Monday 30 November 2020

TETAMU MALAM

 ASSALAMUALAIKUM



PI KONGSIKAN DI SINI PENGALAMAN PENULIS ZAH ISA MENEWASKAN ULAR SAWA DEMI MENYELAMATKAN NYAWA HAIWAN TERNAKANNYA..KEBERANIAN YANG MUNCUL TIBA-TIBA MENDEPANI SITUASI YANG DIGERUNINYA...TAKUT ULAQ...SAMALAH DENGAN PI PUN.


SETAHU PI ZAH ISA SEORANG NOVELIS...DAN BANYAK KARYANYA TELAH DITERBITKAN... 



Dia datang lagi. Tengah malam pulak tu. Ikut longkang besar dari lombong, masuk ke reban yang ternganga. Aku ingat nak pergi tutup, layan cerita Korea, terlelap sampai mengigau. Aku mula cuak bila ayam keluar dari reban memekak-mekak dekat pukul satu pagi.

Dengan berbekalkan lampu suluh dan sabit kedai dua ringgit, aku turun kebun. Berderau darah aku bila melangkah masuk je reban, aku tengok si sawa tengah belet angsa betina yang tengah mengeram. Leher si ang dah terkulai dengan kepalanya berdarah sikit. Aku rasa dia kena tumbuk.

Entah semangat apa yang merasuk aku, aku terus cangkuk si sawa dengan sabit. Dua kali aku cangkuk, baru dia lepaskan belitan dia. Aku terus tarik leher angsa sampai luar reban. Syukur sangat, panjang nyawa ang. Sawa dah menyorok kat mana pun tak tahu.

Aku kurung ayam-ayam yang boleh aku tangkap dalam sangkar besi. Aku katup reban, supaya sawa tak boleh keluar. Aku angkut ayam yang tengah mengeram bawak ke bawah blok. Main kejar-kejar dengan itik naik atas bukit tengah malam buta. Tidak karang, babi pulak yang ambik tempat.

Masa tu aku cuma baca Bismillah Lima. Takut aku tepis ke tepi. Lepas letak ang jantan dan betina bawak blok, aku naik atas rumah. Konon nak ambik talipon, nak Google macamana nak tangkap ular. Kak cik dah menjerit suruh abang call bomba. Masa tu badan aku dah basah lencun. Abang ambikkan tuala, aku mandi, salin baju turun bawah balik. Abang dah turun dulu.

Aku jerit-jerit panggil dia, rupanya dia dalam reban sorang-sorang. Dah la tak bawak senjata. Aku suruh dia keluar. Ngam-ngam sampai satu pasukan bomba, tahu je mana lokasi aku. Ingat lagi dia orang, dulu dah pernah datang tangkap si sawa kat tempat yang sama. Mak, pak, adik-adik dan anak-anak aku tahu sangat aku memang takut dengan ular. Tengok kat tv pun aku tak nak. Tapi tulah.. benda yang aku takut tu la yang gedik sangat nak jumpa aku...

Sunday 29 November 2020

RADEN MAS AYU 1

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)



RADEN MAS AYU #1


 

RADEN MAS AYU

 

Tersebut dalam satu negeri,

kisah berlaku zaman bahari,

Pengiran Agung dari Kediri,

kisah disyair terasa nyeri.

 

Pengiran Agung semangat waja,

akan kekanda seorang raja,

pahlawan hebat tidak mendurja,

apa dititah buat sahaja.

Ada yang dengki akan dirinya,

jawatan penting yang disandangnya,

adinda tiri kanda iparnya,

gemar mencari salah silapnya.

 

Hanya Dandiar kawan pengiran,

ikhlas dan tulus nyata gelaran,

sering bersama tiada jeran. 

lunak hatinya mengikut saran.

 

Pengiran Agung segak dan tampan,

ramai terpikat pandang terpempan,

hendak berkahwin entahnya kapan,

Ratu bertanya kala berdepan.

 

Hai Kanjeng Ratu adakan majlis,

dalam keraton tamu memilis,

bersukaria duka digilis,

bertatarias melentik alis.

 

Pengiran Agung tidaklah kisah,

diam sendiri mengurai resah,

duduknya jauh agak terpisah,

hanya perhati hati gelisah.

 

Tiba-tiba tersorotlah mata,

di tengah ramai rakyat jelata,

gadis nan ayu cantik jelita,

sedang menari menyeri pesta.  

 

Hati pengiran sudah tertawan,

ingin bertemu dengan rupawan,

pesona cinta menambah rawan,

rindu teramat tidak terlawan.

 

Akhir bertemu dengan Mas Ayu,

gadis penari termalu luyu,

penangan cinta mengusir sayu,

menyulam kasih selembut bayu.


Saturday 28 November 2020

MENCARI SYURGA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMOGA CERIA DAN BAHAGIA SEMUANYA



MENCARI SYURGA

 

Renung langit jauh

mungkinkah syurga

yang kucari

di situ

 

Kulewati malam

bersama Maghrib

dini hari

tahajud

 

Munajat berhajat

taubat nasuha

 Allah ampun

pendosa

 

Lalu denai iman

walaupun sepi

syurga fana

diraih



PARIDAH ISHAK

DMS

Thursday 26 November 2020

MAYANG SARI

 ASSALAMUALAIKUM


 

pic google images (c)

PUTERI MAYANG SARI


Hai Mayang Sari syair karangan,

asal puteri dari kayangan,

turun ke bumi dengan layangan,

enam beradik iring-iringan.

 

Puteri kedua Mayang Melati,

wajah jelita cantik sejati,

adik-adiknya ambil perhati,

apa kehendak cuba mengerti.

 

Mayang Anggerik dan Mayang Lili,

turut bersama turun sekali,

dua puteri bermata jeli,

Mayang Kemboja juga peduli.

 

Seronok sungguh riang gembira,

bersuka-suka keenam dara,

sakat nelayan tengah samudera,

angin membadai ombak gelora.

 

Awang dan juga kawan berlima,

dalam perahu bersama-sama,

menangkap sotong ikan gelama,

cari rezeki paling utama.

 

Malanglah pula menimpa badan,

perahu oleng  karam bertindan,

gara puteri bukan teladan,

hanya mengganggu tidak sepadan.

 

Hanyut mereka ke tepi pantai,

mujur selamat maut tak intai,

hai Pawang Laut leraikan rantai,

pesona sihir puteri santai.

 

Sedarlah sudah nelayan hanyut,

nafas dihela nadi berdenyut,

walau terasa sakit merenyut,

semangat muda menjadi ganyut.

 

Awang seorang masih terbaring,

terlentang lena tidak mengiring,

segala jampi diucap sering,

belumlah kambuh akannya gering.

 

Pawang usaha untuk ubati,

harapkan Awang tidaklah mati,

 

sanggup bertarung tidak berhenti,

 

berlawan dengan Mayang Melati.

 

 

Mayang Melati kini sepakat,

 

saling membantu saudara dekat,

 

ukhuwah kasih lama terikat,

 

apa menghalang akan disekat.

 

 

Mereka tahu hal Mayang Sari,

 

jatuh kasihnya sudah sedari,

 

kepada Awang cinta diberi,

 

berulik mayang menari-nari.

 

 

Puteri satu di awang-awangan,

 

perhati jelas dari kayangan,

 

adik-adiknya bertarungan,

 

masalah apa entah gerangan.

 

 

Mayang Kemuning puteri satu,

 

layang segera arahnya tentu,

 

bertemu Pawang menjelma situ,

 

masalah rumit ingin dibantu.


 

Hai Pawang Laut buka cerita,

 

kisahnya Awang kini derita,

 

entah di mana diri terlonta,

 

puteri satu jasa dipinta.

 

 

Puteri bungsu hai Mayang Sari,

 

akur perintah kekanda beri,

 

mulalah Awang sedarkan diri,

 

tidak berada di alam ngeri.

 

 

Mayang sari dihukum bertapa,

 

tidak bertemu dengan siapa,

 

tidaklah lagi boleh berjumpa,

 

tinggalkan Awang jiwanya hampa.


Wednesday 25 November 2020

MENDEBUNGA LABU

 ASSALAMUALAIKUM

Terkenang dulu-dulu PI memang suka bertanam labu…seronok melihatnya bergelimpangan di tanah…besar juga mungkin melebehi 2 kg beratnya. Isinya halus. Sedap dibuat sayur dan pelbagai kuih muih tradisi. PI baru tau rupanya cara menggalakkan labu berbuah dengan cara menyembur debunga labu jantan kepada bunga labu betina....selalu tu dibiar saja labu berbuah secara semula jadi.

Begitu juga dengan pokok buah naga, jika asyik berbunga saja tapi tidak berbuah eloklah dibantu pendebungaannya.

