Wednesday, 30 April 2014

SYAIR JANGAN BERKELUH KESAH...


CORAT-CORET PAK ENGKU..
Syair di pagi Arbaa
(buat handai taulan ku..)

Assalamualaikum handai dan talulan
Di pagi yang hening hamba nukilkan
Semoga kalian di dalam perlindungan
Dirahmati Allah Seru Sekian Alam.


Jangan diratap jangan ditangis
Jika malang tak dapat ditepis
Hari yang mendung berhujan gerimis
Derita menimpa tak habis-habis.

Bukankah itu lumrahnya hidup
Sekali terang sekali redup
Diuji sedikit jangan tak sanggup
Cepat mengelabah menjadi gugup.

Hidup ini teruskan berjuang
Dari kegelapan mencari yang terang
Di bumi Allah yang luas terbentang
Masih terdapat kerdipan bintang.

Janganlah kalian berhati walang
Malang tertimpa berulang-ulang
Menyesali hidup berpanjang-panjang
Bukanlah peribadi seorang pejuang.
Janganlah kita menjadi dayus
Hidup ini perlu diterus
Berkerja berusaha janganlah putus
Memohon sentiasa kepada al-Kudus.

Sampai di sini coretan hamba
Buat handai taulan semua
Hamba harap akan manfaatnya
Dapat dikongsi kita bersama.

Sebelum hamba bergundur diri
Sebuah pantun untuk dihayati
Di dalam hidup harus berhati
Di hadapan tak tahu apa menanti.

'TUALANG DAN IPUH JANGGAL DITANAM,
KU MAHU GAHARU MENJADI NAIK;
HILANG SEPUH TINGGAL SENAM,
BARU KU TAHU BUDI TAK BAIK!"

10 comments:

  1. syair2 terbaik ni kak. dlam maknanyer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. syair seorang guru yg sangat berpengalaman dlm penggunaan bahasa indah....tq Kesuma Angsana.

      Delete
  2. Begitulah lumrah hidup di dunia. Ada pasang dan surut, ada suka dan duka
    Kalau boleh mahu terang dan ceria sepanjang masa, tapi apalah daya kita, semuanya atas kehendakNya jua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rencana hidup kita begitulah..tapi takdirnya kadang xgitu. ...tq Kakzakie.

      Delete
  3. betul tu :) kena kuatkan smangat .. insyaAllah tuhan sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah hidup kita ini hanya mengharapkan rahmat Allah...tq liza licha.

      Delete
  4. Ish! tinggi sungguh perbendaharaan kata dan perlambangannya...tak tercapai akal nak buat syair sebegini! Sungguh kagum!

    ReplyDelete
  5. bila kak tengok kepakaran pak engku bersyair n berpantun kak rasa karya2 kak xsebaik beliau jadi kak minta izin beliau copy n paste jer..heh..heh...tq Bin Muhammad.

    ReplyDelete
  6. YA BOLEH JADIKAN CONTOH...TQ Yun Sing.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist