SUDAH DIGARAMI, SI IKAN HARUAN,
IKAN PATUNG, DIGARAMI SEKALI,
DIMASAK GULAI, CILI API,
BERENCAH PERIA, YANG BARU DIRANGGIT,
DIMASAK IA, DI DALAM KUALI;
JANGAN ZALAMI, ISTERIMU TUAN,
DIBIAR TERGANTUNG, TANPA BERTALI,
DIBIAR BERSALAI, TANPA API,
DIAPIT DIA, TIDAK BERSANGGIT,
DITAMBAT DIA, TIDAK BERTALI!
Sahihlah dari pantun di atas, malam ni saya nak cerita tentang bab SUAMI.
Apa yg nak saya diceritkan mungkin ibarat 'Menepuk air di dulang terpercik muka sendiri'.Tak apa, biarlah terpercik ke muka sendiri, itu hakikat yg saya kena terima.Pada para suami yg sama2 terkena percikan ini nanti, janganlah melenting marahkan saya. Bukan tujuan saya untuk 'Membuka pekung di dada' atau hendak mengaibkan sesiapa!Kesedaran untuk membincangkan hal ini timbul dari kesedaran diri sendiri dan dari cerita sedih kengkawan yang bergelar isteri di laman FB ini!
Orang lelaki, macam saya juga, memang terkenal dgn sikap egosentrik! Ramai lelaki yg macam ni. Kalau dgn isteri langsung tak mahu mengalah! Sebab dia bergelar suami & penghulu di dlm rumah, isteri mesti sujud kat dia. Kalau dia buat kesalahan sebesar gunung sekalipun tak apa. Tetapi isteri jangan... Yang sekelumit pun akan jadi sebesar bukit!!
Ada suami amat garang dlm melayan isteri. Cakap tak pernah lembut & ada yg sampai naik naik tangan dan kaki kat tubuh badan isteri. Yang aneh tu, bila malam & di ranjang elok pulak peluk dan nak bermesra dgn isteri. Apalah punya suami yg perangai macam ini!! Ada suami yg tak kisah nak beli barang makan utk keluarga sendiri. Tapi bila balik ke rumah mesti semua di atas meja sudah tersaji. Kalau tak siapkan makanan, lencun si isteri dimarahi & terkadang di hamun maki! Suami yg macam ini dari hidup lebih baiklah mati!!
Ada suami, dah tua baru buat perangai yg tak terperi. Isteri yg dulu amat disayangi telah berubah kepada benci. Isteri yg dulu dia kata cantik berseri kini dah tak indah lagi. Memanglah, dah tua, mana nak cantik lagi. Mana nak bergetah lagi! Diri kita sendiri pun dah tak sehandsome & segagah dulu lagi. Jadi, apa nak dihairankan wajah & bentuk badan si isteri tak sehebat dulu lagi! Bukankah itu lumrah kehidupan di dunia yg fana ini!!
Dalam keadaan dimana hubungan suami isteri tidak dapat diperbaiki lagi, si suami kenalah lepaskan si isteri dgn lapang hati. Buat apa berdendam sampai ke mati. Di biarkan isteri tergantung tanpa bertali atau mcm maksud yg terkandung dlm pantun saya di atas tadi. Berilah dia peluang utk mencari kebahagiaannya sendiri. Akurlah dgn ketentuan Ilahi.
Saya dulu pun serupa. Sering diserba-salahkan isteri walaupun di tubuh isteri tak pernah naik tangan & kaki! Tetapi apabila musibah menimpa diri, perpisahan terjadi saya bawa muhasabah diri. Memang kita yg banyak buat salah itu & ini! Nak berubah kena bermula dari dlm diri kita sendiri. Orang lain suruh, orang laih nasihat mungkin payah nak diikuti & tak akan menjadi!
Rugikah suami, kalau dah tahu bersalah, minta maaf pada isteri. Janganlah disakitkan hati, perasaan & tubuh badan isteri. Kenanglah kembali saat indah dulu yg sama2 diharungi. Hargailah pegorbanan mereka selama ini. Kan dia ibu kepada zuriat kita.
Mengaku bersalah tidak membuatkan kita rugi.
Saya bukanlah nak 'Masuk bakul angkat sendiri'. Hanya sedikit berita utk kita kongsi.
Bekas isteri saya masih menerima RM200.00 hingga ke hari ini walapun dia bukan tanggungjawab saya lagi. Anak2 telah membesar & dia pula sudah bersuami lain sebagai pengganti. Pemberian itu, bagi saya, adalah sebagai tanda kasih sayang saya yg dulu, kekal & abadi! Saya kata pada bekas isteri saya, "Mama ambillah wang pencen saya ini sampai saya mati!
Isteri saya yg ada sekarang, ada juga kadang2 hatinya saya guris & sakiti! Tetapi bila di malam hari, melihatkan wajahnya di waktu tidur, timbul rasa belas kasihan padanya & keinsafan diri. Dia telah banyak berkorban pada diri ini. Apakah saya mahu terus-terusan, pengorbanannya tidak saya hargai? Kini, kalau saya rasa saya bersalah, saya akan hantar SMS atau telefon isteri saya dan kata, "Yang, maafkan abang ya kerana membuat hati Yang terluka hari ini."Rugikah kita berbuat begini demi untuk mencari keharmonian hubungan suami isteri. Mungkin orang akan kata ini hanya cerita rekaan saya sendiri. Cakap yg tak serupa bikin! Tak apalah kalau ada persepsi yg sebegini. Hakikatnya, Allah lah yg lebih mengerti!!
Sekian catatan sebuah perjalanan hidup yg dapat saya paparkan malam ini. Semuga ia dapat memberi manfaat kepada semua suami! Insyaallah.
Saturday, 29 June 2013
SENJA
Senja
petang yang indah ini
hatiku gundah...
senja memanggilku bersamanya lagi..
rutin ajali takdirku di senja ini...
ingin ku pergi darimu senja
tapi aku terikat dikaki langit.. menari akan tintanya hatiku yang lara
senja
tampaku tak akan indah tampa tarian pesona arora jinggaku
senjamu akan kelam
tampa legenda disini
aku terus menari dan menari hingga waktu menolakku ketepi..
disini aku menari tinta gurindam duka..
alunan irama serunai waruna untuk santapan mata jiwanya
aduhai jagad
tapi siapa yang mengerti akan hatiku
lembayung disini pujian hanya topeng semata-mata tarian tintaku membuat banyak hati yang iri
iri dihati bidadari-bidadarimu..
wahai senja...
apakah bisa kau kembalikan aku ke rimba belantara... biarkan aku disana...
di rimba hijau menikmati ketenangan jiwaku
biarkan aku di sana...
di rimba redup menari dengan hati yang tenang dan damai
biarkan aku di sana ...
di rimba yang riang menari dengan iringan alunan irama alam
biarkan aku disana..
di rimba yang damai
menari menebar sariku di dedauan pohon-pohon hinggap jentayu..
di sana hatiku damai tak akan terguris lagi
disana tiada bidadari yang iri padaku lagi
di sana aku bisa terus menari tampa tersakit
petang yang indah ini
hatiku gundah...
senja memanggilku bersamanya lagi..
rutin ajali takdirku di senja ini...
ingin ku pergi darimu senja
tapi aku terikat dikaki langit.. menari akan tintanya hatiku yang lara
senja
tampaku tak akan indah tampa tarian pesona arora jinggaku
senjamu akan kelam
tampa legenda disini
aku terus menari dan menari hingga waktu menolakku ketepi..
disini aku menari tinta gurindam duka..
alunan irama serunai waruna untuk santapan mata jiwanya
aduhai jagad
tapi siapa yang mengerti akan hatiku
lembayung disini pujian hanya topeng semata-mata tarian tintaku membuat banyak hati yang iri
iri dihati bidadari-bidadarimu..
wahai senja...
apakah bisa kau kembalikan aku ke rimba belantara... biarkan aku disana...
di rimba hijau menikmati ketenangan jiwaku
biarkan aku di sana...
di rimba redup menari dengan hati yang tenang dan damai
biarkan aku di sana ...
di rimba yang riang menari dengan iringan alunan irama alam
biarkan aku disana..
di rimba yang damai
menari menebar sariku di dedauan pohon-pohon hinggap jentayu..
di sana hatiku damai tak akan terguris lagi
disana tiada bidadari yang iri padaku lagi
di sana aku bisa terus menari tampa tersakit
Friday, 28 June 2013
NAMA-NAMA TENTERA-TENTERA ALLAH
Antara Tentera-tentera Allah
1) SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. -Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
2) HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
3) MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.
4) HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy, ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak. Makhluk ALLAH yang paling besar. Sejarah Malaikat makhluk Allah yang besar:
-Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan Rasulullah kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.
a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunya 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap.
5) ABABIL iaitu burung dari neraka, apabila datangnya tentera itu dilangit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.
Surat Al-Fill menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.
Dihuraikan dari pendapat bahawa Tentera Ababil membawa 3 ketul batu terbakar, 1 di paruhnya dan 2 di kedua2 kakinya. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu2 itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Ka'abah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya ,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.
1) SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. -Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
2) HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
3) MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.
4) HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy, ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak. Makhluk ALLAH yang paling besar. Sejarah Malaikat makhluk Allah yang besar:
-Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan Rasulullah kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.
a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunya 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap.
5) ABABIL iaitu burung dari neraka, apabila datangnya tentera itu dilangit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.
Surat Al-Fill menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.
Dihuraikan dari pendapat bahawa Tentera Ababil membawa 3 ketul batu terbakar, 1 di paruhnya dan 2 di kedua2 kakinya. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu2 itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Ka'abah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya ,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.
COPY PASTE NIZAM AYOSH...
Thursday, 27 June 2013
FLORIA PUTRAJAYA 2013...
SUDAH BERKESEMPATAN KE FLORIA PUTRAJAYA? BARU-BARU INI SUDAH KE SANA BEBERAPA HARI LEPAS. TAPI TIDAK DAPAT KELUAR KERETA KERANA JEREBU YANG SARAT MENGGANGGU APA LAGI MEMBAWA ANAK-ANAK KECIL BERSAMA. RAMAI SEKALI PENGUNJUNGNYA. KERETA DAN KENDERAAN LAIN BERSESAK-SESAK MEMENUHI SETIAP RUANG....
SAMBIL BERKERETA HANYA DAPAT MENYAKSIKAN PERARAKAN BOT YANG BERHIAS CANTIK TAPI TIDAK DAPAT MELIHAT PAMERAN BUNGA-BUNGAAN NAMUN FOTO BUNGA-BUNGAAN FLORIA PUTRAJAYA DAPAT JUGA DIMUAT NAIK EHSAN GOOGLE...
KALAU BERHAJAT HENDAK MENYAKSIKAN FLORIA PUTRAJAYA SILAKANLAH...MASIH BERPELUANG LAGI KERANA TARIKH TAMAT FLORIA PADA 1 JULY NANTI....
SAMBIL BERKERETA HANYA DAPAT MENYAKSIKAN PERARAKAN BOT YANG BERHIAS CANTIK TAPI TIDAK DAPAT MELIHAT PAMERAN BUNGA-BUNGAAN NAMUN FOTO BUNGA-BUNGAAN FLORIA PUTRAJAYA DAPAT JUGA DIMUAT NAIK EHSAN GOOGLE...
KALAU BERHAJAT HENDAK MENYAKSIKAN FLORIA PUTRAJAYA SILAKANLAH...MASIH BERPELUANG LAGI KERANA TARIKH TAMAT FLORIA PADA 1 JULY NANTI....
Wednesday, 26 June 2013
SAKIT SUNGGUH...
TERLANJUR REPLY KOMEN KAWAN-KAWAN YANG MENGUNJUNGI LAMANKU DI LAMAN MEREKA LANGKAHKU TERUS MENYUSURI RUANG MAYA MENEMUI KENALAN BARU DI LAMAN ITU DAN SETERUSNYA.
KEBANYAKANNYA BLOG-BLOG INI DIPUNYAI IBU-IBU MUDA YANG MENGONGSI CERITA MEREKA BERSAMA ANAK-ANAK KESAYANGAN MEREKA. HATIKU TERHARU MELIHAT GAMBARAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI ANTARA IBU DAN ANAK.
PERASAAN KASIH SAYANG IBU/BAPA TERHADAP ANAK-ANAK SEBENARNYA JUSTERU ALLAH TELAH MENCAMPAKKANNYA KE DALAM HATI NUBARI MEREKA YANG BERGELAR IBU/BAPA KATA SEORANG USTAZ.
PABILA MUTAKHIR INI MEDIA-MEDIA MEMAPARKAN KEZALIMAN IBU ATAU ORANG DEWASA YANG SANGGUP MENYIKSA DAN MENDERA ANAK-ANAK KECIL HATI KITA TENTU TERSENTUH SEKALI DAN TERASA SEOLAH KITA YANG DISAKIT BEGITU TERUK SEKALI.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_03/Sanggup-si-ibu-biarkan-anak-menderita#ixzz2XIf3C23k
© Utusan Melayu (M) Bhd
APAKAH PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN TIDAK LANGSUNG MEMBEKAS DI HATI MEREKA YANG TERLIBAT MELAKUKAN KEKEJAMAN TERHADAP ANAK-ANAK KECIL YANG TENTUNYA TIDAK BERDOSA ITU?
AKU SENDIRI PERNAH MERASA KEHILANGAN KERANA TIDAK DAPAT MENJAGA, MENDIDIK, MEMBELAI, MEMESRAI, MENGASEHI ANAK-ANAKKU DENGAN SANGAT SEMPURNA TIKA MEREKA KECIL KERANA SAKIT LUMPUH SEPARA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.
ANAK-ANAKKU PERNAH BERSUNGUT; JIKALAU IBU TIDAK SAKIT TENTU KITA TIDAK BEGINI, SETIAP KALI CUTI IBU AKAN BAWA KITA JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN DAN MACAM-MACAM YANG KITA LAKUKAN BERSAMA. KINI IBU SAKIT DAN KITA TIDAK DAPAT SEPERTI DULU LAGI.
ITU CERITA DULU-DULU. ANAK-ANAK KECIL ITU KINI DEWASA SEADANYA SEPERTI MEREKA YANG MILIKI IBU/BAPA YANG NORMAL...NAMUN AKU SENTIASA MERASA KESAL KEHILANGAN YANG AMAT SANGAT KERNA TIDAK DAPAT MENCURAHKAN KASIH SAYANG MILIKKU TERHADAP ANAK-ANAK KESAYANGANKU TIKA MEREKA SANGAT MEMERLUKANNYA...
KEBANYAKANNYA BLOG-BLOG INI DIPUNYAI IBU-IBU MUDA YANG MENGONGSI CERITA MEREKA BERSAMA ANAK-ANAK KESAYANGAN MEREKA. HATIKU TERHARU MELIHAT GAMBARAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI ANTARA IBU DAN ANAK.
PERASAAN KASIH SAYANG IBU/BAPA TERHADAP ANAK-ANAK SEBENARNYA JUSTERU ALLAH TELAH MENCAMPAKKANNYA KE DALAM HATI NUBARI MEREKA YANG BERGELAR IBU/BAPA KATA SEORANG USTAZ.
PABILA MUTAKHIR INI MEDIA-MEDIA MEMAPARKAN KEZALIMAN IBU ATAU ORANG DEWASA YANG SANGGUP MENYIKSA DAN MENDERA ANAK-ANAK KECIL HATI KITA TENTU TERSENTUH SEKALI DAN TERASA SEOLAH KITA YANG DISAKIT BEGITU TERUK SEKALI.
Sejak kebelakangan ini, trend teman lelaki mendera anak teman wanitanya, seorang ibu tunggal, makin menjadi-jadi. Penderaan itu membawa luka yang parah dan amat sakit untuk ditanggung oleh anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu dan kes yang lebih tragik membawa kepada kematian.
Terbaharu, seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mendera anak teman wanitanya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematian dan dikebumikan di kaki Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Kanak-kanak berkenaan dikatakan mati setelah mengalami lelah dan muntah akibat dipukul dengan kayu.
Semalam juga, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan sangat lemah kerana dibiarkan berlapar di dalam rumahnya di Taman Perumahan Gong Badak di Kuala Terengganu. Dia dipercayai menjadi mangsa dera bapa tirinya, yang baru 10 bulan berkahwin dengan ibunya. Dia bukan saja tidak diberi makan tetapi dipukul dan dicucuh puntung rokok. Banyak kesan lebam, bengkak, bernanah, melecur di bahagian perutnya.
Sebelum itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun juga berjaya diselamatkan atas aduan orang awam setelah dipercayai menjadi mangsa dera rakan lelaki ibunya di Bukit Chendering, Terengganu.
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan sebelah kakinya berwarna kehitam-hitaman dan berbau busuk dipercayai akibat terkena objek panas setelah seminggu dibiarkan begitu
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_03/Sanggup-si-ibu-biarkan-anak-menderita#ixzz2XIf3C23k
© Utusan Melayu (M) Bhd
APAKAH PERASAAN KASIH SAYANG SESAMA INSAN TIDAK LANGSUNG MEMBEKAS DI HATI MEREKA YANG TERLIBAT MELAKUKAN KEKEJAMAN TERHADAP ANAK-ANAK KECIL YANG TENTUNYA TIDAK BERDOSA ITU?
