karya ku : paridah ishak

Sunday, 30 September 2018

ANEKDOT..

ASSALAMUALAIKUM...



Kata ibunya, "Tak payahlah kau berkahwin dengan dia sebab mak rasa dia ni tak berapa ok hendak diadikan isteri. Tak ingat ke dulu sewaktu kita sibuk-sibuk buat persiapan nak pergi meminang dia, dia boleh kata tak payah...sedangkan dia yang beria-ia meminta kita masuk meminangnya. Ini setelah dia putus dengan kekasih barunya dia datang pula mencari awak menagih cinta kononnya tak mahu kehilangan awak. Kecurangannya pada awak dulu apa maknanya. Mak dengar awak pun sudah ada pengganti dia...takkan nak tinggalkan sidia untuk berbalik dengan kekasih lama...tak masuk akal langsung..." Tapi anak itu tetap berkhwin dengan pilihannya dan ibunya merelakannya demi kebahagian anaknya itu.

2.  Seorang putera raja yang dikenali seluruh dunia memilih menikahi kekasih lamanya yang sudah ganyut dan pudar kecantikannya walhal sang putera boleh memilih puteri-puteri cantik daripada golongan bangsawan ternama sehingga sanggup mengenepikan hak merajai kerajaannya kerana pilihannya itu melanggari adab dan undang-undang beraja kerajaannya. Tentu saja tindakan sang putera menerima protes dan bantahan daripada seluruh keluarganya. Demi cintanya dia rela apa saja.

Namun yang berlaku tetap berlaku. Sesungguhnya jodoh pertemuan dan segala-galanya adalah hak Allah yang mengaturnya. Siapa kita hendak mempertikaikannya.

Posted by paridah at September 30, 2018 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ANEKDOT

Saturday, 29 September 2018

PUISI KUATRIN...

ASSALAMUALAIKUM


JOM BELAJAR MENULIS PUISI KUATRIN BERSAMA  SIFU TABIR ALAM...PI PUN MASIH TERKIAL-KIAL MEMAHAMINYA...SERANGKAP PUN BELUM LULUS LAGI...TAPI TETAP BELUM PATAH SEMANGAT UNTUK MEMPELAJARINYA.

Tabir Alam
September 15 at 12:16 AM
SUARA HATI
Kuatrin - adalah rangkap empat baris dengan rima akhir a-b-a-b, tapi isi ceritanya berterusan, tanpa sampiran. Ianya bahagian dari puisi soneta yang dinukilkan tersendiri.
Kepada penulis yang pernah mengikuti "Alegori - Projek Soneta" akan biasa dengan binaan rangkap kuatrin. Rangkap kuatrin adalah sama seperti rangkap kuatrin soneta.
Penulis bebas memilih tajuk kuatrin tentang sesuatu isu yang melibatkan perasaan. Sila hantar TIGA buah puisi kuatrin ke laman grup ini. Hantar lima rangkap kuatrin bagi sesuatu tajuk. Letakkan nombor urutan bagi setiap rangkap.
Peraturan menukil kuatrin terikat pada yang termaktub dengan penulisan SPTA. Pastikan kuatrin dibina dengan rima sempurna.
Contoh rangkap kuatrin:
Pahlawan hati, aduhai abah
selalu ada di relung kalbu
semangat abah tak mudah rebah
menjaga kami bersama ibu
Posted by paridah at September 29, 2018 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi

Friday, 28 September 2018

ASYURA KELANTAN...

Asslamualaikum

SALAM JUMAAT MULIA

MUHARAM BELUM BERAKHIR...MASIH RAMAI YANG MERAIKAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH DENGAN MENGACAU BUBUR ASYURA....ASYURA DI SINI ADA YANG RASA MANIS DAN PEDAS...TERPULANG KEPADA CITARASA MASING-MASINGLAH KAN.
PI SUKA JE KEDUA-DUANYA.

MEMANG BERBEDA RASA TAPI SEDAPNYA TAK TERKATA.

HENDAK MENGACAUNYA PUN MENGAMBIL MASA BERJAM-JAM LAMANYA. APALAGI KALAU BUBUR YANG DIPERBUAT DARIPADA BERAS DAN BUKAN TEPONG BERAS

Sejam setengah mengacau...steady lagi ni..
Sekarang dah 3 jam 20 minit..pukul 12.15 siaplah, insya-Allah.
Catatan sahabat penulis Jamilah Harun yang mengacau setengah kilogram beras untuk dijadikan asyura.
Kalau ikut resepi kat bawah ni kena siapkan kawah dan beramai mengacaunya.
Pic Jamilah Harun (c)

Hasil mengacauAsyura Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 kg beras 
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah

Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas

Cara cara:
Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.

Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus dikacau.

Masukkan santan, kacang kacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.

Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat. 
Bolehlah tutup api. Ceduk ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. 

Posted by paridah at September 28, 2018 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: RESEPI MUDAH

Wednesday, 26 September 2018

GABRIEL KIMJUAN...

ASSALAMUALAIKUM

SAHABAT FB PI GABRIEL KIMJUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN YANG MASIH MUDA TAPI AMAT PROLIFIK BERKARYA...SETIAP MINGGU ADA SAJA KARYANYA YANG DISIAR AKHBAR TEMPATAN DI SEMENANJUNG ATAU DI SABAH, SERAWAK....RAJIN SUNGGUH BERKARYA WALAU SIBUK BERTUGAS DI LABUAN SHIPPING YARD.

SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRANNYA DIDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAANNYA DI DALAM BIDANG YANG DICEBURINYA BERTERUSAN


Posted by paridah at September 26, 2018 13 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Salam

Tuesday, 25 September 2018

SAYEMBARA MENULIS PUISI..

ASSALAMUALAIKUM

 JOM RAMAI-RAMAI SERTAI SAYEMBARA MENULIS PUISI ANJURAN DBP WILAYAH UTARA....IKUT SYARATNYA MESTI MEREKA YANG BERADA DI PERAK, PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS...ATAU MEREKA YANG LAHIR DI NEGERI TERSEBUT.
HADIAHNYA LUMAYAN JUGA....JADI TAK RUGI MENCUBA.
MENGHARAPKAN KEMENANGAN TANPA MENYERTANYA MANA BISA DONG!


Posted by paridah at September 25, 2018 12 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN

Monday, 24 September 2018

SYAIR BUNGA RAYA.

ASSALAMUALAIKUM.


PIC GOOGLE(c)



SYAIR BUNGA RAYA BUNGA NEGARA

Bunga raya disyair mencerah,
mekarnya indah merona merah,
tumbuh merata liar selerah,
di ceruk kampung rata daerah.

Menghijau subur tegak merendang,
seri suasana sejauh pandang,
rona meriah sukar terhadang,
meski terlantar di pinggir  padang.

Bunga raya tingginya separa,
tumbuhan herba mengubat dura,
mengurai sakit duka dan lara,
demam dihidap sembuh segera.

Akarnya kukuh mencengkam tanah,
mengelak hakis pemusnah ranah,
dihembus ribut masih tak punah,
banjir melanda renda sakinah.

Bunga raya bunga kebangsaan,
pilihan tepat Tunku Abd.Rahman,
bukan semata puspa pilihan,
hikmah firasat dalam renungan

Bunga raya melambang semangat,
bersatu erat teramat sangat,
berganding tangan jatuh keringat,
warga negara mutu menyengat.

Berakhir syair mencitra bunga,
Indahnya agum hingga terpinga,
lupa penganan dalam belanga,
anugerah Allah hamba ternganga.

PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol.
PAHANG 
Posted by paridah at September 24, 2018 18 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi

Saturday, 22 September 2018

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU,,,SUDAH MASUK KE DAPUR UNTUK HIDANGAN TENGAH HARI  KELUARGA
PI KALAU MEMASAK SIMPLE SAJA...ADA NASI... IKAN GORENG, ULAM ATAU SAYURAN, SAMBAL DAN SEJENIS LAUK BERKUAH SEPERTI GULAI/SAMBAL TUMIS,,SEJENIS SAJA
SUDAH MEMADAI...SEDAP SANGAT TU...TAMBAH ADA MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

Resepi udang galah masak lomak cili api nangka muda.. (resepi salwa abu bakar)
1 ulas bawang merah (blend) 
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia(blend)
10-15 biji cili padi merah+ijau(ikut pedas masing2)(blend)
Serbuk kunyit secukupnya
3 batang serai
1 bungkus kecik santan asli
3 keping asam keping
3 keping nangka muda(potong dan rebuskan dahulu)
Udang galah/biasa secukupnya
Daun kunyit sehelai(xde xpe)
Garam dan perasa
Tumis tanpa minyak.. Bahan2 yang blend tadi..masukkan serbuk kunyit ikut suka.. Masukkan serai ..masukkan nangka muda yang da direbus bersama asam keping. Masukkan santan.. Last sekali masukkan udang dan daun kunyit.. perasakan garam sume.. Siap!!!


Posted by paridah at September 22, 2018 9 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: RESEPI MUDAH

Wednesday, 19 September 2018

KOTA BUKU...

ASSALAMUALAIKUM...



Insya Allah, tak sampai seminggu lagi. 

Kumpulan penulis baharu akan dilatih di tingkat 24, Maju Tower di Perbadanan Kota Buku, Kuala Lumpur.

Inilah Kota Buku

Anda orangnya yang mahu menulis buku pertama?
Kali ini kecil sahaja.
Tak melebihi 20 orang.
Saya akan kendaikan sesi menguasai cara menulis buku umum yang mendekati pembaca.
Saudara pulang dengan satu bab yang diperbaiki dan senarai lengkap bab-bab buku.
Duduk di rumah sudah boleh siapkan. Insya-Allah

Tiba-tiba
Kemudian dua orang penggerak dunia buku rasa sakit perut.

Mereka mahu beri panduan terbaharu.

Mereka dapat sepanjang festival penulis dan acara pelesenan karya di luar Malaysia.

Saya buat keputusan pagi ini.

Saya beri 'nasi tambah' yang membuka selera melalui dua tajuk tambahan untuk anda.

Saya minta maaf, kerana beri lebih. Sebab mimpi anda bukan cap ayam.

Topik nasi tambah pertama;
Bagaimana para pengarang terlaris bekerja dan kita jadikantemplate kerja kita.
Disampaikan oleh cikpuan Azzah Abdul Rahman

Dia mewakili Gerakan Penulis Malaysia Mymove.

Minggu lalu, dia bertemu tiga pengarang besar di Indonesia.
Selepa situ kita belajar agar buku pertama anda berbaloi.

Pegawai harta intelek dan hak cipta Kota Buku, Tuan Aliff Basri akan beri panduan.


Ya, lelaki di sebelah kiri dalam foto.
Itu gambar dia bertemu Yosef Smyth dari United Kingdom untuk kerja-kerja melesenkan buku ke negara lain.

Kenapa saya bawa dia?

Dia akan beri maklumat cara penulis baharu dapat menyediakan diri dan karya menjadi pilihan penerbit luar negara.

Apa yang menarik!
Tuan Aliff membantu mewakili sejumlah besar hasil buku peserta bengkel ini.

Dia bawa judul-judul ke luar negara untuk usaha melesenkan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Mereka mahu berkongsi dengan anda pada hari Sabtu ini.

Tapi malangnya.
Hidangan nasi tambah seperti ini tak berlaku selalu. 
Jika terlepas?

Maka terlepaslah.
Sekiranya saudara mahu hadir, klik link di bawah sekarang.
Orang lain dah bertindak. 

Tinggal lapan tempat sahaja tinggal.
Klik di bit.ly/kotakubuku
Klik di bit.ly/kotakubuku
Klik di bit.ly/kotakubuku

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite
ReplyForward
Posted by paridah at September 19, 2018 13 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN

Tuesday, 18 September 2018

MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM...

ASSALAMUALAIKUM...



KALAU ADA YANG BERMINAT MENULIS MENGGUNAKAN FRASA BAHASA MELAYU KLASIK INDAH BERIMA CUBA-CUBALAH MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM ...DAH PENAT TULIS HANTARLAH KE KLASIK FM...LUMAYAN JUGA BAYARANNYA...TAK RUGI  MENCUBA IDE

FORMATNYA MESTI ADA SINOPSIS RINGKAS
SENARAI WATAK
MUSIK PEMBUKA
EFEK: JIKA DIPERLUKAN
6 BUAH SYAIR
2 BUAH SYAIR PERMULAAN PURBAWARA
2 BUAH SYAIR PERTENGAHAN PURBAWARA
2 BUAH SYAIR DI AKHIR PURBAWARA

13 MUKA SURAT KESEMUANYA TERMASUK DIALOG DAN HEBAHAN JURU HEBAHNYA...PI KONGSIKAN SEDIKIT SKRIP AWAL DAN AKHIRNYA.


RANCANGAN: PURBAWARA.
PENERBIT:        ZURAIDAH MOHD NOR.
TAJUK:               ANGGERIK RIMBA.
PENULIS:          PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT:          
K/P:                
HP/ E-MEL:        
AKAUN BANK:       


                           
PELAKON:        1.  ………………………….......... sebagai PUTERI ANGGERIK.
                            2. ………………………….......... sebagai KELANA.
                            3. ………………………….......... sebagai IBU.
                            4. ………………………….......... sebagai SULTAN RIMBA PURA .
5. ………………………….......... sebagai BUNGSU.

                           
EFEK:                 1.  SUARA BURUNG BURUNG BERKICAU
2.  BUNYI TANGISAN HALUS
                            4.  SUARA BEBURUNG BERKICAU DAN BUNYI LOTONG.
5. SUASANA MALAM. BUNYI CENGKERIK DAN BURUNG HANTU.
6. SUARA BACAAN YASIN BERAMAI
                           
SINOPSIS:         
Kelana mengerjakan kebunnya dan menemui pohon anggerik yang berbunga cantik. Dibawanya pulang

 GRAM:              MUZIK PENGENALAN
JURUHEBAH:   Wahana citra warisan bangsa, dipersembahkan dalam Purbawara. (PAUSE) Purbawara dengan kisah “ANGGERIK RIMBA” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “ANGGERIK RIMBA”.
SYAIR:          

 GRAM:              MUZIK PENUTUP.
JURUHEBAH:   Demikian Purbawara dengan kisah “ANGGERIK RIMBA” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor.
PELAKON:
                            1. ……………………………...………………………………………..
                            2. ……………………………...………………………………………..
                            3. ……………………………...………………………………………..
                            4. ……………………………...………………………………………..
.                           5. ……………………………...………………………………………..
                            PENYAIR: …………………………………………………………….
Purbawara khazanah seni warisan bangsa, diterbitkan oleh ZURAIDAH MOHD NOR
Posted by paridah at September 18, 2018 17 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN

Sunday, 16 September 2018

A BLONDE JOKE...

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI MALAYSIA



A blonde gets a job as a physical education teacher for 16 - 18 year olds.

She notices a boy at the end of the field standing alone, while all the other kids are running around having fun, kicking a football.

She takes pity on him and decides to speak to him.

"Are you okay?" she asks.

"Yes," he replies.

"You can go and play with the other kids, you know," she says.

"It's best I stay here," he says.

"Why's that, sweetie?" asks the blonde..

The boy looks at her incredulously and says:

“Because I'm the goal keeper !!!"


Share WHATSAPP PUNGUT
Posted by paridah at September 16, 2018 20 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: SENYUM SIKIT.

Saturday, 15 September 2018

JOHNNY KINTAH RAJA PANTUN RIP..

ASSALAMUALAIKUM

PI BARU MENERIMA KHABAR DARIPADA PENULIS SABAH GABRIEL KIM JUAN BAHAWA SAHABAT FB KAMI IAITU JOHNY KINTAH TELAH MENINGGALDUNIA KERANA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA...MENURUT SAUDARANYA JOHNNY DILANGGAR LORI....SADIS KEJADIANNYA....PI AMAT BERDUKACITA.
BELIAU BEKERJA DI KL DAN BERASAL DARI TAMPARULI SABAH.

MENDIANG INI SANGAT BAIK DAN BERBUDI BAHASA....SEORANG YANG SANGAT BERBAKAT MENUKIL PANTUN-PANTUN YANG INDAH..

JOHNNY SERING MENGUSIK PI DENGAN KOMENNYA PI INI RATU SENI  DAN PI MENGATAKANNYA RAJA PANTUN PULA.

KINI HANYA TINGGAL KENANGAN ABADI SELAGI ADA HAYAT....MOGA DAMAILAH JOHNNY DI SANA.
TAKZIAH KEPADA KELUARGANYA.


HAIGA SIFU TABIR ALAM

Posted by paridah at September 15, 2018 9 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Salam

Friday, 14 September 2018

CERTOT

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


@DrMazliMalik
#Sayangi Malaysiaku
#Malaysia Membaca
#Certot Sayangi Malaysiaku
Sayangilah Malaysia setulus hati. “Hubbul watan minal iman.”; cintai negara sebahagian dari iman. Justeru inilah nusa tanah kelahiran kita yang dipusakai sejak berzaman warisan moyang kita. Negara indah yang termaktub dari Perlis hingga ke Sabah. Tidak mampu kita untuk kehilangan tanah bertuah ini.
Sudah enam dasawarsa ulang tahun merdeka. Tidak semuanya menyedari pentingnya kemerdekaan negara tercinta lantaran tidak turut merasai jerih perih datuk/nenek kita berjuang memperolehinya.
Sejarah perlu disemak dan ulang baca agar kita sentiasa berpijak di bumi nyata; mengenang budi dan menghargai pejuang-pejuang bangsa yang berjaya mewariskan kepada kita sebuah negara merdeka.
Bagaimana jikalau kita tidak bernegara? sedihkan. Terbayang di mata kita kesengsaraan Rohingya. Myanmar tidak mahu mengaku rakyatnya dan Bangladesh menolak kehadiran mereka walau kononnya asal usul mereka dari sana.
Sebelum kita kehilangan negara tercinta pastikan hak kita tidak dirampas sesiapa. Negara perlu ditadbir-urus sebijaknya. Pimpinan rakyat yang terpilih wajib memegang kukuh amanah yang diberi.
Panji-panji atau bendera Jalur Gemilang dikibar tinggi lambang sebuah negara. Pembakar semangat warga dalam apa saja bidang yang diceburi untuk memajukan diri demi kemajuan negara.
Lagu Kebangsaan Negara Ku dinyanyikan luahan hati tanda cinta kita kepada negara bersalut semangat patriotisma sebagai warga sebuah negara Malaysia yang berdaulat.
Posted by paridah at September 14, 2018 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN

Wednesday, 12 September 2018

MAHU MENULIS BUKU UMUM ATAU KISAH HIDUP...

ASSALAMUALAIKUM

Alang-alang tahun baharu, biar ada buku baharu.
Insya Allah, dua kelas untuk penulis bermula kosong akan menyusul.
Kelas Menulis Buku Umum yang Evergreen pada 22 September di Kota Buku, Kuala Lumpur.

Buku umum bermaksud buku panduan, motivasi, inspirasi tunjuk cara, pembangunan diri, berdasarkan topik tertentu.

Ada satu lagi bengkel.
Kelas Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca pada 29 Septemberdi Kafe Buku Legasi Oakheart, Bangi.

Kali ini berbeza.
Kedua-dua kelas kali ini kita tak ambil ramai. Hanya 10 sehingga 20 orang sahaja.
Apa nak buat sekarang?
Tuan dan cik puan yang mahu bergerak dengan semangat Muharam, boleh pilih mana-mana kelas.
Klik mana-mana kelas sekarang
Kelas Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca, mendaftar di sini > https://www.subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_kisah_hidup
Kelas Menulis Buku Umum Pertama yang Bertahan Lama, mendaftar di sini > http://subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_kota_buku
Gabungan kedua-dua kelas ini sudah menghasilkan hampir 200 penulis yang sudah terbit karya mereka secara swaterbit dan diterima 13 rumah penerbitan sebelum ini.
Posted by paridah at September 12, 2018 11 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

