Wednesday, 23 April 2014

RUMAH TRADISI PAHANG YANG KLASIK...

KUALA LIPIS 25 Julai - Masyarakat Melayu tradisional Pahang memang kaya dengan seni bina yang diwarisi sejak zaman silam.
Kebiasaannya seni bina yang kreatif dan imaginatif dijelmakan menerusi reka bentuk istana, rumah, surau, perahu, reban ayam dan peralatan tertentu yang digunakan dalam kehidupan harian.

Salah satu seni bina dikagumi dengan kehalusan reka bentuknya ialah rumah tradisional Melayu Pahang.

Keunikan rumah tradisional Pahang dibina tanpa menggunakan walaupun sebatang paku, apabila sejenis alat yang dinamakan tanggam diguna atau diperkuatkan bagi menyambung bahagian tertentu.

Sesuai dengan penempatan orang Melayu di persisiran sungai, kebanyakan rumah berkenaan masih boleh ditemui di kampung berdekatan Sungai Jelai, Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Pekan
.
Zaman telah berubah apabila nilai seni bina berciri moden kini lebih kontras dan mendominasi kehidupan masyarakat Melayu hari ini sehingga menenggelamkan bentuk kediaman tradisional yang sepatutnya dihargai oleh semua pihak.

Rumah tradisional Melayu Pahang yang juga dikenali dengan nama Rumah Serambi Pahang, biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya.
Pembahagian ruang rumah tersebut terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.

Seni bina itu juga mengandungi ruang tertentu di bahagian hadapan iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang terdiri daripada ruang pentas dan 'perbalai.'

Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur, ia terdiri daripada ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

Faktor cuaca banyak mempengaruhi seni bina rumah tradisional Pahang dan ia terbukti apabila reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir.

Reka bentuk yang lebih terbuka iaitu kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah, tingkap dan bumbung.

Bentuk berkenaan banyak diasosiasikan dengan pertembungan budaya dan pengaruh binaan Minangkabau, Aceh, Bugis, Jawa dan Siam selain mempamerkan hasil kemahiran tukang rumah tempatan.

Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk seni bina Melayu 'Palladian,' berbumbung tradisional Melayu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, iaitu rumah kelahiran Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922.

Kediaman itu dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosakkan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.

Pada zaman awal, kayu menjadi tunjang kepada struktur rumah berkenaan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh serta daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.

Kebiasaannya, rumah tradisional Pahang diperkukuhkan oleh penggunaan kayu hutan yang dibelah dan dijadikan papan iaitu kayu meranti, merbau, cengal dan beberapa jenis kayu hutan lain yang mampu bertahan sehingga lebih satu abad.

Ciri binaan yang kreatif berunsurkan motif tumbuhan iaitu daun, bunga, dan haiwan terutama burung masih boleh dilihat pada ukiran di tingkap, pintu, dinding, bumbung dan rasuk.

Tanggam dibuat untuk mencantum bahagian rasuk dengan tiang, alang, lantai, anak tangga dan kekuda bumbung mempamerkan kesenian binaan kediaman tanpa menggunakan sebatang paku.

Rumah Melayu tradisional Pahang merupakan warisan seni bina yang cukup unik dan sangat bernilai.
Reka bentuknya dibina oleh tukang rumah yang menampakkan kemahiran dan kreatif dalam bidang seni bina zaman silam.

Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu Pahang melambangkan cara hidup masyarakat zaman silam di pesisiran sungai yang menjadi nadi sumber rezeki dan pengangkutan yang sangat penting pada zaman berkenaan.
Bagaimanapun, rumah Pahang atau dikenali rumah pusaka kini semakin dilupakan.

Jika ada pun, rumah tradisional itu akan dibiarkan usang, dimakan anai-anai dan bersemak samun, malah hampir ranap menyembah bumi apabila generasi masa kini lebih gemar membina rumah batu serba moden di kampung masing-masing.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

31 comments:

  1. wah memang rumah melayu..halus seni ukiranya..semoga ada pihak trus mnjaga dan mngekalkan kehalusan seni ini.......

    klik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu..keindahan seni tukangannya menyerlah...keseluruhannya dibuat dari kayu mesra alam n menyatu dgn alam semula jadi..perlu dikekalkan n pulihara sebaiknya...tq sobri rajin singgah n klik3 selalu..

