Saturday 27 February 2021

HARAPAN

 ASSALAMUALAIKUM




 

HARAPAN

 

Vaksin

yang dinanti

kemunculan kini

disambut hadirnya dengan

girang

.

Warga

raup syukur

semoga penawar

mendinding virus korona

jangkit

.

Wajib

patuh yakin

anjuran pimpinan

demi mengelak pandemik

kekal

.

Hanya

Allah maha

tahu kebenaran

hikmah tiap lontarannya

duga


PARIDAH ISHAK

DMS

27/02/021

Thursday 25 February 2021

SUMPAH ORANG MINYAK

 ASSALAMUALAIKUM


PERSONIFIKASI TUDUNG PERIUK



:Tudung periuk pandai 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢,

 tarian anak Putera Mahkota;

kain yang buruk berilah kami,

 buat menyapu si air mata.

 

Sumber: Pantun Klasik Melayu

Pantun Tudung Periuk dilagukan Allahyarham Seniman Negara P. Ramlee yang melatari filem Sumpah Orang Minyak ini karya penulis lirik S.Sudarmaji. dan lagunya ciptaan dan gubahan P.Ramlee, dinyanyikan duet P. Ramlee dan Saloma.

Filem Sumpah Orang Minyak arahan P. Ramlee terbitan Shaw Brothers  Malay Film Production 1957   filem ini memenangi kartegori fotografi filem terbaik yang diadakan di festival filem Manila 1958. 

-       Rujukan P. Ramlee. Freez. Com

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)


Lagu Tudung Periuk dengan stanza pantun yang merangkum metafora yang menuntut ketelitian untuk memahami maksud prrsonifikasi “tudung periuk pandai menari” pada sampiran di baris satu.. Tudung periuk kelihatan seakan menari-nari di atas periuk nasi kala nasi yang di atas api sedang mendidih. Citra sampiran yang sinonim dalam masyarakat Melayu dahulu dan kini.

Personifikasi lazim digunakan dalam lirik lagu untuk menyampaikan pesan dari pengarang lagu kepada para pendengar lagu. Secara umum personifikasi merupakan salah satu gaya bahasa yang menggambarkan sesuatu tidak bernyawa atau benda mati yang seolah-olah hidup

2.Personifikasi juga seolah menyerapkan sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan sastera atau seni.

3. perlambangan  atau pengumpaan kepada sesuatu mempunyai sifat manusia.

 

Personafikasi perorangan pandai menari  diberi kepada tudung periuk.

 

Sampiran baris ke dua;

“tarian anak putera mahkota,” membawa maksud cara pilihan gaya bangsawan yang menjadi tarian impian hidup orang kebanyakan.

 

:Tudung periuk pandai 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢,

 tarian anak Putera Mahkota;

kain yang buruk berilah kami,

 buat menyapu si air mata.

 

Stanza pantun dengan kadensa tidak lunak iaitu 10 sukukata pada baris pertama.

11 sukukata sampiran baris ke dua.

10 sukukata baris maksud ke tiga.

10 sukukata baris maksud ke empat.

Menyantuni rima pantun a b a b secara rawak namun sangat harmoni dilagukan dengan merdu melontarkan maksud cerita dalam filem Sumpah Orang Minyak

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 


Wednesday 24 February 2021

BIOGRAFI PENULIS PERAK JILID 2

 ASSALAMUALAIKUM


DOKUMENTASI -Buku Biografi Penulis Perak Jilid 1 terbitan 2020 mengandungi biografi ringkas 100 orang penulis kreatif dan non kreatif manakala jilid 2 terbitan 2021 seramai 108 penulis. Anda yang ingin membeli boleh PM saya, DrZHI. Harga senaskhah jilid 1 RM40 (270 halaman), jilid 2 (RM35 -186 hlm) dan byrn penghantaran RM8. Kedua-dua buku dicetak terhad berasaskan permintaan. Tempahan segera diutamakan.


ALHAMDULILLAH PI TERSENARAI JUGA DALAM BUKU BIOGRAFI PENULIS SELENGGARAAN DR ZABIDIN ISMAIL...KALAU BERMINAT NAK BACA N MILIKI BIODATA PENULIS PERAK YANG HEBAT TERNAMA SILA HUBUNGI DR ZABIDIN ISMAIL @FACEBOOK...PI BIASALA SEKADAR MENYIBUK N NAK MENCELAH JUGA HEH..HEH..



