ASSALAMUALAIKUM
Wednesday, 30 September 2026
KEHILANGAN CINTA
Tuesday, 29 September 2026
SEKUNTUM MAWAR PUTIH
ASSALAMUALAIKUM
BELASUNGKAWA TUN SITI HASMAH
.
SEKUNTUM MAWAR PUTIH
.
cahaya pagi
sekuntum mawar putih
kelopak suci
seri ruangan hening
wajah harum sempurna
.
Tun Siti Hasmah
sekuntum mawar putih
gubahan indah
sanggar alam negara
puspa kenangan syahdu
.
lukisan cinta
sekuntum mawar putih
senyuman luruh
ribaan Tun Mahathir
berpisah sementara
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
29/9/026
Monday, 28 September 2026
ARTIS BLOGGER FAUZIAH SAMAD
ASSALAMUALAIKUM
Sunday, 27 September 2026
TERLEKA
ASSALAMUALAIKUM
.
Kalau terleka mencari ilmu,
lerai
masalah sukar bertemu.
.
Andainya leka dengan hiburan,
lupa
segala jiwa kasmaran.
.
Jika terleka tersalah pilih,
sesal
terasa datang bersilih.
.
Justeru leka bermain sukan,
hilang
upaya derita sakan.
.
Terleka tidak berhati-hati,
nescaya
langkah sukar meniti
.
Akibat leka mengejar maju,
tentu
tersasar arah dituju.
.
Asbab terleka pegang kuasa,
kehilangannya
perih terasa.
.
Terleka
dengar puji-pujian,
sebalik
nyata ngilu kejian.
PRINSIP
.
Jikalau prinsip selalu goyah,
ujian rintang merasa payah.
.
Jadikan prinsip umpama lalang,
segala impi aral menghalang.
.
Andainya prinsip dipegang teguh,
tegak berdiri hasrat bersungguh.
.
Jikalau prinsip diambil mudah,
akhir segala tiada sudah.
.
Jikalau prinsip benar terjaga,
cekal menghadap apa menduga.
.
Jikalau prinsip serta iktikad,
akan sempurna selari tekad.
.
Biarkan prinsip diambil ringan,
ketara telah hilang pegangan.
.
Jikalau hidup tiada prinsip,
kelemahannya nyata tersisip.
Friday, 25 September 2026
GAJAH TERBANG
ASSALAMUALAIKUM
APA JAWABNYA
.
Galau merajah dingin bersembang,
gerangan sanggah kemahuannya;
jikalau gajah teringin terbang,
dengan apakah keperluannya?
.
Tersalah bijan tergesa arun,
merayang kini diusik durja;
hanyalah hujan tiasa turun,
namun yang ini naik sahaja.
.
Terasuk diri telah berjangkit,
ngeri begini ratib digesa;
tertusuk duri memanglah sakit,
duri yang ini wajib merasa.
.
Langkah menghala adi ke pekan,
belikan andak buah mertajam;
apakah pula yang dipulangkan,
sedangkan tidak pernah diipinjam.
.
Galah direntang meradak banar,
sulam segerah serata nangka;
sejumlah bintang tidak bersinar,
dalam sejarah mencipta luka.
.
Thursday, 24 September 2026
LORONG TAKDIR
ASSALAMUALAIKUM
LORONG TAKDIR
Takdir
janji Allah
yakin reda pasrah
tawakal amal ibadah
iman
.
Denai
simpang-siur
lorong hidup lalu
cuaca berubah musim
gusar
.
Leka
sukacita
tangis sedih pedih
rawat pulih muram durja
rasa
.
Rahmat
nikmat hikmat
rahsia sembunyi
diam dalam bijaksana
fikir
LUPA
.
Detak
saat lalu
kau telah lupakan
egala tentang diriku
pilu
.
Biar
deru rindu
serbu ulik buram
hadirmu kunanti tiba
tabah
.
Waktu
gulir hari
minggu ganti bulan
tahun jelma dasawarsa
rindu
,
Reda
lupa cekam
hilang sudah ingat
bahawa daku sisimu
sinis
Wednesday, 23 September 2026
LUKISAN LAMA
ASSALAMUALAIKUM
LUKISAN LAMA
CITRA LUKISAN LAMA KELIHATAN KABUR WARNANYA DALAM RUANGAN MAYA...PI PUN CUBA SURUH GOOGLE DAN CHATGPT JELASKAN WARNANYA...BEGINILAH HASILNYA
Tuesday, 22 September 2026
KENANGAN YANG TERKESAN
ASSALAMUALAIKUM
KENANGAN YANG TERKESAN
.
Genre: Antologi Anekdot & Travelog
Penyelenggara: Nurimas SN, Sarimah Abu Bakar
Penulis: 34 orang
Penerbit: Akademi Sanggar Nurimas
ISBN: 978-6299-600985 (Sastera Kehidupan)
Bilangan halaman: 240 halaman
Harga: RM30.00
Tahun terbitan: 2026
Pengulas: Paridah Ishak
.
Antologi KENANGAN YANG TERKESAN terbitan Akademi Sanggar Nurimas merupakan himpunan karya 34 orang penulis tanah air dalam dua genre pilihan, iaitu anekdot dan travelog. Karya-karya yang dimuatkan merakamkan pengalaman, kenangan, peristiwa serta kisah kembara para penulis, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Naskhah ini diselenggarakan oleh dua penulis, iaitu Nurimas SN dan Sarimah Abu Bakar.
Sebanyak 20 penulis, iaitu Almas Kirana, Daud Abd. Razak, Eiza Nashwa, Farah Izati, Fateh Rais, Fauziah Mohd. Yusuf, Hidayah Azhar, Jaime Kangoi, Laila M, Murley Giman, Noor Rafidzilliah, Norina Mohd. Nor, Rajawali, Sal Omar, Serikandi Medikasi, Syarifah Fariah, Tinta Kencana Dewi, YG Yusri, Zir Iman dan Nurimas SN, menampilkan karya berbentuk anekdot. Ada yang mengetengahkan tiga tajuk, manakala sebahagian yang lain memilih satu atau dua tajuk berdasarkan pengalaman yang ingin dikongsikan.
Anekdot yang dipersembahkan cukup pelbagai dan menghiburkan. Setiap penulis mempunyai cara tersendiri dalam mengolah pengalaman menjadi cerita yang menarik untuk ditelusuri pembaca. Unsur kelucuan, kejutan, pengalaman peribadi dan pengajaran menjadikan karya-karya tersebut lebih dekat dengan kehidupan.
Antaranya ialah anekdot Syarifah Fariah yang mengetengahkan pengalaman bersama anak cucunya menaiki roller coaster di Kuala Lumpur. Pengalaman yang mendebarkan itu bukan sahaja menggambarkan rasa takut dan cemas, malah diselitkan dengan unsur kelucuan yang mencuit hati. Pengalaman sebegini memperlihatkan bahawa sesuatu peristiwa yang mencemaskan pada ketika berlaku boleh bertukar menjadi kenangan manis untuk dikenang dan dikongsikan.
Bahagian kedua pula menghimpunkan catatan pengalaman kembara yang ditulis oleh Asyifa Syauqina, Bunga Melor, Hakimah Maziah, Jamilah Rejab, Jenny Omar, Mohd. Khairudin Lim, Noorlaila Ghafar, Noridah Shaari, Noris61, Rosnani Mat, Siti Aminah Mohamad, Timura Hamid, Wardah Chili, Sarimah Abu Bakar dan Sabariah Eyda Yaakob.
Catatan-catatan ini membawa pembaca menyusuri pelbagai destinasi di dalam dan luar negara, antaranya Thailand, Vietnam, Indonesia, Perancis, Korea, China, Iran dan Mekah. Setiap perjalanan mempunyai cerita serta pengalaman tersendiri yang memberikan warna kepada antologi ini.
Sabariah Eyda Yaakob, misalnya, memilih Kuala Lipis sebagai destinasi kembaranya. Bunga Melor pula merakamkan kenangan indah di Melaka, manakala Noorlaila Ghafar berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji bersama suaminya. Beliau turut merakamkan peristiwa kebakaran khemah jemaah haji di Mina yang menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan tersebut.
Jamilah Rejab pula mengetengahkan pengalaman kembaranya di Iran, sebuah negara yang mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang tersendiri. Catatan seperti ini memberikan peluang kepada pembaca mengenali sesebuah tempat bukan sahaja melalui gambaran alam dan destinasi pelancongan, tetapi juga melalui pengalaman peribadi penulis.
Antologi ini menjadi lebih menarik kerana setiap penulis membawa perspektif yang berbeza. Ada yang menekankan keindahan tempat yang dikunjungi, ada yang merakamkan pengalaman lucu dan mencemaskan, manakala ada pula yang mengangkat nilai kekeluargaan, persahabatan, keinsafan dan pengalaman kerohanian.
Kenangan yang dilalui ketika berkelana, walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran, merupakan pengalaman yang amat mahal harganya. Pengalaman tersebut tidak dapat diulang dengan cara yang sama, tetapi dapat diabadikan melalui tulisan untuk dikongsi bersama pembaca.
Selain catatan berbentuk naratif, antologi ini turut dilengkapi gambar-gambar berwarna yang berkaitan dengan peristiwa dan destinasi yang dirakamkan. Kehadiran gambar tersebut membantu pembaca membayangkan suasana serta menghidupkan lagi pengalaman yang diceritakan.
Secara keseluruhannya, KENANGAN YANG TERKESAN merupakan sebuah antologi yang menghimpunkan pelbagai pengalaman penulis dalam bentuk anekdot dan catatan kembara. Kepelbagaian gaya, pengalaman dan destinasi menjadikan naskhah ini sebuah himpunan kenangan yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberikan ruang kepada pembaca untuk melihat kehidupan melalui pengalaman orang lain.
Monday, 21 September 2026
DIARI
ASSALAMUALAIKUM
DIARI
Waktu dahulu telah berlalu
pena menulis pengalamannya
bersilih rasa ceria pilu
lembaran buku penuh kisahnya
.
Setiap hari tiada jemu
berganti minggu jelma purnama
niat menaruh segala ramu
hajat diselak helaian lama
.
Di susun tinggi dalam lemari
antara jilid tiada ruang
ketara lusuh dimamah hari
hasrat mencapai kala terluang
.
Semakin usang tintanya pudar
diselak baca jenuh merenung
mengenang dasawarsa beredar
wajah menunduk lama bermenung
.
Menitis berderai air mata
atma umpama kaca meretak
mengulang baca bayang derita
dituris luka perih disentak
Sunday, 20 September 2026
ZIKIR MUNAJAT
ASSALAMUALAIKUM
ZIKIR MUNAJAT
Bermula Isnin hingga Jumaat
penghulu hari penuh
berkat
berzikir bertasbih
bermunajat
Awal Muharram hingga
Zulkaedah
tiada sudah tawakal reda
mengulit pasrah
menanti musim bunga Ramadan
melimpah-ruah hasil di
jannah
Segalanya terpulang kepada-Nya
takdir-Nya tiada daya
menolaknya.
dengan restu-Mu
dengan rahmat-Mu berkah
selalu
Bertamu ke rumah-Mu
Mekah al-Mukaramah beribadah
haji
Madinatul munawarah
menziarahi makam jejak Nabi
resah usir gundah di
taman Raudah
tangan menadah doa
Subhanallah!
Alhamdulillah! Lailahaillallah!
Allahu Akbar!
Bersujud dalam tawadduk
kusyuk
nawaitu kalbu luhur
abadi bersemi kasih
sejati
dakap cinta-Mu melerai sendu
dini hari
berkeluh-kesah
menyerah nasib menyerah resah
.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
17/9/026
HUJAN MALAM
.
Hujan rintik-rintik
basah tanah gersang
mersik lanting gugur
ritma lagu sekata
masih belum seriyat
dingin cengkam malam
selimut membungkus diri
.
Limpah keruh genang rata
lupus ruang lembah
bangkit langkah langgas
angkut capai semampu harung pantas
banjir kilat
Saturday, 19 September 2026
SAHABAT SASTERA
ASSALAMUALAIKUM
SAHABAT SASTERA
.
