Tuesday 26 November 2019

PUSPA ANGGERIK

Assalamualaikum...

Malam tadi Isnin 25/11/019 9.30 PI dan sahabat Sabariah Nor Salleh, Qurniaan Pencinta JiWa, Saniah Masri ternanti-nanti siaran purbawara Radio Klasik sama ada akan ke udara atau tidak. Sebab kadangkala tidak diumumkan lebih awal. Tibalah masa yang dinantikan. Memang terkejut kala dj bertugas tn Azlan Omar menyebut purbawara PUSPA ANGGERIK karya kakpidah yang mengisi slot....terima kasih dj Azlan Omar ...Alhamdulillah syukur sangat cempedak menjadi nangka. Terima kasih penerbit tn Tasikan Yusoff kerana sudi memilih skrip kakpidah untuk siaran. Terima kasih para pelakon Dato Tarmimi Siregar, Liza Abdullah, Radhie Khalid, Darling Ngasri, Dila Ahmad yang menjayakan purbawara ini...penyairnya tn Azizul Hakim ... Skrip PUSPA ANGGERIK ini sebenarnya disunting terlebih dahulu cikgu Hamidi Md Yudin untuk memperbaiki kesilapan dan memperindahkannya lagi sebelum dihantar kepada penerbit. Terima kasih cikgu berkat sentuhan cikgu karya PI disiar lagi.
pic Radio Klasik(C)

MyBloglist