daun kasturi sarang kelulut
daun selasih bawa ke laut
salam diberi harap bersambut
tanda kasih mesra bertaut
tepak sirih yang dihulur
segeralah sambut sepiak dua pemerah mulut
mari bergobek sirih pinang secalit kapur secubit gambir
sambil berperi seloka sambil berdendang
melupakan cerita walang tetap berulang tak kunjung padam
barangkali
sambil berbeka
bercerita gurau canda
semakin kita lupa
seolah semalam tiada duka
yang ada cuma ceria gembira...
masyaAllah...subhanaAllah...
sebenarnya memangnya kita terlupa
jiwa kita adalah jiwa qabil dan habil...
Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit
-
1. Apabila berada di meja makan sama ada di rumah atau ketika keluar makan
di luar, selalu saya pesan kepada diri sendiri dan ahli keluarga lain untuk
me...
1 hour ago