Wednesday 31 December 2014

MENYELAK TABIR ESOK HARI 1 JANUARI 2015...

ASSALAMUALAIKUM...

TERSENYUMLAH SURIA PAGI 1 JANUARI SEINDAH KUNTUMAN MAWAR DAN BUNGA-BUNGA YANG MEKAR INI MENEBAR KEHARUMANNYA MERATA ALAM SEMESTA...








Tuesday 30 December 2014

GULAI KAWAH...

ASSALAMUALAIKUM...

GULAI KAWAH ATAU APA SAJA YANG TERPAKSA DIMASAK BERKAWAH-KAWAH INI UNTUK MENJAMU PERMINTAAN MAKANAN YANG RAMAI MEMANG BERBEZA RASA KESEDAPANNYA. DAN MEMASAK SECARA BANYAK INI BIASANYA DILAKUKAN TUKANG-TUKANG MASAK YANG PAKAR DAN SERING DIPANGGIL UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN MAJLIS-MAJLIS KENDURI-KENDARA.

KINI GULAI KAWAH DAN MASAK BERKAWAH-KAWAH INI MENGAMBIL TEMPATNYA DI TEMPAT-TEMPAT PEMINDAHAN BANJIR PULA. MAKAN SECARA BERAMAI-RAMAI SAMBIL MENSYUKURI REZEKI ALLAH YANG DINIKMATI HARI INI BEGITU MENYELERAKAN.

DAN HATI PASTI TIDAK LEPAS MEMIKIRKAN RUMAHTANGGA YANG DITINGGALKAN SAMAADA BOLEH KEMBALI PULANG KEESOKANNYA, HENDAK MENGEMASKANNYA LAGI DISAMPING MANGGANTI KEPERLUAN YANG HILANG DISAPU BAH. JIKALAU YANG TELAH HILANG RUMAHNYA PULA BAGAIMANA?
 ALANGKAH SEDIHNYA!

KITA YANG HANYA MEMBACA KISAH-KISAH SEDIH INI HANYA BOLEH BERKATA BERSABARLAH DENGAN UJIAN ALLAH TETAPI YANG MENGHADAPI DAN MERASAINYA.....SUBHANALLAH TAK TERGAMBARKAN RUPANYA.

PI KONGSIKAN RESEPI GULAI KAWAH YANG DIPETIK DARIPADA MATAHATI.BLOGSPOT.COM


RESEPI GULAI KAWAH
Bahan:
Daging cincang 1/2 kg
Santan pekat 1 cawan
Air masak secukupnya
bawang merah besar 2 labu
bawang puteh 3 ulas
halia 2 inci
lengkuas 5 hiris
kunyit hidup 1 inci
serai 2 batang
cili kering 5 tangkai
rempah gulai darat 2 sudu besar
rempah kerutup 1 sudu kecil
air asam jawa
nise 1 - 1   1/2 keret(sama fungsi ngan gula merah/gula melaka. kalau takde gula biasa pon boleh)
garam buku

Cara masak gulai kawah:
1)Daging cincang direbus hingga empuk. Bawang merah dan bawang puteh dicincang halus. Cili kering direndam kemudian dimesin dengan halia, lengkuas, kunyit hidup dan serai.

2)Tumis bawang merah dan bawang puteh.  Bila dah agak kekuningan dan wangi, masukkan bahan yang dimesin.  Masak sampai sebati dengan minyak.  Kemudian masukkan rempah gulai darat serta rempah kerutup tadi.  Kacau-kacau biar jangan hangit.  Masukkan sedikit air untuk mesrakan kesemuanya. Biar rempah betul-betul masak dan bertukar warna jadi agak gelap sedikit baru masukkan daging beserta dengan air rebusan daging.  Masak dengan api yang kecil.

3) Masukkan santan. Tidak lama lepas tu masukkan air asam jawa. Terus memasak dengan api yang kecil. Akhir sekali perisakan gulai dengan nise serta garam. Alhamdulillah dah siap pun gulai kawah.


Monday 29 December 2014

SELIRATAN CINTA BAB 7.

ASSALAMUALAIKUM



Malam semakin larut. Tetapi kotaraya itu masih bercahaya. Mengisi pelbagai ragam manusia yang menghuninya. Sepasang mata Rizal semakin berat kelopaknya hendak di angkat. Terlalu mengantuk. Mamanya masih tercokoh mengadap TV. Dia menonton siri kegemarannya, CSI.
Sebuah drama penyiasatan yang sangat rumit dan mendapat rating tertinggi di kalangan penonton stesyen TV berbayar itu. Kebiasaannya memang begitu kerana dia amat susah hendak melelapkan mata sekiranya tidak terlalu jauh malam. Perlu terlebih dahulu melayani kehendak mata melayari setiap yang terpapar di skrin TV. 
Terpaksa menonton apa saja siaran dari saluran TV yang boleh ditukar sesuka hatinya sehingga matanya letih dan mengantuk. Malam ini dia tidak membaca atau menulis diari. Masa sunyinya telah diisi dengan melayani anak kesayangannya. Anak kesayangannya yang tiba-tiba telah berada di sampingnya.
Menulis dan membaca dilakukan dengan asyik sekiranya bersendirian. Jikalau ada sesaorang yang menemaninya dia akan mengkesampingkan minat itu sementara. Apatah lagi disisinya kini ada seorang anak yang sangat dirindui dan dikasihinya.
“Jom lah tidur mama.” Rizal memegang bahu mamanya. Menggugahnya sedikit.
“Ish… cerita tengah sedap ni. Mama belum mengantuk lagi. Kalau Rizal dah mengantuk…pergilah masuk tidur dulu.” Rizal tidak berganjak dari sisi mamanya.
“Mama tunggu ayah ke ni?” Anak itu merenung bebola mata mamanya dalam-dalam. Malam yang kelam hanya di sepuh cahaya TV masih tidak melunturkan sinar kejora mata mamanya.
“Tidaklah. Mama memang setiap malam begini. Bertemankan TV. Kadang-kadang sewaktu ayah Rizal pulang pun mama tidak sedar. Tertidur lebih dahulu di hadapan TV.”
“Kesian mama. Tak apalah biar Rizal temankan mama.” Rizal meletakan kepalanya di riba mamanya. Majmin mengusap rambut anaknya. Gugur air matanya, mengalir panas di pipinya kerana merasa amat terharu dengan tindakan anak bujangnya itu. Meskipun telah dewasa tetapi masih mengharapkan belaian kasih mesra mamanya. Bertuah sungguh dirinya melahirkan anak sebaik Rizal. Itu yang dirasakannya.
“Ya Rasullullah, sesungguhnya anakku ini telah menganggap perutku sebagai tempatnya, susuku sebagai sumber minumannya dan pangkuanku sebagai pembaringannya.” Riwayat hadis Abu Dawud. Tiba-tiba menjajah skrin mindanya. Perihal seorang ibu yang membuat pengakuan kepada Rasullullah SAW tentang betapa kasihnya ia kepada anaknya. Begitu juga dengan dirinya. Terlalu kasihnya terhadap anak kesayangannya.
“Manjanyalah anak mama ni.” Pipi anaknya yang licin itu di olesnya dengan jemarinya. Mengelus-ngelus pula rambut hitamnya yang lurus. ‘Mama rindu sekali hendak mendakap, mendokong dan mencium wajahmu serta tubuh harummu seperti sewaktu kau kecil dulu. Sementelah pula ketika kau masih bayi. Betapa bahagianya hati mama ini mengendongmu sebagai harta yang metah bernilai.
Tetapi masa yang mendewasakanmu telah membataskan apa yang boleh dibuat. Alangkah bahagianya mama sekiranya kau masih kecil seperti bayi hingga kini.’ Majmin melayang-layang bersama anganannya yang tidak mungkin akan berlaku.
Kitaran hidup sentiasa beransur berubah mengikut masa yang beredar. Mulanya janin, segumpal darah yang ditiupkan roh ke dalamnya. Membesar menjadi bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan kembali ke sisinya bila habis usia. Demikian putaran kehidupan.          
Derap langkah kedengaran diatur satu persatu. Dan berhenti di situ. Terkaku.
Berdegup kencang dadanya. Apakah musibah yang sedang berlaku ini? Dia bertanya pada dirinya. Kemarahannya melihat isterinya membelai rambut seorang lelaki yang sedang diribanya memuncak. Kesuraman malam membataskan pandangannya. Otak di kepalanya semakin hilang kewarasannya.
“Ini kerja awak ya Min! Bawa jantan masuk ke rumah bila saya tak ada. Dah lama buat kerja ni?” suaranya keras melengking membelah sunyi malam.
Majmin tergamam mendengar suara pekikan itu. Terkesima. Rizal terkejut. Bingkas kepalanya terangkat dari riba mamanya. Terkapa-kapa. Terpanggung mencari-cari suara yang lantang mengherdik itu.  Shaari tersentak melihat wajah polos anaknya yang menatap mata ayahnya dengan galak dan jengkel.
“Kau ke Rizal. Ayah ingat siapalah tadi. Kau dah balik? Lain kali beritahulah bila hendak balik. Mujur ayah tidak ada sakit jantung. Kalau tidak…” suaranya mendatar perlahan.
Alasan yang diberikan sangat bertepatan dengan relasi kehidupan orang orang korporat yang kaya-raya sepertinya. Ramai yang diserang sakit jantung kerana berlebihan kolesterol yang menyumbat salur jantung disebabkan terlebih makan, kurang riadah dan menyusahkannya menyedut oksigen yang menafaskan nyawa.
“Abang ni mengaruk tidak tentu pasal. Ingatkan Allah. Abang tidak percayakan saya ke? Saya ni tidak akan tergamak melakukan perkara terkutuk tu. Mintalah dijauhi ujian Allah yang berat tu.” Majmin mengurut dadanya yang sesak kerana terkejut sungguh mendengar suara nyaring suaminya laksana petir berdentum memecah sunyi malam itu.
“Maaflah Min.. abang tidak sengaja. Betul-betul abang minta maaf. Abang bukan sengaja nak mengangap Min yang tidak-tidak. Letakan diri Min di tempat abang tentu Min dapat rasakan apa yang abang rasa.” Datuk Shaari berusaha membebaskan dirinya dari rasa bersalahnya dengan rekayasa alasan yang logik pada pertimbangannya. 
“Memang ayah tidak salah mama. Sebenarnya Rizal yang silap. Rizal terlupa yang Rizal sudah dewasa tapi masih hendak tidur di riba mama. Patut ayah cemburu kerana dia tidak mahu isteri kesayangannya terlepas ke tangan orang lain. Gitukan ayah?” Rizal tersengih riang. Hatinya cepat saja melupakan anggapannya yang bukan-bukan tentang hubungan mama dan ayahnya.
Hatinya bersorak riang pula melihat kebahagian kedua-dua ibu bapanya.
“Ye lah tu.” Balas ayahnya bersahaja.
“Ini..kenapa balik tidak bagi tau ni? Tiba-tiba saja dah muncul, mengejutkan betul.” Tanya ayahnya berbaur gusar.
Datuk Shaari menghenyakan ponggongnya di atas sofa. Keletihannya kerana melayani kerenah Rozana dan pelbagai aktiviti kesukaannya terlupa seketika kerana teruja dengan pertemuan dengan anak kesayangannya nan seorang itu.
“Maafkan Rizal. Memang tidak ada rancangan hendak balik lebih awal. Ingatkan hendak makan angin ke Eropah. Tapi sekarang ni musim sejuk. Jadi Rizal dan kawan-kawan buat keputusan balik terus.”  Rizal bangun dari sisi mamanya dan duduk pula di sebelah ayahnya.
Tangan ayahnya diciumnya. Ayahnya memeluknya mesra. Aliran listrik kasih sayang yang abadi terus mengalir ke dalam jiwa-jiwa yang sedang berpelukan intim itu. Rindu ayah terhadap anak kesayangan terlerai menjadi gumpalan kasih yang jitu yang mengikat hubungan antara ayah dan anak.
“Kata nak sambung belajar, ambil sarjana,” mamanya mencelah bertanyakan perihalnya setelah suasana yang meruncing dan gawat itu kembali natural. Situasi yang tenang yang melegakan jantung dari berombak deras. Normal.
“Niat tu memang ada mama. Tapi tidak mahu lagi belajar di US ( Amerika Syarikat ). Mungkin di UK ( United Kingdom ) pula mama. Tapi Rizal belum pasti bila.” Jelas Rizal masih rajin bercerita tentang dirinya.
“Tidak mengapalah Rizal. Esok saja kita sambung bersembang lagi. Rizal pun tentu penat seharian terbang dari New York, eloklah Rizal masuk tidur dan berihat. Ayah pun dah terasa letih dan mengantuk sangat pula. Maklumlah seharian di opis berkerja. Penat.” Dia tersenyum sedikit memberi rekayasa yang terlintas di mindanya. Tangannya menahan sangap yang tidak berhenti-henti pula.
“Mama pergilah masuk tidur dengan ayah tu.”
“Mama kamu tu jangan dipedulikan sangat. Selagi tidak tamat siri TV kesukaannya, selama itu jugalah dia mengadapnya.” Dia mengulas perilaku isterinya yang acapkali dilakukannya sepanjang pengetahuannya.
“Mama jom tidur.” Rizal berusaha untuk merapatkan hubungan kedua-dua ibu bapanya yang ternyata sudah hilang kemesraan yang sepatutnya. Pada anggapannya. Datin Majmin bangun meninggalkan temannya yang setia memberi hiburan dan informasi terkini, berbentuk empat persegi yang terlekat di dinding itu.
Dia memaut tangan suaminya yang agak tersentak dengan perbuatannya. Tapi pandangan yang tajam menerjah ke dalam anak mata suaminya membayangkan maksudnya. Kedua-dua tersenyum dalam keterpaksaan. Seorang suami terpaksa senyum dalam keletihan dan sementara seorang isteri tersenyum kerana naluri keibuan demi anak tersayang.
Dia tidak ingin anaknya itu terhidu sesuatu dan memberi prasangka yang tidak diingininya lantaran hubungan dingin diantara kedua-dua ibu-bapanya mutakhir ini sedang dirasainya.
 Walaupun baginya itu hanyalah proses normal yang sering berlaku dalam kehidupan bersuami-isteri, mungkin tidak pada pandangan anaknya. Langit pun tidak selalu cerah.
Kadang-kadang ada juga mendung yang menabirinya. Dia menerima hakikat bahawa kehidupan itu ibarat roda yang senantiasa berputar. Ada ketikanya di atas, ada waktunya di bawah pula. Mungkin ketika ini roda hidupnya sedang berada di bawah dan diterjah kerikil batu-batu tajam yang menyakitkan. Dia redha.
Kedua-duanya yang tersenyum manis bergandingan ke kamar tidur, meleraikan semua sangkaan anaknya yang mengatakan ada gejolak yang menggelodak sedang mengganggu keharmonian kasih sayang di antara ibu-bapanya yang sangat di kasihinya.
“Selamat malam ayah, mama.” Rizal melangkah gontai ke biliknya setelah menutup suis eleterik TV.
Malam bertambah larut. Di jalan raya masih banyak kereta bertali arus, hilir dan mudik. Wajah malam sangat sepi di desa. Tidak di kotaraya ini. Malam menjanjikan kemeriahan yang berpanjangan sehingga bertemu siang keesokannya. Terpulang kepada kebijaksanaan penghuninya bagaimana hendak bergelut di dalamnya.