MyBloglist

  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Nexus Resort & Spa Karambunai - Bismillahirrahamanirrahim. Rabu, 08 Jun 2022. Mas sudah bertolak dari Tang Dynasty Plaza ke Kota Belud. Gang Bas Sekolah, Kam sekeluarga dan Amie sekeluarg...
    11 minutes ago
  • orangbukit
    Nasi Kerabu Mek - Assalamualaikum..Cerita nasi kerabu feveret teman..Nasi kerabu yang sedap di mini UTC Sentul..Nasi Kerabu Mek..Selain nasi kerabu, ada juga jual nasi dagan...
    4 hours ago
  • MRS.A my blog my stori
    Panggilan Haji - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Panggilan Haji.* Alhamdulillah rezeki muda-muda lagi dah dapat panggilan menunaika...
    8 hours ago
  • SEMUT SENYUM
    Melepaskan atau Pertahankan ? - Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Dalam hidup ini sentiasa ada pilihan. Baik atau buruk, kurang atau lebih, banyak atau sedikit, hita...
    8 hours ago
  • Khir Khalid
    Webinar Perniagaan: Pemasaran Digital 101 Anjuran PMFSSK UKM - Alhamdulillah, satu lagi sesi perkongsian akademik-industri berkaitan pemasaran digital telah pun berlangsung baru-baru ini. Kali ini merupakan program W...
    9 hours ago
  • DANA
    PHOTO DIARY #17/22 - Assalamualaikum semua, Berjumpa lagi kita di segmen `photo diary` terasa kejap pulak dah sampai hari khamis. Tanpa berlengah lagi jom la kita layan ceri...
    11 hours ago
  • //Perdu Cinta
    SELESAI TIGA PULUH HARI TAMAT SETENGAH TAHUN - *SELESAI TIGA PULUH HARI TAMAT SETENGAH TAHUN |* Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SELESAI sahaja bulan Jun dih...
    12 hours ago
  • Anakdenesor
    [Recipe] Vanilla Ice Blended - [Recipe] Vanilla Ice Blended ꘡ Dah lama AD tak share resepi kan. Cuaca pulak tak mementu sekarang. Kadang rasa panas, kadang sejuk. Mula la tekak craving...
    21 hours ago
  • Warisan Petani
    WW 246 : Minum Petang Rabu - Salam bertani Salam bertani
    23 hours ago
  • Cheq Pi Mana
    Rabu Tanpa Kata #15 -
    23 hours ago
  • anajingga
    Anytime Fitness Launches AF Connect - Malaysia, 29 June 2022 - Anytime Fitness launches a new digital platform, AF Connect. This domain features personalized coaching that provides the best fi...
    1 day ago
  • Blog Sal
    Review Mat Kilau- My Love-Hate Relationship with Syamsul Yusof's movie - *Inilah masalah orang Melayu...* - Kapten Syers Pertama sekali, filem ini bukan naskhah sejarah mahupun biopik. Mat Kilau adalah figura terkenal dalam se...
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    Homework Kacang Hijau | Wordless Wednesday - TERUSKAN BACA »
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Kenapa Guru Nekad Bersara Awal? - Sisi Gelap Sistem Pendidikan – Guru Nekad Bersara Awal Dedah Tertekan Hingga Terpaksa Menipu Sistem pendidikan sekarang yang tiada hala tuju membuatkan r...
    1 day ago
  • dorsett pink
    Ladang Farm Fresh di UPM Serdang, Selangor - Semalam kitaorang berkunjung kat *Ladang Farm Fresh kat UPM Serdang. * Dulu-dulu masa belajar UPM, selalulah datang ke sini, ke *Ladang 16* ni bawak Kaka...
    3 days ago
  • Blog
    Ibn Zuhr Ahli Perubatan dan Pakar Jantung - Buku Ibn Zuhr, Ahli Perubatan dan Pakar Jantung ditulis dengan stail novel. Sangat menarik dan menguja untuk dibaca, ditelaah dan dihayati oleh peminat b...
    3 days ago
  • Hikayat Budak Pening
    Cukup ke motosikal 600cc? - Lama betul dah tinggal blog bersawang. Dan lama jugak aku tak tulis pasal moto. Kali ni terasa nak tulis pasal motosikal balik. Tulis tentang persoalan,...
    1 week ago
  • Kembara Mencari Hamba
    Syukurlah.. - Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah SWT kerana masih memberika ruang dan peluang untuk bertemu. Walaupun sekadar d...
    1 week ago
  • SAJE SUKA-SUKA
    Jamuan Perpisahan Buat Sahabat yang Bersara - Assalamualaikum, Jumaat minggu lepas kita orang geng Rekod Perubatan buat lunch special kat Bora Ombak Putrajaya meraikan Kak Adah yang akan bersara b...
    1 week ago
  • Tiga Lalat
    SEPUTAR DI KEBUN BINATANG HUJUNG KAMPUNG - *Hussin Fauzi Farm Kuala Selangor @2022* Sabtu, 18 Jun 2022. Tengahari sudah melawat taman binatang. Dan kemudian merasa mee udang *special *di pantai ...
    1 week ago
  • Anies♥You
    No title - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Last entry bertarikh 13 Mei 2022. hari ni dah 15 Jun. means dah sebulan lebih anies tak menjengah blog ni. bukan sebab mal...
    2 weeks ago
  • Hans
    Fantastic Father’s Day Timepiece Gift Guide from Red Army Watches - Once a day every year comes a day that honours the unsung hero of our lives, who are our guide, our protector and more, helping us become who we are meant ...
    2 weeks ago
  • Cerita Vitamin Wawa
    Chewable Vitamin C Shaklee Sesuai Untuk Kanak-Kanak - Assalamualaikum wbt, Vitamin C memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan keseluruhan termasuk kesihatan gigi, gusi, dan secara umumnya yang membe...
    2 weeks ago
  • Dunia Zumal
    SIMPAN DAN LABUR EMAS DI QUANTUM METAL - Apa Itu Quantum Metal? Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ni Zumal nak sambung post dari entri sebelum ni tentang *Simpan Emas Bermu...
    5 weeks ago
  • Jom Senyum Bersama Aku Penghibur
    5 Tanda hubungan yang toksik, bertahan atau tinggalkan ? - Assalamualaikum Setiap orang mengimpikan sebuah perhubungan yang bahagia dan sentiasa bersama hingga ke akhir hayat. Tetapi dalam masa yang sama tidak s...
    1 month ago
  • Dunia dari Dapur Kak Jee
    SALAM SYAWAL 1443H - Selamat '*Hurry*' Raya kata my sista Maryam Haji Ahmad Shah. Adik sepusat sepusing. Mak lain bapak asing-asing. Memang tepat kata-kata tu. ...
    1 month ago
  • MK Collections...
    Bubur Lambuk....Jom buat... - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Bubur Lambuk....bulan ramadhan pasti insyaAllah akan ada saja bubur lambuk yang dijual mahupun dibuat edaran kep...
    2 months ago
  • EJULZ
    Akhirnya tewas 21-27/3/2022 - Setelah lebih kurang 2 tahun kita dilanda wabak covid-19, akhirnya ejulz tewas juga. Walaupun telah cuba sedaya upaya melindungi diri dari wabak berkenaan ...
    3 months ago
  • #JM2U - BLOG LIST
    GIVEAWAY 2022 : HAPPY 1ST ANNIVERSARY CCL & HUSBAND - GIVEAWAY 2022 : HAPPY 1ST ANNIVERSARY CCL & HUSBAND “Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa ja ma’a bayna kuma fi al-khayr” – Semoga Allah memberkati...
    3 months ago
  • CAHAYA HIDUPKU
    Salam Nisfu Syaaban 💚 - Assalamualaikum kekawan 😍 Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua 🤲❤
    3 months ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Aku Yang Habat: Engkau Siapa? - Aku Yang Hebat: Engkau Siapa? / Tolong jangan lupa aku? Allah kata buat apa pun, tolong jangan lupakan aku! kerana engkau sedikit pun tiada daya, melainkan...
    4 months ago
  • ..............warna warni hidupku..............
    mySalam Yang Perlu Anda Tahu. - Assalamm.... Siapa tahu mySalam tu apa? ke ramai yang macam saya yang tak tahu dan tak pernah ambil tahu sehingga kawan-kawan minta saya semak sekiranya ar...
    4 months ago
  • ETUZA
    Juara GV Musim Ke 8 - Asalamualaikum & Salam Sejahtera. Akhirnya setelah 10 minggu membuat persembahan peserta atau artis hebat Gegar Vaganza Ke 8 2021 telah memartabatkan arti...
    5 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday : A Farewell gift - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*
    5 months ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    I Am Here - I'm here. Ada je ni haaa.. Menjadi seorang pemerhati.. Tengoklah kalau hati dah okay nanti.. Sambung kongsi apa patut..
    6 months ago
  • Krik Krik Krik
    Cerita Seram Zaman U? - Hai u'olls. Lama tak post entri kat blog ni. Kenapa tetiba nak post? Taktaulah, mungkin sebab inspired by trend kat uni kebelakangan ni, sejak ada orang ...
    6 months ago
  • Pangkin Nenek.
    Kuliah Dhuha - Assalamualaikum.. Salam n selamat sejahtera semua.. Bila berpindah kerumah yang akk duduki sekaramg ni sejak 10 tahun lalu..aktiviti harian akk berlaku sama...
    7 months ago
  • ❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤
    Tamat - Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pn.Komsiah. Pada 1 November 2021, Pn.Komsiah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.36 malam. Jena...
    7 months ago
  • ! ! Nick Nashram ! !
    Atasi Muka Berminyak Dan Berjerawat Dengan Produk Some By Mi Dari Threebs - Siapa kata lelaki tak perlu jaga kulit muka? Lelaki pun kena jaga kulit muka jugak tau. Barulah nampak segak dan sedap mata yang memandang. Jangan terkejut...
    7 months ago
  • abuya's nag
    HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...
    8 months ago
  • Sweet Memory
    Sampai Bila... - Diam tak diam dah setahun setengah berkurung. Cepat sungguh masa berlalu. Hampir dua tahun kita hidup dalam suasana pandemik. Ingatkan dulu wabak covid n...
    11 months ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...
    1 year ago
  • Hasliynda-Umairah Beauty
    Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...
    1 year ago
  • senyum-senyum
    VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...
    1 year ago
  • CORETAN HIDUP
    Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...
    1 year ago
  • Jari Manis : Travel List
    Permohonan Rentas Negeri Pada Musim PKP dan PKPB - Assalamualaikum sahabat reader sekalian 💖 Semua orang tahu *PKP 2.0* telah dilanjutkan sehingga *4 Feb 2021*, jadinya semua rakyat tidak dibenarkan me...
    1 year ago
  • Kaki Travel: From Malaysia to the World with Khairuddin
    Bukit Intan, Trolak Timur, Perak - Bukit Intan, Trolak Timur. Mendaki : 45 minit. Kesusahan pendakian : Easy hiking. Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...
    1 year ago
  • Happy Irfa
    JANGAN BERSEDIH - SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasa...
    1 year ago
  • DesaCilembu
    Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...
    1 year ago
  • sobriyaacob.com
    Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...
    1 year ago
  • Cikgu Badarudin
    - Gambar Google Assalamualaikum dan Salam Sayang Kali ni nak kongsikan tips agar anak-anak tidak mudah lupa apa yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. S...
    1 year ago
  • **Dari Hati Bunda**
    BubbleBee Bangi - Assalamualaikum, salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu. Sepanjang PKP lepa...
    1 year ago
  • ZULHILMI TEMPOYAK
    PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...
    2 years ago
  • Catatan Seorang Syed
    DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI - Assalamualaikum and Hello! Blog aku sejak bulan Ramadan ni* dah macam blog mak-mak ya*. Penuh dengan pelbagai resipi random yang aku cuba sepanjang tempo...
    2 years ago
  • SILAHHASSY
    COME back - Bismillah~ Buat pertama kali setelah genap 10 tahun kewujudan blog pertama, dengan ini secara *rasminya* saya *merasmikan* blog yang ke-2 dan terakhir meng...
    2 years ago
  • Di Jari Pena Menari
    Sepi. Sedih. Kehilangan - Assalamualaikum. Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklumk...
    2 years ago
  • Dunia Sementara Acikidah
    Bina Homestay Chalet Kontena - Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi o...
    3 years ago
  • ShamDiSini
    Percutian Di Swiss Garden Beach Resort - Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kuantan. Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...
    3 years ago
  • Khir Khalid
    Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...
    3 years ago
  • Bicara Kak Noor
    Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...
    3 years ago
  • belajar untuk sabar
    mencuba untuk kembali - ASSALAMUALAIKUM PINJAM 3MINIT UTK BACA NI 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...
    3 years ago
  • White Barley
    Review Filem Pulang - Assalamualaikum. Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti ...
    3 years ago
  • Anak Kuala
    Meniti Suratan - *Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan saling memba...
    4 years ago
  • Bila Jemari Menari
    Booth di Subang Parade - Assalamualaikum kawan2 semua. Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...
    4 years ago
  • ! ! Rencah Kehidupan ! !
    Tahun 2017 Yang Tragis - *Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang ...
    4 years ago
  • THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA
    Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...
    4 years ago
  • BinMuhammad
    Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong - Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dal...
    5 years ago
  • TITISAN NURANI
    Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H - Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan ya...
    5 years ago
  • Faarihin Talip's Blog
    "Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...
    5 years ago
  • Mizz Aiza
    Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...
    6 years ago
  • Coretan Hati Ibu [dot] Com
    Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...
    6 years ago

Followers

hargai masa anda

  Kuala Lumpur Time

Entri Popular

  • ATASI KETAKUTAN PABILA SENDIRIAN...
    ASSALAMUALAIKUM... Kadangkala kita sendirian. Dan kesunyian memerangkap kita dengan ketakutan melampau. Normallah tu. bukan aneh pun. Namu...
  • LAMAN DAN SERAMBI MELERAI SEPI...
    ASSALAMUALAIKUM.. SEKETIKA REHATKAN DIRI DI SERAMBI SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ORKID-ORKID YANG SEDANG GALAK BERKEMBANG. ORKID VANDA, D...
  • PANTUN-PANTUN PERBIDALAN...PAK ENGKU.
    ASSALAMUALAIKUM... CORAT-CORET PAK ENGKU.. PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU... SIANG BELANTUK LETAK DI BOKOR, DICINCANG PUTUS SI UB...
  • BUNGA-BUNGA HARUM....JOM BUAT MINYAK WANGI SENDIRI...
    ASSALAMUALAIKUM... BANYAK JENIS BUNGA-BUNGA YANG AMAT HARUM TERDAPAT DI NEGARA KITA DAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT MINYAK WANGI S...
  • MEE LADNA SEDAP...
    ASSALAMUALAIKUM... KITA TIDAK PERLU MAKAN NASI SETIAP HARI TETAPI BOLEH SELANG SELIKANNYA DENGAN MAKANAN YANG MENGENYANGKAN SEPERTI MEE, M...
  • POKOK LETUP KELAMBU...
    ASSALAMUALAIKUM... PIC GOOGLE IMAGES KENAL POKOK LETUP KELAMBU KE?...BUAHNYA KALA MASAK MANIS JUGA RASANYA...SEDAP DIMAKAN....RUPANYA ...
  • NASI GORENG SOTONG.
    ASSALAMUALAIKUM... MUSIM RAYA HAJI NI MEMANG BANYAK DAGING KURBAN YANG DISIMPAN DALAM PETI AIS JADI BOLEH DIGUNAKAN MENGIKUT KEPERLUANNYA ...
  • TIPS MENGGALAK ORKID BERBUNGA
    ASSALAMUALAIKUM... Tips agar orkid  berbunga Penyebab orkid/anggrek malas berbungga; 1. Stres karena di pindah pindah anggrek aka...