Monday 22 February 2021

TEKA-TEKI

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


Teka-teki ialah puisi tradisional Melayu yang mempunyai pembayang tertentu yang bertujuan menduga akal seseorang dan terbahagi kepada dua jenis; (i) masalah untuk diselesaikan (conundrum) dan (ii) enigma atau persoalan kabur. Menurut Darwis Harahap (1992) teka-teki merupakan hasil sastera Melayu yang diselitkan dalam penglipur lara sebelum orang Melayu miliki kemahiran menulis; rujukan buku PUISI &PEMUISI 2019.

Contoh teka-teki masalah (conundrom);

1.    Satu banyak-banyak, dua sikit-sikit, tiga jarang-jarang, empat kadang-kadang, apa itu?- jawapannya orang berkahwin

 

2.    Apa binatang darahnya hitam, berjanggut lapan.- jawapannya sotong

Dan teka-teki yang dijadikan pantun disebut Pantun teka-teki contohnya;

 

Hari-hari ke rumah cik Hitam,

melihat orang memotong tebu;

apa binatang darahnya hitam,

janggut delapan tulangnya satu,

-       Jawapannya  sotong.

 

Pantun klasik ini jenis pantun teka-teki berima rawak dan tidak memenuhi disiplin pantun biasa berima a b a b pada perkataan di tengah dan hujung baris sampiran juga maksud.

 

Pantun teka-teki juga boleh dikarang sebagai karmina seperti;

 

Kenapa tentang hiris teluki;

apa binatang keris di kaki?

 

-       Jawapannya ayam jantan.

 

Pantun teka-teki boleh juga dikarang dalam bentuk talibun contoh;

 

 Lebai ke mana arah meninjau,

hendak mencantas mangga berbuah,

membuang batu sisih landasnya;

cabai berwarna merah dan hijau,

letak di atas juga di bawah,

yang mana satu lebih pedasnya.

 

Jawapannya cabai yang dimakan.

 

Lihai sahaja bersimpul kemas,

tiang beralang balam berlima,

luka di siku lolonglah sawab;

hai anak raja berjambul emas,

siang menghilang malam menjelma,

teka-tekiku tolonglah jawab.

.

Galau meletup kasar dipangku,

bendala arka tersasar malam,

langkah ke paya menjala ikan;

kalau ditutup sebesar kuku,

kala dibuka sebesar alam,

apakah dia sila jawabkan.


Sunday 21 February 2021

SYAIR ANBIA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAHABAT VIEWERS N BLOGGERS YANG DIKASIHI



SYAIR ANBIA ANTOLOGI TERBARU TERBITAN SPTA TELAH SIAP DICETAK...ANTOLOGI INI SANGAT ISTIMEWA LANTARAN SYAIR YANG DIKARANG MEMPERIHAL 25 NABI YANG MULIA...SIFU TABIR ALAM MEMBIMBING SEMUA PENULIS TERPILIH MENYUSUN STANZA SYAIR KADENSA LUNAK DENGAN RIMA HUJUNG SENADA TAPI AMAT MEMENTINGKAN KETELITIAN FAKTA YANG TIDAK LANGSUNG BERSALAHAN WALAU SEDIKIT.

TAHNIAH SIFU DAN SEMUA PENUKIL TERLIBAT YANG TELAH BERJAYA MENYIAPKAN KARYA YANG BANYAK MENGUJI PENGETAHUAN MINDA KERANA TERPAKSA  BANYAK MEMBACA PELBAGAI SUMBER UNTUK RUJUKAN.

SETIAP PENULIS MEMILIH KISAH SEORANG NABI UNTUK DIKARANG SYAIRNYA....PI MEMILIH KISAH NABI AYUB UNTUK DISYAIRKAN. 

SENARAI PENULIS TERLIBAT;


  1. Bayu Pagi
  2. Citranalis
  3. Fadziah Md Zakaria
  4. Faiziah Shamsudin
  5. Hamimah Ibrahim
  6. Has Yusoff
  7. Issey Miyaki
  8. Noorlaila Ghafar
  9. Onn Abdullah
  10. Pak Engku
  11. Paridah Ishak
  12. Raonah Mohd Sam
  13. Russ Asan
  14. Sabariah Nor Salleh
  15. Salmah Amir
  16. Sanusi Ibnu Din Assingkiri
  17. Sarji Kasim
  18. Seti Zaleha
  19. Siti Siah
  20. Suzana Jumadil
  21. Syidah Ida
  22. TabirAlam
  23. Ustazah Ana
  24. Yahti Hayati
  25. Zuraida Dewi

SEKIRANYA BERMINAT MILIKI SEBAGAI KHAZANAH DAN  BAHAN BACAAN KELUARGA BOLEH HUBUNGI SIFU TABIR ALAM @ FACEBOOK


Friday 19 February 2021

DEDALU

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

DEDALU
.



