ASSALAMUALAIKUM...
NANGKA...JACKFRUITE KATA OMPUTIH MEMANG MANIS SEJUK RASANYA DAN RAMAI YANG MENYUKAINYA TERMASUK TERNAKAN LEMBU JUGA. KALAU DI KAMPUNG-KAMPUNG DI BAWAH POHON NANGKA INILAH TEMPAT MEREKA MELEPAK MENUNGGU KOT KOT BUAH NANGKANYA GUGUR. ISTIMEWA SUNGGUH RASA NANGKA NI..
NAMUN DALAM SEJARAH MELAYU TUN SRI LANANG TELAH MENUKILKAN GARA-GARA SEULAS NANGKA WAN SRI ANUM ISTERI KEPADA MEGAT SERI RAMA TELAH DIBELAH PERUTNYA YANG SEDANG MEMBOYOT KERANA MENGIDAMKAN MEMAKAN NANGKA DARIPADA KEBUN RAJA TANPA KEIZINAN RAJA TERLEBIH DAHULU...SERAM PULA MENULIS CERITA-CERITA LAMA NI WALAU ADA NILAI SEJARAHNYA.
KETIKA ITU MEGAT SERI RAMA SEDANG MEMERANGI LANUN-LANUN DI LAUTAN.
RUPANYA RAMAI YANG IRI DENGAN KEJAYAAN MEGAT SERI RAMA KERANA MENDAPAT PANGKAT DAN PERHATIAN SULTAN MAHMUD LALU SEMASA KETIADAANNYA, ISTERINYA YANG SEDANG SARAT HAMIL MENJADI MANGSA BALAS DENDAM MEREKA..
BACA DI SINI UNTUK KETAHUI KISAH SETERUSNYA http://infinatus-lagendamelayu.blogspot.com/2010/06/sultan-mahmud-mangkat-dijulang.html
PIC NORADABI ROSDI.
NANGKA MUDA NI SEDAP JUGA DIBUAT GULAI, MASAK LEMAK KUNING ATAU KERABU
YANG ENAK.
GULAI NANGKA MUDA
RESEPI DARIPADA BLOG DAPUR TANPA SEMPADAN...TERIMA KASIH.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah siap disiang dan potong kiub, direndam
6 - 7 ketul keratan tulang ikan masin kurau, rendam 1 jam
3 keping tempe, potong kecil
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat
3 batang serai, dititik
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus nangka muda sekejap (kurang lebih 10 minit), kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan tulang ikan masin kurau (toskan terlebih dahulu) dan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan biar mendidih.
- Tambah tempe dan asam gelugor, bila nangka dan tempe empuk, tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa, masukkan lada hitam, sedikit gula dan daun kunyit. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu.
- Masak sekejap, dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng...
Sedapnya nangka dan gulai nangka tu. Saya tak blh mkn banya sbb angin.
ReplyDeletemakanlah sekadar menunai kehendak selera...terlebih makan mmg xterlawan angin merusug di badan....tq Fiza Rahman.
Deletetadi saya makan masak lemak kambing bersama nangka ;)
ReplyDeletewah sedap tu irfa..tq
DeleteTeringat cerita lancang kuning dulu-dulu dari kita kecik sampai sekarang masih sesekali ada diulangkan. Tapi gulai nangka muda memang memikat. Kalau kg kakak kadang bila ada tahlil satu dari dish gulai nangka macam inilah. Kakak suka tau PI:)
ReplyDeletecerita dulu2 ni rasa kak lah mmg ada kebenarannya...seperti sejarah Sultan Mahmud mangkat dijulang ni juga kisah lanchang kuning tu...gulai nangka mmg jadi dish kesukaan org2 kampung tika kenduri kendara...tq Kakzakie.
ReplyDeleteSuka baca pasal cite-cite Sejarah ni.. hehehee..
ReplyDeletesejarah mmg seronok dibaca n diketahui..agar boleh dijadikan teladan...tq Yun Sing.
Deleteminat sejarah ya..bagus tu...tq Yun Sing.
DeleteSetuju :) Hehe.. thanks ^^
DeleteCerita sejarah yg menarik
ReplyDeletecerita sejarah memang asyik dibaca...tq Muhammad Khairuddin :Lim.
Deletedulu ada pokok nangka tepi rumah..tak larat nak makan, cucuk dgn lidi, jual kat kedai runcit...kenangan buah nangka...
ReplyDeletenangka kalau dh mula berbuah xtermakan banyaknya...tq nohas.
ReplyDelete