Sunday 30 April 2017

EPAL SIAM...BIDARA.

ASSALAMUALAIKUM...





POKOK EPAL SIAM / BUAH BIDARA MAKIN DIGEMARI RAMAI
RUGI TAK TANAM TOW...
Buah bidara dikenali Epal Siam kini dicari dan digemari ramai kerana rasa buah nya sangat manis dan rangup. Khasiat tinggi malah baik untuk penjagaan kesihatan & kecantikan. Tak perlu ruang luas! Penjagaan pokok yang sangat mudah dan lasak. Jangkaan berbuah seawal 1-2 tahun sahaja. Jom tanam dirumah, mesti seronok bila dah berhasil nanti ! ;-)
.
Nak cepat respon & order? Jom terus Whatsapp saya!
.
✔ Klik link -> https://hi.jomwasap.my/buahbidara
ATAU
✔ Whatsapp 'BIDARA' ke 019-475 0677
.
🌟 Penghantaran terus ke rumah seluru

Saturday 29 April 2017

CERPEN FELDA...

ASSALAMUALAIKUM...

PELUANG MESTI DIREBUT...

Salam kawan-kawan Facebook. Saya ingin menjemput anda untuk menulis cerpen 1,500-2,500 patah perkataan yang bertemakan 'FELDA'. Cerpen anda boleh ditulis dalam apa-apa bentuk genre dan gaya penulisan. Bonus jika anda adalah generasi baru Felda. Anda boleh menghantar cerpen ke syahid@terfaktab.com. Karya yang terpilih akan dihubungi penulisnya untuk ke peringkat seterusnya. Sebarkan berita baik ini.

Friday 28 April 2017

KHABAR HUJAN..

ASSALAMUALAIKUM..

SALAM JUMAAT MULIA



KHABAR HUJAN
Awal pagi dingin Jumaat mulia
menderu-deru titis hujan dengan ritma
kadang lebat kadang sederhana
berulang tiada hentinya.
Petir kilat bersilat cahaya
kadang ada suara guruh
berdentum nyaring
mengejutkan damai.
Dalam kekalutan
terkesima menerima khabar
lewat udara maya
seorang Pak Njang sering di sisi
mengusung derita diri ini
ke mana saja
meninggalkanku selamanya
pulang kepada-Nya
mengukir sayu hiba
melorek duka
membekas sukma.
Kuiring untaian doa
berbahagia meraup cinta abadi
alam baqa di sisi-Nya.
Al-Fatihah

Paridah Ishak

Selayang Utama

Wednesday 26 April 2017

REGIS..

ASSALAMUALAIKUM....

PI BERJAYA JUGA MENULIS PUISI HAIBUN IAITU PUISI HAIKU JEPUN BERSERTA CERITA RINGKAS BERGANDING DENGAN PENULIS-PENULIS  SPTA (SIRI PENERBITAN TABIR ALAM) YANG LAIN DENGAN BIMBINGAN SIFU TABIR ALAM....JIKALAU TANPA TUNJUK AJAR SIFU ALAMATNYA HAIKU YANG DICIPTA HANYUT KE LAUT KEHILANGAN PRINSIP.

ANTOLOGI REGIS DALAM DWI BAHASA MELAYU /INGGERIS.

PENTERJERMAHNYA ADALAH SIFU TABIR ALAM SENDIRI.

KHIDMAT MENTERJERMAH KARYA AMATLAH MAHAL NAMUN SIFU TABIR ALAM MELAKUKANNYA DEMI MENINGKAT KUALITI DAN MELUASKAN LAGI PENYEBARAN KARYA.



Terima kasih kepada semua Haijin yang terlibat dalam menjayakan antologi "REGIS - Projek Haibun Melayu" dwi-bahasa ini. Tarikh terbit Ahad 30 April 2017.

01 - Bayu Pagi
02 - CT Nurza
03 - Khaziah Bte Yem 
04 - Nor Aziah Aziz Fadzilah
05 - Nor Azizah Idris
06 - Padin Majid
07 - Paridah Ishak
08 - Pauzi Mohd Isa
09 - Saniah Masri
10 - Siti Zaiton Ahmad
11 - Sri Mawar
12 - Yahti Hayati
13 - Zuraida Dewi

Tuesday 25 April 2017

SYAIR MAWAR....

ASSALAMUALAIKUM...



MAWAR OH MAWAR
Syair mawar bersama diperi,
mekar di pohon cantik berseri,
walau keliling dipenuhi duri,
namun itulah gambaran diri.

Mawar cantik lebat berumpun,
aroma segar berjambak disusun,
di sudut kamar menyerlah anggun,
menyeri ruang hati meruntun.

Leganya hati di sisi mawar,
terasa laju masa beredar,
ingin bersama hilangkan gusar,
nikmati indahnya dengan sabar.

Walau terluka ditusuk duri,
darah menitis di ujung jari,
hati terasa ngilu dan nyeri,
diseka lirih memujuk diri.

Mawar yang ini mawar pilihan,
jadi perhiasan jadi perhatian,
mengulit rasa kegembiraan,
mengukir riang keceriaan.

Mawar ranggi berkelopak cantik,
tanpa ragu segera dipetik,
sebelum mekar dinanti putik,
walau hujan mulai merintik.

Gerimis mulai turun kasar,
hati berolak runsing dan gusar,
lembut kelopak menjadi sasar,
tidak tegar alam menggegar.

Mawar terindah memudar warna,
tidak lagi sesegar angsana,
kelopak relai di sini sana,
bertaburan suram suasana.

Demikianlah kisah akan mawarku,
sudah pun layu di ujung waktu,
berguguran longlai di perdu,
namun kenangan digugah rindu.

Paridah Ishak
Selayang Utama
22 Okt 016


Monday 24 April 2017

SERAMBI SEPI...

ASSALAMUALAIKUM



SERAMBI SEPI
Di sini lagi
bersama vanda,cateleya, dendrobium, butterfly, hybrid aneka
mengorak kelopak ranggi
harum mewangi.
mengusir sepiku di serambi.
Anggerik hiasi suasana
menemani kesendirian.
Terentang lorong kecil di hadapan
luncur basikal anak-anak menggateh ke sekolah
para pekebun bermotor laju
turuni lurah bukit
hala kebun sawit.
Senyum terbuka
mengiring ramah tegur sapa
“Wah! Cantiknya anggerik galak berbunga
Jom ke kebun kita tuai rezeki sawit pula.”
Mandalanya diperbukitan
menggamit pandangan meraih tujuan.

Paridah Ishak
Selayang Utama
24/04/017



Sunday 23 April 2017

POSKAD DAN KEYCHAIN DARI NEW ZEALAND...

ASSALAMUALAIKUM...

TERIMA KASIH BANYAK BLOGGER DORSET PINK/DP YANG SUDI MENGIRIMKAN PI POSKAD DAN KEY CHAIN CANTIK DARI NEW ZEALAND...PI MENERIMANYA DENGAN BERBESAR HATI SEKALI JUSTERU KEBAIKAN BUDI BLOGGER MUDA COMEL LOTE BERANAK SORANG YANG SEDANG MENYAMBUNG PENGAJIAN PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH/PHD DI SEBUAH UNIVERSITI TEMPATAN.

DALAM KESIBUKAN BELIAU MENELAAH PELAJARAN MASIH JUGA BELIAU SEMPAT TRAVEL KE MANA SAJA SAMAADA DI DALAM NEGARA MAHUPUN LUAR NEGARA...

SEKIRANYA INGIN IKUTI ACARA PERCUTIANNYA YANG DILENGKAPI DENGAN INFO DETIL BERSERTA BANYAK PIC MENARIK SINGGAHILAH BLOG BELIAU INI..http://dorsettpink.blogspot.my/2017/04/accomodation-rotorua-new-zealand.html#comment-form.
SELAIN ITU BANYAK LAGI INFO YANG WAJAR DIBACA HASIL PERKONGSIAN YANG DITULIS DENGAN SEBAIKNYA.




HENDAK KE NEW ZEALAND MEMANGLAH TAK MAMPU TAPI DAH DAPAT HADIAH KIRIMAN DP INIPUN BERSYUKUR AMAT TERIMA KASIH DP/DORSET PINK

Saturday 22 April 2017

MENGENANG KAMPUNG HALAMAN...

ASSALAMUALAIKUM...

RAMADAN SEMAKIN JELANG DAN KITA PUN TERKENANGKAN KAMPUNG HALAMAN YANG DITINGGALKAN...TERASA BAGAI DIGAMIT UNTUK KEMBALI MENEMUI YANG TERSAYANG DI SANA

DULANG KECHIL DESA TERPENCIL

Pulang  ikan garang semilang,
      walang telepok jalang keladi;
Dulang bukan sebarang dulang,
      Dulang mengepok jelapang padi.

Sewah  bertandang di malam hening,
      buluh kelarai tampung hinggapnya;
sawah dipandang kuning menguning,
      puncak Jerai menaunginya.

.Ke hujung taman purdah melayang,
      lambak pulasan jera di lata;
kampung laman indah terbayang,
      bak di lukisan tertera nyata.

Beribu-ribu nama diseru,
       kalau-kalau mengingatinya;
laut membiru awan pun biru,
      pulau pulau nun di tengahnya.

Hilang bukan sengaja hilang,
      pulang sang kancil membawa harta;
dulang bukan sebarang dulang,
      Dulang Kechil desa tercinta.


Hangit  tanjung bertih di cawan,
    sulami sentang puas cernaan;
langit dijunjung putih berawan,
   bumi terbentang luas pandangan.

bersantai nuri terkilan bayan,
    leka mengutil merisih ulatan;
berjuntai kaki di jeti nelayan,
    perahu kecil masih di lautan.

