Perubahan yang sangat nyata dan dapat dirasai oleh semua orang, semestinya pada kulit wajah apabila ia tidak lagi tegang dan menjadi kendur.

Ditambah lagi dengan pelbagai masalah yang dihadapi dan perubahan hormon, ia akan tergambar pada wajah apabila kulit menjadi kusam, lesu dan tidak bermaya.

Oleh itu, amat penting bagi kita untuk menjaga dan mengekalkan awet muda bermula di usia remaja. Namun begitu, demi mengekalkan keremajaan, kita tidak hanya perlu bergantung kepada produk-produk yang ada di pasaran atau melalui proses pembedahan.

Di sini, .com berkongsi beberapa tip untuk mengekalkan awet muda. Apa yang penting, tip yang diberikan ini bukan sekadar untuk awet muda secara fizikal, malah ia juga merangkumi jiwa dan hati yang muda. Selamat mencuba!
Penjagaan diri merupakan asas dalam mengekalkan kecantikan. Oleh itu, beri perhatian kepada cara-cara penjagaan diri untuk memiliki wajah dan tubuh badan yang sihat dan kelihatan muda.

Gunakan produk kesihatan dan kecantikan yang sesuai dengan kulit dan badan serta jangan abaikan pembersihan dalaman baik lelaki mahupun perempuan.

Perut merupakan punca kepada segala penyakit. Oleh itu, pilihan makanan amatlah penting demi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Pilihlah makanan yang rendah lemak, tinggi dengan serat dan seimbang mengikut piramid makanan.

Elakkan makan dengan gelojoh dan amalkan ‘ makan sebelum lapar, berhenti
sebelum kenyang’.
Lakukan senaman ringan setiap hari untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan mental.

 Individu yang mengamalkan gaya hidup lebih aktif dikatakan berisiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung.
Gaya dan penampilan juga dapat memberikan imej yang lebih muda pada seseorang. Gaya berpakaian, gaya rambut, penggunaan aksesori dan sebagainya juga memainkan peranan untuk tampil muda. Apa yang penting, bawa bersama keyakinan dalam penampilan.

Untuk mengekalkan awet muda pada jiwa, anda perlulah sentiasa ceria dan cergas. Pilih hiburan yang bersesuaian, tetapi pastikan ia tidak membuat kita lalai. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa berfikiran positif.