Sunday 28 December 2014

KISAH SEDIH AWAL PAGI...



ASSALAMUALAIKUM...



ALFATEHAH.

CORAT-CORET PAK ENGKU..
BANJIR OH BANJIR, KAU DATANG LAGI
MEMBAWA BERSAMA MIMPI NGERI.
AIR OH AIR HUJAN MENCURAH,
TASIK DAN SUNGAI AIR MELIMPAH;
TIADA AIR INSAN MERESAH,
TEELEBIH-LEBIH MENJADI MUSIBAH.
TASIK CINI TASIKLAH KENYIR
TEMPAT INDAH UNTUK RIADAH;
SANA SINI SUDAHLAH BANJIR,
RAMAI SUDAH TERPAKSA PINDAH..
Bila banjir melanda bukan seperti biasa, itu dikira bencana. Rumah dan harta
musnah jadinya. Dan kaum marhaenlah yang paling menderita dan tersiksa.
Apakah bah atau banjir yang terjadi ini sebagai musibah yang Allah turunkan
kepada hamba Nya?
Aku teringat akan sebuah lagu puisi, 'Berita Kepada Kawan' nyanyian
Ebeit G Ade yang antara lain bait-bait lagu puisinya berbunyi....
"BARANGKALI DI SANA ADA JAWABNYA
MENGAPA DI TANAH KU TERJADI BENCANA
MUNGKIN TUHAN MULAI BOSAN
MELIHAT TINGKAH KITA
YANG SELALU SALAH DAN BANGGA DENGAN DOSA-DOSA
ATAU ALAM MULAI ENGGAN
BERSAHABAT DENGAN KITA
COBA KITA TANYAKAN PADA RUMPUT YANG BERGOYANG....."
Banjir atau bah yang berlaku waktu ini amat berbeza sekali dari tahun-
tahun yang terdahulu. Ia banjir besar atau bah besar. Telah berpuluh dekad
tidak berlaku bah atu banjir yang sebegini.
Apakah ini bencana atau musibah yang di turunkan Tuhan. Berpunca
dari salah dan silap kita sendiri. Kita yang selalu berbuat salah. Selalu lupa
untuk mensyukuri nikmatnya. Sering mengkufuri nikmatnya. Terlalu
bangga dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Kerap ingkar akan perintah
dan suruhannya. Cubalah kita renungkan sedalam-dalamnya. Apakah
ada kemungkinan itu?
Atau mungkin juga alam mulai enggan bersahabat dengan kita kerana kita
sering alpa untuk menjaganya dengan baik. Bukit dan gunung habis
ditarah. Dibotakkan! Digondolkan! Bagaimanakah bumi dapat menyerap
air berlebihan yang turun dari langit itu. Inilah puncanya! Berpunca dari
kerakusan manusia yang mahu mencari kekayaan yang sangat-sangat
berlebihan di muka bumi Allah ini. Segelintir manusia yang tamak haloba
dan hanya mementing perut sendiri.
Selagi manusia tidak punya keimanan yang kuat, tidak mahu kembali
ke jalan Nya, janganlah terperanjat nanti kalau berlaku lagi berbagai
bencana dan musibah yang diturunkan oleh Allah.
Kepada mereka-mereka yang terlibat dengan banjir ini dan yang rumah
dan harta benda mereka musnah, marilah kita berdoa kepada Allah agar
mereka sentiasa selamat dan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam
mengharungi hidup selepas ini. Kata perbidalan, "Bagaimana berat
mata memandang berat lagi bahu yang memikul!" Itulah hakikatnya.
Akhir kalam, sebuah pantun untuk mereka-mereka yang berumah di tepi
atau berhampiran sungai,.
BERAS MELUKUT DIMAKAN MERBAH,
DI ATAS TANAH SI BURUNG PUNAI;
KALAU TAKUT DILANDA BAH,
JANGAN BERUMAH DI TEPI SUNGAI.
SEKIAN. TAMMATUL AL KALAM.

Saturday 27 December 2014

PEMIMPIN PRIHATIN...

ASSALAMUALAIKUM...

SEKITAR BANJIR...





DAULAT TUANKU ! Inilah dia Sultan Kelantan....Sultan yang memayungi rakyatnya ! Alhamdulillah,Syukur.



APABILA NASIB DAN KEPENTINGAN RAKYAT TERJEJAS DALAM KEADAAN BANJIR BEGINI,POLITIK HARUS DIKETEPIKAN. Syabas kepada YAB TS Muhyiddin dan MB Kelantan serta para Menteri yang ada didalam foto ini yang diambil semasa sessi taklimat mengenai operasi bantuan banjir di KB.




Saya bukan nak puji...tapi adalah wajar dihargai bila seorang menteri kabinet sanggup turun padang membantu rakyat ketika senang apa tah lagi ketika rakyat memerlukan sentuhan ajaib pemimpin kita yang sifat semula jadi mereka memang berjiwa rakyat.

SUMBER WALL FB DATO' IDRIS BUANG ALHAJ...

Friday 26 December 2014

FADILAT SOLAT SUNAT ISRAK....

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT YANG MULIA.

PI BUKAN HENDAK MENJADI USTAZAH GOOGLE YA...TAPI HANYA HENDAK BERKONGSI SEDIKIT ILMU YANG DIPEROLEHI TIKA MENGHADIRI KULIAH AGAMA DI KAMPUNG PI.

USTAZ YANG MEMBERI KULIAH MENERANGKAN JIKALAU KITA MELAKUKAN SOLAT ISRAK DUA ROKAAT MEMOHON DOA AGAR ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA HARI INI SEPERTIMANA SINAR MENTARI MENYELURUHI ALAM INI NESCAYA ALLAH AKAN MELANCARKAN NIAT KITA TANPA ARALNYA.

ITULAH YANG SERING PI AMALKAN JIKALAU TERASA HENDAK BERURUSAN PENTING...INSYA ALLAH.

SOLAT SUNAT ISRAK DILAKUKAN MENURUT WAKTU YANG TERHAD IAITU JAM 7.30 PAGI HINGGA 8.00 PAGI.

DILAKUKAN 4 ROKAAT SECARA 2 ROKAAT BERASINGAN. SOLAT 2 ROKAAT PERTAMA MENDOAKAN KESEMPURNAAN URUSAN DUNIA. SOLAT SUNAT ROKAAT KEDUA MENDOAKAN KESEMPURNAAN URUSAN DI AKHIRAT KELAK.

APAPUN RUJUKLAH PADA ILMUAN AGAMAWAN YANG ARIF YA...PI HANYA MENYAMPAIKANNYA SECARA  KASAR.

Solat Sunat Isyraq

.
Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
.
.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya  ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.  Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.”  (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
.
.

Keutamaan Solat Isyraq

.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallambersabda:

 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

 “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.”  (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
.
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.
.
.

Keterangan Hadis

Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
 .
  • Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.
.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti'”  menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
.
  • Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.”  (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
.
  • Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.
.
  • Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
.
  • Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu.
.
.
.
Cara Melakukan Solat Isyraq
.
1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
         
.
2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
.
3.     Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
.
4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
                    Atau;
      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
.
5.     Selepas salam bacalah doa ini;

.

.

6.     Atau boleh dibaca doa ini;

Thursday 25 December 2014

HULURKANLAH BANTUAN....

ASSALAMUALAIKUM...




MENDERMA KE TABUNG KEMANUSIAAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA




Kementerian Komunikasi dan Multimdia Malaysia mengambil langkah menubuhkan tabung Bantuan Mangsa Banjir bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi bencana banjir terutama di negeri-negeri di pantai timur.

Derma ikhlas boleh dibuat dalam amaun RM1, RM3, RM5, RM10, RM15, RM20, RM30, RM40 atau RM50.

Semua sumbangan tersebut akan disalurkan terus ke Tabung Kemanusiaan Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Cara menderma amat mudah hanya dengan melalui SMS (sistem pesanan ringas) ke 13999. Caranya; Taip BANJIR <jarak> <amaun>  .. Contoh: BANJIR 20 dan hantar ke 13999.



