Monday, 7 April 2014

BUNGA-BUNGA INDAH SEPANJANG JALAN...

ASSALAMUALAIKUM...

WAH! CANTIKNYA BUNGA-BUNGA YANG MEKAR SEPANJANG JALAN PENDANG DI KEDAH NI...MUSIM PANAS YANG KERING SEMAKIN LEMBAB SETELAH HUJAN MULAI MENCURAH-CURAH DI SANA SINI...PIC DIPEROLEHI DARIPADA WHATSAPP SEORANG RAKAN FB KAK RIN ABDULLAH.

KALAU NAK LIHAT PIC BUNGA-BUNGA CANTIK MENGHIASI JALAN MUAR KLIK PADA BLOG KAWAN KITANI..
http://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/

Menurut seorang pakar tumbuh-tumbuhan, bunga yang kita nampak kembang cantik seperti bunga sakura tu namanya Tecoma/ Tabebuia . 

Terima kasih banyak-banyak kerana akhirnya saya tahu juga nama bunga ni.

Menurut laman web FRIM, Tabebuia pentaphylla berasal dari Amerika Selantan dan Tengah adalah pokok hiasan yang ditanam sepanjang pinggir jalan atau hiasan tanam. Di Malaysia, Tabebuia juga dikenal sebagai “Cherry Blossoms of Penang” yang mirip bunga sakura dari Jepun.

Di Malaysia ada 2 jenis warna bunga yang sering ditanam iaitu putih dan pink. Tabebuia pentaphylla adalah salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tecoma , Tabebuia pentaphylla adalah tecoma berwarna pink dan Tabebuia roseo-alba berbunga warna putih.

Sebenarnya bunga ini ada banyak lagi warna seperti purple, kuning, merah atau lavender.
Nama pentaphylla adalah kombinasi “lima daun” iaitu “penta” bermaksud lima dan“phylla” bererti daun dalam bahasa Latin. Pokok ini juga dipanggil “pokok kertas tisu” kerana kelopak bunganya yang nipis. Pokok bunga ini akan berbunga serentak di mana saja ianya tumbuh dan berlaku apabila musim kering.

Bunga sakura Malaysia ini juga berbunga hampir serentak dengan bunga sakura di Jepun iaitu di musim bunga. Dapatlah juga kita feeling-feeling Spring, kan.

Dari gambar di atas, kita boleh nampak, pokok yang lebat berdaun kurang lebat berbunga. Itulah salah satu ciri pokok Tecoma ini yang akan gugur daunnya apabila musim bunga tiba.

Ini saja yang saya nak berkongi, terima kasih kerana saya sekarang dah tahu nama bunga sakura Malaysia ini. Tecoma atau Tabebuaia… bukan teko mas atau tebu buaya!
catatan nor adabi rosdi.

38 comments:

  1. ya cantik sungguh...tq Muhammad Khairuddin Lim.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ya..banyak yg boleh dipetik tu...tq Purnomo Jr.

      Delete
  3. Nyaman rasanya hati kalau ada disekitar yang banyak bunganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...rasa tenang n lapang sekali tq Laurencius sudi singgah karyaku.

      Delete
  4. ya cantik sangat....tq Yun Sing.

    ReplyDelete
  5. rasanya apa yg saya baca ..pokok ini akan menghasilkan bunga yg mekar..slaps panas yg agak lama..serius..memang cantik... sejuk mata memandang....fealing winter sonata plak sis.. he..he..
    kilk kfc

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sobri cantik sangat kak memang suka tengok bunga2 cantik yg melatari pemandangan ni...tq rajin klik2 menabung utk kak.

      Delete
    2. he..he. tai baru tgok kat tv 9 diorg ada cover pasal bunga ini..info tambahan bunga ini berasai dari afrika..dan dah 20 tahun di bawa ke malaysia dan byak di tanam belah utara..perak..kedah..perlis n penang..he..he..
      digix2

      Delete
    3. tv9 pun berminat nk cover bunga2 cantik sepanjang jln ni yer terutama di sebelah utara...tq sobri infonya.