AKU SENDIRI PERNAH MERASA KEHILANGAN KERANA TIDAK DAPAT MENJAGA, MENDIDIK, MEMBELAI, MEMESRAI, MENGASEHI ANAK-ANAKKU DENGAN SANGAT SEMPURNA TIKA MEREKA KECIL KERANA SAKIT LUMPUH SEPARA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA.
ANAK-ANAKKU PERNAH BERSUNGUT; JIKALAU IBU TIDAK SAKIT TENTU KITA TIDAK BEGINI, SETIAP KALI CUTI IBU AKAN BAWA KITA JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN DAN MACAM-MACAM YANG KITA LAKUKAN BERSAMA. KINI IBU SAKIT DAN KITA TIDAK DAPAT SEPERTI DULU LAGI.
ITU CERITA DULU-DULU. ANAK-ANAK KECIL ITU KINI DEWASA SEADANYA SEPERTI MEREKA YANG MILIKI IBU/BAPA YANG NORMAL...NAMUN AKU SENTIASA MERASA KESAL KEHILANGAN YANG AMAT SANGAT KERNA TIDAK DAPAT MENCURAHKAN KASIH SAYANG MILIKKU TERHADAP ANAK-ANAK KESAYANGANKU TIKA MEREKA SANGAT MEMERLUKANNYA...
Tuesday, 25 June 2013
SELIRATAN CINTA BAB 26...
Anita dan Sarina
sedang mempersiap diri untuk ke lokasi penggambaran. Sarina memasukan telefon
tangannya ke dalam beg galasnya. Telefon itu berdengut tiba-tiba. Melihat catatan nombor yang tertera di skrin
kecil itu dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Sarina bergegas ke biliknya untuk
menjawab panggilan itu.
“Siapa panggil
tu?” Tanya Anita.
“Ala budak production…suruh kita datang cepat.”
Balasnya pantas mengilas hakikat, menyembunyikan kebenarannya.
“Betul ke tu?”
Anita tetap sangsi dengan kenyataan yang didengarnya.
“Kenapa?... kau
tidak percaya aku?” Sarina berlagak jujur untuk menarik kepercayaan Anita. Aksi
klise.
“Kalau budak production yang call...selalunya kau jawab siap terpekik terlolong lagi. Ini tidak.
Masuk ke bilik pula, macam rahsianya besar sangat hendak di sembunyi.”
“Apalah kau ni.
Ada je salahnya aku ni di mata kau. Ok lah pasal semalam tu aku minta
maaf. Untuk menunjukan keikhlasan
aku…tengahari nanti aku belanja kau bila break
shooting. Lagi pun kita tidak terbabit dalam tiga scene selepas break
tengahari.” tutur Sarina dengan agendanya.
“Tidak payahlah kau
hendak belanja aku makan. Lagi pun aku rasa aku hendak bincang dengan abang
Johan tentang scene di pulau nanti.”
Sarina mulai kalut apabila Anita menolak ajakannya. Sesuatu yang terencana
disebalik pelawaan itu akan rosak tergendala tanpa kehadiran Anita kelak. Dia
mesti segera melakukan sesuatu.
Sarina menghampiri
Anita, memaut tubuhnya dengan mesra. Memicit-micit bahunya.
“Ala kau tu
merajuk lagilah tu. Kau kan suka makan tomyam. Di pulau tu nanti mana ada
tomyam. Jadi kau makanlah puas-puas di sini hari ni sebelum kita bertolak
esok.” Ujar Sarina dengan lembut memujuk.
Anita menepis
tangan Sarina. Dia merasakan mutakhir ini tingkah laku Sarina terhadapnya
sentiasa menyembunyikan maksud di sebaliknya.
Dia tidak mahu
peristiwa Sarina sengaja membawanya hendak mengenalkannya pada seorang Datuk
yang kini mengganggu kelancaran kehidupan normalnya berulang kembali.
“Boleh. Aku boleh
ikut kau pergi makan tomyam tapi kau ajaklah sekali pengarah kita tu supaya hotnya pada kau kembali stabil. Macam
mana?”
“Untuk kali ini
aku rasa tidak boleh sebab bajet yang aku ada cukup-cukup untuk kita berdua
saja.” Sarina memberi alasan. Dia yakin Anita akan menerima bohongnya itu
kerana dia seorang sentiasa prihatin dengan masalah kawannya.
“Kalau macam tu
tak payahlah belanja aku. Kau simpan sajalah bajet kau tu untuk diri kau
sendiri. Aku tak ralat jikalau tempat yang kita pergi tidak ada tomyam, tapi
aku rasa memang ada. Malah rasanya tentu lebih sedap sebab diperbuat dari
makanan laut yang segar. Bukankah tempat yang kita nak pergi tu sebuah pulau di
tengah laut. Tentulah mewah dengan makanan laut. ” Anita meninggalkan Sarina
yang terkapa-kapa kerana tidak berjaya memenuhi keinginannya sebagaimana
direncana.
Langkahnya menuju
ke arah Johan yang sedang membuat revisi skrip drama tulisan Fuziah Samad itu.
* * *
Shaari baru saja menyelesaikan tugasnya
menyemak data-data operasi syarikatnya yang berada di dalam dan di luar negara.
Kira-kira kewangan yang ditutup yang disediakan akauntannya menunjukan
peningkatan keuntungan sekali ganda kerana keaktifan kapal-kapalnya mengangkut
minyak sawit ke China dan Negara-negara Asia Tengah. Dia menarik nafas lega.
Ditolaknya ke tepi
dokumen-dokumen yang usai ditelitinya. Menyandarkan tubuhnya yang separa gempal
itu dengan santai di kerusi. Dia memejamkan matanya. Mulai mengalamun membina
istana impian. Tiba-tiba saja dahinya berkerut. Berkecai impiannya laksana
bunga-bunga kristal yang dihempas ke lantai simen.
Amin meluru ke
dalam biliknya. Dia tersentak. Menggenyeh-genyehkan matanya.
“Baru...baru…baru…panas…panas…panas!”
“Apa kau memekak
ni? Sudah hendak letak jawatan? Hendak jual goreng pisang panas pulak?”
Sergahnya keras. Ketenangannya yang terganggu dengan olah khadamnya itu.
“Aikk...lain macam
aje bunyinya. Kenapa perniagaan rugi banyak ke? Pagi-pagi ni tidak baik buat
muka monyok, nanti rezeki lari Datuk.” Datuk Shaari menerjah pandangannya ke
dalam anak mata Amin.
“Mulut tu jaga
sikit ya. Bercakap jangan sebarangan. Bab rugi…rugi jangan sebut. Untung,
untung, ong boleh sebut. Kau boleh
tolong aku tak?”
“No problem. Mana pernah saya cakap
‘tidak’ bila Datuk minta tolong.” Balas Amin menunggu-nunggu butiran
pertolongan yang dimahukan.
“Boleh tak kau
tolong diam…”
“Ala lawak Senario
le pulak. Datuk ni memang pandai buat lawak.” Amin terkekeh tertawa. Bulat mata
Datuk Shaari memandangnya dengan tajam.
“Maaflah
Datuk..apahalnya ni ...monyok je. Ceritalah kepada saya. Mungkin pembantu Datuk
yang amat setia ni boleh menolongnya.”
“Aku tidak dapat
pergi ke resort tu dengan Anita!” Datuk Shaari bersuara keras melepaskan
tekanan yang menghempap benaknya.
“Ish… apa ni
Datuk. Jangan meraung. Malu didengar staff lain nanti. Banyakkan bersabar.”
Ucap Amin cuba menenangkan perasaan gundah-gulana Datuk Shaari. Belakang
tuannya itu diurutnya lembut.
“Kenapa Datuk? Apa
masalahnya? Datin sudah tahu ke rancangan Datuk?” Bertalu-talu pertanyaan yang
terlontar dari bibirnya, terlalu ingin menjejaki permasalahan bosnya yang
ketara amat tertekan perasaannya itu kini.
“Bukan Datinlah.
Tapi anak aku. Rizal sudah jadikan resort tu territory dia!!” Amin
tercengang-cengang. Berat masalahnya ni, getus hatinya.
“Territory tu, amende Datuk”Tanya Amin
jujur. Pertanyaan Amin membuatkan Datuk Shaari tersenyum sekilas. Lagak Amin
yang lughu tapi tidak lurus bendol itu menawarkan sedikit kegeraman hatinya.
“Datuk kan tahu
bahasa Inggeris saya ni lemah sikit.” Sambungnya tanpa rasa malu mengakui
kelemahannya.
“Dia sudah duduk
di sana menggantikan tempat Azmi menjadi pengurus resort tu.” Masalah yang
membungkal di dadanya terluah juga, meski payah.
