Wednesday, 2 April 2014

Dari blog adik ipar aku....www.dapurkakjee.com terima kasih...republish.

HASIL USAHA MY MY FAV SIS IN LAW, PARIDAH ISHAK








Sebak Kjee apabila balik ke kampug kelmarin dan singgah ke rumah kakak ipar Kjee yang hanya sepelaung je dari rumah mak mertua. Mulanya Kjee tak nak lah singgah rumah beliau sebab tak berapa sihat. So Kjee suruh Unclepali pergi jemput kakak dia datang ke rumah mak mertua.

Selepas makan, Kak Paridah yang Kjee panggil kak Pidah ajak ke rumah dia tengok orkid. Bersinar2 mata dia apabila bercerita pasal orkid. Daripada suaranya yang putus2, dia kata lawa, mai lah tengok.

Kjee tahu betapa pentingnya pohon2 orkid ini dalam hidup kak Pidah. Beliau seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya lebih 23 tahun lalu. Tetapi kegigihannya meneruskan hidup amat Kjee sanjung. Sepatutnya anak2nya calon beliau untuk Anugerah Ibu Mithali.






Kjee ke rumah kak Pidah untuk melihat orkid2nya. Kak Pidah ni memang pantang tengok nurseri bunga. Apabila berkunjung ke rumah anaknya di Kuala Lumpur, kalau tak singgak beli orkid sebelum balik kampung, boleh naik angin dia.

Apabila Kjee turun kereta, terkejeut Kjee tengok bunga2 orkid dia yang sedang blooming!! Semua orkid yang ditanamnya berbunga serentak. Bukan sahaja warna2nya nampak menarik tetapi kebanyakkannya belum pernah Kjee tengok! Cantik dan segar!!

Kak Pidah uruskan pemeliharaan orkid ini sendirian. Dibelai, dibaja dan disiram mengikut jadual! Jeles Kjee tengok tetapi Kjee memang tidak ada kesabaran seperti Kak Pidah!

Banyak ke duit Mak Long habiskan untuk orkid ini? Tanya Nadia. Adalah dalam tiga empat ratus ringgit, katanya dalam suara yang putus2 dan sukar difahami. Apa? celah Kjee. Tiga empat ratus? Mau dah beribu habisnya sambil disambut tawa hilai Kak Pidah.


8 comments:

  1. Terimakasih banyak2 hai SIL yg baik...sumbanganmu istimewa sekali...

    ReplyDelete
  2. orkid2 cantik tu dh xbertuan kini ....tq Pha Is.

    ReplyDelete
  3. salam sis.. saya x tahu plak sis pnah excident sbab x pnh baca entry pasai kmalangan.. daripada entry penulisan k.jee.. i know sis seorang yang kuat dan tabah..slpas mgalami peristiwa terdahulu..walaupun saya x tahu apa yg terjadi..saya doakan sis terus sihat dan kuat..amin.. mesti sis sorg yang pnyayag dan penyabar.. sbab bkan smua org leh jaga pokok orkid..anatara pokok yg susah utuk dijaga dan cerewek.. btw memang cantik orked2 berkembangan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sobri...ada juga kak tulis n3 pasal kemalangan tu sepintas lalu...tika itu msh muda n anak2 msh kecil...paralised selama 3 tahun...bila sembuh kembali membina khidupan membesarkan 4 anak hingga dewasa..yg sulung usia 7thn n yg bongsu baru 50 hari dilahirkan tika eksiden tu...kak mmg sukakan orkid2 yg cantik ni n gembira setiapkali melihat bunganya berkembang....tq Sobri Yaakob.

      Delete
  4. ya orkid2 ni mmg cantik...tq Fiza Rahman.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist