Acti · 
Shared with Public
Public
ASSALAMUALAIKUM
Empat naskhah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA Oktober 022 telah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Alhamdulillah! Terima kasih banyak sifu.
Antologi poligenre Mat Kilau terbitan SPTA ini terdapat tiga bahagian. Menyertakan 23 rangkap puisi syair mengisahkan sejarah perjuangan pahlawan Mat Kilau menentang campur tangan British dalam pemerintahan sultan Pahang sekitar 1865 hingga 1867. Nukilan 7 penyair SPTA iaitu Hamimah Ibrahim, Issey Miyaki, Noorlaila Ghafar, Salmah Amir, Seti Zaleha, Syidah Ida, Tabir Alam pada bahagian A. Kakpidah tidak ketinggalan.
Bahagian B menyenaraikan karya pemenang puisi sonian Mat Kilau; pertama Issey Miyaki: Pahlawan yang hilang. Kedua; Syidah Ida: Mat Kilau. Ketiga; Sabariah MY: Perwira Negara. Tahniah pemenang dan semua peserta sayembara ini.
Bahagian C memaparkan karya nukilan 26 penulis SPTA bergabung karya puisi pelbagai genre siaran grup GRAHA @facebook pilihan sifu TA. Terima kasih sifu TA turut sertakan empat puisi kakpidah, HAIBUN; MAT KILAU, SYAIR; PAHLAWAN PERKASA, PANCALARIK; IBRAH, SONIAN; PERSONA PEJUANG SILAM.
Tahniah sifu TA sebagai penyelenggara dan penerbit antologi poligenre yang sangat bermakna ini.
Tahniah semua penukil puisi terlibat turut bersama merenung dan menghayati perjuangan seorang wira sejati pahlawan Mat Kilau. Al-fatihah!
Sekiranya ada yang berminat memilikinya sebagai khazanah keindahan karya puisi dalam pelbagai genere sila hubungi penerbitnya sifu Tabir Alam @facebook.