Friday 31 January 2014

ANDAI JODOH TIDAK PANJANG...

HANYA tinggal dua hari untuk Zana memberikan keputusan. Tempoh seminggu yang diberikan kepadanya, terasa begitu cepat.

 Menerima lamaran atau tidak? Ternyata tempoh lima tahun meninggalkan alam perkahwinan, parutnya masih terasa. Mahu sahaja dibuang jauh-jauh memori hitam perkahwinan sebelum ini. Apakah perkahwinan kali kedua ini mampu mengisi kembali sisa-sisa kebahagiaan kehidupan rumah tangga yang pernah terbina dahulu.

Suatu ketika dahulu, tatkala menerima lamaran Zaki untuk memperisterikannya, betapa perasaan gembira dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Memang itu yang diharapkannya. Hadirnya seorang lelaki dalam kehidupannya, sekali gus membimbingnya menjadi isteri yang solehah dan mithali.

pic google.

Merisik daripada teman dan rakan-rakan yang mengenali Zaki, Zana dikatakan menolak tuah andai lamaran tersebut ditolak. Zaki, pemuda yang mempunyai pendidikan ilmu agama, juga berkerjaya. Apa lagi yang dia mahukan? Bukankah Islam juga menyarankan, jika hendak memilih isteri atau suami, maka dalam empat perkara yang perlu diberi perhatian, yang memiliki agama adalah keutamaannya.

Akhirnya Zana bersetuju menerima lamaran Zaki. Harapan Zana, rumah tangga yang bakal dibina bersama Zaki, akan kekal bahagia selama-lamanya. Tapi langit tidak selalunya cerah. Mendung datang bertamu menguji emosi Zana. Pada awalnya Zana tidak mahu mempercayainya.

 Cerita-cerita yang didengari daripada teman-teman Zaki cuba ditolak mentah-mentah. Dia kenal siapa suaminya. Mana mungkin suaminya mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang! Mustahil. Zaki tidak akan melakukannya.

Suatu malam, Zana menguatkan hati untuk mendapatkan kesahihan daripada mulut suaminya sendiri. Dia tidak mahu terpedaya dengan kata-kata yang disampaikan kerana khuatir terperangkap dalam mainan fitnah.

Dummm! Bagai petir menyambar ke tangkai jantungnya. Zaki mengiakan. Namun yang menjadi penghalang hubungan suaminya dengan perempuan itu,(Mira) ialah ikatan perkahwinan Mira yang tidak mahu dilepaskan oleh si suami, Farid.

Kata Farid, dia mahu melihat sejauh mana perbuatan curang Mira mampu diteruskan. Talak di tangannya dan hanya dia yang akan menentukan nasib si isteri.

Ternyata angau percintaan membuatkan manusia tidak kenal mana kaca, mana permata. Zaki dan Mira masih meneruskan hubungan sulit mereka sekalipun tahu, hubungan itu tidak akan membawa mereka ke alam perkahwinan. Makan, menonton wayang, berlibur, membeli-belah dan apa jua aktiviti yang dilakukan, pasti Zaki akan bersama Mira.

 Rumah? Hanya malam yang menyambut kepulangannya. Itu pun sekadar untuk merehatkan tubuh yang keletihan.
Sampai bila? Suara hati bertalu-talu mempersoalkan, sanggupkah Zana terus makan hati dengan kerenah suaminya sekalipun berpuluh kali dipujuk dan dinasihati agar melupakan Mira. Namun jawapannya hampa. Mira tetap menjadi pilihan Zaki.

Zana nekad. Dia tidak mahu menjadi isteri dayus ‘berkongsi’ dosa bersubahat dengan maksiat yang dilakukan oleh si suami. Zana memohon agar Zaki menceraikannya. Tapi Zaki enggan. Jalan akhir, Zana memfailkan fasakh dan akhirnya berjaya.

Setelah segala urusan selesai, Zana membuat keputusan pulang ke rumah orang tuanya bersama tiga cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Zaki. Zaki ditinggalkan dalam keadaan masih lena dibuai mabuk cinta dengan isteri orang.

Thursday 30 January 2014

30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI WANITA....

ASSALAMUALAIKUM.....





KEK PANDAN SANTAN IDA ZURAIDA.


ASSALAMUALAIKUM...



KEK PANDAN SANTAN.. Kekanda ku kata texturenya lembut, menjadi n sedap.. fheww! apalagi.. kembang ler akak.. ekekekk!

Bahan2
1 1/4 cwn tpg gandum
1 sdt baking powder
1 cwn gula halus.. (resepi asal guna 3/4 cwn gula castor)
3 biji telur
1 sdb ovalette
1 sdt esen vanila
1/4 cwn santan (santan kotak pun ok)
1/4 cwn minyak
1/4 cwn pati daun pandan (yg ni sy tambah sendri sbb nak bau pandan lebih.. resepi asal takde pun.. ngee)
Pewarna hijau n perisa pandan

Cara2
1. Pukul telur, gula n ovallete sampe kembang dlm 10-12 min. (Sy blend dlm 4 min aje)
2. Kemudian masukkan esen vanila, perisa pandan, pewarna hijau, pati daun pandan, minyak dan santan sekali gus.. pukul lg. (Sy blend dlm 4 min lg)
3. Tuang adunan dlm bekas. Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit2. Gaul sebati.
4. Sementara tu panaskan oven skejap.
5. Alas loyang dgn kertas minyak. Tuang adunan dlm loyang.
6. Bakar adunan selama 50 min pd suhu 160°c-170°c atau sehingga masak. Siappp!



Photo

Wednesday 29 January 2014

ANTARA IKAT PERUT DAN BERMEWAH-MEWAHAN...

IBU,
Menangislah dengan air mata tua mu
Dari kemiskinan kita yang lebih tua
Aku lihat mereka menaburkan bunga
Dan ucapkan takziah yang berjela
Yang mengkagumkan sekali
Setelah kematian berdarah kami.
Ayah,
Bulan ini tiadalah lagi kirimanku
Beberapa ringgit dari gaji tak berbaki
(gajiku sepasang kasut seorang
menteri)
dan janjiku menggantikan atap
pondok
maafkanlah aku ayah
takkan tertunaikan.

Ini adalah petikan dari puisi Suara Dari Pusara ciptaan Sasterawan Negara Usman Awang tahun 1968. Puisi ini sebuah imbauan ke hadapan (flash forward) penyair tentang dirinya yang "tak bernama" mati dalam kemiskinan.

Suara Dari Pusara adalah puisi lama dan ceritanya juga cerita lama, hampir setengah abad lalu. Kata-kata Usman Awang waktu itu , "Gajiku sepasang kasut seorang menteri" mahu menunjukkan sesetengah pemimpin bermewah-mewah. Tetapi pada hari ini frasa itu positif.

Kalau gaji minimum sama dengan harga kasut menteri, itu sudah baik. Lagi mahal kasut menteri, lagi tinggilah gaji minimum. Itu kalau mengikut kefahaman kita dari puisi Usman Awang.

Isu yang banyak diperkatakan sejak akhir-akhir ini adalah peningkatan belanja sara hidup. Ini berlaku berikutan kenaikan harga barang keperluan. Bayangkan ikan kembung pun sudah menjangkau RM19 sekilogram.

Khabarnya banyak ikan yang ditangkap di perairan negara ini dieksport, kemudian kita mengimport ikan dari negara jiran. Sepatutnya ikan yang diimport lebih murah, sebab itu kita eksport ikan tempatan. Tetapi harga ikan tetap mahal.

Walaupun kadar gaji minimum sudah tinggi melebihi harga sepasang kasut menteri, kenaikan harga barang keperluan asas sangat dirasakan.
Sebenarnya ini adalah fenomena global, rakyat tidak sepenuhnya meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan.

Cuma mereka mempersoalkan ketangkasan pihak berwajib dalam menangani pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada kenaikan ini. Tentulah tidak cukup dengan amaran yang retorik yang rakyat sudah boleh jangka isi kandungannya.

Apabila berlaku kenaikan harga barang, yang berhempas pulas adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Rakyat menyanjungi peranan KPDNKK tetapi meminta supaya bertindak dengan penuh strategi. Sebahagian besar punca kenaikan harga disebabkan oleh manipulasi pemborong dan pembekal, selebihnya barulah penjaja.

Penjaja di pasar mendapat barang daripada pembekal dengan harga mahal. Mustahil mereka akan menjual dengan harga murah terutama ayam dan ikan. Maknanya untuk membanteras manipulasi harga sasaran utama bukanlah penjaja di pasar semata-mata.

Tetapi yang diperlihatkan di televisyen dan surat khabar adalah penjaja terutama di pasar pagi di bandar-bandar. Ini bertambah pelik apabila orang kuat di kementerian kerap sangat membuat "rombongan Cik Kiah" ke pasar-pasar dan yang turut serta adalah ketua-ketua jabatan dan bahagian.

Berita tentang "rombongan Cik Kiah" menyerbu pasar begitu banyak disiarkan. Saya meragui keberkesanannya kerana lawatan itu begitu protokol dan kalau benar ada yang menaikkan harga, sudah pasti tidak sempat untuk diambil tindakan. Kecualilah ada penjaja yang hendak tumpang glamor masuk surat khabar.

Meninjau
Ini berbeza dengan cara pengasas Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad meninjau kelancaran perkhidmatan bas Intra Kota pertengahan 1990-an. Saya sendiri pernah terserempak dengan beliau yang menaiki bas Intrakota seorang diri ketika penumpang berpusu-pusu hendak pergi kerja. Beliau tidak membawa rombongan, jauh sekali orang media. Pemandu dan konduktor bas pun tidak perasan bahawa tuan punya bas ada bersama-sama mereka.

Saya mulai tertanya-tanya sejauh manakah kesan daripada "rombongan Cik Kiah" membanteras harga barang yang dinaikkan sesuka hati? Siapa pula yang tinggal di pejabat membuat perancangan dan strategi apabila sebahagian bos besar pergi ke pasar?

Bagaimanapun kita bertuah kerana kerajaan prihatin dengan sengsara rakyat berhadapan isu kenaikan harga barang. Buktinya kerajaan telah melancarkan 11 langkah penjimatan dan ini adalah keprihatinan yang boleh diungkapkan sebagai "hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah." Malah ini satu permulaan yang sangat baik.

Penjimatan ini adalah penting untuk menunjukkan kerajaan tidak boros dalam keadaan rakyat terpaksa "mengikat perut". Ada sesetengah dalam kalangan rakyat sudah tidak tahu apa itu berjimat. Mereka sering tidak cukup wang untuk berbelanja perkara asas.

Kempen berjimat perlu lebih ditekankan kepada kementerian, agensi dan jabatan kerajaan yang sebelum ini kelihatan mewah untuk perkara-perkara yang tidak banyak menyumbang kepada rakyat. Lihat sahaja setiap kali bulan Ramadan, pelbagai kementerian dan agensi kerajaan berlumba-lumba menganjurkan acara "berbuka puasa." Istilah yang tepat adalah acara makan bermewah. Nilai satu meja membolehkan petani dan nelayan menampung hidup selama setahun.

Mengundang sekumpulan anak yatim atau ibu tunggal tidak boleh memadam hakikat bahawa acara berbuka puasa itu mewah dan berlebihan daripada yang sepatutnya.
Apakah majlis berbuka puasa tidak boleh diadakan secara sederhana dan untuk membolehkan lebih banyak daripada golongan yang kurang bernasib menyertainya? Adakah sesebuah kementerian atau jabatan akan dipandang serong sekiranya tidak ada majlis berbuka puasa di hotel mewah?

Mengambil semangat baharu supaya berbelanja dengan berhemah, acara berbuka puasa tahun ini perlu lebih sederhana. Kerajaan mesti menunjukkan contoh yang baik supaya boleh diteladani oleh rakyat. Ini bukanlah mustahil untuk dilakukan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

BANDAR PUSAT JENGKA/BANDAR TUN ABD.RAZAK...UPAYA ORANG-ORANG FELDA


ASSALAMUALAIKUM...

APA YANG MENARIKNYA TENTANG BANDAR YANG BERADA DI TENGAH GUGUSAN FELDA WILAYAH JENGKA INI? CERITANYA MEMANG SANGAT MENARIK BAGIKU, BAGAIMANA SEBUAH PEKAN KECIL YANG DIMAJUKAN TAHUN DEMI TAHUN SEJAK 1967 HINGGA KINI BERUBAH MENJADI BANDAR ORANG MELAYU SETARAF PJ.

