ASSALAMUALAIKUM..
republish.
UBI KAYU/SINGKONG MEMANG DEKAT DENGAN BUDAYA HIDUP ORANG KITA. BANYAK TERDAPAT DI KAWASAN KAMPUNG SAMAADA DITANAM ATAU TUMBUH MELIAR. KALAU DITANAM TENTU MEMBERIKAN HASIL YANG LEBIH BAIK SETELAH 4 BULAN DICABUT PERDUNYA DARI DALAM TANAH..JIKA DIBIARKAN MELIAR CUMA BOLEH DIKUTIP DAUN PUCUKNYA UNTUK DIJADIKAN SAYURAN ATAU ULAM...
APA KEGUNAAN UBIKAYU NI YA...?
PELBAGAI..KALAU BANYAK SANGAT BOLEH DIPROSES JADIKAN TEPONG. UBIKAYU JUGA ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK SERBUK PERASA.
SETAKAT SEPERDU DUA YANG DITANAM TIDAKLAH SEBANYAK MANA HASILNYA. TAPI TENTU MENCUKUPI UNTUK DIBUANG KULIT; REBUS. MAKAN UBIKAYU REBUS DENGAN SAMBAL BILIS, KELAPA KUKUR ATAU IKAN MASIN MEMANG SEDAP.
BEGINI JUGA CARA MAKAN ORANG-ORANG KITA TIKA ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN DULU. UBIKAYU DIJADIKAN MAKANAN UTAMA KERNA SUSAH MENDAPAT BERAS. PESAWAH PADI PUN TAKUT NAK MENANAM PADI DI SAWAH SEBAB BIMBANGKAN ONAR SI JEPUN. JADI MAKAN SAJALAH UBIKAYU YANG BANYAK DI TANAM DI PERSEKITARAN RUMAH SEKADAR MENGALAS PERUT.
JEMU MAKAN UBIKAYU REBUS BOLEH PULA DITAPAIKAN. TAPAI UBI KAYU SETELAH DITABUR RAGI DAN DIPERAM SEMALAMAN BUKAN MAIN MANIS LAGI. JUSTERU KANDUNGAN GULA SEMULAJADINYA YANG TINGGI UBI KAYU TIDAK SERASI DENGAN MEREKA YANG DIABETIS.
Semua pic google...
TAPAI UBI
BOLEH JUGA DIGORENG TEBAL ATAU DIGORENG NIPIS SEBAGAI KEREPEK.
KEREPEK UBI
SELAIN ITU BANYAK LAGI KUIH-MUIH ENAK YANG BOLEH DIHASILKAN MENGGUNAKAN UBI KAYU DENGAN MEMARUTNYA TERLEBIH DAHULU.
LEPAT UBIKAYU
BINGKA UBIKAYU
KA paling suka ubi rebus bercicah sambal & kerepek ubi pedas..
ReplyDeleteyeke..mmg sedap makan ubikayu ni tp jgn berlebihan takut kembung dgn anginnya...tq KA
ReplyDeleteKreatif.. banyak boleh buat..! Sekarang ni exam season.. ulang baca Sejarah Tingkatan 3 (Jepun) hehehe.. Tapi nampak sedap :)
ReplyDeleteyeke...sejarah seronok dipelajari fakta2nya kalau nk mudah ingat kena rajin ulang baca...sejarah ubikayu ni xmasuk exam lagi kot...semoga berjaya Yun Sing...tq.
DeleteTUh gambar diatas bikin lapar,,,hehe
ReplyDeletemesti belum sarapan lagi febri nih...mai sini makcik belanja...tq Febri Gamesoft.
ReplyDeletemakanan kesukaan nih ubi sama singkong, emang enak banget :D
ReplyDeleteya enak sangat singkongnya....tq Irvan Robiansyah.
DeleteUbi rebus tu...sedapnya.
ReplyDeletedah lama xmakan yer...sedap tu fiza....tq
ReplyDeleteplg KA suka ubi rebus caicah sambal panas2... done nuffnang akak yer
ReplyDeleteyeke sedap tu...tq Kesuma Angsana rajin menabung utk kak...
ReplyDelete