Monday 9 September 2024

MERPATI DUA SEJOLI

 ASSALAMUALAIKUM


GRAFIK SIFU TA (C)

 

 

MERPATI DUA SEJOLI

 

Uda dan Dara pasangan cinta

bagai merpati dua sejoli

terbang bersama ke pinggir kali

duri meranjau menusuk cita

.

Gelora rasa rindu tercipta

hajat bersua berulang kali

Uda dan Dara pasangan cinta

bagai merpati dua sejoli

 

Angkara fitnah melontar dusta

gara durjana berulang kali

ikatan cinta terputus tali

hancur impian berserak rata

Uda dan Dara pasangan cinta

bagai merpati dua sejoli



Saturday 7 September 2024

ANUGERAH

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

ANUGERAH

(Pancalarik)

Allah

anugerah

alam tanah air

wangsa berjejak setempat

hidup

 

Harga

nilai tinggi

milik asli benar

pusaka warisan nenek

moyang

 

Andai

telah hilang

tiada pegangan

di mana hendak berpijak

kaki

 

Tentu

gelandangan

cempera tersisih

mencari tempat menumpang

teduh


Friday 6 September 2024

AMAL ILMU

 ASSALAMUALAIKUM




AMAL ILMU

 

Tanpa jemu

amal ilmu

ulang ulang

tanpa selang

.

Kekal ingat

lekat sangat

bagai nota

hafal kata

 

Andai alpa

tentu lupa

ingat balik

jenuh tilik

.

Rujuk rata

lilau mata

puas renung

mula menung


Thursday 5 September 2024

HARI MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM


TABIR ALAM (C)


HARI MALAYSIA

 

Sabah Negeri Di bawah Bayu dipilih lokasi sambutan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2024. Tentulah aku tidak dapat ke sana untuk turut sama meraikannya. Cuma aku terkenangkan sahabat sepersekolahanku yang berada di sana. Yayasan Sabah suatu ketika dulu menghantar beberapa orang pelajar dari sana ke SMART, Kuantan. Antara yang rapat denganku ialah Jaminggu Imbun dan Irene Enson. Mereka berdua daripada suku kaum Kadazan. Selain pelajar dari Sabah ada juga pelajar dari Sarawak turut belajar di situ.  Mereka adalah perantau muda sanggup merentas lautan yang memisahkan demi menimba ilmu untuk kehidupan masa hadapan. Keberadaan pelajar-pelajar ini dalam usia muda tentu sebagai pendedahan pada tanah Semenanjung untuk menerapkan ukhuwah kebersamaan Malaysia.

 

pelajar Sabah –

16 September

  kebersamaan


Wednesday 4 September 2024

Tuesday 3 September 2024

TANAH JERLUS

 ASSALAMUALAIKUM


TANAH JERLUS

(Saduka)

 

Kota raya

penuh gaya

objek tinggi

bina ranggi

.

Kaki langkah

aspal rekah

jaga gerak

jauh jarak

.

Mula runsing

pening pusing

renung fikir

apa mungkir

.

Sedang jalan

bumi telan

tanah jerlus

kaki perlus



Sunday 1 September 2024

31 OGOS

 ASSALAMUALAIKUM



31 OGOS

 

Anak-anak remaja di kampungku suka bermotorsikal membawa bendera Jalur Gemilang beramai-ramai sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Insiden tragis pernah berlaku dulu tika anak-anak remaja lelaki berseronok dengan aktiviti itu. Motorsikal  dipandu dengan laju dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri ketika melintasi selekoh tajam. Dan masing-masing mengalami kecederaan. Seorangnya adalah anak jiranku. Kecederaannya begitu parah sehingga terlantar lama di hospital. Setelah sembuh, Amir anak jiranku itu mengalami masalah hilang ingatan dan kemurungan pula.

 

Hari Merdeka –

penunggang 

Friday 30 August 2024

AMBANG MERDEKA

 

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JELANG HARI MERDEKA

SELAMAT ULANG TAHUN BLOGGER NOHAS N ABQORI MOGA TIASA SIHAT SEJAHTERA MURAH REZEKI DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT



Thursday 29 August 2024

WARNA JATI DIRI MELAYU

 ASSALAMUALAIKUM



WARNA JATI DIRI MELAYU

Roh jati diri wangsa Melayu
selari dengan pilihan warna
seri semarak mekar tak layu
jiwa dan raga diri sempurna
.
Pertama merah lambang berani
membela diri milik senjata
segenggam pegang besi kersani
beza setangan senafas kata
.
Kedua biru hikmah budaya
fasih bermain merancang tindak
santun busana hamba sahaya
masak memasak sesuka hendak
.
Falsafah hijau insan bertakwa
Agama Islam soleh beriman
merawat sakit segala rawa
lagu semangat dodoi berzaman
.
Amalan adat warnanya kuning
ekonomi juga senibina
pena menulis di malam hening
tumpah tinta ilham bijaksana

Tuesday 27 August 2024

PUJANGGA PUISI

 ASSALAMUALAIKUM


grafik Sifu TA terima kasih banyak Sifu bimbingannya.