Wednesday 24 December 2014

27 SYUHADA @ PONDOK PAKYA...WISATA KEDAH DARUL AMAN 2..

ASSALAMUALAIKUM....

GUAR CEMPEDAK: Tragedi kebakaran yang menggemparkan negara, 25 tahun lalu di di Padang Lumat, Kedah masih terpahat di sanubari mereka yang melaluinya.

Kebakaran Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 itu mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 27 pelajar sekolah itu terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis dan jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas "27 Syuhada Peristiwa KWA 27 
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar mengenai kisah duka ini tetapi yang pastinya ia tidak mungkin dapat dilupakan kalangan ahli keluarga mangsa yang terkorban tambahan pula mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dengan peristiwa hitam itu.
Pondok Pak Ya

ADAKAH YANG MASIH MENGINGATI PERITIWA TRAGIS YANG SANGAT MENYEDIHKAN INI? RAMAI DIANTARA KAWAN-KAWAN KITA YANG TIDAK TAHUPUN AKAN KEJADIAN MALANG INI JUSTERU BELUM LAGI LAHIR KE DUNIA.

TIKA INSIDEN ITU BERLAKU PI JUGA SEDANG SANGAT UZUR KELUMPUHAN SELURUH TUBUH AKIBAT KEMALANGAN JALANRAYA PADA 1987 DI LEBUHRAYA KARAK.. SEISI KELUARGA TERLIBAT SAMA. MUJUR SUAMI DAN ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL TERSELAMAT TANPA KECEDERAAN TERUK DAN KINI ANAK-ANAK KESEMUANYA TELAH DEWASA.

HANYA TV, RADIO, AKHBAR YANG JADI TEMAN MELAYANI KESAKITAN YANG MENGURUNG DIRI AKIBAT KELUMPUHAN SAMBIL MERENUNG SILING KOSONG MENUNGGU HARI DEMI HARI BERLALU MEMBAWA PERUBAHAN YANG DIHARAPKAN. MENYELIT PULA KISAH PI SEDIKIT YA...

TV YANG BERCERITA DAN MENGGAMBARKAN KEJADIAN KEBAKARAN ASRAMA YANG MERENGGUT NYAWA 27 PELAJAR SEKOLAH ITU BEGITU MENYENTUH JIWA MENYEBABKAN PI MENANGIS KUAT SEHINGGA MENGEJUTKAN EMAK PI DIDAPUR. EMAK YANG BIMBANG ANAKNYA KENAPA-KENAPA BERGEGAS MENERPA.

APA? KENAPA? SOALAN BERSILIHGANTI. SUARA TV MEMBERI ULASANNYA MEMBUAT MAK TURUT TERKEDU.

PI TERUS MEMASANG NIAT DI DALAM HATI INGIN SEKALI  MENZIARAHI SEKOLAH INI JIKALAU KUAT SIHAT DAN BOLEH BERJALAN KELAK. KUASA ALLAH TIDAK SIAPA TAHU. PI HANYA BOLEH BERDOA DAN BERHARAP.

MAKBUL JUGA NIAT PI YANG DIPENDAM SEKIAN LAMA UNTUK MENJEJAK KAKI KE SEKOLAH  TAUFIKIAH KHAIRIAH ALHALIMIAH DI BT 17 TIDAK JAUH DARI GUAR CHEMPEDAK DAN LEBIH DIKENALI SEBAGAI PONDOK PAKYA.SEBELUM BERANGKAT PULANG KE KL.


BERTUAH PULA DAPAT BERTEMU DENGAN PENGETUANYA SEORANG WANITA MUSLIMAH YANG RAMAH MENEGUR SAPA. WALAU TIKA ITU BELIAU SANGAT SIBUK MENGURUSKAN TUGASANNYA DI AWAL PAGI KERANA PI LIHAT RAMAI PELAJAR-PELAJAR YANG KELUAR MASUK PEJABATNYA. TAPI MASIH MAHU TURUN DARI PEJABATNYA BERTEMU PI DI KERETA. BAIK SUNGGUH BUDI BAHASA WANITA BERKARISMA INI.

MUNGKIN PELAJAR-PELAJAR ITU SEDANG MENDAFTAR UNTUK SESSI PERSEKOLAHAN YANG BAKAL BERMULA 2015 TIDAK LAMA LAGI.

HISH ...TERASA NAK BERSEKOLAH SEMULA TAPI DAH GANYUT KAN HEH..HEH..

MENGENANGI DAN MENGINGATI TRAGEDI MALANG LAGI SEDIH ITU BERSAMALAH KITA BERDOA AGAR ALLAHYARHAM 27 SYUHADA MUDA ITU BERADA DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT-NYA BERKEKALAN BAHGIA DI ALAM SANA..

ALFATIHAH....

PUJI-PUJIAN YANG MERUSUHKAN...

ASSALAMUALAIKUM...

