Sunday 31 December 2023

DANG ANOM

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JELANG TAHUN 024...

ALHAMDULILLAH KARYA PI DISIAR BERITA HARIAN SINGAPURA HARI INI...TERIMA KASIH BANYAK EDITOR BERITA MINGGU SINGAPURA SUDI SIARKAN SAJAK PI SEADANYA...TERHARU DAN BERSYUKUR AMAT.






DANG  ANOM

 

Basah meranum jenuh memberat,

cari pedada di sana rempa,

berpada gara jera diusik,

kenang berangan berlama hilang,

kerambil jaja di pekan mudik;

kisah Dang Anom penuh ibarat,

puteri pada  Rajuna Tapa,

hai bendahara pura Temasik,

bertunang dengan panglma Malang,

diambil raja jadikan gundik.

.

Kesuma  bilang sisih daunnya,

raba kemumu sulam angsana,

rapi menyingkap boleh mengawal,

dedalu teduh meruat lembang,

lakum sehala  biarkan jangan;

Panglima Malang kasih tunangnya,

cuba bertemu dalam istana,

tapi ditangkap oleh pengawal

lalu dituduh berbuat sumbang

dihukum sula akan pasangan.

.

Busana lupa jerumat dulu,

asal siapnya keluh penggawa,

mengata dara dulu mereka,

sengaja jahit tusuk sebarang,

 andam beralas berbisik puas;

Rajuna Tapa teramat pilu,

kesal hatinya luluh kecewa,

dan kota pura lalu dibuka,

hai Majapahit masuk menyerang,

dendam terbalas Temasik tewas.


Saturday 30 December 2023

SECEBIS KENANGAN 2023

 ASSALAMUALAIKUM 

SECEBIS KENANGAN 2023

PENCAPAIAN PI 2023 TIDAKLAH SEBERAPA DALAM PENULISAN........LAGIPUN PI MENULIS SUKA-SUKA SAJA MENGISI MASA SERAYA MASIH BERDAYA MENGHELA NAFAS.

ALHAMDULILLAH MENERIMA PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PENULIS DARIPADA GRUP PENULISAN  AKADEMI SPTA, GAKSA E-SASTERA, AKADEMI SANGGAR NURIMAS...BERSYUKUR SANGAT KESUDIAN ADMIN GRUP MAYA @FACEBOOK, WHATSAPP AKAN ANUGERAHNYA YANG SUNGGUH TIDAK TERNILAI  


ANUGERAH PENULIS KERSANI DISAMPAIKAN YB ADUN BESERAH DALAM MAJLIS PENULISAN ANJURAN GRUP ALUMNI AKADEMI SANGGAR NURIMAS..... SELAIN ANUGERAH SIJIL DAN PLAK PI JUGA TERIMA HAMPER DARIPADA DE RHU BEACH RESORT JUGA BUKU2 HADIAH PENULIS SABAH ALOY INDERA JOKINA DAN ALONG NURIMAS...TERIMA KASIH BANYAK SANTUNAN DAN BAIK BUDI


SIJIL DISAMPAIKAN YB BESERAH, AMDANSURA...TERIMA KASIH BANYAK ALONG..TERIMA KASIH BANYAK YB


TERIMA KASIH BANYAK SASTERAWAN NURIMAS
MENJADIKAN SEBAGAI SIFU PUISI GENRE MODEN



SEBAGAI PEMBANTU SASTERAWAN MEMBIMBING PESERTA PUISI SYAIR DAN GURINDAM...PI BUKAN PANDAI PUN...SEKADAR BERKONGSI ILMU HASIL BIMBINGAN SIFU TABIR ALAM.



ANTARA PEMENANG SAYEMBARA PUISI ASN




Pemenang kedua sayembara certot tahun baharu esastera 023
Pemenang ketiga simfoni puisi Februari ASN 023
Pemenang pertama simfoni puisi Mac ASN 023
HADIAH UTAMA ALUMNI KERSANI ASN 20.05.023 @ De Rhu Beach Resort Hotel, Kuantan disampaikam YB Andansura Rabu ADUN Beserah.
Pemenang pertama puisi ESVA 5/023

Wednesday 27 December 2023

KEPUNG DEMI PALESTIN

 ASSALAMUALAIKUM




KEPUNG DEMI PALESTIN

.

Warga

Malaysia

padu niat satu

sokongan pada Palestin

tunjuk

.

Korban

masa emas

bantah tindak zalim

angkuh Zionis durjana

kejam

.

Nyawa

ragut rampas

musnahkan segala

dan Amerika Syarikat

dukung

.

Piket

protes laku

bersama berdiri

 simbolik kecam Israel

gasak


Tuesday 26 December 2023

MEMDAM BERAHI

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


SYAIR MENDAM BERAHI

#1

Awal bismilah bermula ayat,

berlagu syair akan hikayat,

Memdam Berahi citra riwayat,

bahtera megah sanjungan rakyat.

#2

Sudah terkenal sejak dahulu,

wangsa Melayu gemar selalu,

belayar jauh hilir dan hulu,

lautan luas tiada silu.

#3

Cerita silam ramai bertanya

apakah mitos akan kisahnya,

persoal pula bila wujudnya,

Inginkan bukti nyata sahihnya.

#4

Tersebut kisah satu ketika,

dalam negara nama Melaka,

rakyat dan raja tiada leka,

ilmu lautan amatlah peka.

#5

Sultan  Mansur Shah telah berperi,

bina bahtera agam selari,

pada Hang Tuah titah diberi.

ke Majapahit pinang puteri,

#6

Raden Mas Ayu amat jelita,

sultan Mansur Shah menaruh cinta,

rindu dipendam rasa derita,

hasrat menyunting bunga dicita.