      Delete
  6. cantiknyer...elok jer berderet warna warni pulak tu...macam dok korea/jepun jer...hehe :)

    ReplyDelete
  7. yalah BUNDA cantik sungguh sejuk hati n damai rasa memandangnya...nampaknya bunga2 asal korea jepun ni juga mampu hidup n berbunga lebat di sini.tq

    ReplyDelete
  8. Salam sis... Toche promosi blog saya. Geram je tenguk bunga berkembang sepanjang jalan kan. Rasa nak golek2 ala-ala hindustan je. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam notie...sama2 kak juga xmau kalah nak upload pic bunga2 cantik sepanjang jln spt notie...kak mmg obses dgn bunga2 cantik ni...tq notie.

      Delete
  9. subhanallah.. cantiknya bunga tu berkembang mekar.. :D

    ReplyDelete
  10. ya cantik sungguh aiza...bunga2 mekar di tepi jalan ada gunung sedikit n tanah bendang kering, artistik sekali...tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  11. Cantik.....cantik...cantik......

    ReplyDelete
  12. ya cantik sangat...tq Anak Kuala.

    ReplyDelete
  13. subhanallah cantik sangat :)

    ReplyDelete
  14. ya cantik sangat bunga2 ni berkembang serentak di tepi2 jalan Malaysia....tq Dwi Alfina.

    ReplyDelete
  15. Betullah sana-sini bunga ini mekar berkembang. Dalam kesesakan jalan pergi-balik kerja mata dpt juga terapinya - cantik sebab bunga lebih banyak dari daun dah macam musim bunga kalau di negara 4 musim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dpt juga ketenangan jiwa seharian bersibuk dgn tugasan, menikmati indahnya bunga2 ni di tepi jalan2 kota kan....tq Kakzakie.

      Delete
  16. keren banget pemandangan nya mba :-d salut deh gue

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cantik pemandangannya...tq Munawir Alfikri.

      Delete
  17. Para² sakura...hehehe...ramai yg update pasal bunga ni. Cantik kan.

    ReplyDelete
  18. ya cantik bunga2 ni n kak pun xnak ketinggalan mengupdate bunga2 ni heh..heh..tq fiza Rahman.

    ReplyDelete
  19. Allah memberi permandangan yang baru tanpa kita mengubah tempat. bestkan

    ReplyDelete
  20. ya bersyukur dgn anugerah Allah yg mengirimkan hujan n bunga2 mengindahkan alam sekitar kita setelah kemarau yg lama....tq babYpose.

    ReplyDelete
  21. Dah rasa macam filem Korea dah skang ni. Banyak betul orang tanam pokok-pokok spesis ni sekarang ni.

    ReplyDelete
  22. ya ramai yg berminat tanam pokok jenis ni sbb suka memandangnya berbunga penuh sepohon....tq Sylarius Yusof.

    ReplyDelete
  23. bunganya memang indah dan cantik...

    ReplyDelete
  24. kalau berbaris di tepi jalan bunganya mekar penuh pohon mmg cantik dipandang.....tq Semuainfo.

    ReplyDelete
  25. Dimana2 pun pokok ini sedang lebat berbunga! sungguh cantik dan terasa macam musim bunga di korea! :)

    ReplyDelete
  26. ya musim bunga di Malaysia pula...tapi nampak cantik bunga2 tu di tepi jalan lapang n sawah yg kering di utara...tq Bin Muhammad.

    ReplyDelete
  27. aduhai mmg cantiklah kak.. rasa nak duduk bawah pokok tu dgn anak2 sambil tunggu bunga2 tu jatuh berguguran ecey ecey!

    ReplyDelete
  28. yalah KA tenang hati memandang keindahannya....tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist