEMELUK ISLA M, KULITNYA HITAM, TELINGANYA PANJANG, KAKI DAN TANGANNYA KURUS...WALLAHUALAM..

Ustadz daripada.pakej YASKIN yang bercerita ketika membawa kami melawat. Lela pernah juga buat haji 1997 dengan muasasah Tabung Haji dan datang umrah 2009 dengan pakej JATILA tapi tidak dibawa melawat ke sini. Lela juga baru tahu tentang cerita ini, sama juga macam ramai yang lain. Bukan ida saja yang tak tahu.

Catatan Noorlaila Ghafar dari Mekah.

                   
                     Di Muzium Mekah.

Wednesday 30 October 2013

SAYANG SAYANG BUAH KEPAYANG DITELAN PAHIT DIBUANG SAYANG.....


MUNGKIN ADA YANG TIDAK KENAL DENGAN BUAH KEPAYANG. BAGAIMANA RUPA POKOKNYA PUN ADA YANG TIDAK TAHU.



MUJI Mohamad mengupas kulit biji buah kepayang untuk mengeluarkan isinya selepas direndam selama seminggu di Kampung Pengau, Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang, baru-baru ini

.pic google
JERANTUT 28 Okt. - Penduduk di pedalaman Hulu Tembeling dekat sini sudah sinonim dengan makanan berasaskan buah-buahan dan herba yang boleh diperoleh dari hutan Taman Negara Kuala Tahan.

Sumber hutan berkenaan juga diproses secara tradisional bagi menghilangkan kesan sampingan bagi tujuan perubatan selain dikomersialkan dan boleh menambah pendapatan sampingan.

Antara buah hutan yang boleh dimakan dan dikomersialkan secara kecil-kecilan, ialah kepayang iaitu spesies dikenali sebagai pokok beracun.

Namun demikian, Muji Mohamad, 70, dari Kampung Pengau, Hulu Tembeling mampu meneruskan kesinambungan warisan lama dalam memproses makanan berasaskan biji buah kepayang untuk dikomersialkan.
Katanya, biji kepayang berwarna putih dan bertukar kehitaman selepas direndam dalam air, dibakar atau direbus untuk menghilangkan rasa pahitnya.

"Buah kepayang mengandungi enam hingga lapan biji di dalamnya dilitupi selaput putih dan berminyak.
"Isi kepayang tidak boleh dimakan mentah kerana beracun dan memabukkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, buah yang baru dikutip darpadai pokoknya direndam dalam air selama seminggu sebelum direbus atau dibakar untuk menghilangkan kesan pahitnya.

"Selepas direbus, isinya yang kehitaman, kemudian dihiris nipis-nipis. Saya menggoreng semula dengan mencampur sedikit kunyit serta garam sebelum dimakan dan jika banyak bolehlah dijual," katanya.

Katanya, dia menjual buah itu secara kecil-kecilan di sekitar kampung tersebut dan Kuala Tahan dengan harga RM3 mengikut ukuran tin susu.

Selain itu, dia juga menjual minyak buah itu yang siap diproses pada harga RM6 sebotol bersaiz sederhana dan boleh dicampur dengan beberapa ramuan herba lain untuk dijadikan minyak urut bagi wanita selepas bersalin


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20131029/wp_05/Kemahiran-Muji-proses-buah-kepayang#ixzz2j3qjni00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 29 October 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU AHMAD GEMAYEL DAN EJA FARIZA...

MINTA MAAF BANYAK-BANYAK SHIDA (rashida othman, shbt fb) SEBAB TAK DAPAT NAK HADIRI MAJLIS KENDURI PERKAHWINAN ANAK SULUNGMU 27 OKT.LALU. SUDAH PLAN NAK HADIR TAPI ADA SAJA GENDALANYA SELAIN BERBETULAN PULA DENGAN MAJLIS ADIK DI KAMPUNG.

APAPUN SEGALANYA TELAH SELESAI DENGAN SEMPURNA. BEGITU JUGA DENGAN MAJLIS SHIDA YANG PERTAMA KALI BERPENGALAMAN MENGURUS MAJLIS BESAR BEGITU.

NAMPAK DARIPADA GAMBAR-GAMBAR YANG MEMOTRET SITUASI INDAH MAJLIS ITU MERIAH DAN BERSERI SEKALI.

TAHNIAH KEPADA SEPASANG MEMPELAI BAK MERPATI DUA SEJOLI, SAMA CANTIK SAMA PADAN DAN DENGAN YAKIN

MENEMPUHI GERBANG PERKAHWINAN. SEMOGA AKAD YANG MENGIKAT BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA.




    TAHNIAH SHIDA KERNA MENDAPAT ANAK MENANTU YANG CANTIK COMEL. .

Sunday 27 October 2013

MESEJ DARI TANAH SUCI MEKAH....BERDERAI AIR MATA....

MSG 1....

Salam. Ida apa khabar. Lela sntsa ingatkan ida. Syukur Alhamdullillah kami dh selesai buat haji. Pakej kami buat tarwiyah, sblm wukuf pada malam 7 & 8 dzulhijjah ke Mina. Pagi 9 Dzulhijjah baru ke Arafah. Kmdn ke Mudzaliffah n Arafah semula untuk melontar n mabit. Hmpr semggu dok dlm kemah bnyak dugaannya. Hari ni baru buat umrah setelah rasa sihat. Masih batuk2 n selsema.

MSG 2....

Umrah wajib sekali je. Masa mula2 sampai. Pas tu atas kita malas ke rajin nak buat. Smlm buat umrah niat utk arwah ayah. Cadang hari ni niat umrah utk arwah mak pula.

MSG 3....

Wsalam...maaf ganggu lena ida. Di sini kul 9 mlm . Lela baru lpas dinner stlah pulang dari solat isyak di masjidilharam. Maaf lela bertanya, ida dh boleh ke bilik air sendirian tanpa dibantu...

MSG 4....

Hari ni xumrah. Pakej bawa melawat ke Maulidrasul tempat baginda lahir, masjid kayu, masjid jin, perkububuran Mala', pusara saidatina Khadijah, Saidatina Mariam isteri2 nabi. Kini kat pasar borong.

MSG 5...

Oh ya ida, lela dh tanya ustaz tadi. Ceritakan keadaan ida kalau ida xada harapan n peluang dtg buat umrah n haji, lela boleh wakil diri buat utk ida...

MSG 6....

Lela xmahu upah. lela buat hadiah utk ida. Doakan lela dpt buat n Allah permudahkan segalanya.

MSG 7....

Salam. lela brsiap ke masjid. Terlewat pagi ni. Lpas b'feast akan dibawa melawat ke  muzium Mekah n kndian ke miqat Udaibiah, miqat yg paling jauh. Miqat ialah sempadan tanahharam n tanah halah utk niat haji.

MSG 8....



Syukur Alhamdulillah...telah selesai saei sebelum isyak dah telah tahalul @ bergunting. Ya Allah sampaikanlah pahala umrah ini kepada sahabatku Paridah Ishak....Amin...

REPLY MSG:

APAKAH REPLY MSG IDA KEPADA LELA? BAYANGKAN YANG BAIK-BAIK SAJA. SUKAR MENULIS MENGGAMBARKANNYA.  HANYA SEDU SEDAN TANGISAN YANG MENGIRINGINYA  DI SAAT DUKANYA ALLAH MENGIRIMINYA BEBERAPA SAHABAT BAIK YANG PRIHATINKAN NASIBNYA DAN LELA INI ADALAH SALAH SEORANG SAHABAT BAIK YANG MEMBERIKANNYA HADIAH KEJUTAN BERMAKNA TIDAK TERNILAI HARGANYA.

PERSAHABATAN YANG TERJALEN TANPA TIMBAL BALIK YANG SEMPURNA ITU TIDAK DIANGGAP LELA SAJA-SAJA. LELA TERLALU BANYAK MEMBERI SEDANG IDA HANYA MENERIMA. MEMANG RALAT KALAU MENJADI PENERIMA TAPI TIADA DAYA MEMBALASNYA...IDA HANYA MAMPU MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI RASA TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA. HANYA ALLAH SAJA YANG MAMPU MEMBALAS PENGORBANAN  DAN KEBAIKAN LELA ITU.

BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH MELAKUKAN IBADAH UMRAH DAN MENIATKAN PAHALANYA KEPADA SEORANG SAHABAT PADA MUSIM HAJI YANG SENTIASA SESAK DENGAN UMAT ISLAM YANG MEMENUHI SETIAP RUANG TANAH SUCI UNTUK SENTIASA MENGERJAKAN AMAL IBADAH KERNA PAHALANYA YANG BERGANDA JIKALAU HATI TIDAK TULUS IKHLAS.

SUBHANALLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH!
BERTUAH NASIBMU IDA PADA DZULHIJJAH TAHUN INI...



                          PIC NOORLAILA GHAFAR...






PUDING KASTARD KOKTEL IDA ZURAIDA....

SEDAP MAKAN PUDING KASTAD KOKTEL NI SEBAGAI PEMANIS MULUT SELEPAS MAKAN TENGAHARI ATAU BUAT JAMU SELERA TIKA CUACA AGAK PANAS. TERPULANG JUGA MENGIKUT KESUKAAN MASING-MASING.

Resepi Puding Kastard Koktel

Bahan A
1 tin susu cair
1 tin mix fruit
1/2 cawan air
1 st esen vanila
1 st tepung kastard (larutkan dulu)
4 sudu besar gula

Cara2nya
Campurkan smua bahan A kecuali mix fruit dan tepung kastard diatas api perlahan. Kacau sehingga gula hancur. Bila gula dah hancur baru masukkan tepung kastard, mix fruit dan kacau sebati.. angkat dan masukkan dlm fridge.

Bahan B
1 cawan tepung kastard (larutkan dulu)
3 sudu gula (kurangkan jika tak suka manis)
5 cawan air

Cara2nya
Didihkan gula dan air dulu. Kemudian baru masukkan tepung kastard dan kacau guna whisk supaya kastard nampak licin dan tidak berketul2. Kacau sebati sehingga warna kuning cair bertukar ke kuning lutsinar.. ketika itu kastard sudah pekat dan likat). Angkat dan tuang ke dlm bekas2 kecil. Sejukkan dlm fridge.

Nota 1: Sedap dimkn sejuk2!

Nota 2: Resepi ni sy dpt semasa merayau2 carik resepi kt google. Waktu cut n paste lupa nak ambik nama tuan punya resepi tu.. sy harap kalau tuannya nampak resepi ni mintak dihalalkan ye.. ngeeee~
 — with Yuen Fe S and 11 others.


TERIMA KASIH IDA ZURAIDA RAJIN MENGGOOGLE RESEPI DAN MENCUBANYA DAN DIKONGSIKAN BERSAMA...
11

Friday 25 October 2013

BAJET 2014...SEDIKIT PETIKAN PEMBENTANGAN PM DS NAJIB TUN TAZAK...




PENUTUP

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

210. Selanjutnya, dalam usaha untuk terus meringankan beban hidup rakyat, bersesuaian dengan pelaksanaan subsidi bersasar, sukacita saya mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada isi rumah dan individu bujang akan ditambah baik. 

211. Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

212. Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

213. Sebagai pelengkap, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sukacita saya mencadangkan caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai 50 ringgit diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M. Langkah ini diharapkan dapat memberi perlindungan maksimum sehingga 30 ribu ringgit kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

214. Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi tiga ribu ringgit, akan menikmati bantuan sebanyak 700 ringgit.

215. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya juga, BR1M akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit dengan nilai bantuan sebanyak 450 ringgit. Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah.

216. Golongan ini juga akan menikmati caruman i-BR1M bernilai 50 ringgit yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak 500 ringgit. Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 di atas, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 4.6 bilion ringgit yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 7.9 juta penerima

KEAGUNGAN AYAT KURSI....