 

#7

Hai Hang Tuah menjunjung titah,

pantang menyanggah walau sepatah,

taat setia akur perintah,

bersama tukang kayu dipatah.

#8

Satu persatu kayu terpilih,

ditanggam kemas tidak bersilih,

dipasak cuma sukar di alih,

bekerjasama tanpa berdalih.

#9

Tinggi bahtera hai tujuh tingkat,

gigih siapkan ikut peringkat,

luas ruangnya ada disekat,

dinding berlapis empat melekat.

#10

Tiang layarnya terdiri tiga,

tengah letaknya jurus peraga,

kiri dan kanan adalah juga,

tinggi menjulang menyentuh mega.

#11

Muncung bahtera hai cengal batu,

sirat tujuan maksud tertentu,

padat kayunya tajamnya jitu,

bagai senjata letak di situ,

 

#12

Tiga geladak telah siapkan,

dek kedua indah hiaskan,

ruang  bangsawan bersama rakan,

tempat berpegang emas sadurkan.

#13

Jumlah pendayung genap seratus,

kiri dan kanan tiada putus,

bergerak laju bayu mengutus,

mengharung badai taufan tercetus.

#14

Berhari-hari tukang bekerja,

bermula siang berganti senja,

tunai kehendak seorang raja,

siap tersergam kagum teruja.

#15

Hang Tuah bijak mudah berfikir,

aksara indah jelas terukir,

pegang amanah menolak mungkir,

berjiwa hamba tiasa fakir.

#16

Memdam Berahi nama bahtera,

maksud bahasa Jawa setara,

ambil sempena lantaran gara,

pesona cinta mabuk asmara,

#17

Raden Mas Ayu kalbu memuja,

Sultan Mansur Shah nian teruja,

majlis berkahwin adat beraja,

setelah itu nikah Tun Teja.

#18

Dalam bahtera Memdam Berahi,

nan bertemasya tidak kelahi,

baik putera juga puteri,

bercanda mesra dua isteri.

#19

Setelah itu Hang Tuah guna,

sandang jawatan hai laksamana,

belayar jauh ke mana-mana,

rentas segara hingga ke China.

.

#20

Susun senjata di ruang legar,

meriam, lela juga istinggar,

pemuras ada rentaka gegar,

semangat juang tiasa tegar.

#21

Sekian tahun silih ketika,

Sultan Mahmud Shah tadbir Melaka,

negara indah tanah pusaka,

Portugis serang bagai puaka.

#22

Gagah berlawan tingkah serangan,

sebelum tewas berundur jangan,

Memdam Berahi bukan saingan,

luput pandangan mana gerangan.

#23

Syair dikarang mengakhir kata,

sejarah lama warisan kita,

Memdam Berahi bukan cerita,

terlalu mahal nilainya harta.


Sunday 24 December 2023

KARYA 023

 KARYA 023

ASSALAMUALAIKUM
Selamat berhujung minggu ...
Disember 023 semakin ke penghujung...sebagai revisi kelak PI simpan di sini beberapa karya kakpidah disiar media bercetak akhbar dan majalah...tidaklah seberapa jumlahnya...seketul dua saja....jadila adalah juga demi semangat heh..heh
Terima kasih semua editor akhbar @ MEDIA PERMATA BRUNEI DARUSSALAM, SUARA SARAWAK, MINGGUAN MALAYSIA dan majalah DBP @ DEWAN SASTERA, DEWAN PELAJAR, TAMADUN ISLAM, PELITA BAHASA sudi siarkan karya PI seadanya.
















Friday 22 December 2023

SIJIL PENGHARGAAN

 

ASSALAMUALAIKUM

TAHNIAH!

E-SIJIL PENCAPAIAN
Sepanjang tempoh sepuluh tahun kewujudan grup Akademi SPTA dari tahun 2014 hingga 2023, dengan izin Allah SWT sejumlah 26 genre puisi telah dibimbing dalam projek penulisan Akademi SPTA seperti puisi-puisi berikut: Akrostik, Diamante, Dukotu, Gurindam, Haibun Haiga, Haiku, Karmina, Kuatrin, Limerik, Palindrom, Pancalarik, Pantun (Jenaka & Kanak-Kanak) , Pantun Ekarima, Rejang, Saduka, Sajadah, Sajak, Seloka, Soneta, Sonigraf, Syair, Tanka, Tautogram, dan Terza Rima.
Akademi SPTA merakamkan ucapan terima kasih kepada pemuisi yang terpilih berikut atas pencapaian mereka mengikuti tutorial 20 genre puisi tradisional dan moden secara dalam talian kelolaan grup Akademi SPTA.
-----
  1. Paridah Ishak > 26 genre puisi
  2. Seti Zaleha > 25 genre puisi
  3. Syidah Ida > 25 genre puisi
  4. Yahti Hayati > 24 genre puisi
  5. Sabariah Nor Salleh > 22 genre puisi
  6. Issey Miyaki > 21 genre puisi
  7. Mak Russ > 21 genre puisi
  8. Ruslina Mat Rakib > 20 genre puisi
  9. Kamarsinah Sarkam > 20 genre puisi






  10. cnp Sifu TA GRAHA KARYA
    Alhamdulillah...terima kasih sifu penghargaannya terharu menerimanya baik budi sifu memberi ilmu dan membimbing penuh susah payah amat disanjung tinggi kenangan abadi moga sifu n famili dlm rahmat Allah sihat sejahtera beroleh limpah ganjaran-Nya..amiin
    Tahniah Sifu
    Tahniah semua sahabat karyawawan Akademi SPTA
All reactio



MyBloglist