“Apa susah Datuk
panggil saja dia balik ke sini. Habis cerita. Pulau tu bukan ke Datuk yang
punya.” Ujar Amin dengan saranan yang bernas pada firasatnya. ‘Apalah Datuk ni
benda mudah macam tupun tak boleh nak fikir.’
“Kau ingat senang
hendak suruh dia balik. Dia pun macam aku juga, kalau dia kata dia hendak buat
sesuatu, dia akan buat. Jangan hendak dipaksa dia buat apa yang dia tidak
mahu.” Amin melongo. ‘Oh anak bapaklah ni… tapi nampaknya perangai bapaknya
sikit je yang diambilnya. Bagus…bagus…ambil yang baik-baik saja. Perangai bapak
yang teruk tu kau tolak tepi.’
“Lagi pun pulau tu
bukan aku yang punya. Tapi hak Datin. Warisan keturunannya.”
“Begitu pulak ya…”
Amin terangguk-angguk menyedari simpang perenang duduk perkara dan hala tuju
yang sukar ditentukan puncanya..
“Ala… sebulan je
Nita di sana. Dalam masa tu saya cari spare tyre satu untuk Datuk. Biar saya
call Sarina ajak dia makan tengah hari ni. Dapat juga jumpa Anita sebelum dia
pergi” Harapannya kegusaran hati Datuk Shaari segera mereda dengan bantuan yang
ingin dihulurkannya.
“Tidak payah. Aku
lagi cekap dari kau. Malam tadi aku call
dia. Dia kata pukul lapan pagi kena pergi shooting.
Jadi lepas subuh tadi aku call Sarina. Tengahari nanti aku ada lunch dengan dia orang.”
“Wah Datuk sudah
buat kerja saya ni. Nampaknya susahlah saya hendak cari makan lepas ni...”
“Hidup ni mesti Up to date. Tidak boleh lembab sangat.
Nanti kita ketinggalan.”
‘Up to date cara Datuk tu merugikan’
bidasnya dalam diam dengan sengihnya yang ketara.
“Kenapa kau
tersengih-sengih macam kerang busuk ni. Mesti dengan niat nak mengata akuni.”
Bebola matanya bulat terjegil memandang Amin.
“Tak adalah. Datuk
ni pandai saja nak serkap jarang. Takkanlah saya nak mengata bos sendiri.” Amin
berusaha menangkis telahan yang sememangnya mengena. Senyumnya semakin lebar.
Sunday, 23 June 2013
MALAM NISFU SYAABAN...JOM BANYAK-BANYAK BERDOA MOHON KEAMPUNAN DAN REDHA ALLAH....
copy paste
Malam Nisfu Sya'ban ialah malam 15 Sya'ban.
23 Jun 2013 hari Ahad ialah 14 Syaban dan apabila masuk waktu maghrib maka telah masuk malam 15 Sya'ban.
Nabi saw. bersabda, "Allah swt. melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Allah ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).
Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.
23 Jun 2013 hari Ahad ialah 14 Syaban dan apabila masuk waktu maghrib maka telah masuk malam 15 Sya'ban.
Nabi saw. bersabda, "Allah swt. melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Allah ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam i'dul Adha, malam i'dul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).
Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam nisfu Sya'ban.
MALAM INI REMBULAN PURNAMA PENUH WALAU DISELIMUTI JEREBU TETAP MENYERLAHKAN SINARNYA AMAT INDAH, MALAH KATA SESEORANG YANG MENYAKSIKANNYA, REMBULAN KELIHATAN LEBIH BESAR DARIPADA KEBIASAANNYA. SEBENARNYA KITA SEDANG TERUJA MENATAPI KEBESARAN ILAHI SEMPENA MALAM NISFU SYA'ABAN INI SEOLAH ALLAH MENANTI MOHON DOA HAMBA-HAMBA-NYA SEBANYAK BANYAK-NYA UNTUK DIPERKENANKAN-NYA....SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH TIDAK PERNAH MUNGKIR....
Friday, 21 June 2013
PUTERI MAYANG MENGURAI...
KECANTIKAN GADIS/PUTRI PADA ZAMAN DULUKALA DILUKISKAN PERIWAYAT HIKAYAT LAMA ADALAH MENYELURUHI SEPERTI WAJAHNYA BERSINAR MENAWAN, SEPASANG MATA BAK KEJORA, PIPI MULUS BAK PAUH DILAYANG, HIDUNG MANCUNG BAK SELUDANG, GIGI PUTIH BAK SUSUNAN MUTIARA, ALIS LENTIK BAK BULAN SABIT, RAMBUT PANJANG BAK MAYANG MENGURAI, SUARA MERDU BAK BULUH PERINDU....DAN....DAN....
BARANGKALI SEMUA DESKRIPSI TENTANG GADIS/PUTRI DAHULU DAN SEKARANG TIDAKLAH BERBEZA MELAINKAN PELUKISAN BAHASANYA. TETAP DENGAN KEUNGGULAN PERIBADI YANG CANTIK JELITA MENAWAN. TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERAMBUT PANJANG IKAL MAYANG MENYERLAHKAN LAGI KEJELITAAN.
LEBIH SELESA BERAMBUT PENDEK UNTUK LEBIH PRAKTIKAL DAN CERGAS KE SANA SINI MELAKUKAN AKTIVITI DI DUNIA YANG SANGAT MENCABAR INI. LAGIPUN KINI KEBANYAKAN WANITA MUSLIM BERTUDUNG LITUP DAN KITA TIDAK PASTI SAMADA MEREKA BERAMBUT PANJANG ATAU PENDEK.
TETAPI SESEKALI KALA TERIMBAU CERITA PENGLIPUR LARA HIKAYAT LAMA KITA TERBAYANGKAN WAJAH-WAJAH AYU JELITAWAN NAN RUPAWAN BERAMBUT PANJANG MENGURAI...
BARANGKALI SEMUA DESKRIPSI TENTANG GADIS/PUTRI DAHULU DAN SEKARANG TIDAKLAH BERBEZA MELAINKAN PELUKISAN BAHASANYA. TETAP DENGAN KEUNGGULAN PERIBADI YANG CANTIK JELITA MENAWAN. TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERAMBUT PANJANG IKAL MAYANG MENYERLAHKAN LAGI KEJELITAAN.
LEBIH SELESA BERAMBUT PENDEK UNTUK LEBIH PRAKTIKAL DAN CERGAS KE SANA SINI MELAKUKAN AKTIVITI DI DUNIA YANG SANGAT MENCABAR INI. LAGIPUN KINI KEBANYAKAN WANITA MUSLIM BERTUDUNG LITUP DAN KITA TIDAK PASTI SAMADA MEREKA BERAMBUT PANJANG ATAU PENDEK.
TETAPI SESEKALI KALA TERIMBAU CERITA PENGLIPUR LARA HIKAYAT LAMA KITA TERBAYANGKAN WAJAH-WAJAH AYU JELITAWAN NAN RUPAWAN BERAMBUT PANJANG MENGURAI...
Thursday, 20 June 2013
ORKID-ORKID SARAWAK YANG CANTIK LAGI UNIK...
CANTIK SUNGGUH ORKID-ORKID SARAWAK INI. JARANG KITA TEMUI DI NURSERI NURSERI TANAMAN ORKID SEKITAR SINI. JIKALAU ADA TENTU SUDAH TERGANTUNG DI PONDOK ORKID YANG TERSEDIA DIHUNI ORKID-ORKID YANG MENJADI KOLEKSI SELAMA INI. TETAPI SEKADAR MELIHAT FOTO-FOTO ORKID SARAWAK GOOGLE OK JUGA...
Wednesday, 19 June 2013
SELIRATAN CINTA BAB 25...
Rizal mengeluarkan
beberapa helai pakaiannya dari begnya dan diletakannya di atas katil di sisi
Fareez.
“Kau pakai ni
besok.” Rizal menerima pandangan polos temannya.
“Maaf!! Aku nak
tarik diri. Surrender. Bahaya buat
kerja menyamar macam ni. Buatnya ayah dan mak kau datang, tidak ke naya aku.”
Fareez menolak gesaan temannya.
“Ah itu semua kau
serahkan pada aku. Bila tiba masanya tahulah aku apa yang hendak aku buat.”
Ujar Rizal masih mendesak dan meyakinkan Fareez agar melaksanakan saja
rencananya tanpa ragu-ragu..