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardu, nescaya Allah mengurniakan mereka hati orang-orang yang bersyukur, amalan orang siddiqin, pahala para nabi dan menghampirkan ke atasnya rahmat dengan limpah kurnia Allah yang mana tiadalah yang menegahnya daripada memasuki syurga selepas mati."
Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Tiadalah yang menetap atas amalan membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardu itu melainkan orang-orang siddiqin atau ahli-ahli ibadah" (daripada Ali bin Abi Talib


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131022/ba_03/Keagungan-ayat-Kursi#ixzz2ibUO0oVV
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Wednesday 23 October 2013

KHAZANAH WARISAN RIBUAN TAHUN...


ALAT-alat muzik tradisional yang tersimpan di Muzium Negara.
PENGALAMAN melangkah masuk ke dalam stor penyimpanan artifak Muzium Negara baru-baru ini seumpama memasuki gua yang dipenuhi dengan harta karun.
Bukan sahaja terpegun melihat susunan artifak yang memenuhi segenap ruang tetapi kesempatan itu dirasakan amat istimewa kerana tidak ramai yang mendapat peluang melepasi bilik kebal tersebut.
Stor penyimpanan yang terletak di Unit Repositori Muzium Negara merupakan lokasi penyimpanan koleksi artifak milik Jabatan Muzium yang jarang dipamerkan di galeri umum Muzium Negara.
Hanya sebahagian kecil daripadanya pernah dipertontonkan melalui penganjuran pameran-pameran khas yang biasanya diadakan secara bertema dan sementara.
Lebih mengagumkan, jika dibanding dengan jumlah artifak yang dipamerkan di galeri Muzium Negara, jumlah artifak tersimpan di stor berkenaan dianggarkan 10 kali ganda lebih besar.
Meskipun tidak mempunyai nilai sejarah yang sehebat artifak-artifak penting di galeri Muzium Negara, koleksi yang ada di bilik berkenaan tetap mempunyai keunikan tersendiri.
Unit Repositori yang dikawal ketat itu dibahagikan kepada empat kategori mengikut jenis artifak iaitu peralatan senjata, alat muzik, tekstil dan seramik.
Pengembaraan penulis di bilik yang dipenuhi khazanah warisan ribuan tahun itu bermula di stor penyimpanan senjata yang menempatkan keris, pedang, tombak dan pelbagai kelengkapan peperangan.
Ditemani Penolong Kurator Kanan unit itu, Suriati Sulong dan Baharom Ahmad, saya menyelak pintu besi bilik untuk melihat apa yang sedang menanti di dalamnya.
Di suatu sudut, Baharom gigih menanggalkan sarung beberapa bilah keris untuk mengecam artifak kegemarannya.
Tidak lama kemudian, beliau mengeluarkan sebilah keris sepanjang kira-kira setengah meter dari bahagian paling atas almari.
Keris lurus seperti pedang itu adalah Keris Penyalang yang digunakan sebagai senjata untuk menyula pesalah-pesalah pada zaman dahulu.
"Walaupun keris ini sudah berusia ratusan tahun tapi kesan karat darah masih ada. Tanda keris ini pernah 'digunakan'.
"Selain Keris Penyalang, ada lagi beberapa keris yang tersimpan di sini dipercayai pernah digunakan dalam ilmu keris terbang," katanya.
Saya turut berkesempatan melihat sebatang tongkat kayu bertatih gading dengan ukiran bermotifkan bunga berwarna emas.
Tongkat yang disimpan di dalam bilik kebal itu tidak lain tidak bukan adalah milik Residen Inggeris pertama, Sir Frank Swettenham yang dipulangkan semula ke negara ini pada 1971.
Pada kesempatan itu juga, saya diberi kesempatan menatap kehalusan sehelai kain dengan hasil tenunan yang cukup luar biasa.
Kain berwarna hijau dan merah yang bertulis ayat suci al-Quran itu adalah kain limar berayat yang berusia ratusan tahun. Tidak diketahui siapa pemilik asalnya namun dikatakan antara koleksi tekstil Melayu yang sangat sukar diperolehi.
Diperbuat daripada sutera dan benang emas, kain limar digunakan sebagai kain penutup keranda khususnya dalam kalangan masyarakat Pantai Timur.
Selain kain limar, sehelai kain cindai yang sedang dalam proses pemuliharaan semula dibentang di atas salah satu meja. Kain cindai yang popular sekitar kurun ke-18 itu diguna sebagai bengkung atau perisai bagi menghalang tusukan senjata tajam.
Pada hari kedua, kunjungan saya ke stor alat muzik ditemani Pendaftar Bahagian Pendaftaran Muzium Negara, Mohd. Razaimi Hamat yang menunjukkan koleksi alat muzik yang amat jarang ditemui.
Mohd. Razaimi merupakan individu yang bertanggungjawab dalam urusan perolehan dan pendaftaran setiap artifak di Muzium Negara.
Beliau berkata, Muzium Negara mempunyai 420,665 artifak namun hanya kira-kira 3,000 berada di ruang pameran.
"Selain ruang pameran yang terhad, pihak muzium mempunyai sebab-sebab lain untuk tidak mempamerkan artifak berkenaan.
"Sebahagian daripadanya ada yang pernah dipamerkan pada pameran-pameran sementara dan bertema,'' katanya.
Bagaimanapun katanya, sepanjang proses perolehan sesuatu artifak, pihak muzium berdepan pelbagai cabaran terutama dalam menentukan keaslian sesuatu artifak.
Salah satu daripada langkah terpenting adalah melalui penyiasatan secara terperinci khususnya terhadap maklumat yang diterima.
"Kita tidak boleh membuat pembelian atau penerimaan secara sembarangan kerana pendaftaran artifak juga perlu mengambil kira maklumat dan fakta yang betul.
"Selain penyelidikan, kita juga menggunakan khidmat pihak ketiga yang pakar dalam sesuatu bidang,'' katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131019/re_07/Khazanah-warisan-ribuan-tahun#ixzz2i7pH0oDl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 22 October 2013

MY MOTHER....




