Tuesday 30 October 2018

KE PULAU LANGKAWI..

ASSALAMUALAIKUM...

MUSIM CUTI SEKOLAH AKAN BERMULA TAK LAMA LAGI...BIASANYA BAGI ANAK-ANAK SEKOLAH RENDAH  SEBELUM MEMULAKAN CUTI ATAU ADA YANG KELAK AKAN BERTUKAR KE SEKOLAH MENENGAH... MURID-MURID INI AKAN DIRAIKAN GURU GURU MEREKA DENGAN DIBAWA BERCUTI KE TEMPAT MENARIK SECARA ROMBONGAN BERAMAI.

ANAK PI SEBAGAI GURU SK INTAN BAIDURI SELAYANG TERLIBAT JUGA DENGAN PROGRAM INI...ANAK ANAK MURIDNYA DIBAWA KE LANGKAWI MENAIKI BAS.

PASTI AMAT MENYERONOKAN DAPAT BERWISATA KE PULAU MAHSURI INI...DI SAMPING DAPAT MELAWAT TINGGALAN SEJARAH, MENIKMATI PANDANGAN ALAM INDAH TENTU SERONOK MEMBELI BELAH DI PULAU BEBAS CUKAI INI.












Monday 29 October 2018

NASIB BAIK KEMBANG MELOR....

ASSALAMUALAIKUM



                                          pic google (c)



PI cuba-cuba saja menulis skrip purbawara radio Klasik RTM dengan berpandukan skrip penulis cikgu Hamidi Md Yudin. Untuk editan agar lebih sempurna pun PI serahkan kepada beliau. Mujur beliau baik hati dan tidak keberatan membantu…..Allah permudahkan kerja PI.
            Dan baru-baru ni PI menerima khabar daripada penerbitnya,Puan Zuraida bahawa KEMBANG MELOR  skrip purbawara kiriman PI telah diterima. Rakamannya telah pun dibuat. Bayarannya pun telah dimasukan dalam akaun PI.
            Alhamdulilllah syukur sangat. Terma kasih banyak Puan Zuraida @KLASIK FM RTM atas kesudian menerbitkan karya PI. Usaha PI sekadar menulis suka-suka mencari pengalaman meneroka ilmu baru memberikan hasil yang tidak diduga.
            Sahabat sahabat, adik adik dan anak anak blogger yang dikasehi jangan lupa ikuti purbawara di radio klasik RTM settiap malam isnin 9.30 malam. Manatau dapat ikuti karya drama dalam syair tulisan PI  iaitu KEMBANG MELOR dan PUTERI ANGGERIK .insyaa-Allah

Thursday 25 October 2018

KARYA PELUKIS...

ASSALAMUALAIKUM...


Sekuntum mawar
seribu pelangi
air mata
titis berlinang
sepi
merenung cinta

Paridah Ishak
Desa Melor Serendah
25/10/018

Pic Stiger bakry (c)

PELUKIS STIGER BAKRI MENGABADIKAN SAJAK PENDEK PI DALAM LUKISANNYA YANG CANTIK BERSENI...POTRET SEORANG GADIS MENCIUMI SEKUNTUM MAWAR....BELIAU SEORANG PELUKIS MUDA YANG SANGAT BERBAKAT

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENYERTAKAN PUISI YANG AMAT SEDERHANA UNTUK TURUT MENGHIASI LUKISAN WAJAH INDAH

Wednesday 24 October 2018

PASAK #152

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah syukur. Buku antologi bersama ke 55 PI  'PASAK #152 Martabatkan Bahasa Melayu' yang diselenggarakan oleh sifu Tabir Alam telahpun terbit untuk tahun 2018. Seramai 41 orang penyajak dan 123 buah sajak termasuk karya saya telah menyumbang ke dalam buku antologi ini. Terima kasih sifu Tabir Alam kerana berjaya terbitkan buku demi melestarikan persuratan bahasa Melayu. Tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan yang turut bergandingan di antologi yang gah ini.