PUJANGGA PUISI

#1

Pujangga puisi tulis karya

mengenal genre mengukir bentuk

menyusun diksi sehari suntuk

bahasa indah gubah bergaya

 

 

PUJANGGA PUISI

#2

Gurindam jiwa merentas maya

irama syair merdu melentok

pujangga puisi tulis karya

mengenal genre mengukir bentuk

 

PUJANGGA PUISI

#3

Mengarang pantun sepenuh daya

tilik sampiran mulai mengantuk

ilham diperah masih tak rontok

ilmu puisi yakin percaya

pujangga puisi tulis karya

mengenal genre mengukir bentuk

4


Sunday 25 August 2024

DUA RUANG

 ASSALAMUALAIKUM


 

DUA RUANG

 


Timur  Tengah

gaza jengah

rasa kesan

nasib insan

.

Fakir  amat

syukur rahmat

takwa  reda

lapang dada

.

Ruang  sini

tetap  gini

hidup sihat

santai rehat

.

Ruang  situ

masih gitu

jasad kurus

lapar terus


Friday 23 August 2024

SOFEA SAYANG NABI

 ASSALAMUALAIKUM





SALAM JUMAAT MULIA
Alhamdulillah dua naskhah karya terbaru terbitan DBP dan YADIM 024 telah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman penulis mapan, Noorlaila Ghafar. Alhamdulillah! Terima kasih banyak sahabatku hadiahnya. Amat terharu kesudiannya
Buku berkulit tebal dan menggunakan kertas berkualiti berjudul SOFEA SAYANG NABI dengan ilustrasi menarik oleh pelukis dari Indonesia menyerikan halaman yang memaparkan cerita berkenaan. Setiap kisah nabi ditulis oleh dua penulis. Kisah Nabi Adam AS ditulis Nor Raudah Hj Siren, Aisya Fetya dalam tajuk ADIK BAHARU. DENDAM SOFEA tulisan Noriah Hj Siren dan Salami Simon menceritakan kisah Nabi Hud AS mengaitkan ibrah berkaitan. Noorlaila Ghafar dan Amla Mat Rawi bergabung menulis kisah cabaran kehidupan dihadapi Nabi Saleh dalam tajuk HO HO BALIK KAMPUNG.
Walaupun kisah Nabi Adam, Idris, Noh, Hud, Saleh AS berbeza penulisnya dengan tajuk berlainan namun ianya saling berkaitan kerana watak utamanya Sofea bersama ibunya Puan Raudah, bapanya Encik Azhar, abangnya Danish dan adiknya Isma berkesinambungan sehingga akhir. Menarik sekali karya ditulis secara berkongsi ide dengan judul yang sama. Tapi mengembangkan watak terpilih dalam kisah berlaianan.
Tahniah Noorlaila Ghafar dan semua penulis terlibat.
INDAHNYA ALAM INI merupakan puisi kanak-kanak karya Noorlaila Ghafar terbitan DBP. 51 buah puisi indah dibahagikan dalam dua bahgian. Puisi dengan susunan diksi tiga atau empat larik membentuk tiga stanza atau empat. Semua puisi berfakta berkenaan pelbagai maklumat sains dan alam semesta sebagai pengajaran pada anak-anak agar bersyukur kewujudannya anugerah Allah. Puisi nukilan Noorlaila Ghafar memang tidak boleh dipertikaikan kualitinya yang mempesona.
Tahniah sahabatku Lela. Sekiranya ingin memiliki buku-buku ini sila hubungi Noorlaila Ghafar @facebook. Harganya amat sederhana dan mampu milik.

ps: rasa macam kenal ja Salami Simon ...bukan blogger amie ka...tahniah amie

Thursday 22 August 2024

KELARAI KENCANA

 ASSALAMUALAIKUM




KELARAI KENCANA - KHAZANAH PUISI PARIDAH ISHAK
TAHNIAH!
Sebagai menghargai penglibatan penulis Paridah Ishak sepanjang tempoh 10 tahun bersama Akademi SPTA, dan telah berjaya mengikuti projek penerbitan mencapai genre puisi terbanyak, 26 genre dalam antologi bersama dengan Akademi SPTA. KELARAI KENCANA – Khazanah Puisi Paridah Ishak diterbitkan oleh Akademi SPTA sebagai tanda penghargaan. Buku ini merupakan terbitan Akademi SPTA yang kesepuluh bagi tahun 2024, alhamdulillah. Terima kasih.
CNP FB SIFU TABIR ALAM

TARAA.... TIBA-TIBA MENJELMA KHAZANAH PUISI KELARAI KENCANA TERBITAN AKADEMI SPTA SEBAGAI APRESIASI SIFU TA PADA PI....ALHAMDULILLAH AMAT BERSYUKUR KE HADZRAT-NYA...TERIMA KASIH BANYAK SIFU SUDI TERBITKAN KARYA PI...BUDI SIFU ABADI DALAM KENANGAN TULUS. SEKIRANYA SAHABAT BLOGGERS N VIEWERS INGIN MEMILIKI NASKHAH INI SEBAGAI KHAZANAH PERIBADI TANDA SOKONGAN PADA PI N SIFU TA BERKARYA MENYEMARAKKAN SUSASTERA SILA HUBUNGI PI R SIFU TABIR ALAM @FACEBOOK....TERIMA KASIH BANYAK LUV U OLS.


MyBloglist