Menjadi dedalu
menumpang pohon
tapi bisa
membunuh
.
Pohon segar rimbun
semakin kering
gugur layu
dedaun
.
Ajaibnya dia
menyerlah hijau
atas pohon
yang mati
.
Dilema dedalu
menyabung nyawa
memangsai
budiman


PARIDAH ISHAK
DMS

Thursday 18 February 2021

GURINDAM JIWA

 ASSALAMUALAIKUM

PIC GOOGLE IMAGES (C)




PANTUN GURINDAM JIWA

Lagu Gurindam Jiwa, liriknya ditulis oleh Almarhum Hamzah Hussien dan lagunya dicipta oleh Almarhum Pak Wandly Yazid. Senikatanya indah mendayu dan jalan cerita filemnya dilakonkan oleh Seniman Nordin Ahmad dan Seniwati Latifah Omar yang memegang watak utama sebagai Dahlan dan Dahlia. Filem yang mengisahkan tentang seorang pujangga iaitu Dahlan yang gemar mengarang pantun dan gurindam di desanya menempuh cabaran hidup sebagai pujangga di dalam istana setelah bakatnya disenangi sultan. Dahlan terpaksa meninggalkan Dahlia isterinya di kampung demi tugasnya sebagai Pujangga Diraja. Dan kisah berakhir dengan tragedy pilu Dahlia yang cuba membunuh diri lantaran sangat kecewa kerana suaminya telah berkahwin lagi dengan anak bendahara. 

Gurindam jiwa sangat istimewa kerana separuh dari dialognya adalah berupa pantun yang menjadi akar sendi filem ini. Menerusi rangkaian pantun yg dimuatkan dalam filem ini, ia mencerminkan masyarakat Melayu kita yang kaya dengan susun kata bahasa yang tinggi nilainya dipenuhi dengan kata kias dan kata makna dalam setiap bait pantun,

Lagu Gurindam Jiwa yang menjadi tajuk filem Gurindam Jiwa arahan M.Amin 1965 senikatanya mengandungi lima rangkap pantun nyanyian  biduan R,.Ismail dan biduanita  Rafeah Buang. 

Rangkap 1

 

Tuai padi antara masak

esok jangan layu layuan;

intai kami antara nampak,

esok jangan rindu-rinduan

Rangkap 2

Anak cina memasang lukah,
lukah dipasang di Tanjung Jati;
di dalam hati tidak ku lupa,
bagaikan rambut bersimpul mati.

Rangkap 3

Batang selasih permainan budak,

daun sehelai di makan kuda;

bercerai kasih bertalak tidak,

seribu tahun kembali juga.

Rangkap 4

Burung merpati terbang seribu,

hinggap seekor di tengah laman;

hendak mati di hujung kuku,

hendak berkubur di tapak tangan.

 

Rangkap 5


Kalau tuan mudik ke hulu,

carikan saya bunga kemboja;

kalau Tuan mati dahulu,

nantikan saya di pintu syurga.

Sedikit huraian tentag rangkap satu;

Rangkap 1

 

Tuai padi antara masak

esok jangan layu-layuan;

intai kami antara nampak,

esok jangan rindu-rinduan

 

Sampiran baris satu dan dua rima a b a b untuk digandingkan dengan maksud pada baris tiga dan empat mempunyai ciri kadensa yang bersesuaian dengan sembilan  sukukata setiap baris . Sampiran pantun menggunakan unsur alam yang harmoni sinonim dengan suasana latar filem tersebut. Dan maksud pantun sebagai stanza pembuka yang puitis untuk menyatakan kesinambungan maksud pantun dalam lagu GURINDAM JIWA sehingga akhir lagu. 