“Aku tidak sukalah
buat kerja macam ni. Mana biasa aku jadi anak orang kaya. Bapak aku peneroka
je. Bukannya kaya raya macam bapa kau.aku ni orang biasa je Rizal. Tidak kaya
dan tidak juga miskin. ”
“Kita ni sama je
Fareez. Kau fikir aku tidak tahu ramai peneroka yang telah jadi jutawan
sekarang ni dan menjalankan perniagaan yang tidak semenggah pada mata kasar
orang ramai tetapi memberi pulangan yang lumayan. Kau pun pernah cakap ayah kau
sekarang mampu meraih pendapatan 5,000RM - + sebulan hanya dengan jualan sawit
saja. Itu belum lagi dikira dengan hasil dari projek lembu ternak lagi.
Sudahlah Fareez, jangan kau hendak merendah diri pulak. Sekarang ni bukan soal
siapa kaya siapa miskin. Tapi soal siapa lagi yang hendak menolong kawan kalau
tidak kawannya sendiri.” Rizal terdiam menatap wajah kawannya yang bungkam.
‘Aku sangat mengharapkan pertolongan kau
Fareez…hanya seorang sahabat yang baik mahu menolong kawannya. Aku mengangap
kau adalah sahabat yang sanggup berkongsi susah-senang yangku rasa. Seorang
kawan aku yang kini menjadi Pensyarah Phsykologi di sebuah maktab perguruan di
Ipoh mengatakan ‘persahabatan ibarat
tangan dan mata. Apabila mata menangis tangan akan menyapu air mata.’
Entah dari mana
Baharudin Ismail mengutip pepatah yang indah berseni itu. Barangkali dari
sumber bacaan yang banyak. Bukan senang seorang pensyarah hendak berinteraksi
dengan siswa-siswa yang bergeliga otaknya untuk memberi konsul dan bimbingan
sekiranya ilmu di dada hanya ‘setampuk pinang.’
“Tolonglah Fareez.
Aku sudah terdesak ni. Aku tidak mahu orang hormat aku sebab aku anak Datuk
Shaari. Aku rimas. Aku hendak rasa hidup macam orang-orang lain juga...macam
orang biasa.”Lirih anak matanya yang bening merenung temannya itu.
“Hairan sungguh
aku. Orang macam kau ni pun ada juga ya. Aku ingatkan hanya fiksyen rekaan
penulis saja. Selama ini aku ingatkan…” Rizal tidak memberi peluang Fareez
meneruskan dialognya, dicelahinya dengan pantas.
“Apa? Seronok
dengan kemewahan bapak dia orang? Kau silap Fareez. Sejak zaman dulukala lagi
ada anak orang kaya yang tidak suka dilahirkan di tengah-tengah keluarga kaya.”
“Susah…susah nak
percaya.” Sahut Fareez tergeleng-geleng menolak hakikat.
“Aku rasa kau
pernah baca buku The Prince and The Pauper.
Filem dia pun ada. Sudah banyak kali aku tengok filem tu…sejak aku sekolah
menengah lagi. Ataupun Filem Musang Berjanggut lakonan P. Ramlee. Aku selalu
bayangkan akulah watak yang dibawakan P Ramlee tu.” Fareez tersengih memandang
wajah Rizal yang bercerita dengan penuh perasaan.
“Oh kau berangan
hendak jumpa awek cun macam watak yang dibawakan Seniwati Saadiah tu ke?”
Fareez tertawa sebelum menyambung cakapnya semula.
“Nama je belajar
di New York tapi khayalan kau masih di Bollywood! sah pemuda Melayu sejati,
sentimental habis.” Fareez berterusan tertawa. Lucu sungguh hatinya menilik
perwatakan Rizal itu.
Sungguh pun begitu
dia mengagangap Rizal seorang yang berbudi mulia, unik sifatnya dan
berkeperibadian tinggi. Boleh jadi manusia sepertinya hanya satu dalam
berjuta-juta.
Memang segar bunga
yang mekar
Seroja kecil
banyak kelopak
Memang sukar
teramat sukar
Memilih yang baik
antara banyak.
“Ah! Sudahlah. Aku
dah mengantuk ni. Jangan lupa pakai baju aku tu besok. First impression is so very
important. Besok kau akan dikenalkan sebagai anak Datuk Shaari. Lepas tu
tak kisahlah kalau kau nak pakai baju ala anak peneroka tu!”
“Opps…jangan
menghina…aku tarik diri…haa… melopong kau. Kau jangan tak tahu ramai peneroka
yang dah jadi jutawan tau…tapi mereka tak adalah nak berlagak. Hidup selamba je
macam biasa. Cuma aku je anak peneroka yang bapanya belum jadi jutawan.” Rizal
memeluk bahu temannya dengan senyum yang lebar.
“Aikk...merajuk
pula hero kita ni. Maaflah! aku tu gurau je. Tidak bermaksud sampai ke situ.”
Fareez membaling
bantalnya ke arah Rizal seraya berkata. “Banyaklah kau punya maaf.” Rizal
tertawa melihat reaksi temannya itu.
“Tapi aku rasa
seorang pengurus tentu perlukan seorang pembantu kan. Nampaknya kau akan jadi assistant manager aku... er…kalau kau
tidak hendak aku pun…haa…”
“Oklah bos. Kau ni
macam budak-budak. Semua kerja perlu dibantu. Kuatlah sikit semangat tu.
Berdikari. Berminda glokal ikut TPM (Timbalan Perdana Menteri) cakap. Global
dan lokal. Ini tidak..” Lega hati Fareez mendengar pengakuan Rizal. Maknanya
dia tidak berseorangan melakukan tugasan yang amat asing baginya.
Dia mencapai
bantal dan meletakan kepalanya. Angin laut berhembus halus dan dingin. Kain
selimutnya ditarik sehingga berkelumbung menutupi kepalanya hingga ke hujung
kaki. Namun kedinginannya tetap terasa.
Malam semakin
berensut membawa pergi bersamanya catatan kisah manusia yang akan ditulis
malaikat pencatit Rakib dan Atib ke dalam kitab laporannya yang akan
dibentangkan di Padang Mahsyar di hadapan Allah Azzawajalla kelak.
Rizal dan Fareez
beradu dengan nyenyak dan hilang dari dunia fana menembusi dimensi baru. Mimpi.
* * *
Azmi sedang
memperkenal Fareez sebagai Rizal anak Datuk Shaari yang akan mengambil tugasnya
sebagai Pengurus Resort Sri Jelapang, menggantikannya. Dan Rizal akan dibantu
Fareez temannya. Fareez berbisik begitu kepada Azmi. Azmi memandang Rizal dan
Fareez silih berganti dan akhirnya dia terangguk-angguk.
Fareez berdebar
dan kekok dilayani sebagai seorang terhormat. Rizal memandangnya selamba. Ada
desas-desus yang berbisik di kalangan gadis-gadis petugas yang membandingkan
kedua-dua lelaki muda yang berada di hadapan mereka.
Kedua-duanya
memang sama tampan bergaya dan berpesonaliti yang menawan. Seorangnya nampak
sangat berkarisma sebagai seorang ketua sementara seorang lagi hanya selamba
bersahaja namun kelihatan berwibawa..
‘Kalaulah si
jejaka tampan itu jatuh hati kepadaku alangkah bertuahnya badan, seorang gadis
yang bertugas sebagai penyambut tetamu itu memasang angan-angan. Dimatanya
terbayangkan di saat-saat melewati waktu indah bersama jejaka idaman yang
menjadi pujaan.
‘Hoi...jangan
beranganlah. Sergah mindanya sedarnya. Dia kembali ke dunia fana dengan sabar
menunggu gilirannya untuk di perkenalkan kepada kedua-dua jejaka itu. Matanya
bersinar memberi fokus kepada keadaan yang melengkunginya.
Membuang masa
sahaja membayangkan perkara yang bukan-bukan dan sukar hendak dijadikan
kenyataan kata hatinya.
Tuesday, 18 June 2013
COOKIES2 ENAK RAZALELA ABD.RAHMAN....JOM ODER UNTUK RAYA...
NAMPAK SEDAP DAN CANTIK KUKIS-KUKIS YANG DISEDIAKAN RAZALELA UNTUK KITA SEBAGAI HIDANGAN RAYA NANTI. KALAU NAK DIBELI YANG DIJUAL DI PASARAYA ATAU KEDAI TENTU HATI TIDAK BERAPA YAKIN AKAN KEMURNIAN DAN KEHALALANNYA KERANA TIDAK PASTI SIAPA YANG MENGOLAHNYA . LAGI PULA UNTUK MEMBUATNYA SENDIRI ALASANNYA TENTU KEKANGAN MASA LANTARAN SIBUK DENGAN KERJAYA MASING-MASING. JADI ODER SAJALAH KUKIS-KUKIS ENAK RAZALELA, PASTI TIDAK MENGECEWAKAN....PM SAJA RAZALELA ABD.RAHMAN KAT FACEBOOK. MUDAH JER...