DULUNYA PEKAN YANG SEDANG DIBANGUNKAN INI DIPANGGIL KANADA OLEH ORANG-ORANG FELDA SEKITAR SINI. MUNGKIN DISEBABKAN PROJEK ITU DIKENDALIKAN SYARIKAT DARIPADA KANADA.

SETELAH SIAP PROJEK TERSEBUT DITADBIR LKWJ SEHINGGA 1997. DAN KINI DIBAWAH MDM. DI BANDAR INI SEGALA FASILITASNYA LENGKAP UNTUK KEMUDAHAN MASYARAKAT JENGKA. DAN ORANG FELDA DARI MERATA SEKIM DISEKITARNYA GIGIH MENJANA PENDAPATAN MELALUI PERNIAGAAN YANG BUKAN RUNCITAN SEMATA,

SEORANG KAWANKU MEMILIKI BEBERAPA LOT KEDAI EMAS YANG MAJU PERNIAGAANNYA. SEMENTARA SEORANG ANAK JIRANKU MAMPU MEMBINA SEBUAH SUPERMARKET DI TENGAH BANDAR JENGKA.

SIAPA KATA ORANG MELAYU TIDAK TAHU BERNIAGA DAN TIDAK RAJIN SEPERTI ORANG-ORANG CINA. JIKALAU MEREKA DIBERI RUANG DAN PELUANG MEREKA JUGA MAMPU BERJAYA DALAM APA JUGA SEKTOR YANG DICEBURI.

SEPERTIMANA BELIA-BELIA FELDA YANG BERJAYA MENAWAN PUNCAK EVEREST SEMALAM, JIKALAU MEREKA TIDAK DIBERI PELUANG PASTI TIDAK KEMANA DAN POTENSI MEREKA TERBENAM BEGITU SAJA....

TAHNIAH KEPADA BELIA-BELIA , MASYARAKAT FELDA YANG MENGUPAYAKAN DIRI SEMAKSIMA MUNGKIN DI ERA YANG SANGAT MENCABAR DENGAN PELBAGAI KERENAH YANG MERUNSINGKAN AKIBAT KEGAGALAN.

SEMUA PIC GOOGLE...

Monday 27 January 2014

SBDY dan gangguan ilmu hitam...mencari jodoh putri Hong Kong.

ASSALAMUALAIKUM..

Sekadar berkongsi secebis kisah manusia...


Ilmu hitam, lesbian

ADA beberapa laporan luar negara minggu ini menarik perhatian termasuk pendedahan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengenai gangguan ilmu hitam.

Dalam buku There is Always a Choice, Susilo menceritakan bagaimana beliau dan isteri terpaksa berdepan kepulan awan hitam di kediaman mereka sebelum Pilihan Raya 2009.

Beliau mengaitkan kejadian itu dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang dengki atas kebahagiaan mereka.

Menurut Susilo, ada beberapa lagi insiden menimpanya yang sukar dijelaskan dengan logik akal namun beliau enggan mendedahkannya.

Awang tidak pasti sama ada terdapat pemimpin mana-mana negara sebelum ini yang berkongsi pengalaman berkaitan gangguan ilmu hitam menerusi buku.

 Biasanya pemimpin utama mengelak untuk menyentuh soal seperti itu. Mungkin Susilo ada sebab kuat untuk mendedahkannya.

Satu lagi laporan membuat ramai tersenyum ialah kisah tawaran unik yang sangat lumayan daripada seorang taikun Hong Kong, Cecil Chao.

Beliau menggandakan ganjaran HK$1 bilion (RM430 juta) kepada mana-mana lelaki yang berjaya mengahwini anak perempuannya, Gigi Chao yang merupakan seorang lesbian.

Sebelum ini, pada 2012, beliau telah membuat tawaran HK$500 juta (RM215 juta) dan berjaya menarik lebih 20,000 lelaki untuk mencuba nasib. Namun anak perempuannya masih tetap menyukai kaum sejenis.

Walaupun elemen kekayaan taikun itu menarik untuk diperkatakan, Awang teruja melihat kisah tersebut daripada sudut kasih seorang bapa.