Wednesday 17 February 2021

REMANG SENJA

 ASSALAMUALAIKUM



 

 

MENYUSURI REMANG SENJA

 

Tenang langkah menghala destinasi pasti

Aral galangan duga lintasi sedaya mampu

Tegur sapa sekadar salam menyeri ruang suram

Terlupa sudah karangan puspa cinta

Yang dikalung di leher jenjang

Sebenarnya telah gugur kelopaknya

Bersatu  dalam sepi berganti lalu

Tegar hati menguis perih lukanya

Dibebat segulung kain putih

Meskikau suria siangku

Kejora malamku


PARIDAH ISHAK

DMS

Tuesday 16 February 2021

MEMOHON CINTA-MU

 ASSALAMUALAIKUM



MEMOHON CINTA-MU

Hening malam
Selimut dingin membungkus tubuh namun asyik berbuai melambung sekujur diri
di atas buaian dini hari sebelum fajar tasdiq merona lembayung siang
mengayun rasa atma melodi sendu mengalun diksi puitis maha seni
ayat cinta Ilahi. Himpunan lagu syahdu sendu mengait pilu membuak duka
sebak meranum merejam kalbu; renyai gerimis hiba.
Diatas buaian dini hari
ralit berayun masih
Mengharap susun doa diraup sepasang tangan kurus mohon ampun dosa
reda maha Kuasa
buaian hayat berayunan membuai perasaan menggelut kusut keliru memilih keputusan
jantung bergetaran.
Mengusir bingung terlalu merusuh resah gelisah
pasrah tawakal istiqomah beriman
Dia penentu segala
Buaian takdir berayunan longlai
Langit jingga senjakala membaca nota riwayat tersurat azali
Berakhir sudah impi
terhenti pasti

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
16 FEB 021

Sunday 14 February 2021

PENDING

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU 

TAHUN 021 ALHAMDULILLAH KARYA PI TELAH  TERBIT DALAM BEBERAPA ANTOLOGI PUISI TERBITAN;

1. JOM SASTERA - SUARA SUATU MUSIM

2. SPTA - PENDING, DUGA PANTUN

3. PEMUISI -CITRA INSANI


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA  PENERBIT BERKENAAN SUDI SERTAKAN PUISI PI DAN PUISI RAKAN-RAKAN PENGKARYA







Friday 12 February 2021

TARIAN NAGA

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

 


PIC GOOGLE IMAGES(C)

hujan gerimis –
pondok perhentian bas
singgah sekejap

 

maghrib pertama

madrasah pinggir desa -

sejadah milik

 

batu kerikil –

lorong pejalan kaki

aksi riadah

 

pengantin baru -

di awal februari

kenduri kecil

 

manisan kuih –

enau dalam belukar

dongak harapan

 

tarian naga –

himpunan keluarga

norma baharu


Thursday 11 February 2021

LAUTAN ILMU

 ASSALAMUALAIKUM



Mencari permata antara pasir itu agak mudah kerana permata itu berkilauan tapi menentukan keaslian permata itu sukar juga selagi tidak diuji.


Lautan ilmu menenggelamkan kebodohan penyelam ke dasarnya dan mengapungkan kebijaksanaan ke daratan.


Kemahuan mengasak asa mencapai cita-cita. Tiada kemahuan cita-cita dikuasai pesimis.

 

Menyalahkan sesiapa kerana kesusahan kita tidak menyelesaikan masalah. Tapi memperbaiki kekurangan dengan menolong diri sendiri akan lebih membantu.

 

Boleh sahaja berdalih hendak melakukan sesuatu atau tidak dengan pelbagai  sebab. Tetapi jika sebab yang menjadi alasan tidak masuk akal tentu akan diketawakan.

 

Luruskan selembar benang yang hendak dimasukkan ke dalam lubang jarum, kerana benang yang bersimpul menyukarkan jarum menjahit kain

Tuesday 9 February 2021

MASALAH

 ASSALAMUALAIKUM


 


MASALAH


Menyalut ukir selari besi,

sebelah dupa menala gasing

rakan berlalu undur terkena;

kalut memikir cari solusi,

masalah timpa kepala pusing,

makan tak lalu tidur tak lena.

 

Perah diolah pedada belah,

jaha dirangkai jadikan bekal,

ketumbar sama, berikan nyonya;

serah masalah kepada Allah,

usaha rungkai dengan tawakal,

sabar terima akan hasilnya.

 


Telah sepetang kalut di rumah,

siaga singkir pohon yang tua,

kasai disela diganti pinang;

masalah datang bersalut hikmah,

moga berakhir dimohon doa,

usai segala hati pun tenang.


MyBloglist