BISKUT TURAP
DAISY PETAL
BISKUT TERATAI LAYU
BISKUT SARANG SEMUT
ALMOND CHOC
BISKUT MAKMUR
ALMOND LONDON
DAISY PETAL

COCONUT SPRINKLE
3 minutes ago
salam akak...sesiapa nak odr bole call lela 0132437450...klu area kl lela biasanya buat penghantaran kat plaza low yat,alamanda,tesco ampang,tesco kajang..tq sis...
Monday, 17 June 2013
Sunday, 16 June 2013
CENGKERANG 230 JUTA TAHUN DI MERAPOH...
ANTARA fosil cengkerang spesies Brakiopoda yang ditemui pada singkapan batuan tapak projek jalan raya berdekatan Sungai Yu, Merapoh, Kuala Lipis, semalam.
KUALA LIPIS 16 Jun - Seorang Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) menemui fosil cengkerang berusia 260 juta tahun di Sungai Yu, berdekatan Merapoh di sini.
Penemuan itu membuktikan hasil kajian fosil berkenaan lebih tua usianya berbanding fosil ditemui di Taman Emas, bandar Kuala Lipis berusia 230 juta tahun yang dibuat pada 2011.
Ahli Paleontologi IGM, Ahmad Rosli Othman berkata, daerah ini mempunyai banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman pra-sejarah.
"Fosil cengkerang ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaiktaraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu.
"Fosil itu terletak lapisan batu lumpur merupakan jenis Brakiopoda yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek," katanya kepada pemberita di Sungai Yu di sini hari ini.
Menurutnya, antara spesies Brakiopoda yang dapat dikenal pasti di kawasan sama iaitu Leptodus sp.,Transennatia sp. dan Spyridiophora sp.
Beliau yang juga penyelidik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, menerusi penyelidikan itu bahawa Merapoh berada di dasar lautan antara 250 hingga 260 juta tahun lampau dan menjadi habitat hidupan laut purba yang primitif.
"Haiwan primitif ini berenang bebas di lantai lautan yang relatifnya agak dalam dan beriklim panas. Kemudiannya, apabila mati akan tertimbus oleh enapan keladak kekal yang menjadi batu dalam tempoh beratus juta tahun lamanya," ujarnya.
Katanya, haiwan purba itu hidup pada zaman sebelum berlakunya kepupusan masa di muka bumi iaitu kira-kira 252 juta tahun lampau.
Menurut beliau, menerusi proses geologi dasar laut berkenaan timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang wujud di Merapoh.
Justeru, katanya, apabila terdapat projek pembangunan seperti pembinaan jalan raya di sini, bumi yang menyimpan banyak rahsia alam akan terungkai menerusi penemuan fosil cengkerang di lokasi berkenaan.
"Berdasarkan kajian paleontologi, hidupan primitif ini pernah hidup di sekitar 260 juta tahun lampau atau secara saintifiknya berada dalam tempoh zaman Lopingian dan Permian," jelasnya.
Katanya, kawasan Merapoh diumpamakan 'kitab sejarah bumi' yang memaparkan fenomena kehidupan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini kira-kira 200,000 tahun lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130617/dn_17/Cengkerang-260j-tahun-ditemui#ixzz2WQwQJDgi
© Utusan Melayu (M) Bhd
PASRAH REDHA...2
DIA MENANGIS. MENANGIS SUNGGUH SUNGGUH SEKUAT HATINYA KALA
SUAMINYA MEMBERITAHUNYA AKAN BERKAHWIN LAGI. TAK MUNGKIN DIA KETAWA KERANA BERITA YANG DITERIMANYA BUKANNYA MENYUKAKAN HATINYA. HANYA KESEDIHAN YANG DIRASAKAN TIADA TOLOK BANDINGNYA.
TAPI APALAH DAYANYA MEMBANTAH SEDANGKAN HENDAK MENGELUARKAN SUARA DARIPADA KERONGKONGANYA TERNYATA SUKAR DAN PAYAH. TERASA KESAKITAN YANG DITANGGUNGNYA AKIBAT KECEDERAN TERUK (KOMPLIKASI) MELAHIRKAN ANAKNYA YANG KEEMPAT MENYEBABKANNYA HILANG UPAYA DIRI SEMAKIN MENGULITINYA. PERIH AMAT.
NAMUN DIA HARUS SEDAR DIRI BAHAWA POSISINYA SEBAGAI ISTERI PERLU DIISI SESEORANG WANITA LAIN KERANA DIA TELAH MENINGGALKAN RUANG KOSONG JUSTERU KETIDAK-UPAYAAN DIRINYA MELAKSANAKAN TUGASAN SURI SEBAIKNYA. SUAMINYA PERLUKAN BELAIAN KASIH SAYANG SEORANG ISTERI SEBAGAI PEMANGKIN KEHIDUPANNYA SETERUSNYA.
"ABANG KAHWIN LAGI BUKAN SEBAB ABANG TAK SAYANG TAPI DEMI ANAK-ANAK...."
TEGAS SUAMINYA.
"SAYA KAHWIN DENGAN ABANG SEBAB SAYA KASIHAN TENGOK ANAK-ANAK ABANG TAK ADA SIAPA YANG JAGA," SAHUT ISTERI BARU SUAMINYA MELUAHKAN NIAT MURNINYA.
DIA PASRAH DAN REDHA WALAU TAKDIR HIDUP YANG DILALUI KINI BUKAN PERMINTAANNYA. DAN DIA INGIN MELIHAT CERITA HIDUPNYA BAGAIMANA PULA SETERUSNYA.
RENCANA YANG DIRANCANG TIDAK BERLAKU SEBEGITU. DAN DIA TERUS KEHILANGAN SUAMINYA SEMENTARA ANAK-ANAK PULA TERUS MERINDU MENGHARAPKAN KASIH BAPA YANG TELAH MENINGGALKAN MEREKA LANTARAN SIBUK MENGURUSI KEHIDUPAN BARUNYA YANG SERBA BARU.....
SUAMINYA MEMBERITAHUNYA AKAN BERKAHWIN LAGI. TAK MUNGKIN DIA KETAWA KERANA BERITA YANG DITERIMANYA BUKANNYA MENYUKAKAN HATINYA. HANYA KESEDIHAN YANG DIRASAKAN TIADA TOLOK BANDINGNYA.
TAPI APALAH DAYANYA MEMBANTAH SEDANGKAN HENDAK MENGELUARKAN SUARA DARIPADA KERONGKONGANYA TERNYATA SUKAR DAN PAYAH. TERASA KESAKITAN YANG DITANGGUNGNYA AKIBAT KECEDERAN TERUK (KOMPLIKASI) MELAHIRKAN ANAKNYA YANG KEEMPAT MENYEBABKANNYA HILANG UPAYA DIRI SEMAKIN MENGULITINYA. PERIH AMAT.
NAMUN DIA HARUS SEDAR DIRI BAHAWA POSISINYA SEBAGAI ISTERI PERLU DIISI SESEORANG WANITA LAIN KERANA DIA TELAH MENINGGALKAN RUANG KOSONG JUSTERU KETIDAK-UPAYAAN DIRINYA MELAKSANAKAN TUGASAN SURI SEBAIKNYA. SUAMINYA PERLUKAN BELAIAN KASIH SAYANG SEORANG ISTERI SEBAGAI PEMANGKIN KEHIDUPANNYA SETERUSNYA.
"ABANG KAHWIN LAGI BUKAN SEBAB ABANG TAK SAYANG TAPI DEMI ANAK-ANAK...."
TEGAS SUAMINYA.
"SAYA KAHWIN DENGAN ABANG SEBAB SAYA KASIHAN TENGOK ANAK-ANAK ABANG TAK ADA SIAPA YANG JAGA," SAHUT ISTERI BARU SUAMINYA MELUAHKAN NIAT MURNINYA.
DIA PASRAH DAN REDHA WALAU TAKDIR HIDUP YANG DILALUI KINI BUKAN PERMINTAANNYA. DAN DIA INGIN MELIHAT CERITA HIDUPNYA BAGAIMANA PULA SETERUSNYA.
RENCANA YANG DIRANCANG TIDAK BERLAKU SEBEGITU. DAN DIA TERUS KEHILANGAN SUAMINYA SEMENTARA ANAK-ANAK PULA TERUS MERINDU MENGHARAPKAN KASIH BAPA YANG TELAH MENINGGALKAN MEREKA LANTARAN SIBUK MENGURUSI KEHIDUPAN BARUNYA YANG SERBA BARU.....
RUPANYA TAKDIR MENUNTUT KESABARAN YANG TIDAK SEDIKIT DARINYA UNTUK TEGA MENGHARUNGI ARAL YANG MELINTANG LALUAN HIDUPNYA....