1. Akademik Sanggar Nurimas
2. Aloy Indra Jokina
3. Ami Masra
4. Fadziah Fauziah Md Zakaria
5. Gabriel Kimjuan
6. Issey Miyaki
7. Jalimah Jaudin
8. Jamilah Harun
9. Jelison Jupin
10. Karisma Rindu
11. Kelompen Koe
12. Kesuma Indera
13. Khair Man
14. Nazim Mohd Subari
15. Nohan Norehan
16. Norgadis Labuan
17. Onn Abdullah (Mas Onn)
18. Pak Engku
19. Paridah Ishak
20. Pauzi Mohd Isa
21. Puteri Andalas Novelis
22. Qurniaan Pencinta JiWa
23. Raonah Mohd Sam
24. Rozeline Vitalis
25. Russ Asan (Mak Russ)
26. Sabariah Nor Salleh
27. Saniah Masri
28. Sarji Kasim
29. Saudah Mat Lazim
30. Seti Zaleha
31. Shapiai Mohd Ramly
32. Sujata Wee
33. Syidah Ida
34. Yahti Hayati
35. Yanz Hamzah
36. Puzi Puzihadi
37. TunkuZarita Tunku Mohd Mokhtar
38. Rufaifa Abdullah
39. Anie Din
40. Bayu Pagi


SHARED STATUS FB GABRIEL KIMJUAN

Monday 22 October 2018

KEM TAHFIZ AL IMAN CUTI SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM




KEM TAHFIZ AL IMAN CUTI SEKOLAH...
TARIKH PADA 01HB DIS HINGGA 14 DIS 2018
TERBUKA UNTUK 20 PELAJAR LELAKI
DAN
20 PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA
TEMPOH KEM 2 MINGGU
(SEMINGGU DI TAHFIZ AL IMAN)
(SEMINGGU DI LADANG KUDA)
PENGAJIAN HAFAZAN
ILMU FARDU AIN
SOLAT BERJEMAAH
CERAMAH MOTIVASI
MAKAN 4 KALI SEHARI
AKTIVITI BERKUDA
AKTIVITI MEMANAH
YURAN RM500 SEORANG
(DISKAUN RM250 BAGI PENDAFTARAN BERKELOMPOK 5 ORG)
BERMINAT WASSAP @ HUBUNGI :
USTAZ OTHMAN SAIDIN - 0173211965
USTAZAH MARINA - 01123434551
Antara pengisian Kem Tahfiz Al Iman Cuti Sekolah.
Fasa 1.Perkhemahan Dan Iktiar Hidup.
Tempat:- RHMAEPS SERDANG
Day 1.
Pendaftaran peserta.
Taklimat dan ucapan alu-aluan Pengerusi Tahfiz Al Iman.( Di Pondok Tahfiz Al Iman Bangi avenue)
Day 2.
Bergerak ke tapak perkhemahan..(RHMAEPS)
Taklimat keselamatan dan kesihatan.
Taklimat Ikhtiar Hidup.
Tazkirah Ustaz Othman Saidin
Tajuk: Penyesuaian hidup di dunia sebagai Khalifah mengikut kehendak Allah SWT.
Day 3.
Taklimat dan kursus asas Pengurusan Kuda dan praktikal.
Day 4.
Taklimat dan kursus asas memanah sunnah dan praktikal
Day 5.
Latihan Berkuda dan memanah.
Day 6.
Latihan Berkuda dan memanah.
Day 7.
Kerja berkumpulan kepimpinan dan post mortem program.
Fasa 2. Hafazan ,pengajian fardu ain dan khemah ibadah.
Tempat:- PONDOK TAHFIZ AL IMAN BANGI AVENUE.
Day 8.
Taklimat Institusi Tahfiz Al Quran dan kaedah suai diri serta pengertian ibadah dan sunnah seharian.
Pengajian Hafazan Al Quran.
Pengajian Fardu Ain bab syahadatain.
Day 9.
Pengajian Hafazan Al Quran
Pengajian fardu ain bab solat.
Day 10
Pengajian hafazan Al Quran
Pengajian Fardu ain bab puasa
Day 11.
Pengajian Hafazan Al Quran
Pengajian Fardu Ain bab bersuci
Day 12
Pengajian Hafazan Al Quran
Pengajian fardu ain bab Iman
Day 13.
Pengajian Hafazan Al Quran
Pengajian fardu ain bab Islam dan akhlaq sunnah seharian.
Day 14
Ceramah ustaz selebriti
Majlis Ucapan Tamat Kem serta penyampaian sijil dan cenderahati untuk 10 peserta terbaik.
Peserta bersurai.
Wassap 0173211965 Ustaz Othman Saidin
Wassap 01123434551 ustazah Marina Yusoff

Sunday 21 October 2018

MAHKOTA RATU...

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH MAHKOTA RATU ANTOLOGI CERPEN NUKILAN GANDINGAN PENULIS-PENULIS WANITA TELAH PUN TERBIT....MASING-MASING MENGGARAP CERPEN DENGAN TEMA BERBEZA TAPI MENJELASKAN PERMASALAHAN WANITA...ANTOLOGI INI BARU SIAP DICETAK PENERBITNYA IAITU HUJAN EMAS TAPI MASIH BELUM DIBUAT MAJLIS PELANCARANNYA

PI MENULIS CERPEN BERJUDUL 'EMAS HANTARAN' DALAM ANTOLOGI INI.




ANTARA PENULIS PENULIS TERLIBAT; ISHAH SHAMSUDIN, TUNKU ZARITA, NURUL SHAHIDA HASSAN

PIC ISHAH SHAMSUDIN (C)

Saturday 20 October 2018

PENUMPANG...

ASSALAMUALAIKUM


ANEKDOT

PENUMPANG

Sakit sungguh terasa seluruh tubuhku. Tiada daya hendak menggerakkannya. Apalagi dibawa berjalan untuk mengurusi kehidupan selazimnya dilakukan. Segalanya menjadi terlalu sukar.

 Puas pula mereka yang terdekat dan menyayangiku, mengusung ke hospital untuk mencari sebab musabab sakit dengan berpandukan ilmu kepakaran doktor perubatan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Sekujur tubuh pun disorong ke dalam mesin scanner. 

Mengimbas apa saja yang menyebabkan tubuhku sakit tidak keruan. Sayang tidak ditemui apa puncanya. Struktur tubuh tiada perubahannya. Ginjal elok berfungsi, jantung berdegup normal, tekanan darah tidak tinggi tidak rendah. Pendekata tiada masalah kronik yang tiba-tiba menyekat pergerakan tubuh dan menyakitkannya. Tapi kesakitan terasa mengilukan.

Kalau tidak ada sakit yang perlu disembuhkan maka tidak adalah ubat yang diberi oleh doktor melainkan pil pain killer-penahan sakit. Bukannya menghilangkan rasa sakit.berekalan. Tapi sebentar saja rasa leganya. Kemudian akan berulang kembali sakitnya.

Habis apakah pilihanku untuk menyembuhkan sakit yang amat perih itu? Tentulah rawatan alternatif yang berlandaskan kesyumulan Islam. Aku yang sakit serasa tidak sabar hendak pulih seperti sediakala. Sudah berusaha berubat dengan perubatan canggih terkini baru pula beralih kepada selainnya.  Itupun setelah dicadangkan seorang sahabatku yang prihatin melihat deritaku.

“Nampaknya aku tenguk keadaan kau ni semakin teruk. Hendak berjalan pun semakin payah, sampai terbongkok-bongkok. Kuliah pun dah lama kau tak masuk..”

“Kau setakat tenguk saja, aku yang merasa ni punyalah siksa. Tak larat aku nak menanggungnya.” Mataku mulai berkaca digenangi air jernih.
Segala masalah ini mengganggu kehidupanku sebaik pulang dari perkhemahan bersama kawan-kawan sepengajian UITM di kaki sebuah gunung.

“Sabarlah Ati. Aku pun kesian sangat kat kau. Kalau boleh ingin sangat nak menolong.”

“Baiknya kau Ena. Tolonglah aku Ena.”

Tetapi cara perubatan yang menjadi pilihanku  mestilah yang tidak menyeleweng daripada akidah peganganku. Sekadar mencuba saja tidaklah menjadi kesalahan.
.

“Sabarlah Ati. Aku pun kesian sangat kat kau. Kalau boleh ingin sangat nak menolong.”

“Baiknya kau Ena. Tolonglah aku Ena.”

“Jom kita pergi ke tempat ‘syifa’ di Gombak. Di situ ramai perawatnya dari kalangan ustaz-ustaz dan guru-guru yang mulanya pernah alami sakit yang teruk pelbagai. Tapi setelah mereka pulih, mereka pula menjadi perawat kepada pesakit-pesakit sebagai khidmat murni mereka.”

“Jom kita ke sana! ”

Aku duduk bersebelahan seorang wanita separuh baya sementara menunggu giliran bertemu perawat. Wanita itu memandangku seakan objek yang pelik. Dia bangun meninggalkan aku yang terkapa-kapa memikirkan persoalan yang menerpa fikiran tiba-tiba.

Dia kulihat menegur sahabatku seraya menjelingku. Ena menghampiriku.
“Apa yang dikatakan puan itu kepada kau?...hairan aku, dia tiba-tiba bangun sebaik aku duduk di sebelahnya.”
“”Kau jangan terkejut pulak kalau aku kata dia nampak makhluk besar sedang bertenggek di belakang kau.”
“Hah!” aku terlopong. Terasa bahuku amat sakit dan berat seakan menahan suatu beban besar.
“Entahlah. Aku tak Nampak pulak,” balas Ena.     .


Friday 19 October 2018

NABI-NABI ULUL AZMI DAN MUKJIZATNYA.

ASSALAMUALAIKUM....

Nabi Ibrahim Alaihissalam di gelar sebagai “Khalilullah” ataupun teman Allah yang mempunyai ruang di dalam hatinya yang hanya di peruntukkan cinta Allah bukan yang lain.

Nabi Musa Alaihissalm di gelar sebagai “Kalimullah” atau seorang yang dapat berbicara dengan Allah Swt.

Sedangkan Nabi Isa Alaihissalam di sebut “ruhullah” adalah kerana kesucian jiwanya dan kesempurnaan akhlak nya.

Tumbuhkan benih cinta sejati kepada Allah Swt seumpama Nabi Ibrahim Alaihissalam dan sucikan jiwa dan roh kita seumpama Nabi Isa Alaihissalam supaya dapat berbicara Qalam Qalam mulia Allah saperti Nabi Musa Alaihissalam.

Amalkan dengan sebaik baik nya kerana tidaklah Allah Swt menurunkan Nabi Nabi Nya kedunia melainkan untuk di contohi. ~

Nabi-nabi Allah yang disebutkan ini adalah ulul azmi.

Ustazah Siti Nurbaya Usman.

Dan
Dari 25 Nabi dan Rasul tersebut ada 5 rasul yang mendapatkan gelar ulul azmi yaitu ketabahan dan keuletan yang luar biasa dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Mereka adalah Nabi Nuh, Ibrahim, Isa, Musa dan Muhammad SAW. Adapun Mukjizat 5 rasul tersebut adalah :


1. Nabi Nuh a.s
Sebuah perahu besar yang menumpang orang-orang beriman untuk diselamatkan jiwanya dari adzab Allah SWT (banjir bandang yang melanda umat Nabi Nuh yang kafir)

2. Nabi Ibrahim a.s 
Mukjizat Nabi Ibrahim yaitu pada saat dibakar oleh raja kafir Namrudz dan Ibrahim selamat atas izin Allah SWT. 

3. Nabi Musa a.s 
Sebuah mukjizat tongkat yang dapat membelah lautan atas ijin Allah SWT ketika peristiwa Musa dan pasukannya dikejar oleh raja kafir yaitu Firaun beserta bala tentaranya dan pada akhirnya Musa dan umatnya yang beriman selamat atas kejadian pada waktu itu.

4. Nabi Isa a.s 
Mukjizatnya berupa dapat menyembuhkan orang buta, menghidupkan orang mati, atas ijin Allah SWT. Dapat membuat burung dari tanah liat yang dikepal kepal dan akhirnya benar benar hidup dan bernyawa atas ijin Allah SWT.

5. Nabi Muhammad SAW
a. Dapat membelah bulan menjadi dua atas izin Allah SWT
b. Pada saat kemarau dari sela sela jari rasulullah dapat mengeluarkan air yang dapat diminum oleh umatnya
c. Al-Quran yang lengkap dan tetap asli murni sampai hari kiamat dan dimanfaatkan seluruh manusia sampai akhir zaman.


http://alimds.blogspot.my/

Wednesday 17 October 2018

SALEEM YANG KUKENALI...

ASSALAMUALAIKUM..
                                                         PIC GOOGLE(C)

Mengenali allahyarham A M Salim Abdul Majid atau Saleem Iklim sewaktu saya bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Ibrahim, Setiu, Terengganu sekitar tahun 1977 hingga 1981.

Arwah yang berusia tiga tahun lebih tua dari saya berada di tingkatan empat ketika saya mula memasuki sekolah menengah tahun 1977.

Arwah berasal dari Kg.Buloh, Setiu,Terengganu merupakan anak kacukan India sebelah bapanya manakala ibunya berbangsa Melayu.

Di sekolah, arwah Saleem memang merupakan pelajar yang aktif menyanyi ketika ada majlis keraian terutamanya ketika sambutan Hari Guru.

Arwah merupakan seorang yang berperwatakan ceria dan agak nakal, oleh itu tidak hairanlah arwah suka menyakat pelajar perempuan di sekolah. Terutama sekali ketika dia bekerja sambilan di kantin sekolah tahun 1979, selepas habis belajar, membantu saudaranya Pak Gani yang kini merupakan mantan YB Exco Negeri Terengganu Dato Hj Gani.

Saya yang merupakan seorang pelajar pendiam selalu menjadi mangsa usikan arwah.
Kebiasaannya, selepas saya membeli makanan, saya dan kawan-kawan akan lepak di belakang kantin. Tika itulah arwah biasanya akan keluar menjengah dan mengacau kami sambil ketawa.

Selepas naik tingkatan empat, saya tidak berjumpa lagi dengan arwah sehinggalah di awal kemunculannya dengan Iklim, saya mula ingat raut wajah kacukan yang biasa menyakat saya ketika sekolah.


Kini hilanglah sudah permata yang berkilau dari bumi Setiu daerah kelahiranku pada tanggal 14 Oktober 2018 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Aamiin.

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



Belasungkawa A M Salim Abdul Majid, semoga persemadiannya di alam sana penuh keindahan seperti mana indahnya bait-bait lagu dendangan arwah, menghiburkan pendengar dengan lirik yang sarat makna dan penuh pengajaran.

Bersama kita hayati lirik lagu SUCI DALAM DEBU yang ditulis oleh S Amin Shahab, seorang pengikut tassauf/sufi.





SUCI DALAM DEBU (S Amin Shahab)

Engkau bagai air yang jernih
🔹Itulah diri kita yang sebenar yaitu RUH

Di dalam bekas yang berdebu
🔹Jasad/Badan yang asalnya dari tanah.

Zahirnya kotoran itu terlihat
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

kesucian terlindung jua
🔹Hal-hal yang baik biasanya justru tdk diperhatikan.

Cinta bukan hanya di mata
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

Cinta hadir di dalam jiwa
🔹Cinta yang mutlak muncul dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

Biarlah salah di mata mereka
🔹Mereka yang benar-benar mau menjadi hamba ALLAH di pandang rendah oleh masyarakat

Biar perbezaan terlihat, antara kita
🔹Perbedaan antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

Kuharap engkau kan terima
🔹Bermunajat agar di terima Illahi

Walau di pandang hina
🔹Sebagai hamba yang hina

Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
🔹Di alam akhirat

Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berbahagia

Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

Debu jadi permata, hina jadi mulia
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

Bukan khayalan, yang aku berikan
🔹pelajarilah Kitab Al Quran

Tapi keyakinan yang nyata
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Wassalam.


TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT PI PENULIS JAMILAH HARUN ATAS KESUDIAN BELIAU MENULIS SECEBIS CORETAN KENANGAN BERKENAAN ALLAHYARHAM PENYANYI SALEEM SEPANJANG BELIAU MENGENALINYA...SEBENARNYA PI YANG MENGGESA BELIAU MENULISNYA....WALAU PERMINTAAN PI ITU MUNGKIN MENYUSAHKANNYA NAMUN ALHAMDULILLAH BELIAU TETAP MENUNAIKANNYA.

ALFATIHAH

  

Tuesday 16 October 2018

ULASAN BUKU CENGKERAMA...

ASSALAMUALAIKUM...


CENGKERAMA
Genre : Puisi Tradisi
Penyelenggara :
Tabir Alam
Penulis : 26 orang (Malaysia)
Penerbit : SPTA
Nombor ISBN : 978-967-14738-7-0 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 116
Pengulas : Paridah Ishak

CENGKARAMA adalah antologi puisi tradisi genre seloka yang dinukil secara dua rangkap sepanjang 18 baris atau 9 rangkap. Setiap penulis memilih empat tajuk seloka pelbagai tema. Penyelenggaranya sifu Tabir Alam akan memberi bimbingan kepada setiap penulis SPTA @FACEBOOK agar dapat menyesuaikan setiap patah perkataan dengan seloka pilihan. Kualiti frasanya sangat diambil berat. Dan para penukilnya menjadikan KAMUS DEWAN sebagai sumber rujukan.
Seloka merupakan sebuah genre puisi tradisional yang disusun secara berangkap atau juga bebas. Istilah Seloka berasal dari bahasa Sanskrit Sloka atau Shloka. Seloka boleh dibina dalam dua baris, empat baris atau lebih. Amun seloka juga ditemui dalam bentuk bebas dan rima akhrnya juga adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau tujuan bergurau.
Seloka puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka dan lain-lain)
-          Kamus Edisi IV
Menurut Safian Hussain (1988), seloka merupakan pepatah atau perumpamaan yang mengandungi jenaka, gurau senda, ejekan mahupun sindiran.
-          Glosari Istilah Kesusasteraan (DBP)

Senarai penukil terlibat
1.      Amir Hamzah Mohd Wazir
Seloka Si Duda
Seloka  Surat + 1

2.      CT Nurza
Seloka Pesara
Seloka Duda + 2

3.      Faizah Zainol
Seloka Si Cantik Manis
Seloka Si Kucing Parsi + 2

4.      Faridah Shamsudin
Seloka Patah Hati
Seloka Boros

5.      Jalimah Jaudin
Seloka Cinta Tak Sampai
Seloka TerunaPemalu + 1

6.      Kamaliehudi NS
Seloka Bertunang
Seloka Surat + 2

7.      Kamarsinah Sarkam
Seloka Jurujual
Seloka Menantu
8.      Masriyah Misni
Seloka Suami Isteri
Seloka Pemancing Tegar + 2

9.      Nazim Mohd Subari
Seloka Bertandang
Seloka Jamuan + 2

10.  Nor Azizah Idris
Seloka Bersara
Seloka Janji + 2

11.  Nora Markom
Seloka Ibu Guru

12.  Onn Abdullah
Seloka Orang Bujang
Seloka Sahabat + 2

13.  Pak Engku
Seloka Bini
Seloka Si Ujang + 2

14.  Paridah Ishak
Seloka Susahkah Jadi Orang
Seloka Swafoto + 2

15.  Pauzi Mohd Isa
Seloka Membaca
Seloka Kawan + 2

16.  Qurniaan Jiwa
Seloka Bercinta
Seloka Kerja

17.  Roserina S Sari
Seloka Ramadan
Seloka Merajuk + 1

18.  Russ Asan
Seloka Manusia
Seloka Anak + 2

19.  Sabariah Nor Salleh
Seloka Kenduri
Seloka Hadiah+ 2

20.  Saniah Masri
Seloka Pemimpin
Seloka Gadis + 2

21.  Seti Zaleha
SelokaSi Mata Coklat
seloka Si Pengemis Cinta + 2

22.  Siti Fatimah Zainol
Seloka Ikhlas
Seloka Si Kaki Kipas + 2

23.  Sri Mawar
Seloka Celupar
Seloka Pendusta Cinta + 2

24.  Syidah Ida
Seloka Fitnah
Seloka Curiga +1

25.  Tabir Alam
Seloka Penulis
Seloka Perokok + 2

26.  Tunku Zarita
Seloka Pilih Menantu
Seloka Makan

27.  Yahti Hayati
Seloka Penantian
Seloka Perayu Undi + 2

28.  Zaleea Ena
Seloka Dusta
Seloka Cemburu Buta + 2

29.  Zuraida Dewi
Seloka Setia
Seloka Berhutang + 2

Glosari + tambahan karya seloka




MyBloglist