Chao mengimpikan anaknya kembali normal, berkahwin dengan lelaki dan mempunyai cahaya mata bagi mewarisi kekayaan mereka.

Awang berharap impiannya tercapai dengan ganjaran terbaharu itu. Jejaka-jejaka Malaysia terutama keturunan Cina yang berani dan kacak, boleh mencuba.

Selain dapat berbakti melakukan misi ‘membetulkan’ lesbian, anda akan menjadi kaya raya sekelip mata kalau berjaya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my


                                              gambar hiasan timeline..


MENCOLEK, MENYICAH SEDAPNYER....

ASSALAMUALAIKUM..

MENCOLEK  BUKANNYA KIDNAPPED DALAM KAMUS ORANG PUTIH TU TAPI ISTILAH ORANG PAHANG PADA MAKSUD MENYICAH BAGI ORANG KEDAH. APA PULA MAKNA MENYICAH PULA YER? DAH PENING  NAK MENGINTERPERTASI  MAKSUD SEBENARNYA. AH....

...CAKAP MUDAHNYA ADALAH MAKAN BUAH-AN SEGAR DENGAN SAMBALNYA. SAMBAL YANG DIBUAT IKUT SELERA KEGEMARAN MASING-MASING. SAMBALNYA TIDAK TERTAKLUK DENGAN SATU-SATU RESEPI ATAU CARA.

BANYAK JENIS BUAH-BUAHAN TEMPATAN YANG BOLEH DIBUAT MENYICAH ATAU MENCOLEK. TERPULANG KEPADA KEHENDAK MASING-MASING; ANTARANYA YANG SERING JADI PILIHAN ADALAH MEMPELAM MUDA, CERMAI, JAMBU, KEDONDONG DLL'

PIC QASEH SHA ABDULLAH

PIC QASEH SHA ABDULLAH


PIC QASEH SHA ABDULLAH



PIC FITRIZAL




SAMBAL UNTUK MENCOLEK ATAU MENYICAH IKUT SUKA HATI SENDIRI JER. ADA YANG SUKA COLEK DENGAN SOS, DENGAN KICAP ATAU GABUNG SOS DAN KICAP CAMPUR BELACAN  JUGA CILIPADI.  DITAMBAH DENGAN GULA LAGI.  ADA JUGA YANG SUKA MAKAN DENGAN SAMBAL BELACAN BIASA. PANDAI-PANDAILAH ASAL SESUAI DENGAN SELERA TEKAK YER..
.

BIASANYA YANG GEMAR MENCOLEK NI ADALAH ORANG MUDA DAN KEBANYAKAN WANITA HAMIL YANG SERING LOYA-LOYA. MUNGKIN RASA MANIS MASAM BUAH-BUAHAN MAMPU MENGEMBALIKAN SELERA YANG ASAL. JANGAN PULA TERLEBIH MAKAN...TAKUT SAKIT PERUT....

Sunday 26 January 2014

ASAM PEDAS PAHANG IKAN PATIN...

ASSALAMUALAIKUM....

PI SUKA SANGAT MAKAN ASAM PEDAS. ASAM PEDAS KESUKAAN PI ADALAH IKUT CARA MASAKAN PAHANG. RAMAI YANG MENGGEMARI ASAM PEDAS MELAKA YANG SANGAT TERKENAL ATAU ASAM PEDAS CARA KEDAH, CARA JOHOR DAN LAIN-LAIN NEGERI...
ASAM PEDAS ALA PAHANG SEMUA BAHANNYA DIREBUS SAJA.

DEMIKIAN JUGA ASAM PEDAS ALA KEDAH TAPI RASANYA LEBIH KEPADA KARI TANPA SANTAN NAMUN TETAP ENAK DENGAN KEHARUMAN DAUN KESUM.

ASAM PEDAS ALA MELAKA ATAU JOHOR LEBIH LIKAT KUAHNYA DAN DITUMIS DENGAN TAMBAHAN ASAM JAWA TAPI BAHAN UTAMA ASAM PEDAS IAITU DAUN KESUM TETAP ADA.