      Delete
  2. rumah tradisional...rumah kayu..cantiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah tradisi biasanya rumah kayu..tq nohas.

      Delete
  3. Bestnya kalau dapat sebiji rumah tradisional macam ni. Nak buat kayu lebeh mahal dari batu jadi orang lebeh suka buat rumah batu dari rumah kayu padahal rumah kayu lebeh nyaman dari rumah batu yang sentiasa je panas kecuali dipasangkan aircond. hehehehe rindu suasana kampung dolu2, Seronok bermesyuarat tingkap kat tepi tangga tu hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kayu kebanyakan bertangga...seronok berjuntai kaki sambil sembang2 dgn jiran2..tapi tu cerita dulu notie...la ni rumah2 tradisi di kampung2 sudah bertukar wajah...tq notie.

      Delete
  4. owh. macam tu rupanya rumah pahang..
    singgah menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  5. gitulah bentuknya...lain pesen sikit drpd rumah2 melayu

    ReplyDelete
  6. tradisi yg lain..tq Pha Is rajin singgah klik2 menabung.

    ReplyDelete
  7. Assalammualikum akk..sya ada ke phg aritu tp x berkesempatan jln2 g tgk umh pahang ni lg..tp mmg cntik la..lain dr yg lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...kebiasaannya rumah2 melayu tradisi ni hanya terdapat di kampung melayu tradisi...mmg cantik bentuknya tq...adrianna syaz.

      Delete
  8. Orang Melayu dulu-dulu sebenarnya bijak je, sama macam bangsa-bangsa lain. Tapi, akibat propaganda British, orang Melayu dianggap pemalas dan bodoh. Kalau pemalas dan bodoh, rasanya arkitektur rumah Melayu lama tak akan mencapai tahap macam ni kerana segala faktor rupa bumi dan cuaca sering dititik beratkan dalam pembinaan setiap rumah orang-orang Melayu dahulu kala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pendapatmu...org Melayu arkitek yg bijak...rumah2 kampung yg dibina oleh tukang2 rumah biasa xpernah terdengar runtun r ranap kerana mrk juga berilmu n tahu bagaimana sesuatu binaan itu harus terdiri...tq Sylarius Yusof.

      Delete
  9. Replies
    1. rumah2 lama beza rupanya...tq Yobert Parai.

      Delete
  10. Bila duduk rumah batu, kakak terasa bagai seronoknya kalau dapat rumah macam yg gambar no. 3 tu. Kakak terpikat betul. Tapi kos kayu sekarang terlalu tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kos rumah kayu sgt tinggi sekarang ni tp ramai yg renovate kpd rumah batu n membuang rumah kayu lama....tq Kakzakie.

      Delete
  11. kalau kt kg, banyak rumah kayu yg besar terbiar sepi
    sbb takde penghuni
    sian rumah buruk makan dek anai2
    dulunya rumah tu paling meriah masa anak2 kecik

    ReplyDelete
  12. ya kak tengokpun gitu...banyak rumah2 kampung yg dibina cantik ditinggal kosong xberpenghuni pabila anak2 kecil yg membesar dlm rumah itu kini telah berhijrah ke kota2 membina hidup baru..tq irfa.

    ReplyDelete
  13. seni halus ni kak dan mmg klasik sgt.. done nuffnang utk akak yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya seni pertukangan Melayu halus n cantik...tq Kesuma Angsana rajin klik2 menabung utk kak...

      Delete
  14. masih kukuh dan cantik seni rekabentuk rumah tersebut ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. senibina rumah lama tanpa sebatang paku..unik n pasti kukuh...tq acik Aku Penghibur.

      Delete
  15. Orang kita kaya dengan kemahiran. Hasil senibina dan tekniknya sangat mengagumkan. Kalau dulu2 rumah macam ni kira murah le tapi sekarang....rumah macam ni mau kalah harga banglo ditengah kota!

    ReplyDelete
  16. Kemahiran pertukangan orang kita ni sangat tinggi...lihat saja senibina rumah kayu yg banyak terdapat di kampung2 masih utuh terdiri walau sekian lama di dirikan tapi kini kebanyakannya terabai xberpenghuni lagi..mrk lbh gemar tinggal di banglo batu berbanding di rumah kayu...tq Bin Muhammad.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist