ASSALAMUALAIKUM..
Tika emak membawa anaknya mendapatkan rawatan di pusat rawatan alternatif Taman permata emak bertemu dengan seorang gadis manis yang merupakan salah seorang perawat di situ. Beliau ini seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal dan tinggal di Serdang.
Emak merasa aneh dan takjub dengan nilai kemanusiaan yang tinggi dimiliki gadis ini kerna sanggup memandu begitu jauh setelah pulang dari pejabat ke pusat perawatan ini demi prihatin terhadap pesakit-pesakit yang perlukan rawatan.
Jenis penyakit yang kebanyakannya dibawa untuk pemulihan di sini adalah bersangkutan gangguan jiwa yang rusuh dan pelbagai kerosakan dilakukan makhluk halus.
Gadis itu bercerita bahawa beliau juga bekas seorang pesakit yang pernah mendapat rawatan di sini dan pulih. Sakit yang dideritainya amat teruk. Mulanya sekadar berjalan terbongkok-bongkok persis seorang tua walau hakikatnya masih muda belia. Dan seorang yang didatanginya menghindar darinya. Dia menjadi hairan. Kenapa orang tu takut takut dengan aku?
Orang itu mengejutkannya dengan katanya dia melihat ada sesuatu yang bertenggek di belakangnya. Dan dia membawa bebanan itu sehingga bongkok dan akhirnya terus lumpuh. Dia dibawa ke sini oleh seorang rakan yang juga ahli Persatuan Silat Malaysia dan perawat.
Perawat-perawat di sini berusaha merawatinya sehingga pulih dan mengembalikan kecerian di dalam hidupnya. Dan kini gadis manis itu juga adalah salah seorang perawat di sini. Bersedia menabur bakti pada mereka yang memerlukan.
Emak terkedu mendengar ceritanya dan tidak semena-mena meremang bulu romanya...
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi
-
Assalamualaikum wbt
Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di
D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...
4 hours ago
KUASA ALLAH kan kak
ReplyDeletemintak jauh dr org2 yg berniat jahat
ye irfa Allah mahaberkuasa n segala rahsia alam ini miliknya yg mahatahu
ReplyDeletesubhanallah sis..
ReplyDeletebuat baik dibalas baik.. bgus tindakan gadis tu..berbakti balik
beliau ni nampaknya berbakti sepanjang hidupnya...baik sangat orangnya...tq Sobri Yaakob.
Deletebenar-benar cerita yang aneh dan cukup seram juga :D
ReplyDeletekeanehan biasa menyeramkan...tq Semuainfo
DeletesubhanaALLAH kak,.. dia mahu juga orang lain bahagia sebagaimana orang lain bahagiakan dia.. bagus sekali
ReplyDeleteya dia sudah rasai deritanya sakit n sanggup merawat mrk yg sakit pula, sifat dirinya mulia walau berjawatan tinggi....tq acik Aku Penghibur.
Deleteitu kisah nyata apa cerita fiksi sob?
ReplyDeleteya kisah sebenarnya...bukan fiksi...tq jimyalghazalilindra...sudi singgah karyaku...
ReplyDeletenama gadisnya sp tuh ? serasa aneh sangat...heheh
ReplyDeleteGADIS MISTERI...HEH..HEH...TQ Fiu S
ReplyDeletemmg seram tu, kdg2 nak tak nak kita kena percaya juga perkara2 mistik ni kan, ^ minta pertolongan pada Allah swt moga kita diberi perlindungan !
ReplyDeletebetul tu..kita membaca dlm alquran pelbagai cerita yg aneh Allah firmankan n kita wajib beriman/percaya....tq Kesuma Angsana.
ReplyDeletehaaa...menakutkan untuk saya yang 'lemah semangat' ni..huhu
ReplyDeletekisah benar tu...tq faizah muhammad.
Deletewah.. memang seram tu kak paridah.. bagus gadis itu membantu orang lain..
ReplyDeleteya..gadis itu telah alami penderitaan yg menyiksakannya akibat gangguan2 yg xnampak ni n beliau berusaha menolongnya...tq Mizz Aiza.
ReplyDeleteBila terbaca part tu macam.. kalih belakang.. kalih balik xD
ReplyDeleteapa maksudnya tu..kalih belakang kalih balik...republish ker...tq Yun Sing.
ReplyDeleteMasa tu dok sorang-sorang.. bila baca entri ni meremang bulu roma.. kalih belakang tengok ada apa-apa tak xD Then kalih baik dekat laptop xD
Deleteyeke...ngeri juga ya...tandanya ada yg memerhati senyap2 tu...gurau jer..baca ayat kursi selalu..
Delete