Blog Archive

  • ►  2022 (120)
    • ►  June 2022 (21)
    • ►  May 2022 (12)
    • ►  April 2022 (21)
    • ►  March 2022 (21)
    • ►  February 2022 (21)
    • ►  January 2022 (24)
  • ►  2021 (226)
    • ►  December 2021 (12)
    • ►  November 2021 (15)
    • ►  October 2021 (17)
    • ►  September 2021 (21)
    • ►  August 2021 (19)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (23)
    • ►  May 2021 (20)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (20)
    • ►  February 2021 (18)
    • ►  January 2021 (21)
  • ►  2020 (323)
    • ►  December 2020 (22)
    • ►  November 2020 (23)
    • ►  October 2020 (30)
    • ►  September 2020 (27)
    • ►  August 2020 (28)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (27)
    • ►  May 2020 (30)
    • ►  April 2020 (30)
    • ►  March 2020 (25)
    • ►  February 2020 (23)
    • ►  January 2020 (27)
  • ►  2019 (244)
    • ►  December 2019 (21)
    • ►  November 2019 (18)
    • ►  October 2019 (21)
    • ►  September 2019 (18)
    • ►  August 2019 (25)
    • ►  July 2019 (22)
    • ►  June 2019 (18)
    • ►  May 2019 (18)
    • ►  April 2019 (19)
    • ►  March 2019 (21)
    • ►  February 2019 (20)
    • ►  January 2019 (23)
  • ▼  2018 (233)
    • ►  December 2018 (19)
    • ►  November 2018 (19)
    • ►  October 2018 (20)
    • ▼  September 2018 (20)
      • ANEKDOT..
      • PUISI KUATRIN...
      • ASYURA KELANTAN...
      • GABRIEL KIMJUAN...
      • SAYEMBARA MENULIS PUISI..
      • SYAIR BUNGA RAYA.
      • UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API
      • KOTA BUKU...
      • MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM...
      • A BLONDE JOKE...
      • JOHNNY KINTAH RAJA PANTUN RIP..
      • CERTOT
      • MAHU MENULIS BUKU UMUM ATAU KISAH HIDUP...
      • SALAM MAAL HIJRAH...
      • ISTANA KASIH 5...
      • RESEPI UNIK ENAK DARI SEMPORNA...
      • MUFLIS DALAM TAMADUN ISLAM...
      • INSIDEN AWAL SEPTEMBER...
      • SAYEMBARA GURINDAM TAMAN GURINDAM NAZIM SUBARI....
      • YOU CHEATED ME..
    • ►  August 2018 (22)
    • ►  July 2018 (20)
    • ►  June 2018 (18)
    • ►  May 2018 (20)
    • ►  April 2018 (19)
    • ►  March 2018 (19)
    • ►  February 2018 (16)
    • ►  January 2018 (21)
  • ►  2017 (294)
    • ►  December 2017 (24)
    • ►  November 2017 (17)
    • ►  October 2017 (19)
    • ►  September 2017 (15)
    • ►  August 2017 (22)
    • ►  July 2017 (34)
    • ►  June 2017 (16)
    • ►  May 2017 (27)
    • ►  April 2017 (27)
    • ►  March 2017 (29)
    • ►  February 2017 (27)
    • ►  January 2017 (37)
  • ►  2016 (482)
    • ►  December 2016 (32)
    • ►  November 2016 (37)
    • ►  October 2016 (31)
    • ►  September 2016 (37)
    • ►  August 2016 (47)
    • ►  July 2016 (24)
    • ►  June 2016 (31)
    • ►  May 2016 (51)
    • ►  April 2016 (55)
    • ►  March 2016 (46)
    • ►  February 2016 (49)
    • ►  January 2016 (42)
  • ►  2015 (565)
    • ►  December 2015 (51)
    • ►  November 2015 (49)
    • ►  October 2015 (49)
    • ►  September 2015 (43)
    • ►  August 2015 (44)
    • ►  July 2015 (49)
    • ►  June 2015 (47)
    • ►  May 2015 (48)
    • ►  April 2015 (54)
    • ►  March 2015 (52)
    • ►  February 2015 (31)
    • ►  January 2015 (48)
  • ►  2014 (413)
    • ►  December 2014 (32)
    • ►  November 2014 (33)
    • ►  October 2014 (39)
    • ►  September 2014 (34)
    • ►  August 2014 (39)
    • ►  July 2014 (33)
    • ►  June 2014 (28)
    • ►  May 2014 (34)
    • ►  April 2014 (41)
    • ►  March 2014 (32)
    • ►  February 2014 (30)
    • ►  January 2014 (38)
  • ►  2013 (246)
    • ►  December 2013 (37)
    • ►  November 2013 (38)
    • ►  October 2013 (19)
    • ►  September 2013 (20)
    • ►  August 2013 (20)
    • ►  July 2013 (21)
    • ►  June 2013 (28)
    • ►  May 2013 (30)
    • ►  April 2013 (29)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  January 2013 (2)
  • ►  2012 (92)
    • ►  December 2012 (4)
    • ►  November 2012 (4)
    • ►  October 2012 (16)
    • ►  September 2012 (13)
    • ►  August 2012 (7)
    • ►  July 2012 (11)
    • ►  June 2012 (12)
    • ►  May 2012 (9)
    • ►  April 2012 (6)
    • ►  March 2012 (3)
    • ►  February 2012 (6)
    • ►  January 2012 (1)
  • ►  2011 (92)
    • ►  December 2011 (3)
    • ►  November 2011 (5)
    • ►  October 2011 (15)
    • ►  September 2011 (6)
    • ►  August 2011 (15)
    • ►  July 2011 (25)
    • ►  June 2011 (21)
    • ►  May 2011 (2)

LINK

  • malay forum
  • kgnelayan
  • berita harian
  • utusan

About Me

My photo
paridah
View my complete profile
Simple theme. Theme images by luoman. Powered by Blogger.