Lafaz bismillah demi Yang Esa,
mohon diampun segala dosa,
di dalam aman nyaman senosa,
syair dikarang meluah rasa.
.
Kisah sahabat kenalan maya,
jarak usia bukan sebaya,
bersatu minat menulis karya,
meninta ilham upaya daya.
Berkenal mesra sudah takdir-Nya,
graha sastera sambung talinya,
lama bersama faham ragamnya,
berkongsi rasa susah senangnya.
.
Ketawa ria bersulam duka,
jadi penawar merawat luka.
gumpal masalah usaha buka,
manfaat ilmu cuba teroka.
.
Dunia fana akhirat jaga,
saling membantu durjana duga,
bersama-sama siap siaga,
seiring jalan menuju syurga,
.

Berakhir syair irama syahdu,
jauh berpisah menanggung rindu,
pahit terasa bagai hempedu,
gerimis tangis berurai sendu,
Friday, 18 September 2026
SAYEMBARA PUISI HARI MALAYSIA
ASSALAMUALAIKUM
MyBloglist
-
Umur Dah 35 Hingga 40 Tahun, Belum Kahwin Lagi? Sebenarnya Ada Kelebihan Yang Kita Tak Sedar - Pernah tak, ketika menghadiri majlis kenduri kahwin, tiba-tiba ada saudara-mara bertanya, “Bila pula giliran kamu?” Kita senyum sahaja. Dalam hati, ...3 hours ago
-
Prishtinë, Kosovo: Souvenir Shop - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Bersambung dari *SINI*. walaupun dah malam masa tu (*tapi kalau tengok jam baru pukul 5.00++PM*), anies redah je bandar ...7 hours ago
-
Merenung Bulan, Menginsafi Nikmat Kehidupan - *Nostalgia Abe Kie: Merenung Bulan, Menginsafi Nikmat Kehidupan* Ada kalanya kita terlalu asyik memandang kehidupan orang lain, sehingga terlupa betap...11 hours ago
-
Tanpa Disedari Kejutan Menerpa Kehidupan Ini. - *Anak-anak menemui kami di K Vanue Penampag * Bertemu lagi dalam ruangan halaman blog ini. Tempat mencatat berbagai cerita, kenangan dan memori atau penga...19 hours ago
-
PHOTO DIARY #35/2026 - Assalamualaikum semua, Hari ini maktek tolong ambilkan Aiyan balik sekolah dapat la masuk awal ke pejabat. Hari ini jerebu masih lagi teruk, entah sampa...1 day ago
-
Perth - Hari pertama sambungan - Assalamualaikum Alhamdulillah dah balik Malaysia. Ingatkan nak up cerita semasa kejadian tapi nan ado ye. Balik hotel penat Dan besok nak pi lagi jenjalan...2 days ago
-
Apa Sebenarnya Kandungan Jerebu yang Kita Sedut? - Setiap kali jerebu melanda Malaysia, mulalah langit kelihatan kelabu, udara berbau asap dan pandangan pun jadi kurang jelas. Kadang-kadang, nak buka ti...2 days ago
-
Pabila Gegendang Telinga Anak Pecah - Ingat lagi malam tu, masa dah terbaring kat atas katil, disaat nak tidur tidurkan, aku terkejut bila ternampak ada cecair macam lendir meleleh keluar da...3 days ago
-
White & Black Cafe, Taman Tasik Titiwangsa, KL - Birthday Adik Ika tahun ni betul-betuk ketika kami sedang di uji dengan kehilangan. Sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran Adik Ika, abah kak ana meningg...3 days ago
-
TUMPAHNYA AIR MATA - *TUMPAHNYA AIR MATA * Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Lagi dan lagi Murahnya air mata ini Tumpah lagi Luarnya...4 days ago
-
Menjamu Selera dengan Mix Appetizers - Mezze Syrian di Dama Rose Puncak Alam - Bismillahirrahmanirrahim. Petang tadi tidak lepas HP dari tangan, ikuti perkembangan Encik Suami di HUKM. Hati rasa gembira melihat Abang Farid dan Aseeya...4 days ago
-
Pengembaraan Masa (Part 22): Di atas Mendam Berahi - *foto hiasan ~ sumber* Baca di sini* (Part 21) * Sudah empat hari kapal belayar meninggalkan Melaka. Sejauh mata memandang, hanya lautan terbentang luas...1 week ago
-
Sungai Pun Boleh Hilang - Salam bertani Wak nak tunjukkan keadaan terkini sungai tempat wak menternak lembu di kawasan rezabnya. Sungai ini terdapat empangan buatan di hulunya d...1 week ago
-
-
Resipi Masakan Telur Bistik Ikut Cara Cheq - Salam Oktober semua! 🙋🏻♀️✨ Masak telur bistik ikut cara cheq tu macam mana caranya? Lain sangat ka resipi ni dari yang lain? 👀💭 Jawapannya terleta...1 week ago
-
Tanggungjawab vs Pengorbanan - Entri kali ni berkisar video aku kat tiktok yang antara hangat sambutannya. Tentang sebuah quote yang aku simpulkan dari satu ceramah ustaz Samsul Debat,...2 weeks ago
-
Idli Kadai - Salam semua.. Siapa ada layan drama Tamil, tajuknya Idli Kadai di netflix?best kan ceritanya, sarat dengan kisah kekeluargaankisah masyarakat, pengorbanan...2 weeks ago
-
Innalillahiwainailaihirajiun - اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَم...2 weeks ago
-
Akak Tak Takut Ke?.. - Gunung Marapi terletak di sempadan Kabupaten Agam dan Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Gunung Marapi dan Gunung Merapi adalah dua gunung yang berbez...4 weeks ago
-
Kenapa macam x dapat komen? - Malam tadi ejulz blog walking dan cuba komen tapi tak dapat.. Blog tengah ada masalah ker sekarang ni?5 weeks ago
-
Kitab Tamadun Melayu II - Kitab Tamadun Melayu II merupakan buku sejarah yang berat untuk dibaca tetapi menarik untuk dikaji dan diamati. Buku hasil tulisan Abdullah Sidek ini dit...1 month ago
-
Sejarah Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road) Singapura - Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk mencoretkan satu lagi pengalaman iktikaf. Kali ini di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road, Singapura. Masji...2 months ago
-
Alhamdulillah! Blog Vitamin Wawa Kini Mencecah 4.1 Juta View 🎉 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. [image: View blog, www.vitaminwawa.com , vitaminwawa] Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang...2 months ago
-
Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU). *Kisah campak belakang pada 23 Ju...3 months ago
-
Writer's Cut Time - Seperti biasa permulaan bacaan akan tenang, atau mungkin pembaca lain akan merasa bosan. Tapi bagi SS, teruskan meneroka karya ini dengan berhati-hati. ...3 months ago
-
Kisah aku dan dia - Assalamualaikum dan selamat malam semua. Dah lama meninggalkan dunia penulisan kat blog ni. Berhabuk dah. Sebelum hangpa ingat tuan punya blog dah arw...4 months ago
-
HUAWEI WATCH FIT 5 Series - Huawei introduces an exciting new chapter under its *“Now Is Your Spark” *campaign, spotlighting a trio of innovations designed to elevate everyday experien...5 months ago
-
Big 5 - Assalamualaikum. Alhamdulillah, 24 April hadir lagi. Allah masih memberikan kesihatan untuk menyambut hari lahir yang ke ehem ehem...😆 Apa hobi ibu-ibu?...5 months ago
-
Salam Ramadhan - Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua... Masih Sempat Lagi Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan6 months ago
-
Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...1 year ago
-
Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...1 year ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...2 years ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...2 years ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*2 years ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...3 years ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...3 years ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...3 years ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...3 years ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...4 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...5 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...5 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...5 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...5 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...5 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...5 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...5 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...5 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...6 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...6 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...6 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...6 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...6 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...6 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...6 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...6 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...7 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...7 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...8 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...8 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...8 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...8 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...9 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...9 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...9 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...9 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...9 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...9 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA10 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...10 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...10 years ago

























.jpg)