JADI SEBAB MINAT PI KEPADA ASAM PEDAS PAHANG, PI NAK KONGSIKAN RESEPINYA DI SINI. RESEPI MASAKAN TRADISI YANG ENAK TAPI KALAU DIJADIKAN HIDANGAN MAKAN TENGAHARI MEMANG BERTAMBAH-TAMBAH NASI TANPA SEDAR..


ASAM PEDAS IKAN PATIN.

Bahan-bahan :

1 ekor ikan patin
20 ulas cili api hijau dan merah
1 sb cili kering kisar
1 cam kunyit hidup
4 ulas bawang merah
6 keping asam gelugur
3 cam lengkuas
1 batang serai.
6 batang bendir
1 camt garam kasar


Langkah-langkah membuat:

1. Cuci patin dengan merendamnya sekejap di dalam air asam jawa atau limau nipis.
2. Cili api, kunyit hidup dan bawang merah dikisar hancur.
3. Titik serai dan lengkuas.
4. Masukkan ikan, bahan -bahan kisar, serai, lengkuas dan asam keping ke dalam periuk.
5. Masukkan air menutupi permukaan ikan.
6. Masakkan di atas api yang sederhana sehingga menggelegak.
7. Masukkan garam dan renihkan di atas api yang perlahan.
8. Masukkan bendir dan angkat setelah bendir lembut.
9. Hidang bersama nasi putih .


sumber norkhamsiah.blogspot.

Friday 24 January 2014

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS...

SHUKRI HARUN...

dah tua...

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga
mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir. Kehadiran salji di beberpaa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan
terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam
berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.
Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.
PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH
Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari. Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar
35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakinketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. 
Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di
selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau
beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan "flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi lautakan ditenggelami air.  Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. 

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot". Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui keranasemuanya adalah perencanan Ilahi. Sama ada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
 
Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Sama ada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "
“.. antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai ”
Kata Saidina Ali RA Saidina Ali K.A.W mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".
Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013.
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.
Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan
keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.-
Harakatul Muqawamatul
Islamiyyah...

http://shukriharun.blogspot.com


Wednesday 22 January 2014

CORAT CORET PAK ENGKU ....

ASSALAMUALAIKUM...

Pak Engku
CORAT-CORET PAK ENGKU...

Aku teringat akan pesan arwah ayah aku dulu sewaktu aku masih kecil.
Dia kata setiap kepandaian yang ada pada diri seseorang bukan orang itu bawa bersama keluar dari pertut ibunya. Semuanya dia orang pelajari 
semasa di atas dunia ini. Syaratnya kita mestilah rajin dan berani untuk menerokai dan mencubanya.

Setiap apa yang kita hendak pelajari atau buat sebenarnya kita kena ikut aturan. Kita kena ikut peraturan yang biasa diamalkanorang.
Mana mungkin seorang tukang simin tiba-tiba pandai menyimin lantai atau dinding rumah kalau dia tidak belajar asas-asas membancuh simin. Seorang tukang simin yang mahir dalam kerja-kerja menyimin perlu belajar asas-asas membancuh simin seperti berapa banyak pasir, simin dan air dalam setiap bancuhan. Apabila sudah mahir dalam bancuhan simin barulah dia orang belajar cara-cara menyimin pula. Begitu jugalah dalam apa juga kerja yang ingin kita lakukan di dalam kehidupan kita di dunia ini. Kita kena belajar dari A dahulu dan seterusnya hinggalah ke Z.

Nak pandai membaca dan menulis, seseorang kena mengenal huruf dulu, belajar mengeja dan seterusnya membatang barulah kita boleh menulis dan membaca dengan lancar. Mana mungkin seseorang yang tak kenal huruf boleh tiba-tiba pandai membaca!

Ada seorang kawan aku bertanya kepada aku tentang petua untuk mencipta pantun yang cantik, indah serta bermutu. Bagi aku untuk menjadi seorang pemantun atau penulis pantun yang bagus,
tidak ada petua yang khusus. Cuma kita kena belajar dahulu tentang asas-asas menulis pantun, sama ada pantun dua kerat, empat, enam, lapan, sepuluh atau dua belas kerat dan seterusnya. Dalam sesebuah pantun mesti ada pembayang maksud dan maksud. Maknanya setiap sebuah pantun setegah bahagian adalah pembayang maksud dan setengah lagi adalah maksud pantun tersebut. Pantun yang baik pula mestilah di antara lapan dan dua belas suku kata dalam setiap baris. Suka kata yang kurang atau berlebihan bukan bermakna pantun itu tidak boleh dipakai tetapi pantun itu hanya dikira tidak cukup indah. 