Saturday, 15 June 2013
TERKENANG SEMASA DULU....PAK ENGKU
Anak2 yg bosokolah zaman sokarang untung bobona. Poie sokolah naik keto atau moto abah atau omak anta.. Tak pun naik bas sokolah!!! Kalau yg sokolah monongah tu, siap abah omak ea bolikan moto laie. Bolanjo sokolah bohinggit-hinggit. Soluar, baju & kasut, maha-maha! Branded-branded laie!!! Den dulu poie sokolah jalan kaki. Dari Kg Pantai ko Soromban jo naik bas. Pakai pas. Bayar bulan. 6 ringgit sobulan!! Lain dari tu jalan kakilah.. jalan kaki duo tigo batu ni no hal bagi den maso tu!!... Kasut sekolah den, kasut kanvas jenis Fung Keong, kasut jenis yg paling murah pado maso tu. Nak boli kasut Bata mimpilah den! Bungo tapak kasut tu mcm bungo tayar trktor.... Tak sampai 6 bulan bocor tapak kasut tu sobab dek banyak bona den bojalan kaki! Kasut yg dah bolubang tapak ea tu, de kono pakai gak sampai ujung tahun sobab abah omak den tak mampu nak ganti & bolikan yg baru. Bilo jalan lopeh hari ujan, basah setukin den sobab air masuk ikut tapak kasut den yg bocor tu. Soluar den maso Primary School & Lower Form Secondary School (Form 1 - 3), soluar pendek berwarno putih. Tak sampai duo hari pakai, molotong, mcm bolacan rupo ea, kato omak den! Kain soluar tu, cotton biaso, bukan kain yg maha-maha. Said kek soluar tu tajam & kogheh sobab pakai kanji. Maso tu, soluar panjang, dah Form Four yo sumo murid pakai! Abah den bilo boli soluar baru dio akan bolikan den soluar pendek yg mcm skirt. Makno ea soluar pendek tu, kaki seluar ea panjang sikit sampai bawah lutut. Alasan abah den, soluar tu buleh pakai sampai tigo tahun & muek laie. Kalau buntut soluar tu dah kuyak omak den akan jahit. Mako jadilah buntut soluar tu mcm sarang labah2 corak ea! Den kono pakai gak. Nak buek camno.. Nak malu apo? Dah abah omak den orang mosokin!! Den poie sekolah jarang ado bolanjo atau omak den bokakan apo2 utk makan kek sekolah bilo den lapa.. Kek sokolah bilo den tengok budak2 lain makan & minum den tokulat-kulatlah momandang & toguk air liur yo lah. Bodogup-dogup. Songkeh poghut den dek air liur.. Hiii... hii... hiiiii... Bukan omak den tak nak buekkan boka utk den bawak ko sokolah, tapi bondo nak dibuek boka tu tak ado!! Kek sekolah kalau tokak den koghing@haus, den balun air paip@paipsikola kek sekolah tu sampai hilang haus dan konyang atau poghut den kombung!! Eerrrkkkk!!! Den akan jumpo nasi dlm pukul duo bilo den balik & sampai kek umah dr sokolah..
Nak dijadikan corito, satu ari tu, sowaktu abih sekolah & tunggu bas sokolah, adolah sorang murid tu yg tunggu abah ea jomput dio, main songgayut2 kek palang pagar dopan sokolah. Waktu dio bosonggayut dgn kodudukan kopalo ea ko bawah, dongan kohondak Allah juo agak ea, jatuhlah duit 50 sen dari saku baju ea tu ko tanah. Budak tu tak porasaan pun. Den pun apo laie, copek2 den poie kek duit tu & den pun pijak sambil bodiri. Tak bogorak sikit pun. Bilo budak tu abah ea dah ambik bawa balik den pun ambik duit tu. Bukan main suko hati den laie!! Den ajak 3 orang kawan den poie kek stall jual ice ball (ais kopal). Den bolanjo kawan2 den ice ball sorang satu. Tau tak apo ais kopal tu atau Ice Ball tu? Maso sokarang takdo laie bondo tu ponjajo jual.. Ice ball@ ais kopal tu ialah air batu yang disagat dalam mangkuk bulat, dikopal bulat mcm bola, lopeh tu bubuh warna merah, kuning & hijau serta dibubuh air gula. Kito orang sobut maso tu, 'air batu kopal!!!' Abih langsai duit tu! Makan haram den hari tu.. Duit haram den bolanjo kongkawan den makan!!! Maso tu mano den kiro.. Den kiro memang dah joki den aghi tu!!! Nakal & jahat abih!!!! Hiii...hi.... hiii..
Peristiwa itu sampai aghi ni den ingat walaupun maso kjadian tu den dlm darjah SMC Two. Kiro2 darjah limolah sokarang ni... Umur dlm 11 tahun... Kiro2 bodoso tak den buek macam tu????
Bilo toingat peristiwo ni den teringat kengkawan sokampung den. Kengkawan yg bolajar samo2 satu kelas kek sokolah King George V Primary school. Kengkawan yg den bolanjo dio orang air batu kopal tu. Shaari@Chayi, (moningga dunio sotahun lobeh dah), Muhammad Johar@Amat Ghimau, (kini monotap kek Manjung, Perak, lopeh pencen Navy) & Rosman Amat Bodek@Ayuih (sokarang monotap kek Merlimau , Molako lopeh pencen Penolong Pogawai Potanian).
Bilo tokonang berbagai poistiwa maso kokocik, den toingat lagu lamo dendangan Biduan Allahyarham R.Azmi... 'Terkenang Semasa Dulu@Hati Rindu'. Den sayu bilo dongar lirik rangkap toakhir lagu tu...
"Miskipun hati ku rindu....
Ingatkan waktu yang lalu...
Oooo.. oooo... oooo.... oooo...
Namun itu hanya mimpi...
Tak akan menjelma lagi..
Ku rasakan alam nan sepi..
Menangis aku menanti...(huuuu...huuu....huuu....).
Subscribe to:
Posts (Atom)
MyBloglist
-
Bubur Lambuk Ayam - Diam tak diam, hari ini sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Petang tadi Amie masak Bubur Lambuk Ayam. Oleh kerana ada macam-macam versi bubur lambuk, j...2 hours ago
-
KEDAI DUA HINGGIT - *Please hover your mouse to see back and forth.Mr Dollar, Today's Market Masai @2021* Oleh kerana penulis sudah lama tidak pulang ke rumah hinggap. Iste...2 hours ago
-
Betul-betul Ambil Kesempatan - *BETUL-BETUL AMBIL KESEMPATAN*. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah, sudah berakhir minggu pertama Ramadan. MasyaA...2 hours ago
-
-
AGAR-AGAR ROS LEGEND - Pagi tadi Kjee tiba-tiba teringin nak makan Agar-Agar kosong. Yang warna merah tu. Yang bau wangi sangat. Legend Agar2 ni. Kalau Raya kat kampung,...8 hours ago
-
Ke Taman Persahabatan Selangor - Jepun @ Shah Alam - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Jumaat minggu lepas anies ambil cuti. rupa-rupanya dah 6 bulan bekerja tanpa ambil sebarang cuti sejak balik dari Semporn...12 hours ago
-
TTC's STORY #11 : KEPUTUSAN UJIAN DARAH - Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Google : Rujukan (KMC) *2014 NOVEMBER* : Aku & suami ke Kuantan Medical Centre (KMC). Aku turutkan walau dala...12 hours ago
-
7 makanan sahur buat anda kenyang lebih lama - PADA minggu pertama bulan Ramadan, ramai daripada kita biasanya akan berasa lemau dan tidak bermaya kerana tubuh masih dalam proses membiasakan diri ...13 hours ago
-
Won Top Commentator for Feb & March at Blog Fieza Sani - I won again for a very multiple times from Kak Fiez. I am so happy and really appreciate it. Since K.Fiez already have my details. She did not ask any thing...13 hours ago
-
Resepi air jagung 3 layer - Bulan puasa ni, bila time buka air lah yang akan di cari terlebih dahulu. Rasa dahaga mengatasi rasa lapar sepanjang hari. Alhamdulillah dalam seminggu pe...15 hours ago
-
SANAH HELWAH MAKNGAH - Assalamualaikum semua, Semalam, 20 April 2021 hari lahir ke-34 adik ke dua aku. Selamat Hari Lahir Siti Fatimah @ makngah moga dimurahkan rezeki, dipanj...15 hours ago
-
Mesyuarat & Makan Tengahari di Tamu Hotel & Suites - Assalamualaikum semua..Cerita hari Sabtu, 10/4, sebelum Ramadan, hadir mesyuarat agong PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan di Tamu Hotel & Suites, di Kampu...1 day ago
-
Salam Ramadhan - *MAKNA RAMADHAN* Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaannya adalah pan...1 day ago
-
Sambungan Kisah Maksu - Dalam entri Tragedi Agar2 Merah Menyembah Bumi Saya ada menyebut tentang maksu saya Org indonesia tu Beliau bertemu dgn Paksu semasa belajar di Universiti ...1 day ago
-
Jus Nenas yang Bergas dan Menyegarkan dari HAUSBOOM - Assalamualaikum warga *bloggers* Malaysia yang budiman semua, hari ini sudah pun masuk seminggu kita berada dalam bulan Ramadhan tahun 2021... begitu cep...1 day ago
-
Bufet Ramadan 2021 : Citarasa Kampung Pemikat Selera Di OKAD Event Space Bukit Jelutong - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog *www.hanshanis.com *sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah sa...2 days ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...2 days ago
-
Berbuka Puasa di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati - Sabtu lepas berbuka puasa dengan blogger Anies. Itupun plan-plan ayam (ada ke peribahasa ni), sebab takut hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum seper...2 days ago
