Friday 31 July 2020

HARI INI DALAM SEJARAH...

ASSALAMUALAIKUM

SALAM AIDILADHA SELAMAT MENYAMBUTNYA BERSAMA KELUARGA TERCINTA

HARI INI DALAM SEJARAHKU
Aku pernah nasihatkan sahabatku Lela yang menghantar msg mengatakan beliau terjatuh terpijak kulit tembikai di surau asrama sekolahnya agar berhati-hati tika melangkah jangan biarkan diri terjatuh selalu. Sebab pada usia yang telah banyak ini tulang semakin reput dan mudah patah.

Sekali Lela tak apa-apa aku pula yang ditimpa ujian-Nya. itulah pandai-pandai sangat nak menasihat orang sihat sedang awak tu OKU saja dah terima padahnya.

Usai bersolat Subuh aku bermsg dulu dengan lela memberitahunya hendak ke dapur bersarapan sebelum memulakan rutinku mengemas rumah dan lain-lain maklum esoknya dah nak raya Haji.

Kata Lela beliau belum bersarapan dan teringat pula hari ni hari Arafah dan sunat berpuasa. Msg Lela masuk selepas aku dah tersungkur tepi lemari dapur dengan dahi pecah berdarah dan kaki kiri terus tegang dan sakit sangat.. Tak terbangun sendiri dah... macam selalu tu. Memang aku kerap jatuh tapi biasanya aku boleh berusaha bangun.

Anak yang sedang tidur lambat pula bangunnya walau dijerit berkali-kali dengan suaraku yang halus tidak mampu memberi riak apa-apa. Jadi tersadailah aku di situ sebelum pertolongan tiba menahan kesakitan teramat.

Adikku dan anaknya Soni tiba setelah diberitahu dan Soni mengcempungku ke kereta Ayie anak jiran sebelah menghantarku ke hospital Jengka. Setelah di x-ray katanya dislocate. Ambulan segera pula menghantarku ke hospital Temerloh.

X-ray lagi. Doctor di sini kata tulang kiri patah. dan tak boleh nak ditolong lagi. Kena tunggu sembuh sendiri. dan selama tiga hari aku beraya di sini bersama ramai doktor-doktor dan misi-misi yang melayaniku sangat ramah dan baik.

Setelah pulang, adik dan anak menantu membawa pula bertemu bomoh patah di Gelanggi. Kata bomoh ini sendi pinggulku terkeluar. Berderak bunyi sendi yang dimasukan ke tempat asalnya...akupun mengadoi kesakitan...

kesakitanku bersambung sehingga kini semenjak tragedy itu kulalui mengakibatkan diriku tidak mampu berjalan lagi.

Thursday 30 July 2020

HARI ARAFAH

ASSALAMUALAKUM

SALAM AIDIL ADHA SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN SAMBIL MENZAHIRKAN MAKNA SEBENAR PENGORBANAN YANG DILAKUKAN...SEMATA-MATA IKHLAS KERANA ALLAH

HARI ARAFAH HARI INI MAKBUL DOA INSYAA-ALLAH PADA JAM 5.27 - 6.30 ..JOM KITA BERSAMA BERDOA MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT-NYA
TUNAI HAJI

Amal rukun
giat tekun
sampai seru
deras luru

Tanah haram
saing mahram
suci hati
niat pasti

Atur langkah
harap berkah
umat Islam
niat salam

Rahmat Allah
jelas serlah
sayang kasih
murni bersih

Hajat hati
tunai mesti
sedang tunggu
dengan ragu

Sebab wabak
jauh rebak
masih sekat
masuk dekat

Tanah Mekah
penuh berkah
tunai haji


ikrar janji

Wednesday 29 July 2020

YOU TUBER TANAMAN

ASSALAMUALAIKUM

PENULIS CIKGU PAUZI MOHD ISA KINI AKTIF PULA SEBAGAI YOU TUBER MENERBITKAN VIDEO TENTANG TANAMAN YANG DIUSAHAKANNYA  SECARA TABULAMPOT...BERSAMA KITA MENONTONNYA MENAMBAH PENGETAHUAN TENTANG PERTANIAN SELAIN MEMBERI SOKONGAN KEPADA KARYAWAN TANI TEMPATAN..PI RASA BLOGGER WP JUGA PATUT TERBITKAN VIDEO CARA BERTANI YANG EFISIEN DAN MEMBERI PULANGAN HASIL YANG DIHARAPKAN....MESTI RAMAI YANG SUBSCRIBE VIDEO WP...SALAH SEORANGNYA TENTULAH PI

CATITAN CIKGU PAUZI ...ASSALAMUALAIKUM. Sekadar makluman. Saya ada channel video di YouTube tentang tanaman atas nama PAUZI MOHD ISA CHANNEL. Kepada yang berminat dan belum Subscribe dan tekan tombol loceng, bolehlah berbuat demikian (percuma) supaya kalian tidak terlepas mendapat notifikasi tentang video² terbaru daripada saya. Kepada yang sudah, terima kasih banyak-banyak kerana terus menyokong channel tempatan. Semoga pertanian kita terus maju.. Abaikan jika tidak berminat. Banyak saya kongsikan (Terkini, 83 video) seperti tutorial cara menanam, tip-tip, pembajaan dan sebagainya. Prinsip: 'Suka Berkongsi, Tak suka Berahsia'. Sampai satu peringkat, saya akan berhenti buat video, jika dah tak ada lagi sokongan. Terima kasih semua.
Tolong hebahkan kalau sudi. Kalau nak 'share' amat dialu-alukan. Terima kasih semua atas sokongan.

Video pokok bidara epal dalam pasu Jom tengok 3 video tentang pokok bidara, media tanah, cara pembajaan dan rawatan.



Tuesday 28 July 2020

DENGKI...

ASSALAMUALAIKUM




DENGKI  KHIANAT


Dengki khianat sikap tercela
menghina keji elok sisihkan
didik perangai saling membela
sifat mulia mesti amalkan

Sering berlaku tika terkini
suka memfitnah mengadu-domba
reka cerita itu dan ini
wajah serius tapi selamba

Andai percaya jerat mengena
mulailah hati merasa gusar
rusuh kecamuk gundah gulana
niat pendengki menuju sasar

Hubungan mesra menjadi renggang
dulu bersatu kini berpisah
elak  bersama walaupun senggang
akhir segala mengundang resah

Monday 27 July 2020

HATI..

ASSALAMUALAIKUM





HATI


Jikalau hati tiada sihat,
pastilah sarat tipu muslihat.

Jikalau hati suka membenci,
perkara salah dianggap suci.

Jikalau hati tulus dan ikhlas,
sifat mulia ketara jelas.

Jikalau hati berbolak-balik,
amalan baik mesti dikilik.

Jikalau hati tidak setuju,
pastikan arah hendak dituju.

Jikalau hati membuak marah,
sabar hadapi tenang segerah.

Jikalau hati merasa salah,
memohon maaf tidak berbalah


Jikalau hati tiasa reda,
rahmatnya Allah berganda-ganda..

Jikalau hati resah dikeji,
berdiam diri beroleh puji.

Sunday 26 July 2020

DIARI

ASSALAMUALAIKUM



PIC GOOGLE IMAGES (C)


Diari
 

Kisah dulu
telah lalu
kalau sempat
coret cepat

Lembar buku
tidak suku
tulis lagi
susun tinggi

Sudah gersang
nampak usang
tinta samar
tidak gemar

Hilang malu
kala pilu
air mata
derai  rata
 
Suram kelam
nota silam
selak buka
atma luka

Saturday 25 July 2020

BLOGGER SYAZNI RAHIM..

Assalamualaikum...salam awal Zulhijjah...selamat berhujung minggu


PI terharu sekali membaca entry blogger SYAZNI RAHIM di dalam blog kesayangan beliau. Terima kasih Syazni yang membeli melalui shoppee novel PI yang pertama KELARAI IMPIAN dan turut mempromosinya di blog beliau. Iklan di blog juga turut membantu kelarisan sesebuah karya yang dijual jika medsos dimanfaatkan sebaiknya. Dan sahabat PI Penulis Abd Hamid
juga telah mendapatkannya di kedai DBP. Terima kasih met... Kalau malas nak ke kedai DBP oder kat shopee online. Kata blogger Syazni oder semalam hari ni sampai memang laju betoi heh..heh..

Pada yang telah membeli dan membacanya terimakasih banyak kesudian dan sokongannya.😁 Jangan lupa klik link di atas untuk membaca komentar blogger Syazni Rahim....banyak n3 yang bermanfaat karya blogger muda ini untuk dinikmati minda...jangan segan-segan singgah di blog SYAZNI RAHIM.COM selalu.

Friday 24 July 2020

JAGA DIRI

ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA

PIC GOOGLE IMAGES (C)

Lama keliru kerutup bingka,
tumpat burasak agak berhati,
gelak kerana suami lihat;
norma baharu melitup muka,
tempat yang sesak elak dekati,
elak korona demi maslahat.

Lurus ke sana rusih di pagar,
ada kerosin lelak sedikit,
sebelah dupa raga dicari;
virus corona masih berlegar,
tiada vaksin mengelak sakit,
usahlah alpa menjaga diri.

Thursday 23 July 2020

SITA DEWI

ASSALAMUALAIKUM
PIC GOOGLE IMAGES (C)


ARJUNA

Katamu padaku
aku juita
Sita Dewi
hatimu

Lunak bahasamu
bicara manis
tulus cinta
diriku

Aku pun terkedu
percaya total
tidak ragu
janjimu

Harapan pertaruh
kesetiaanmu
pasti utuh
selama

Kau kianati aku
tinggal terkapa
tanpa kata
kesima



Wednesday 22 July 2020

MALANG PENULIS

ASSALAMUALAIKUM

PENULIS DISAMUN

QURNIAAN PECINTA JIWA/NORFAZLIANA PENULIS MUDA BERASAL DARI BANDAR BAHRU KEDAH...BELIAU BARU SAJA TINGGALKAN KAMPUNGNYA, BERHIJRAH KE SHAH ALAM DAN TINGGAL DI RUMAH SEPUPUNYA SETELAH MENDAPAT TAWARAN MENGAJAR DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI PETALING JAYA...BERPISAH DENGAN IBU AYAH DAN SAUDARA-MARA YANG DISAYANGI DALAM TEMPOH PKPP AMAT DIRASAINYA...SELALU TERSEDU MERINDUKAN BONDANYA YANG SELAMA INI BERADA DI SISINYA BERKONGSI SUKA DUKANYA....BELUM REDA LAGI SEDIH ITU DIUJI PULA DENGAN KEJADIAN HAMPIR TERPEROSOK KE BAWAH TRELER TIKA MEMANDU KERETA SEPUPUNYA MEMBAWA PULANG ANAK-ANAK SEPUPUNYA DARI SEKOLAH.

DUA HARI LALU DIUJI LAGI KEKUATAN JIWA RAGANYA TIKA KE SEKOLAH DISAMUN DALAM KESIBUKAN SUASANA DI JALAN RAYA BERHAMPIRAN SEKOLAH.

PENULIS MUDA BAIK BUDI BAHASA DAN JELITA INI PERNAH MEMENANGI PELBAGAI SAYEMBARA PENULISAN ANJURAN DBP, PERPUSTAKAAN NEGARA DLL....DAN SEMOGA APA SAJA ARAL YANG MERINTANG LORONG HIDUPNYA MAMPU DIRENTASI DENGAN SEMANGAT WAJA...DIDOAKAN PENULIS INI TERUS SUKSES DALAM BIDANGNYA SETERUSNYA

PS PI KONGSIKAN DI SINI TULISAN PENULIS BERKENAAN PENGALAMAN NGERINYA SAAT BERHADAPAN SITUASI SADIS ITU DALAM GRUP PENULIS..

Saya dah sampai ke sekolah. Waktu tu, waktu budak sekolah sesi pagi nak balik. Jadi, banyaklah kereta menunggu di luar pagar.


Cermin kereta dihentak dengan objek keras.

Saya tak pasti apa bendanya sebab saya nak ke sebelah kanan sebab kereta mak ayah tengah que. Mata saya hanya tengok cermin sisi sebelah kanan. Tak pandang kirilah. Lepas tu dengar bunyi kuat dan sangat dekat. Kemudian, kaca terpercik.

Masa tu tengah panik. Saya tak dapat buat apa-apa. Saya nampak penyamun tu masukkan kepala dan tunduk ambil beg saya di bahgian bawah sebelah pemandu

Dia tersangkut sebab beg saya besar tapi saya tak hanya mampu pandang.




MyBloglist