 IBUKU ADALAH RATU SEGALA RATU...
SENYUMANNYA SELEMBUT KABUS PAGI MENYAPA PIPI
TAWANYA MERIAKAN SUASANA
HARI SELURUHNYA BERBAHAGIA...
MARAHNYA BERSINAR API
MENERANGI MAKSUDNYA.

NAMUN SEMAKIN HARI BERLALU
LANGKAH KASIH SAYANG MENGHAMPIRINYA
MENDAKAP TOTAL CINTA KASIHNYA.

IBU RATU YANG SATU
TIADA DUA TIADA TIGA
HILANG KASIHNYA
GERHANA SELAMANYA...




 GRAFIK TIMELINE



Sunday 20 October 2013

NASIHAT KUBUR...


Nasihat Kubur:

lepas baca silakan share..

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ✉ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Kerana, saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan s e hari-hari, ia stroke.
T e rus & t e rus baca & amalkan agar syaitan stroke dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting punnn, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda.


Saturday 19 October 2013

SELIRATAN CINTA BAB 37/38


Anita membawa dirinya di pantai. Menikmati pemandangan laut yang luas indah nan tidak bertepi. Kakinya menguis-nguis pasir. Butir-butir pasir pun berserakan dan segera disapu ombak yang singgah.
Dia menapak beberapa tapak hendak melarikan kakinya dari di sentuh air laut. Bermain-main dengan ombak yang datang dan pergi persis anak kecil. Sekejap berdiri, kemudian berlari apabila ombak menghampiri kaki.
Dia akan meninggalkan pulau ini keesokannya dan hatinya merasa amat berat sekali. Dia yakin kasih sayangnya telah jatuh di pulau indah ini. Dia sendiri tidak faham dan terkeliru apa yang sebenarnya dialaminya. Samaada dia terpesona dengan indahnya alam maya atau kepada sesaorang yang telah membawa lari hatinya membuatkannya berat hati untuk melangkah pergi. Dia sendiri tidak tahu meneka rona perasaannya.
“Hai Nita.” Sapaan itu mengejutkan lamunannya yang ralit. Dia berpaling ke arah pemunya suara. Kegembiraannya bergelombang menyambut wajah yang tersenyum di hadapannya. Menatap wajah itu dengan asyik. Seakan kamera hatinya sedang memfokuskannya untuk disimpan kemas di dalam memorinya. Terabadi selama-lamanya.
“Fareez sudah dapat berita ke?” pertanyaan yang lirih meluncur dari bibirnya yang mongel setelah terdiam seketika.
“Berita apa?” Rizal bertanyakan kepastiannya. Samaada apa yang diketahuinya ada hubung kaitnya dengan pertanyaan Anita.
“Hari ni hari terakhir shooting. Besok kami semua sudah balik ke KL.”
“Apa?” redup matanya merenung wajah Anita yang sayu memperihalkan gambaran hatinya.
“Nita sayang sangat nak tinggalkan pulau ni. I’m gonna miss you, Fareez.”
Rizal terpana. Mendengarkannya umpama salju putih yang luruh ke kalbunya yang kontang. Dingin dan nyaman. ‘Benarkah begitu? Benarkah kau akan merindukan aku sekiranya berpisah kelak? Ah! Jangan terlebih berangan Rizal. Kadangkala manis mulut berbahasa hanyalah perhiasan bibir.’ Dia melempar jauh-jauh bongkah-bongkah kristal perasaannya ke tengah laut. Terkedu.
“Nita, saya ada kejutan untuk Anita. Sebenarnya sebagai ekskutif di sini saya boleh bawa keluarga saya tinggal di sini selama tiga hari dalam setahun. Macam kerja peramugara jugalah, boleh bawa ibu dan ayah melancung percuma setahun sekali. Saya pun merasa berat hati juga hendak berpisah dengan Anita.” Anita masih tidak berupaya menangkap maksud sebenar Rizal. Direnungnya tepat mata bening itu dengan pertanyaan yang terluncur menjadi sebaris ayat.
“Jadi, apa pula kena mengenanya dengan saya?”
 “Saya rasa...saya nak panjangkan peruntukan ni untuk Nita. Setuju tak?”
“Ya ke…betul ni? Semua percuma.” Anita seakan tidak percaya bahawa tuah telah jatuh ke ribanya. Tetapi merasa serba-salah pula kerana merebut tuah yang sebenarnya milik yang lebih berhak. Bukan miliknya yang total.
“Emm…tak naklah. Kasihan ibu dan ayah Fareez. Peruntukan itu bukan ke untuk dia orang. Senang-senang saja saya hendak mengambilnya. Tak patut betul kan. Lagipun tak elok buat perangai begitu. Mengambil hak orang lain untuk menjadi milik kita.”
“Eh…tak kisahlah. Tahun lepas ibu dan ayah saya telah bercuti ke sini. Tahun depan pun boleh datang lagi.” Rizal berusaha meyakinkan Anita agar tidak menolak ura-uranya yang diuar-uarkannya..
“Betul ni...ibu ayah Fareez tidak kisah kalau saya yang ambil peluang ni?” Rizal mengangguk. Hatinya sangat berharap Anita akan mempersetujuinya.”
“Saya seorang saja?” sinar mata laksana kristal itu jatuh berlabuh kepada pemberi tawaran.
“Anita hendak ajak siapa lagi?” Rizal diserbu kerusuhan dibenaknya. Dia bimbangkan sesaorang yang akan bersama Anita adalah sesaorang yang tidak disukainya. Atau Anita akan memilih sesaorang yang membuatnya terpaksa berperang dengan gelodak cemburu. Itu yang dtakutinya. Dan tidak sanggup hendak mendepaninya.
“Pakej ni untuk dua orang kan?” Anita terdiam sejenak. Berfikir.
How about Datuk Shaari?” Anita tertawa polos bersama kejutan yang dibawanya. Rizal tersentak. Kosong terlopong jiwanya. Hampa.
“Siapa?” balas Rizal dengan penuh kekesalan. Ternyata ketara perubahan di wajahnya. Hilang langsung keceriannya. Dia terdiam. Murai yang sedang berkicau di ranting rhu sudah tidak merdu pada pendengarannya. Sangat bising menggamatkan. Membosankan.
Sepasang murai dengan bilah sayap yang hitam dan sejalur warna putih di belakangnya seakan sedang mengata-ngata kebodohannya mengajukan tawaran yang hanya akan menyiksa perasaannya selama-lamanya.
“Taklah. Saya tu main-main saja hendak melihat reaksi jejaka tampan ini. Saya tidak gila nak buat perkara bodoh begitu.” Anita terdiam sejenak. Barangkali berfikir lagi. Rizal mengurut dadanya yang bergemuruh tetapi telah normal semula.
“Walaupun dia banyak menyinggung hati saya tapi saya tetap sayangkan dia. Saya harap Fareez izinkan dia bercuti bersama-sama saya.” Pandangannya l menatap wajah Rizal, memohon persetujuan.
 Rizal terpana. Bingung. Kecalaruan fikirannya membuat dia bengang dan keliru. Dia tidak tahu bagaimana hendak menafsir sikap Anita. Seakan Anita yang berdiri di hadapannya memiliki dua keperibadian yang berbeza. Dia kembali menggelabah. Serasa hendak lari jauh meninggalkan Anita dengan sikap yang amat menjengkelkannya itu.
“Apalah awak ni cakap tidak serupa bikin, sekejap cakap benci. Sekejap cakap sayang. I’m having second thoughts about you now” Anita terpinga-pinga melihat wajah Rizal menarik muka seakan cencerot makan petang itu.
Tiba-tiba saja perubahan raut wajah itu berlaku dengan tidak semena-mena. Apa pula masalah yang telah ditimbulkannya kali ini, dia tertanya-tanya. Padanya tidak ada salahnya menuturkan perkara benar. Hanya sekadar ingin menyatakan hasrat memohon persetujuan.
“Hey, bertenang. Apa yang tak kena dengan awak ni, tiba-tiba hendak mengaruk. Tidak pasal-pasal hendak marahkan saya. Awak mesti salah faham besar ni. Awak ingat saya hendak ajak siapa? Sarinalah!” Rizal tersengih. Tersenyum manis, menentang anak mata Anita yang bersinar memandangnya.  Malu dan kesal kerana cepat membuat tuduhan menurut perasaan tanpa pertimbangan akal. Tapi bukankah akal lelaki itu adalah nisabnya sembilan per sepuluh berbanding perempuan? Namun kali ini nampaknya dia jauh ketinggalan. Mungkin sebagai lelaki dia mempunyai akli yang lebih dari segi yang lain. Rizal berfikir begitu untuk memenangkan kekalahannya.
Anita tersenyum melihat reaksi Rizal itu. Rizal membalas senyuman itu dengan lega dan lapang dada.

                                                    38.

Amin sedang memandu kereta dengan cermat. Sudah pun melepasi lebuhraya persekutuan. Kini sedang memasuki laluan ke Serdang untuk masuk ke persimpangan yang menuju lapangan terbang KLIA menghantar Datuk Shaari ke destinasi pilihannya.
“Ala...Datuk, bagilah saya ikut. Lagipun sudah lama saya tidak ke resort tu.” Amin masih berusaha memujuk agar Datuk Shaari membenarkannya mengikuti perjalanannya bersama dengan riak muka yang dibuat-buat agar dikasihani..
“Huh! Kau nak ikut buat apa? Jangan hendak kacau daun.” Suara Shaari semakin garau menyanggah. Ikutkan hatinya mahu disekeh saja kepala yang bersuara itu. ‘Tak reti bahasa agaknya. Orang kata tak boleh, tak bolehlah. Nak mengendeng-ngendeng juga.’
“Ala Datuk ni, saya ni bukannya budak-budak nak kacau daun. Saya janji saya akan main jauh-jauh, sampai masa Datuk nak balik baru saya muncul. Lagipun kan dah lama Datuk tidak ajak saya makan angin!” Semakin jemu Datuk Shaari hendak melayan ocehan Amin itu.
“Banyaklah makan angin kau tu...kembung perut nanti. Dah kembung nanti aku juga yang susah, nak kena cari bidan pulak. Sudahlah kau duduk saja di KL. Pergilah dangdut ke, atau lepak di KLCC.” Amin amat kecewa kerana ketegasan keputusan Datuk Shaari yang tidak berupaya dirubahnya.
Wajahnya monyok. Menggambarkan kehampaan hatinya. Tetapi dia sudah mencuba hingga ke saat terakhir perjalanan Datuk Shaari ke RSJ untuk turut membawanya bersama, masih juga tidak berjaya merubah pendirian Datuk Shaari yang tegar itu. Apa lagi hendak dikata. Dia hanya memandu pulang dengan perasaan yang hampa setelah menghantar Shaari memasuki balai berlepas KLIA.

                                             *    *    *

Fareez akan menjemput Datuk Shaari di jeti sebentar lagi. Resah dan rusuh juga perasaannya.
Dia telah diberi gambaran rupa Datuk Shaari yang tidak pernah dikenalnya samasekali berdasakan album foto di dalam pejabat resort. Rizal yang menunjukan album foto keluarga itu kepadanya. 
Dia menghafal rupa itu dalam skrin mindanya. Orangnya memang tampan bergaya. Masih kelihatan kacak dan berwibawa walaupun sudah dewasa dan akan menjejaki usia emas tidak lama lagi. Wajahnya mirip sekali dengan Rizal. Laksana kuah yang tumpah penuh ke nasi. Maklum sajalah anak beranak, getus hati Fareez menyimpulkannya.
“Kau jangan risau, sekali pandang saja kau akan tahu dia tu Datuk Shaari.” Ujar Rizal sambil menepuk-nepuk  bahu teman yang sedang runsing itu.
“Kau cakap senanglah…sebab dia ayah kau. Memanglah sekali pandang dah kenal. Tapi aku ni…hoi gabra sungguh, menyesal pula aku terlibat dengan kerja bodoh ni. Alangkah baiknya kalau aku balik kampung tolong ayah aku. Tiap bulan bila ayah aku dapat hasil sawit, ribu-ribu RM tentu dia hulur pada aku. Ini tidak…cari masalah pula.”
“Kau ni nak tolong aku ke tidak? Kalau tak nak tak mengapa. Biar saja aku yang tanggung seorang masalah aku ni. Tak apalah agaknya kau memang suka Anita tu jadi mak tiri aku.” Rizal segera hendak melangkah pergi meninggalkan Fareez membawa hatinya yang dongkol tetapi tangannya segera disambar temannya.
“Hoi nak ke mana pula tu. Cakap sikitpun dah merajuk macam adik kecik. Kau ni memang layak jadi adik aku tapi aku rasa kau senior dari aku. Aku tu gurau je Zal. Main-main. Nak tengok bagaimana ekspresi wajah kau yang monyok tu. Kau tahu dalam dunia ni, duit ringgit ribu-ribu, juta-juta boleh dicari dengan usaha tetapi sahabat sejati susah nak jumpa beb. Seperti kita ni. Bila kau dah anggap aku sahabat, aku bukan main gembira lagi. Bukankah sahabat itu laksana tangan dan mata. Bila mata menangis tangan akan mengesat air mata.” Rizal tersenyum mendengar ocehan yang panjang berjela temannya itu.
Tiba-tiba dia teringatkan Baharudin Ismail temannya yang pernah mengucapkan ungkapan itu kepadanya katanya sempena hari persahabatan sedunia.
“Sudahlah…kau tu kalau dah mula bercakap susah pula nak berhenti.”
“Aih… siapa sebenarnya yang mulakan tadi?” Rizal menyentuh bahu Fareez. Mulutnya dimuncungkan seolah menunjuk hala ke pintu. Kedengaran bunyi ketukan halus di situ. Fareez segera merapati pintu hendak membukanya.
“Kau Mir…” seorang petugas resort terjengol menjengok wajah.
“Kata Lisa, Encik Fareez suruh saya temankan Encik Rizal ke jeti menyambut Datuk Shaari?” Fareez menjengah wajah Rizal yang tersenyum kepadanya. ‘Bagus. Bergeliga otak kau Rizal.’
“Baiklah. Jomlah kita pergi. Fareez, kami pergi dulu ya. Kau tengoklah apa-apa yang patut. Dan bereskan semua tugasan. Supaya ayah aku puas hati dengan kerja kau dan akan beri kau banyak hadiah sebab ayah aku tu pemurah.” Rizal tersenyum simpul mendengarkan ucapan sinis temannya itu. ‘Berambuslah cepat. Banyak cakap pula dia.’
Rizal sendirian di pejabat. Dia mengangkat tangan menadah dan melafaz doa ke hazdratNya supaya apa yang direncanakan akan lancar sehingga mencapai matlamat. Tiada sebarang aral yang akan mengganggunya. Hanya Dia yang maha berkuasa penentu segala-segalanya. “Kun payakun.” Bila diserukan jadi maka jadilah. Demikian firmanNya di dalam al-quran. ‘Kun payakun’ yang sangat sebati dengan ingatannya tercatat di dalam surah yassin.       
                                             * * *
Fareez menunggu ketibaan Datuk Shaari dengan sabar. Sehingga sebuah bot kecil yang kelihatan mewah peralatannya menghampiri jeti. Dia mengimbas lelaki yang bertopi ala hero filem koboi Amerika dan berbaju T biru berkolar putih.
‘Mungkin inilah Datuk Shaari sebab rupanya saling tak tumpah dengan Rizal.’ Dia mengagak.
“Itu Datuk Shaari dah sampai,” tukas sesaorang. Dia diajak Azmir bersamanya buat membantu membawa barang-barang yang dibawa Datuk Shaari, jika ada.
 Lega hati Fareez. Bertambah mudah kerja pengecaman identiti sesaorang yang berat sungguh tugasnya itu baginya. Dibuatnya tersalah pengecaman orang tentu banyak masalah yang akan timbul kelak.

Friday 18 October 2013

PR1MA JELMAAN FELDA DI BANDAR

ANAK-ANAK FELDA YANG BERADA DI BANDARAYA JANGAN LEPASKAN PELUANG NI. KALAU DULU IBU/BAPA ATAU ATOK KITA DI BAWA KE TENGAH BELANTARA  ATAU PINGGIRAN HUTAN MEMAJUKAN TANAH DAN LADANG-LADANG DENGAN JAYANYA. KINI MASA MERUBAH SEGALANYA. ANAK-ANAK PENEROKA/CUCU-CUCUNYA DIBAWA PULA MENEROKA KEHIDUPAN DI BANDAR DENGAN BERDISIPLIN DAN TERATUR SEBAGAIMANA KONSEP KAMPUNG FELDA SELAMA INI

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad merupakan 'jelmaan' baharu kepada institusi seperti Felda dan Felcra yang berpusat di kawasan bandar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, PR1MA bukan sekadar sebuah organisasi yang bertanggungjawab membina rumah mampu milik untuk rakyat yang tidak berkemampuan, tetapi merupakan satu institusi sosial di kawasan bandar.
Katanya, hasrat sebenar penubuhan PR1MA adalah untuk membina sebuah komuniti sosial di kawasan bandar seperti mana di kawasan luar bandar.
"Kami berhasrat mewujudkan PR1MA yang bukan sahaja sebagai tempat tinggal tetapi sebuah institusi sosial seperti di luar bandar. Ada ketua blok, tempat jagaan anak, klinik kesihatan, kedai rakyat dan tempat riadah seperti futsal.
"Kalau di luar bandar, semua perkara diuruskan oleh institusi sosial yang telah dibina sekian lama seperti ketua kampung, penghulu dan jawatankuasa masjid tetapi tidak di kawasan bandar. Ini yang cuba dilaksanakan oleh PR1MA, bukan setakat membina rumah sahaja, tetapi membangunkan satu komuniti sosial di kawasan perumahan itu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Jamaludin memberitahu, usaha itu menjadi hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Hasrat PR1MA tidak mahu rakyat beli rumah dan hanya dapat 'batu-bata' sahaja, mahu ada institusi sosial. Sekarang tiada, anda beli rumah, dapat rumah sahaja.
"PR1MA berbeza, akan ada ketua blok yang dilantik, pengawal keselamatan disediakan untuk menjaga keselamatan di kawasan perumahan itu dan gaji mereka ini dibayar oleh kami. Konsepnya lebih kurang Felda tetapi di kawasan bandar," jelas beliau.
Menurut Jamaludin, Najib sendiri meminta supaya kos rumah dikurangkan sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran menerusi projek PR1MA dan telah bersetuju memberi subsidi.
"Beliau melihat ini merupakan antara isu utama di kawasan bandar khususnya kepada anak-anak muda yang tidak mampu membeli rumah berikutan harga yang tinggi.
"Jadi dalam manifesto pilihan raya lalu, beliau telah meminta PR1MA membina 500,000 rumah dalam tempoh lima tahun. Kami juga telah pergi ke semua daerah, negeri dan bertemu dengan Menteri Besar mengenai tapak-tapak yang boleh digunakan untuk membina perumahan terutama di bandar," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131018/dn_05/PR1MA-jelmaan-Felda-di-bandar#ixzz2i2N1i6cQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 11 October 2013

AMBIL TAHU SEDIKIT SEJARAH PKM ...CHIN PENG VS PEMIMPIN MELAYU KOMINIS....

Perpecahan kepimpainan PKM di Peking


SEBAHAGIAN anggota Rejimen ke-10 PKM yang terdiri daripada orang Melayu dan dinamakan Chin Peng sebagai 'Tentera Pembebasan Nasional Malaya'.
PERPECAHAN mula berlaku dalam Parti Komunis Malaya (PKM) sekitar tahun 1964 ketika kerajaan China melancarkan Revolusi Kebudayaan.
Namun, bibit-bibit perpecahan telah bermula sejak Chin Peng tiba di Peking pada pertengahan 1961 apabila berlaku pertelingkahan antara Chin Peng dan Pengerusi PKM, Musa Ahmad berhubung hak-hak orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaya.
Musa mengkritik kepimpinan Chin Peng ketika kerajaan China melancarkan Revolusi Kebudayaan. Kebanyakan anggota dan pemimpin Melayu PKM yang berada di Peking menentang penglibatan PKM dalam Revolusi Kebudayaan.
Pada awal 1967, Musa mencadangkan kepada semua anggota Melayu PKM di Peking supaya menampal poster dan mengkritik dasar-dasar Chin Peng. Musa menggelar kumpulan itu sebagai Kumpulan Lima yang terdiri daripada Shamsiah Fakeh, Ibrahim Mohamad, Mohd. Jamin, Chau Su Chern (isteri Mohd. Jamin), Zainab Mahmod (isteri Musa) dan Musa sendiri.
Beberapa pertemuan diadakan di apartmen Mohd. Jamin yang terletak di Kompleks Radio Peking. Kumpulan Lima itu bersetuju menerbitkan artikel bertajuk, Upholding MAO TZE TUNG's Thought As The Road To Victory For The Revolution Of The Malayan People bertujuan mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh Chin Peng.
Antara perkara yang terkandung dalam artikel itu ialah:
" Chin Peng tidak mematuhi garis perjuangan yang betul, dengan mengabaikan orang Melayu dalam perjuangan bersenjata PKM
" Chin Peng meninggalkan sempadan Thai-Malaya untuk mendapat perlindungan di Peking, dan mendakwa Chin Peng sebagai cauvinis, diktator dan tidak demokratik dalam mengendalikan urusan parti.
Kumpulan itu memutuskan untuk menyerahkan artikel itu secara langsung kepada Chin Peng tetapi Chin Peng enggan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Lima itu. Kumpulan itu kemudian menghantar artikel itu melalui pos kepada Chin Peng.
Beberapa salinan artikel itu turut dihantar kepada beberapa pertubuhan di Peking termasuk Persatuan Wartawan Afro-Asia, wakil Parti Komunis Indonesia (PKI) di Peking, Djailani dan Pengerusi Parti Komunis Burma (kini Myanmar), Ba Tin Tien.
Perbicaraan
Ekoran tindakan kumpulan itu, Chin Peng menghantar orangnya ke rumah Musa mengarahkannya pergi ke kem transit untuk menghadapi perbicaraan. Oleh kerana Musa tidak bersedia untuk dibicarakan, dia memilih untuk berkurung di rumahnya. Sejak itu, tiga percubaan dilakukan Chin Peng untuk membawa Musa berdepan dengannya.
Musa melarikan diri daripada Chin Peng selama lapan bulan dengan berpindah-randah dari satu bilik ke satu bilik sejak Ogos 1967 hingga Mei 1968.
Pada akhir 1968, ketika bersembunyi, Musa menerima surat daripada Chin Peng yang dihantar atas nama Cinanya, Peh Wen yang disampaikan oleh seorang anggota komunis dikenali sebagai Wu Wee Ching, seorang pegawai di ILD yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Malaya.
Surat itu ditulis dalam bahasa Inggeris yang antara lain menyebut:
''Kerana tindakan kamu yang anti-kegiatan parti, Jawatankuasa Pusat PKM telah mengambil keputusan untuk memecat kamu sebagai Pengerusi (PKM), anggota Politburo, anggota Jawatankuasa Pusat PKM dan mengekalkan kamu sebagai anggota biasa dengan bersyarat iaitu dalam tempoh tiga hari kamu menulis pengakuan melakukan kegiatan anti-Parti…
Namun, Musa tidak membalas surat itu. Pada Mei 1969, Wu Wee Ching dan dua orang pegawai dari ILD menemui Musa dan mencadangkan satu pertemuan diadakan antara Musa dan Chin Peng bagi menyelesaikan pertelingkahannya dengan Chin Peng, tetapi Chin Peng enggan menghadiri pertemuan itu.
Chin Peng sebaliknya bertegas mahu Musa dibawa ke kem transit untuk dibicarakan, tetapi ditolak oleh ILD kerana bimbang Musa akan diserang oleh orang-orang Chin Peng.
Tidak lama kemudian, Wu Wee Ching menyerahkan satu surat mengandungi nota daripada Jawatankuasa Pusat PKM memaklumkan bahawa Musa telah disingkirkan sebagai Pengerusi PKM berkuatkuasa 15 Julai 1968.
Pada masa yang sama, Musa dimaklumkan oleh seorang pekerja di kem transit bahawa Ibrahim Mohamad dan isterinya, Shamsiah Fakeh serta tiga anak lelaki mereka teruk dipukul dan kemudian ditahan di kem transit oleh Chin Peng.
Ibrahim dan Shamsiah kemudian dijatuhi hukuman dibuang ke kawasan terpencil di Chan Sa, selatan China untuk bekerja di sebuah kilang membuat ball-bearing. Kedua-kedua mereka kemudian turut disingkirkan daripada PKM.
Begitu juga dengan Mohd. Jamin dan Chau Su Chern turut diburu oleh Chin Peng, tetapi mereka terselamat kerana Radio Peking enggan melepaskan mereka untuk dihantar ke kem transit atas alasan Radio Peking masih memerlukan khidmat mereka sebagai juruhebah di bahagian Melayu. Akibatnya kedua-dua mereka turut dipecat daripada PKM.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131006/re_11/Perpecahan-kepimpinan-PKM-di-Peking#ixzz2gu16u4gh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SELAMAT MENUNUNAIKAN IBADAT HAJI/SALAM IDUL-ADHA MAAF ZAHIR BATIN...


SEORANG SAHABATKU NOORLAILA GHAFAR DAN SUAMINYA  NAWAWEE MOHD ADALAH ANTARA RIBUAN JAMAAH HAJI NEGARA KITA YANG SEDANG MENUNAIKAN IBADAT HAJI DI TANAH SUCI MEKAH. DIDOAKAN SAHABATKU ITU, SUAMINYA DAN SEMUA JEMAAH HAJI KITA SIHAT WALAFIAT AGAR SENANG MENGERJAKAN AMAL IBADAH DENGAN SEMPURNA. KESIHATAN YANG BAIK MEMANG SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN UNTUK MENJALANI IBADAH YANG MENUNTUT KEKUATAN STAMINA DITAMBAH DI TENGAH KESIBUKAN JEMAAH YANG RAMAI. KELAK AKAN SELAMAT PULANG KE TANAH AIR MEMBAWA HAJI YANG MABRUR...IN SYA ALLAH...

SEMUA jemaah haji termasuk kanak-kanak yang dibawa untuk mengerjakan haji diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai surat akuan doktor bagi memperolehi visa haji.
Ini merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi semua jemaah yang ingin menunaikan fardu haji.
Sebelum ke tanah suci semua bakal jemaah perlu perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital. Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui status kesihatan diri jemaah.
Selain itu, semua bakal haji mesti mendapatkan suntikan anti meningitis iaitu meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh diambil di klinik atau hospital.
Pihak Berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal haji mendapatkan suntikan ini sebelum mengerjakan haji. Suntikan ini akan diperakukan oleh doktor dan direkod dalam Buku Rekod Rawatan.
Pun begitu, semua jemaah perlu melakukan persiapan diri untuk mengelakkan penyakit lain yang mungkin menganggu kelancaran ibadat haji.
Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) Menurut Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah dikenal juga sebagai Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV). MERS-CoV merupakan satu daripada ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus.
"Ia adalah kumpulan keluarga virus besar dan meliputi pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Penyakit ini boleh berjangkit. Virus ini seakan-akan dengan virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah mencetuskan kebimbangan global sekitar tahun 2003 dan meragut sehingga 800 nyawa.
Sama seperti SARS, MERS akan menyebabkan jangkitan paru-paru, pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas, batuk tetapi sedikit berbeza kerana ia akan menyebabkan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk," ujarnya.
Tambah Dr. Nik Hazlina, penyakit ini berpunca kerana manusia dari seluruh dunia bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Jemaah haji juga perlu dipantau dan langkah pencegahan harus diambil bagi mengelak terkena jangkitan.







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130929/kn_01/Badan-sihat-mudah-beribadat#ixzz2h5udYV9T
© Utusan Melayu (M) Bhd 


SEMPENA IDUL ADHA YANG MULIA PENUH RAHMAT LAGI BERKAH SAYA MOHON MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA RAKAN BLOG DAN FB JUGA BUAT SEMUA PELAYAR YANG SINGGAH BERKUNJUNG KE LAMAN SAYA YANG SEADANYA TERUTAMA BUAT RAKAN-RAKAN YANG RAJIN MENGHULUR SALAM MENULIS KOMEN-KOMEN MEMBINA.

SALAM IDUL ADHA JUGA SEMUA KAUM KERABAT, SAHABAT HANDAI, JIRAN TETANGGA, MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIKASEHI LAGI DIHORMATI....

Thursday 10 October 2013

BERSOLAT BIAR TEPAT WAKTU





Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. 

Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada. Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari kiamat!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri.

Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. 

Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya,

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. 

Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan 
perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan.

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. 

Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah.

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit,

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang 
panjang.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,

"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"

Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud.

Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini

SHARE kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka

COPY PASTE....

MyBloglist