KUIH-KUIH TALAM BERJENIS-JENIS BANYAKNYA. NAMUN CARA MASAKNYA SAMA IAITU GUNAKAN TALAM DAN KUKUSAN.
KUIH TALAM PESEN BARU NI BEGITU BERWARNA-WARNI DAN RASANYA PASTI ENAK JUGA.
DULU-DULU KUIH TALAM YANG KEDAPATAN CUMA KUIH TALAM PANDAN, LOMPANG, QASIDAH DAN KUIH-KUIH TALAM BERASASKAN UBI, PISANG, LABU, JAGUNG, KACANG HIJAU DLL SUMBER MAKANAN.
PI AMAT SUKAKAN KUIH TALAM PANDAN KERANA AROMA PANDANNYA YANG WANGI AMAT. DI BAWAH PI KONGSIKAN RESEPI TALAM PANDAN DARIPADA SEBUAH BLOG MASAKAN.
TALAM PANDAN
Resepi : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku...TERIMA KASIH.
BAHAN UTK LAPISAN BAWAH
1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
1/2 cawan gula ( k.yatie tambah 2 sb lagi )~ yana x tambah
2 cawan santan cair + sikit garam
1 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 sb air kapur
Cara Masak Lapisan Bawah
- Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
- Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
- Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
- Sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS
1/2 cawan tepung beras
4 sb tepung jagung
3 cawan santan sederhana pekat
1 sk garam
Cara Masak Lapisan Atas
- Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
- Masakkan sekejap adunan di atas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ini tidak berketul2 ( dalam 10 minit )
- Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
- ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan )
- Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
- Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan. ( potong guna pisau plastik/pisau kek )
sukanya...sekarang ni mcm2 jenis..talam keladi, talam cendol..banyak pilihan...
ReplyDeletemasa kecik2 dulu, suka kuih lapis..makan selapis, selapis..lambat sikit habis..
kuih talam sekarang konfius juga nak masukan ke mulut ya...terlalu cantik...tq nohas
ReplyDeletewahhh bermacam-macam colour ada nei ^_^ sedap kalau makan petang2 nie
ReplyDeleteya kuih talam la ni mcm2 pesen...sedap agaknya tu...tq acik Aku Penghibur.
ReplyDeletesedap-sedap belaka.
ReplyDeletemestilah tu...tq Muhammad Khairuddin Lim.
DeleteWaaa.... amat menyelerakan :D
ReplyDeletesedap2 semua tu ...tq Yun Sing.
Deletetergoda..nampak lembut dan sedapp =)
ReplyDeleteya suka dgn kuih talam yg nampak lembut n cantik...susah juga nk buat tu...tq Kak Nah Backyard.
ReplyDeleteWah! sedapnya... bila lah nak belajar buat kuih sendiri kat umah. Asyik beli je...
ReplyDeleteye Nanie kena belajar buat sendiri...tq nanie.
ReplyDeleteNak buat, memang tak kan menjadilah...tau makan jer, hehe
ReplyDeletemakan pun ok juga menyenangkan hati yg membuatnya....tq Bin Muhammad.
ReplyDelete▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?
ReplyDelete▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.
Sedap tu
ReplyDelete