CORAT-CORET PAK ENGKU..
KADANG-KADANG AKU JADI TAKUT DENGAN PUJIAN YANG MELAMBUNG TINGGI YANG ORANG BERIKAN KAT AKU. TAHU SAJALAH KALAU DILETAKKAN TERLALU-LALU TINGGI, KALAU JATUH, TERAMAT-AMAT SAKIT. DULU KAWAN AKU, NORMAN IPIN KATA AKU MACAM A.SAMAD SAID, BIJAK BERPANTUN, BERSYAIR DAN BERSAJAK. PANDAI BERFALAFASAH.
KINI TIMBUL PULA ADA RAKAN DI ALAM MAYA INI NAK SAMAKAN AKU
DENGAN USMAN AWANG. KAWAN SETAMAN AKU, DI TAMAN MATAHARI HEIGHTS NI, SAIDIN FITRI, LABELKAN AKU SEBAGAI 'SASTERAWAN TAMAN MATAHARI HEIGHT. DAN BARU-BARU INI KAWAN BAIK AKU DATO' ANDUKA MANDULIKA, ZAINOL ARIFFIN IBRAHIM KATA PANTUN-PANTUN GUBAHAN AKU SAMA SEBARIS HEBATNYA DENGAN PANTUN-PANTUN PROFESSOR PAK ENGKU AZIZ.. ADUH, ADUH, ADUH, JANGAN BEGITU, REBAH AKU NANTI KERANA TAK TERPIKUL BEBAN YANG SEBERAT ITU. NAK PUJI AKU BIARLAH BERPADA-PADA. PUJIAN YANG SEBEGINI MEMBUATKAN BULU TENGKOK AKU MEREMANG. TAKUT BEBENAR AKU.
DUA PULUH TAHUN DULU PUN PERNAH AKU TERIMA PUJIAN YANG TERLALU TINGGI. SELEPAS AKU MENYANYI DI PUB, SEORANG PENGUNJUNG PUB BERITAHU.. "PAK ENGKU YOU CAN SING VERY WELL. I CAN TAKE YOU ANYWHERE IN K.L..TO SING.. TAK MALU!!!
YANG LAST SEKALI PUJIAN AKU TERIMA DARI SEORANG TABLIQH YANG BERKUMPUL DI SURAU TAMAN PERUMAHAN AKU INI, SELEPAS AKU HABIS LAUNGKAN AZAN, DIA DATANG KEPADA SAYA LALU BERKATA, "LAUNGAN AZAN TUAN SANGAT MENUSUK KE KALBU." IYE KE NIH...
ISY, ISY, ISY... AKU TAKUT DI KATAKAN RIAK DAN TAKBUR. AKU TAK SEPANDAI MANA DAN TAK SEHEBAT MANA UNTUK DIBANDINGKAN DENGAN SASTERWAN-SATERAWAN TERUNGGUL YANG TERDAHULU. MEMANG ITULAH HAKIKATNYA...SAYA YANG BIASA-BIASA SAHAJA.
...
PANTUN-PANTUN UNTUK PENGANTIN BARU.
Hari ini kawan aku Mej. (B) Samad mengadakan Majlis Perkahwinan 
anak beliau bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Perwira, Sikamat,
Seremban. Malam tadi dia minta aku karangkan beberapa rangkap pantun
untuk keluarga dia bacakan semasa Majlis Persandingan kedua-dua
mempelai. Inilah pantun-pantun yang dapat aku karangkan. Bolehkah
dipakai pantun-pantun ini?
Ini dia pantun-pantunnya...
HINGGAP PULING DI DAHAN RAMIN,
BURUNG JELATIK DI RUMPUN PANDAN,
HINGGAP SEJENANG DI POHON RUMBIA;
MEMPELAI BERSANDING DI ATAS PELAMIN,
SAMA CANTIK SAMALAH PADAN,
BAGAIKAN PINANG DI BELAH DUA.
BUKAN MUDAH BELUKAR DIREDAH,
MENCARI SIGAI DITENGAH HARI;
AKAD SUDAH BERNIKAH SUDAH,
SAHLAH SEBAGAI SUAMI ISTERI.
BUAH YANG RANUM DIPETIK SURI,
DIMAKAN SUDAH SI BUAH KUNDANG;
PENGANTIN TERSENYUM WAJAH BERSERI,
TERASA INDAH DUNIA DIPANDANG.
PERGI BERDUA MEMASANG BUBU,
ANGIN SAKAL BERTIUP LAJU;
BERSERTA DOA AYAH DAN IBU,
SEMOGA KEKAL KEANAK CUCU.
SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT,
INIKAN PULA SUAMI ISTERI;
BERSAMA SUSAH BERSAMA SAKIT,
GELOMBANG BERKALA SAMA DIHINDARI.
BUNGA KESTURI BARU BERKUDUP,
HARUM MEWANGI SETIAP SATU;
DALAM MELAYARI BAHTERA HIDUP,
SAYANG MENYAYANGI SETIAP WAKTU.
TINGGI MENJULAI SI JAMBU BATU,
DIPANJAT PERIA BERKAIN KEMBAYAT;
SEMOGA MEMPELAI KASIH BERSATU,
KEKAL BAHAGIA SEPANJANG HAYAT.
DI DAHAN CERMAI SI BURUNG HANTU,
BULUNYA BASAH BERHUJAN LAMA;
HIDUP YANG DAMAI SALING MEMBANTU,
SENANG DAN SUSAH TETAP BERSAMA.

Tuesday 23 December 2014

ULU LEGONG DI MANA TU? WISATA KE KEDAH DARUL AMAN....1

ASSALAMUALAIKUM....

MENGHILANG KE KEDAH DARUL AMAN TIGA HARI LEPAS BERSAMA ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU. KEDAH NI KAMPUNG LAMAN PI YANG TIDAK PERNAH DILUPAKAN
WALAU SUDAH LAMA BERHIJRAH MENINGGALKANNYA.

BAK KATA PEPATAH TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TANAH TUMPAH DARAH TEMPAT KELAHIRAN.

RAMAI SAUDARA MARA SEPUPU SEPAPAT BERADA DI SINI TAPI PI TIDAK AKAN MENYUSAHKAN MEREKA DENGAN MEMBAWA ROMBONGAN ANAK BERANAK PI MENUMPANG KEDIAMAN MEREKA SEMALAM DUA.

SEKADAR BERZIARAH SEBENTAR SALING BERTANYA KHABAR PUN SUDAH MEMADAI. DI SINI PI DAN ANAK-ANAK TINGGAL DI HOMESTAY DGUAR. TEMPATNYA SELESA SEKALI DAN MAMPU MENAMPUNG AHLI KELUARGA PI YANG RAMAI.

LENGKAP KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN...SIAP BOLEH MEMASAK LAGI.





MEMASAK SENDIRI LEBIH JIMAT BELANJA BAGI YANG TIDAK BERKEMAMPUAN SEPERTI PI TAPI TETAP INGIN BERCUTI JALAN-JALAN MENGHIBUR HATI. BARANG-BARANG UNTUK MASAKAN MUDAH DIBELI DAN MURAH HARGANYA. BERKUALITI PULA.

