SYAIR PANTUN BERENDOI...
Ana anak kedua jiranku yang di kiri baru saja melahirkan anaknya yang ketiga seorang putera. Masih lagi belum habis masanya berpantang tapi sudah mahu pulang ke rumahnya dan suami di KL. Dan emak/bapanya pun berusaha mengatur majlis cukur rambut, berendoi dengan dimulai bacaan yasin dan tahlil jiran-jiran yang memenuhi undangan.
Majlis sebegini memang sering diadakan di sini juga di tempat lain tentunya...
Aku tertarik sungguh dengan syair/pantun berendoi yang indah dilagukan. Rasanya aku terlewat mengetahuinya. Dan aku catatkan di sini syair itu untuk dikongsi bersama betapa indahnya sebuah sastera lama.
Bismillah itu permulaan nama
keadaan zatnya bersama-sama
menzahirkan zat menyatakan asma
khadim dan taat sedialah lama
Wahai segala anaknya Adam
asal dan Wahi Nurul khatam
dipecahkan empat zahirnya Adam
dipecahkan pula sekelian alam
Rahim bapamu turun ke ibumu
empat puluh hari Nutfah namamu
lapan puluh hari alakah Alakah namamu
seratus dua puluh hari Masfah namamu...
Majlis sebegini memang sering diadakan di sini juga di tempat lain tentunya...
Aku tertarik sungguh dengan syair/pantun berendoi yang indah dilagukan. Rasanya aku terlewat mengetahuinya. Dan aku catatkan di sini syair itu untuk dikongsi bersama betapa indahnya sebuah sastera lama.
keadaan zatnya bersama-sama
menzahirkan zat menyatakan asma
khadim dan taat sedialah lama
Wahai segala anaknya Adam
asal dan Wahi Nurul khatam
dipecahkan empat zahirnya Adam
dipecahkan pula sekelian alam
Rahim bapamu turun ke ibumu
empat puluh hari Nutfah namamu
lapan puluh hari alakah Alakah namamu
seratus dua puluh hari Masfah namamu...
Sangat bermakna pantun tu :)
ReplyDeleteini adalah lagu nazam yg dinyanyikan ibu-ibu dlm acara berendoi meraikan kelhiran seorang anak...tq Yun Sing.
DeleteOoh.. camtu ea.. baru tau :) Thanks for the info~
Deletegitulah adat lama sastera rakyat....tq
Deletewaaaaah..... sy pling suka nak baca-baca pantun ..... hehehehe
ReplyDeletepantun puisi lama yg indah...tq Fiu S
DeleteKumpulan yassin bunda pun ada jgk acara macam ni...dan lagu pantun berendoi yg menyentuh hati ...
ReplyDeleteDah lama jgk bunda tak ikuti majlis macam ni...
selalunya didahului majlisnya dgn bacaan yassin, berselawat nabi n baru menyanyi nazam...pantun nazam mmg indah n amat seni susunan bait2nya...tq BUNDA.
ReplyDeletePuisinya bagus Mbak Paridah :)
ReplyDeleteya puisi lama yg indah...tq Yobert Parai.
ReplyDeleteKak...kalau kat tempat saya semasa buai tu ditarik..zikir tu oleh pihak lelaki...jarang sekali saya jumpa org perempuan yg memaikan poeranan seperti dlm gambar gambar ni
ReplyDeleteyeke...kalau dikampung2 tradisi adatnya mmg begitu..tapi di felda kebanyakan peranan gitu dilakukan oleh ibu2 rumahtangga...bermarhaban, berselawat, berendoi dah jadi kewajipan mrk meraikan majlis tersebut...tq ANAK KUALA.
ReplyDeleteseronoknyer,, penuh adat tradisi yang tak laput di zaman yer kak !
ReplyDelete