Wednesday 31 January 2024

APRESIASI PENULIS GHAZALI LUDIN

 Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam ceria2 selalu hendaknya 😊.
Malam tadi berjanji dgn empat orang sahabat untuk atok paparkan puisi khas buat para pemuisi istimewa, termasuklah mereka yg atok nyatakan melalui puisi atok di bawah ini.. maaf andainya terdapat kekurangan ilham yg hadir seikhlas hati 🙏🙏🙏❤️❤️❤️
PEMUISI ISTIMEWA BAKAT TERSERLAH
Di gelanggang penulisan
Kutemui beberapa pemuisi istimewa
Biarpun fizikal terdapat kekurangan
Minda tajam melontar pandangan
Mereka bukan pemuisi sebarangan
Karya mereka tiada tolok bandingan
Kakakku bernama Paridah Ishak
Satu nama yang sungguh hebat
Meski kehidupannya di kerusi roda
Sentiasa melantun idea di minda
Pelbagai genre puisi telah digalinya
Puisi tradisional memang kemahirannya
Sering dijadikan tempat rujukan
Rawna Putra bertemankan tongkat
Gemar bergurau kakinya tercabut
Puisi kopinya sentiasa beraroma
Naga Tasik Chini pun terpesona
Apatah lagi kita yang menikmatinya
Coretan dinukil penuh bermakna
Misran Ibrahim seniman istimewa
Dari kerusi roda, ilham ke kanvas
Menerusi lukisan mengalir ilham
Menghasilkan puisi luahan jiwa
Aku membacanya terbawa-bawa
Terkadang mengalir jua airmata
Ong Boo Siong teman baruku
Sepanjang masa bertemankan "ong"
Kecacatan tangan bukan halangan
Jalani kehidupan penuh keriangan
Sering hadir memberi motivasi
Ilmu bermanfaat selalu dikongsi
Beberapa nama pemuisi istimewa
Menyuntik semangat buat pemula
Kekurangan diri bukan penghalang
Untuk menjadi pemuisi terbilang.
Zali Pak Malau,
Serendah, Selangor.

Terima kasih cikgu apresiasinya...sungguh terharu semoga cikgu akan terus berkarya puisi indah menyeri ruang susastera maya...bertuah kak dapat berkenalan dgn cikgu dan semua sahabat di sini alhamdulillah...
All reactions:
You, Annur Halimah Hakim, Sabariah MY and 24 others

ANGIN TENGKUJUH

 ASSALAMUALAIKUIM

PIC SIFU TABIR ALAM TERIMA KASIH




Monday 29 January 2024

PETUA DARI MEJA PENULIS ULASAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah tahniah sifu Tabir Alam selaku penerbit dan penyelenggara antologi PETUA DARI MEJA PENULIS 2019. Tahniah semua sahabat penulis SPTA...terharu sungguh penghargaan PERPUSTAKAAN NEGARA pada karya kita semua... terima kasih banyak Puan Nasimah Badarudin Timbalan Pengarah Kanan Perpustakaan Negara....kalau teringin nak tahu apakah petua penulis SPTA yang mengujakan dan bbermanfaat sila hubungi sifu TA @Facebook.
ULASAN BUKU
Ulasan buku "PETUA - Dari Meja Penulis" (SPTA, 2019) dibuat oleh Pn. Nasimah bt. Badaruddin, Timbalan Pengarah Kanan, Perpustakaan Negara Malaysia dalam jurnal "Sari Pustaka" Bil. 3/2019.
Salinan PDF buku ini boleh didapati dengan permintaan.
Terima kasih Paridah Ishak, atas makluman.
-----
Petikan:
Inisiatif menerbitkan koleksi petua melalui Siri Penerbitan Tabir Alam menyumbang petua-petua daripada pengalaman 36 penulis yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini. Buku kecil ini memuatkan sebanyak 108 petua dan cara mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Ciri-ciri anatomi buku Petua : Dari Meja Penulis ini dihasilkan berkulit lembut dalam 112 halaman dan ketinggian 23 cm. Buku ini ditulis atas kertas simili. Kulit depan buku mengandungi maklumat judul dan maklumat penyelenggara penerbitan. Kulit belakang mengandungi maklumat ISBN (International Standard Book Number) barcode maklumat penerbit dan logonya. Tetulang buku pula mengandungi maklumat judul dan penerbit. Namun, pengulas mendapati tiada indeks dan senarai bibliografi bahan rujukan bagi memudahkan pembaca membuat rujukan.
Penulis menggunakan laras bahasa umum dan menyampaikan fakta dengan cara yang mudah difahami. Pengulas mendapati dari sudut ortografi, buku ini ditulis menggunakan bahasa Melayu yang betul namun dikenalpasti terdapat beberapa kesalahan ejaan.
Buku seperti ini jarang ditulis namun petua-petua ini wajar diketengahkan kepada pengetahuan umum agar menjadi panduan dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Petua-petua yang dinukilkan dalam buku ini mudah difahami dan mudah dipraktikkan. Selain itu juga, bahan-bahan untuk kegunaan menuruti petua ini juga mudah didapati.
Petua-petua dalam buku ini menyentuh penyelesaian bagi masalah penjagaan kesihatan, kebersihan persekitaran rumah, penjagaan tanaman dan petua dalam masakan. Antara petua penting dalam menangani masalah kesihatan ialah mengatasi masalah demam, batuk, sakit perut, meredakan bisul dan lain-lain.
Manakala petua bagi mengatasi maslah penjagaan persekitaran rumah adalah seperti petua mengatasi lipas, peti sejuk berbau, menghindarkan semut, menghindarkan kucing kencing merata dan sebagainya. Di samping itu juga, petua penjagaan tanaman yang disebut ialah menghasilkan pokok sentiasa berbunga, menyuburkan tanaman dan cara menjaga tanaman. Manakala petua dalam masakan yang disebut dalam buku ini adalah seperti mengatasi masalah nasi mentah, melembutkan daging, menghilangkan bau hanyir ayam dan ikan dan sebagainya.
Buku ini mampu memberi kesan mendalam kepada pembaca yang mengamalkan petua yang dinyatakan. Terbitan karya ini bukan hanya sekadar bahan bacaan malah ia mampu memperturunkan petua dan ilmu tradisional kepada pembaca dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, diharap pembaca mampu menceduk kekuatan dari kegigihan dan semangat kumpulan penulis ini yang berusaha bergabung dalam menghasilkan penulisan yang amat bermanfaat untuk generasi masa kini dan akan datang.
-----
Kredit:
Nasimah binti Badaruddin
Timbalan Pengarah Kanan
Pusat Penyerahan Terbitan Negara
Perpustakaan Negara Malaysia
pic perpustakaan negara(c)
May be an image of text that says 'Pustaka 19-46205 ULASAN BUKU PETUA Dari Meja Penulis Petua Dari Meja Penulis [Gelang Patah, Johor] Tabir Alam, 2019 ISBN: 978967 9789671650165 165 TabirAlam'
All reaction

MyBloglist