LAUK-LAUKNYA KAMI BELI DI KAMPUNG NELAYAN SG.YEN KECIL TIDAK JAUH DARI GUAR CHEMPEDAK. ADA LALA, MENTARANG, IKAN TEMENUNG, IKAN TALANG SEGAR, WALAU DIGORENG DAN DIREBUS SAJA AMATLAH SEDAPNYA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS.

SUDAH BERPULUH TAHUN TIDAK MAKAN LALA REBUS DAN MENTARANG REBUS DI SINI...HUISH ALANGKAH NIKMATNYA.




STELAH PERUT DIISI KENYANG-KENYANG BARULAH BERTOLAK KE ULU LEGONG PULA. JAUHNYA DARI GUAR CHEMPEDAK BUKAN MAIN LAGI. TERLETAK NUN JAUH BERSEMPADAN DENGAN KROH, GRIK PERAK.

ANAK-ANAK CUCU HENDAK BERMANDI-MANDA DI KOLAM AIR PANAS DI SITU...DIIKUTKAN SAJALAH.
BANYAK SEKALI KOLAM AIR PANAS YANG DISEDIAKAN UNTUK MERENDAM DIRI DARI SUMBERNYA YANG SEMULA JADI.




Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia. Kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas serta mereka menyukai aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat. 

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.

"Dimaklumkan no telefon 0134720255 telah ditamatkan perkhidmatan. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong sila hubungi no telefon berikut 04-4721548 ; 04-4721468; 04-4731024;04-4731025"


Sunday 21 December 2014

Seliratan cinta bab 6


                                          