-
Bunga Anggerik Kampungan - Salam bertani Hari ini wak sempat menjepret beberapa gambar bunga orkid yang sedang mekar di hujung halaman untuk dimuatkan dalan entri kali ini. Jom la...3 days ago
-
Persoalan puasa (2) - *1 - Soalan: * Bagaimana kes pesakit buasir? Adakah batal puasanya? *Jawapan: * Lelaki atau perempuan yang terkena penyakit buasir terpaksa menolaknya ...5 days ago
-
Salam 4 Ramdhan 1442H : Jaga Hati - بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمAllhamdulillah, dah masuk 4 Ramdhan 1442H. Sekejap jer berlalu. Apa amalan kita hari ni? Saya berharap kita sentiasa...5 days ago
-
Salam Jumaat - Baldi Bocor - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Salam Jumaat - Baldi Bocor* [image: salam jumaat] Salam Jumaat selamat berpuasa...5 days ago
-
CARA MUDAH SOLAT TARAWIH BERSAMA ANAK-ANAK 👳🧕🧕🧕 - Assallamualaikum kekawan semua 😍🌹 Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua untuk kita menunaikan ibadah pua...1 week ago
-
Goreng bilis berlado - Sape suka menu ringkas macam ni kita geng. Baru celik mata tu ngantuk2 sahur, kan?? Satu lagi sape nak cari cookies raya boleh contact saya ye. Kat mana...1 week ago
-
Salam Ramadhan Kareem 1442 Hijrah - Assalamualaikum semua. Lama terbiar ruangan SitiYangMenaip ini.. Hati masih belum oookay dan semangat masih tiada walaupun rindu yang amat nak bersiara...1 week ago
-
Salam Ramadhan 2021 1442 H - Assalamualaikum dan Salam Sejatera Saya Fida Z Ein ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak... Semoga kita semua diberikan ganjar...1 week ago
-
Salam 1 Ramadhan - Hye You all. Assalamualaikum. Hari ni kan first day kita celebrate Ramadhan dan berpuasa. So, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk pembaca-pembaca Do...1 week ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...1 week ago
-
Makan-makan sebelum menyambut Ramadan - Assalamualaikum, Dah lama tak buat masak-masak kat pejabat kan. Jadi hari ini sebelum nak menyambut ramadan besok kita buat tom yam ya. Kali ni id...1 week ago
-
Kenali Potensi eDagang, Online Shop Dan Marketplace - Kenali Potensi eDagang, Online Shop Dan Marketplace – Perkembangan dunia digital pada hari ini telah mencapai tahap penting bagi peniaga dan usahawan mem...1 week ago
-
Testimoni Set Cantik - Produk Shaklee Berjaya Merawat Masalah Kulit Breakout - Assalamualaikum wbt, Testimoni Set Cantik - Produk Shaklee Berjaya Merawat Masalah Kulit Breakout | Siapa sangka kulit yang dulu breakout teruk kembali pul...1 week ago
-
IJAZAH AMALAN DAN DOA PILIHAN - Kini dibukukan Ijazah Amalan & Doa Pilihan TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI MOHD ROMLI Siapa yang dah biasa dengar LIVE TUAN GURU SYEIKH MUHD ZA...2 weeks ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...3 weeks ago
-
Cerita tengtang Katak Kecil - Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpu...1 month ago
-
Review | Yamaha MT15 (Luaran) - Sudah hampir sebulan aku pakai motosikal Yamaha MT-15 ni. Jadi kali ni aku cuba untuk buat review motosikal naked ni. Mana tahu kot-kot lepas baca revie...2 months ago
-
Kuasa Berfikir Kreatif - Berfikir merupakan satu kemahiran. Ia boleh dipelajari, dilatih dan diasah agar menjadi lebih baik. lebih tajam dan lebih kritis. Tambahan pula pada dewa...2 months ago
-
Contoh Soalan MUET Listening Test Lengkap Dengan Audio Dan Jawapan - *Contoh Soalan MUET Listening Test Lengkap Dengan Audio Dan Jawapan* l Dalam peperiksaan MUET terdapat empat komponen iaitu speaking, reading dan writing t...2 months ago
-
Permohonan Rentas Negeri Pada Musim PKP dan PKPB - Assalamualaikum sahabat reader sekalian 💖 Semua orang tahu *PKP 2.0* telah dilanjutkan sehingga *4 Feb 2021*, jadinya semua rakyat tidak dibenarkan me...2 months ago
-
Kerana seekor lipas... - Ketika menunggu rawatan. Kisahnya kerana takut dan ingin lari dari seekor lipas kaki mak tersadung di bendul bilik air dan jatuh tertiarap. Untuk menahan ...2 months ago
-
Bukit Intan, Trolak Timur, Perak - Bukit Intan, Trolak Timur. Mendaki : 45 minit. Kesusahan pendakian : Easy hiking. Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...3 months ago
-
MCO 2.0 GIVEAWAY BY AD - KLIK UNTUK JOIN Assalamualaikum dan salam MCO buat korang semua. Sementara kita kena MCO dan kerja dari rumah ni, jom sertai giveaway oleh rakan blogger k...3 months ago
-
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi... - Assalamm.... Nampaknya keadaan pergerakan kita akan berulang-kali lah menjadi ketat-longgar, longgar-ketat selagi pendemik covid-19 masih bermaharajalela ...3 months ago
-
JANGAN BERSEDIH - SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasa...3 months ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...4 months ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...5 months ago
-
-
Baju Tradisional Kadazan Dusun Sabah - *Baju Tradisional Kadazan Dusun Sabah* Asalamualaikum & Salam Sejahtera. Kepada semua rakan Blogger walau di mana berada, diucapkan semoga sihat walafia...7 months ago
-
parkinson's disease - Assalamualaikum.. Setelah sekian lama laptop ini terbiar.. kerana sudah ada penganti yang lebih comel..maka hari ini tergerak hati nak gunakan dia semula...8 months ago
-
CARA ATASI MUKA BREAKOUT - Member aku sorang ni sejak musim perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lalu, duduk rumah 4 bulan lamanya haritu mungkin dia pun terlupa nak jaga makan , ...9 months ago
-
BubbleBee Bangi - Assalamualaikum, salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu. Sepanjang PKP lepa...9 months ago
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...10 months ago
-
Garis Panduan Majlis Akad Nikah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor - Assalamualaikum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diteruskan sehingga 9 Jun 2020. Sememangnya dalam situasi sekarang kita faham bahawa segala...11 months ago
-
Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela - Klik banner untuk ke entri penyertaan Jom join ramai-ramai :D11 months ago
-
DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI - Assalamualaikum and Hello! Blog aku sejak bulan Ramadan ni* dah macam blog mak-mak ya*. Penuh dengan pelbagai resipi random yang aku cuba sepanjang tempo...11 months ago
-
COME back - Bismillah~ Buat pertama kali setelah genap 10 tahun kewujudan blog pertama, dengan ini secara *rasminya* saya *merasmikan* blog yang ke-2 dan terakhir meng...11 months ago
-
Sepi. Sedih. Kehilangan - Assalamualaikum. Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklumk...1 year ago
-
Bina Homestay Chalet Kontena - Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi o...2 years ago
-
Percutian Di Swiss Garden Beach Resort - Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kuantan. Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...2 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...2 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...2 years ago
-
mencuba untuk kembali - ASSALAMUALAIKUM PINJAM 3MINIT UTK BACA NI 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...2 years ago
-
Review Filem Pulang - Assalamualaikum. Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti ...2 years ago
-
Meniti Suratan - *Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan saling memba...3 years ago
-
Booth di Subang Parade - Assalamualaikum kawan2 semua. Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...3 years ago
-
Tahun 2017 Yang Tragis - *Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang ...3 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...3 years ago
-
Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong - Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dal...3 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H - Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan ya...3 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...4 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...5 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...5 years ago