Dapatkan info berkenaan di sini; 

http://www.tanamsendiri.com/2011/10/mendebunga-bunga-labu-manis-secara.html




pic google images (c)





Monday 23 November 2020

MENYERAP TAKDIR

 ASSALAMUALAIKUM



MENYERAP TAKDIR

 

Sukar menolaknya

akan hadirnya

apa jua

alasan

 

Situasi beda

buana kecil

hadapinya

bersama

 

Aneh tapi benar

kenyataannya

ngeri rupa

menghantu

 

Rahsia Ilahi

kemas terpendam

di Loh Mahfuz

suratan

 

Halimunan halus

musuh mutasi

aram mangsa

terleka

 

Acara meriah

lupakan saja

riang ria

sembunyi

 

Tegarlah hadapi

teguh kendiri

pada Allah

tawakal

 

Hidup seadanya

saling prihatin

sederhana

berhemah


Sunday 22 November 2020

BAIDURI INDAH..

 

ASSALAMUALIKUM

 

BINTANG BAIDURI MULAI TERBIT

 

Bintang BAIDURI ialah bintang yang baru dikenali saintis cakerawala yang kerjanya meneropong angkasa dan kerana ia berada dalam lingkaran ruang alam berhampiran angkasa Negara maka pihak berkenaan pun menamakannya BAIDURI …nama yang klasik sinonim dengan permata yang indah.

 

PI pun teruja dengan kemunculan penulis SYAZ RAHIM laksana bintang BAIDURI  itu  seorang blogger yang tiba-tiba berada di persada sastera dengan bermula sebagai penulis yang menulis n3 kesukaannya.

Dan kini karya sulungnya telahpun diterbitkan dalam bentuk buku. Drastic sekali, tahniah  Syaz…sangat membanggakan pencapainya, biasanya penulis baru bermula dengan antologi iaitu bergabung karya dengan ramai penulis. Tapi Syaz terus menerbitkan karya perseorangan. Memang hebat. Moga sukses seterusnya.

 

Kepada yang berminat buku TERKAITNYA KITA koleksi cerpennya terbaik hubungilah penulis SYAZ EYM

 

Terima kasih sudi berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan yang dirasakan dengan kiriman hadiah buku comel lagi sangat menarik covernya…TAHNIAH SYAZ!




Saturday 21 November 2020

GURINDAM PENULIS

 ASSALAMUALAIKUM




MAJALAH PELITA BAHASA DBP EDISI NOVEMBER 2020


PENULIS

 

Kalau penulis rajin berkarya,

impi ternyata meraih kaya.

 

Kalau penulis bijak menafsir,

manis kekata rasa berpasir.

 

Kalau penulis sedarkan diri,

ruang sastera gugup ditari.

 

Kalau penulis suka bermegah,

lontar bicara pasti disanggah.

 

Kalau penulis rasa elitis,

hanya dipuja seperti artis.

 

Kalau penulis tulis semua,

selalu baca terasa mua.

 

Kalau penulis asyik berpesan,

protes pula katanya bosan.

 

Kalau penulis tidak menulis,

Isu semasa habis tergilis.

 

Kalau penulis ilhamnya surut,

idea dicoret galau diturut.

 

Kalau penulis golongan bilis,

diambil lewa makna ditulis.

 

PARIDAH  ISHAK

Desa Melor Serendah

16/03/2020

Friday 20 November 2020

HADIAH PENULIS...

 ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah PI terima empat buah buku hadiah kiriman penulis mapan lagi prolific cikgu gurindam PI cikgu Nazim Mohd Subari....terima kasih banyak cikgu baik budi dan ingatan cikgu amat dihargai...semoga Allah membalasya dengan ganjaran terbaik.

Penulis kelahiran Johor ini PI kenali lewat medsos saja tapi belum pernah bersemuka. Beliau aktif menulis @facebook puisi gurindam sajak, pantun dan sastera kanak-kanak. Sudah lama dikenali sebagai penulis dan banyak menerbitkan buku perseoragan juga antologi karya bersama.didoakan cikgu dan keluarga tiasa sihat sejahtera murah rezeki, sukses dunia akhirat.

dan giat menerbitkan karya indah menyamarakkan dunia kecil sastera

...sekiranya berminat miliki karya sastera indah berseni sentuhan cikgu Nazim hubungilah penulisnya @ facebook...











Thursday 19 November 2020

AYAH

 ASSALAMUALAIKUM



 

AYAH

 

Kasih

sayang cinta

mendalam abadi

tulus suci kudus demi

daku

 

Kini

ayah telah

pulang kepada-Nya

tinggalkan daku merindu

jejak

 

Budi

yang ditabur

sepanjang hayatku

tidakkan mungkin dapatku

lupa

 

Siru

rindu sapa

dera atma dura

mengalir airmataku

hiba


MyBloglist