Malam sedang berangsur pelan-pelan meninggalkan tetamu-tetamunya yang leka.
Datuk Shaari sedang santai di lounge sebuah hotel dengan ditemani Amin dan Rozana. Mereka baru sahaja selesai menikmati hidangan makan malam yang menyelerakan.
“Maaf Datuk, saya nak ke bilik air sebentar.” Rozana bangun dari duduknya. Tas tangan mahal hadiah dari Datuk Shaari diberikan pada Amin tentulah dengan niat ‘kau tolong jaga ya.’ Meski tidak dizahirkannya menjadi sebutan. Amin memang memahami maksudnya. Dia bersedia mempertahankan kepercayaan orang kepadanya. Apa lagi Rozana.
“Eh berani ke pergi sendiri ni? Nak saya temankan?” ujar Shaari lunak.
Its okay. I pergi sorang pun boleh.”
Rozana tersenyum mendengar itu. Dia segera berlalu dengan diiringi pandangan Datuk Shaari dan Amin. Datuk Shaari mengangkat jari telunjuknya menunjukan maksud ‘bagus’. Hanya dia yang memahami maksud ‘bagus’ itu. Amin tidak ambil peduli apapun tanggapan datuk itu.
Ketiadaan Rozana membebaskan matanya melilau merata. Dia menghalakan pandangan ke arah satu sudut. Tiba-tiba dia ternampak sekumpulan model jelita keluar dari lif. Matanya terpaku memandang. Terpesona amat. Cantik-cantik.
Kesemuanya laksana sekumpulan rerama yang berwarna-warni coraknya sedang mengepak sayap kecilnya. Sungguh teruja memandangnya. Amat mempesonakan mata.
Seorang waiter lalu di sisinya menuju ke arah  pelanggan yang sedang menunggu khidmatnya. Datuk Shaari memegang tangan lelaki itu dengan sopan.
Tidak terlalu keras menariknya kerana bimbang apa yang ingin diketahuinya tidak dilayani sekiranya bersikap terlalu kasar. Sesaorang itu sentiasa memiliki perasaan halus di jiwanya dan harus dijaga agar tidak tercalar. Firasat hatinya mengatakannya. Dia masih ada sifat sopan dan tahu menghormati perasaan orang lain.
“Siapa tu?” Pemuda waiter yang memiliki raut wajah yang tampan itu menoleh ke arah yang ditunjukan lelaki yang belum melepaskan pegangannya pada tangan kirinya.
“Oh itu. Nadia. Dia model. Di atas tu ada ‘fesyen show.’ Dah habislah agaknya.”
“Ye ke? Terima kasih.” Waiter itu meninggalkan pelanggan yang bertanya dan mengganggu perjalanannya untuk melakukan tugasan seterusnya. Pelanggan itu menghadiahkannya segaris senyuman manis yang menenangkan perasaannya. Memberi sedikit kekuatan pada jiwanya untuk meneruskan tugasnya seterusnya yang ternyata sangat memenatkan. Dan menuntut terlalu banyak kesabaran untuk berhadapan dengan pelanggan-pelanggan yang beragam kerenahnya.
Datuk Shaari memandang Amin yang terpana menanti buah ucapan yang bakal terhambur menjadi beban kepadanya. Dia yakin akan jadi begitu.
“Nadia... sedap nama dia. Seayu wajahnya kan Amin.” Pandangannya tepat menujah anak mata yang terkedip-kedip merenungnya di hadapannya.
“Saya faham Datuk. Tersangat faham. Bila?” Tersengih Amin sambil menutur kalimat itu.
Anytime. Lagi cepat lagi bagus.” Shaari terpandangkan Rozana yang mengatur langkah laksana model di pentas peragaan menghampirinya. ‘Dia datang!’ Lagu ghazal Ahmad Fadzil dari Johor itu yang malar hijau itu terdendang di telinganya.”
“Dia dah datang tu, jaga mulut.” Katanya kepada Amin. Rozana menempati semula kerusi yang ditinggalkannya. Dia menarik kerusinya hampir bersebelahan dengan Datuk Shaari. Rapat di sisinya.
“Amboi wanginya.” Aroma tubuhnya singgah lunak ke deria bau orang yang dekat dengannya. Bibirnya mengorak senyum ceria kerana merasa dirinya diberi perhatian. Juga penghargaan yang berbaur menurut pertimbangannya.
“Tak kenal ke bau ni?”
“Hah… bau apa hah..” hidungnya terkemut-kemut seakan kucing sedang menghidu bau ikan segar. Aksi yang melucukan itu menyebabkan Amin tersengih sinis. ‘Pandainyalah datukni melawak.’
“Ala Datuk ni. Ini kan bau perfume yang Datuk hadiahkan pada saya siang tadi. Baunya sangat harum dan lembut. Sesuai sekali dengan citarasa saya.”
“Ye ke? Maaf tak perasan tadi. Hidung saya ni pun pelupa juga ye.” Datuk Shaari tersengih dan tersenyum bodoh dengan lawak yang sengaja dibuatnya.
Fikiran Shaari melayang-layang hinggap pada meja Nadia dan rakan-rakannya yang sibuk bercerita tentang kejayaan persembahan sebentar tadi. Kehadiran Rozana di sisinya seakan tidak dipedulikannya. Dilupakannya.
Dia sudah terpikat pula dengan kecantikan Nadia. Dan asyik menatapnya tidak berkejip. Pada pandangannya sungguh tiada tolok bandingannya. Dia teruja. Perasaannya sudah menetap di situ.
“Datuk . ..hujung minggu ni ada parti di rumah kawan saya. Sudi tak Datuk temankan saya?” Suara Rozana yang lembut manja seperti tidak masuk ke dalam deria dengarnya. Hanya lalu saja dan melepasi cuping telinganya yang lebar dan tegak itu. Bebola matanya asyik mengerling kearah Nadia dan teman-temannya yang sedang riang bergelak-tawa.
“Eh Datuk ni dengar tak?” Dia masih alpa. Rozana merasa dirinya semakin dipinggirkan. Hatinya sebu dan layu.
“Datuk…” sergah Amin di sebelahnya.
“Hah…apa dia?” balas Datuk Shaari kalut dan terpinga-pinga. Dia kembali membawa pandangannya berhadapan dengan kedua-dua jasad yang tercongok di sisinya.
Rozana rusuh. Kehadirannya langsung tidak dipedulikan. Dirinya tidak dihargai lagi. Dan dia amat jauh hati. Datuk Shaari sibuk memberi perhatiannya terhadap Nadia, model cantik itu. Dia perasan itu.
Tas tangannya dicapai dan segera bergegas keluar dari ruang itu dengan deras dan kalut. ‘Datuk ni memang hidung belang. Pantang nampak perempuan ada rupa sikit, menggelitik macam cacing kepanasan. Aku tak rugi apa-apa kalau hilang dia pun. Ramai lagi Datuk yang lain sedang tunggu aku.’ Dengus hati Rozana.
“Eh...nak kemana tu?” Rozana tidak menjawab pertanyaan Amin itu. Langkahnya semakin jauh. Amin bangun cuba untuk menahannya. Tetapi Datuk Shaari memegang tangannya. Maknanya mencegahnya dari melakukan begitu. Dia duduk semula di kerusinya dengan rona rasa yang bercampur baur.
“Biarkan dia. Dia yang hendak balik. Bukan kita yang halau dia.” Shaari langsung tidak kisah dengan apa yang berlaku. Baginya sesiapa saja boleh duduk di sisinya sebagai seorang tetamu yang diundang.
Jikalau tetamu itu merasa tidak selesa bersamanya, dia tidak akan menahannya berlama di sisinya. Bolehlah kalau hendak angkat kaki ke mana saja. Sesuai dengan kemahuannya. Menurutnya kehendak dan kemahuan seseorang itu tidak boleh dipaksa-paksa. Wujudnya dengan sendiri sebagai naluri halus yang sukar dikekang.
“Susahlah macam ni Datuk. Dia tu kawan saya. Saya yang berusaha kenalkan dia pada Datuk. Apa pula kata dia pada saya nanti.” Amin merasa bersalah pula terhadap Rozana kerana Datuk yang diceritakan baik-budi dan perilakunya itu telah bersikap sebaliknya dalam sekelip mata. Memberi intepratasi diri yang melencong dari gambarannya.
“Biarkanlah…” sahut Datuk Shaari lembut cuba menenangkan hati pembantunya yang rusuh bersimpang-siur. Amin cuba melupakan kegundahan hatinya dan menumpukan perhatian pada reaksi baru yang bakal diwujudkan tuannya.
“Kau kenal model tu?” mulutnya dimuncungkan ke arah model yang dimaksudkannya.
“Kenal. Tapi gitu-gitu sajalah, tak kenal rapat. Kenal jugalah.”
“Kenapa kau tak bagitau aku?” Dia menggumam geram dengan sorotan mata yang tajam merenung Amin tidak berkejip.
“Ish Datuk ni. Takkan semua benda saya hendak bagi tau Datuk. Lagipun dia tu model tahap antara bangsa. Selalu ke luar negara. Jarang ada di sini.” Datuk Shaari sudah bangun dari duduknya. Tidak dipedulikannya omongan Amin tentang Nadia. Wajahnya serius lagi tegang.
Amin memandangnya sedikit hairan. Apa pula yang dimahukan Datuk itu kali ini? Dia menduga-duga kalut. Mencari-cari bohol rungkainya hendak dibuka. Belum terjumpa. Mindanya kusut dan berserabut memikirkannya.
“Aku nak balik. Kau tolong dapatkan nombor telefon dia.” Datuk Shaari sudah membawa dirinya yang tegap dan sedikit berisi menuju pintu keluar. Wajahnya yang serius meresahkan hati Amin.
Amin terpinga-pinga. Pandangannya dilontarkan ke arah  Nadia. Air di dalam gelas tinggi yang masih bersisa diteguknya pantas. ‘Kerja aku ni melayan kerenah Datuk ni nampaknya tidak akan habis-habis,’ getus hatinya. Dia segera bergerak pantas hendak menyaingi Datuk Shaari yang sudah jauh melangkah meninggalkannya.

                                                      

MyBloglist