CORAT-CORET PAK ENGKU..
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU...
SIANG BELANTUK LETAK DI BOKOR,
DICINCANG PUTUS SI UBI GANYUT;
KAIL SEBENTUK UMPAN SEEKOR,
SEKALI PUTUS SEHARI BERHANYUT.
DICINCANG PUTUS SI UBI GANYUT;
KAIL SEBENTUK UMPAN SEEKOR,
SEKALI PUTUS SEHARI BERHANYUT.
Perbidalan: Kail sebentuk umpan seekor, sekali putus sehari
berhanyut.
Maksudnya: Melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan
bagi menghadapi segala kemungkinan (seperti berniaga
dengan modal yang sedikit atau alang kepalang).
berhanyut.
Maksudnya: Melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan
bagi menghadapi segala kemungkinan (seperti berniaga
dengan modal yang sedikit atau alang kepalang).
DIPAKAI PACAR BAJU BERLABUCI,
KOYAK DI RUSUK LETAK DI TANGGA;
KAIN DALAM ACAR DIKUTIP DICUCI,
MASIH NAK MASUK KE LONGKANG JUGA;
KOYAK DI RUSUK LETAK DI TANGGA;
KAIN DALAM ACAR DIKUTIP DICUCI,
MASIH NAK MASUK KE LONGKANG JUGA;
Perbidalan: Kain dalam acar dikutip dicuci, dia hendak masuk ke longkang juga.
Maksudnya: Orang yang bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi.
Maksudnya: Orang yang bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi.
(Acar atau Acaran adalah:bahasa orang Kedah bererti tempat membuang kotoran
dapur; limbah)
dapur; limbah)
NAIK SAMPAN KE TANJUNG TUAN.
DUDUK RAPAT TEMAN SEDARJAT;
MENGAIL BERUMPAN KATA BERTIPUAN,
BARULAH MENDAPAT APA DIHAJAT.
DUDUK RAPAT TEMAN SEDARJAT;
MENGAIL BERUMPAN KATA BERTIPUAN,
BARULAH MENDAPAT APA DIHAJAT.
Perbidalan: Mengail berumpan berkata bertipuan.
Maksudnya: Untuk mendapatkan sesuatu daripada orang haruslah
pandai mengambil hatinya.
Maksudnya: Untuk mendapatkan sesuatu daripada orang haruslah
pandai mengambil hatinya.
DUDUK MENGAMIR KERJA TAK USAI,
TIDUR DI RANJANG SEDARI PAGI;
HUTANG SAMIR BELUM LANGSAI,
HUTANG KAJANG TUMBUH LAGI.
TIDUR DI RANJANG SEDARI PAGI;
HUTANG SAMIR BELUM LANGSAI,
HUTANG KAJANG TUMBUH LAGI.
Perbidalan: Hutang samir belum langsai, hutang kajang tumbuh lagi.
Maksudnya: Hutang lama belum habis dibayar, sudah berhutang lagi.
(Kamir atau mengamir adalah bahasa orang Kelantan bermaksud 'mengadun'.
Samir adalah daun (nipah, rumbia, dll) untuk dibuat atap atau pengalas
makanan.
Kajang adalah benda yang dianyam dari daun nipah (buluh, mengkuang
dll) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas dll.
Maksudnya: Hutang lama belum habis dibayar, sudah berhutang lagi.
(Kamir atau mengamir adalah bahasa orang Kelantan bermaksud 'mengadun'.
Samir adalah daun (nipah, rumbia, dll) untuk dibuat atap atau pengalas
makanan.
Kajang adalah benda yang dianyam dari daun nipah (buluh, mengkuang
dll) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas dll.
TEPI SENGKALAN SI LIMAU PURUT,
BUAH KERANJI DALAM KELALANG;
PASAR JALAN KERANA DITURUT,
LANCAR KAJI KERANA DIULANG.
pic fb tohid rosdi.
BUAH KERANJI DALAM KELALANG;
PASAR JALAN KERANA DITURUT,
LANCAR KAJI KERANA DIULANG.
pic fb tohid rosdi.
Perbidalan: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang.
Maksudnya: Kepandaian (kemahiran) diperolehi kerana dibiasakan
mengerjakannya..
Maksudnya: Kepandaian (kemahiran) diperolehi kerana dibiasakan
mengerjakannya..
(Pasar adalah bahasa Minangkabau yang bererti 'licin'.(berkenaan
jalan yang mati rumputnya kerana selalu dilalui).
jalan yang mati rumputnya kerana selalu dilalui).
Sekian. Tammatul Al Kalam.
15 comments - "PANTUN-PANTUN PERBIDALAN...PAK ENGKU."
Siapa Pak Engku ?
OK Nanti kak cuba kisahkan siapa Pak Engku...tapi nikmatilah dulu karya2 pantun2nya yg sangat berseni dlm kartegori pantun Melayu lama...tq MKL.
Sorong papan tarik papan
Buah keranji atas perahu
makan petai se papan
dah berus gigi still berbau :)) gurau PI hehe betpantun ni kena cekapkan PI
wah pantun orang baru ni menarik sekali...boleh masuk kertegori pantun lucu heh..heh..tq babYpose.
bahasa halus orang melayu untuk menegur sesuatu perkara yang tidak baik melalui bidalan.KY pun selalu menegur anak guna bidalan tapi yg ringkas-ringkas saja..
berakit-rakit kehulu..berenang-renang ketepian..
psst..betulke ni bidalan? ;)
Kalau hendak mencapai taraf Pak Ungku punya pantun memang tak tercapailah kakak ni.
Indah bahasa terselit bidalan lagi.
heh..heh..kak ni xberapa reti pantun perbidalan ni. bidalan tu bahasa bermaksud tersirat rasanya betullah pantun bidalan KY tu..tq
samalah kita kakzakie..pak engku ni mmg arif dgn apa yg ditulisnya n kita belajar sedikit tentang betapa kayanya bendahara bahasa meliputi pantun2 indah yg diukir sejak lama dahulu..tq kakzakie.
Suka baca pantun tapi tak pandai nak berpantun ☺
suka baca pun ok fiza...tanda tahu n menghargainya...tq
Tegur secara terus mungkin boleh buat orang terluka tapi cara berpantun ni lebih lembut.
benar tu tapi kalau yg faham tentu terasa...tq zumal.
salam hangat dari kami ijin menyimak gan, dari kami pengrajin jaket kulit
terima kasih sudi singgah n menyimak jaket kulit...
▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?
▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”