Jari bersendi di tangan benang,
    lewah dipandang  rening hiasan;
berdiri di sini dengan tenang,
    sawah bendang kuning keemasan.

Pedada,  kuni sarat menjadi,
    diguni dara  sambil memilih;
tiada petani mengerat padi,
    kini jentera mengambil alih.

Dalam  terkaku dijelah gundah,
    galau bertambah meniti rasa;
alam desaku tetaplah indah,
    walau berubah ikuti masa..

PARIDAH ISHAK
KG. KUALA DULANG KECHIL.

15 DIS 2015

Friday 21 April 2017

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST!

ASSALAMUALAIKUM..

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!


Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short reviewtentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal)

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link kepada blog ini

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30 APRIL 2017 

 2 orang pemenang dengan entry yang paling kreatif! Pemenang akan memenangi RM10 setiap seorang (boleh pilih nak top up ataupun bank in). Pemilihan akan dibuat secara telus 

Semua peserta segmen ini juga akan kekal berada di dalam blog listSeorang Syed sehinggalah aku rasa nak ada blog list yang baru. Tunggu apa lagi? jom lah join! 


Blogger Seorang Syed ialah seorang blogger yang amat  rajin menulis. Banyak idea bernas dan info sering dikongsi di dalam blog beliau. Tidak rugi singgah di blog beliau yang ternyata sarat ilmunya justeru beliau adalah bakal guru yang amat berminat dengan bidang yang bakal diceburinya.  Semoga Seorang Syed akan terus sukses dalam  kehidupan yang dijalaninya.


Thursday 20 April 2017

Seloka menanti....

ASSALAMUALAIKUM...

PENANTIAN

Di tepi sawah menatap indah,
jemu meinanti hati menggundah.

Bagai disayat sakan merindu,
entah siapa hendak mengadu.

Duduk sendiri menongkat dagu,
merenung jauh minda meragu.

Entahkan hadir entahkan tidak,
cempera rasa jiwa gejolak.

Nyamuk dan agas mula menyerang,
agaknya  sengaja menyuruh pulang.

Katak pun riuh sahut-menyahut,
senja yang tiba menambah kalut.

Kenapa biar penantianku,
hanya berlalu bersama waktu.

Menanti hadirmu bersusah-payah,
sepanjang waktu duduk meresah.

Kemana pergi menghilang diri,
tiidak tepati menabur janji

Tak bimbangku merajuk pergi.
nanti kecewa menggigit jari.




Wednesday 19 April 2017

WAU EMAS...

ASSALAMUALAIKUM...




WAU EMAS

(Mengenang kehilangan MH370)

Bertahun lalu
Wau emasku leka bermain awan
ke utara
ke selatan
ke timur
ke barat...
dengan senyum ceria
menghulur salam.
Sayang 
tali kipas takdirnya terputus
tiada daya mengawalnya melawan
hembusan angin langit
lazuardi
yang menghumbankannya
ke samudera bergelora
hilang ditelan alam gelita
puas dicari ke mana-mana.

Ah!
alangkah sedih
alangkah sendu
menemuimu begitu
berlinangan airmata
hilang suara
menangisinya.
hiba.
sayapmu patah
wajahmu basah... 
demikianlah takdir Allah.


Hati ini melihatmu
masih terbang sambil melambai-lambai
mengucapkan salam perpisahan
menongkah arus lautan
menujah langit dalam perjalanan berterusan
langkah mendahului yang lain-lain.
walau sukarnya hati melepaskanmu pergi..
tapi zahirmu rahmat ilahi
kepada-Nya dirimu kembali.

Paridah Ishak
Selayang Utama


Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP'

ASSALAMUALAIKUM...

JOM KITA RAMAI-RAMAI SERTAI SEGMEN NI..SESEKALI BERI SOKONGAN PADA RAKAN BLOGGER


syarat penyertaan sangat mudah, cuma perlu

- follow blog www.sukasukasurirumah.blogspot.com

- follow Google+ Mrs Pip

- buat entry bertajuk Segmen 'I AM BLOGLISTED BY MRS PIP', copy banner ke dalam entry anda, dan backlink kan ke blog Mrs Pip semula

- dan paling penting, jangan lupa tinggalkan entry link anda di bahagian komen

****************************

buat pengetahuan rakan-rakan blogger, Mrs Pip sedang mencari seramai 15 blogger bertuah untuk disenaraikan dalam BLOGLIST Mrs Pip sepanjang bulan Mei-Jun 2017

segmen ini berlangsung bermula 17 April - 30 April 2017, tamat jam 8pm, dan senarai blogger yang berjaya masuk BLOGLIST Mrs Pip akan diumumkan Insya Allah pada 1 Mei 2017

sekiranya segmen ini mendapat sambutan melebihi 30 penyertaan,
2 pemenang bertuah akan menerima hadiah misteri daripada Mrs Pip

pemilihan pemenang bertuah adalah melalui 'cabutan kotak rahsia' :))
dan pemilihan adalah muktamad.

****************************

jom meriahkan

MyBloglist