Dalam menulis atau mencipta pembayang maksud pantun pastikanlah
ceritanya berkait antara satu baris ke satu baris yang lain. Janganlah baris pertamanya ceritanya lain dan baris keduanya ceritanya lain pula.
Contohnya...


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga...
Bukankah ada kaitannya antara Pulau Pandan dan Gunung Daik itu iaitu ia menceritakan akan keadaan atau keindahan alam semesta! Cuba kita tulis pembayang yang macam ini...
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Cuaca baik pergi berniaga...

Jadi di sini jelas pembayang maksudnya tidak berkaitan ceritanya. Apa ada kaitannya Pulau Pandan jauh ke tengah dengan Cuaca baik pergi berniaga? Inilah yang dikatakan pembayang maksudnya tidak berkaitan langsung! Oleh itu janganlah kerana hendakkan rima pantun yang indah kita abaikan asas mencipta pembayang maksudnya pula.

Dipendekkan cerita, kalau hendak menjadi pemantun atau penulis 
pantun yang baik serta prolifik belajarlah asas-asas ini. Kemudian dikukuhkan lagi dengan mempelajari banyak perbendaharaan kata. Dan dengan latihan yang yang berterusan serta gigih, pasti kita akan menjadi pemantun atau penulis pantun yang hebat. Namun untuk pengetahuan umum, aku bukanlah pemantun atau penulis pantun yang hebat! Ada ramai yang lebih hebat di luar sana. Belajarlah dengan mereka juga. 
Mengakhiri coretan aku ini, aku titipkan dua rangkap pantun untuk sama-sama kita renungkan, hayati serta fikir-fikirkan.

TANJUNG BATU KE PEKAN TUARAN,
MENCARI CAMBUK DAN KUIH PASUNG,
SINGGAH SEJENAK MEMBELI JERUK,
BUAH SALAK BUAT CIK ADIK,
HENDAK MELANGKAH KAKI TERKILIR;
NAK BUAT SESUATU IKUTLAH ATURAN,
IBARAT MENUMBUK DI DALAM LESUNG,
KALAU MEMASAK DI DALAM PERIUK,
MEMASANG TENGKALAK MENGHADAP MUDIK,
MEMASANG LUKAH MENGHADAP KE HILIR!

APA DIBUAT DI BUKIT BERJAJARAN,
MEMBURU NAPUH HINGGAKAN JERIH,
JALAN DILALU BERBELIT-BELIT,
BUKIT DIPANJAT MENGHALA KE TANJUNG;
SESUATU DIBUAT IKUTLAH PERATURAN,
IBARAT TUMBUH SI POHON SIRIH,
MENJALAR DAHULU KEMUDIAN MELILIT,
BARULAH MEMANJAT KE PUCUK JUNJUNG!


Tuesday 21 January 2014

ORKID-ORKID KESAYANGAN...

ASSALAMUALAIKUM....




Tika bersekolah di SMART dulu pada pertengahan 70-an asrama yang kuhuni berjiran dengan Kuantan Garden sebuah kawasan perumahan. Kebanyakan rumah-rumah di situ  memiliki orkid-orkid cantik yang bergantungan di beranda. Indah sekali. Terpesona memandangnya. Hatipun mulai berkira-kira untuk menanam orkid-orkid cantik itu suatu ketika kelak.

Hajatku terlaksana juga. Kini beranda rumahku dikelilingi orkid-orkid cantik yang meriah berbunga. Kata orang susah juga nak menggalakan orkid berbunga selalu. Entahlah. Bagiku mudah saja. Setiap dua minggu aku akan menyiramkan orkid2ku dengan air tahi kambing yang sudah siap diproses menjadi baja. Menyiramnya 2 atau tiga hari sekali untuk menyegarkannya.

Orkid-orkidku ini sangat manja. Tidak boleh berpanas langsung. Mesti mahu diletakan ditempat redup dan menerima sinaran mentari yang sedikit saja.

Tika malamnya tidak boleh disinari cahaya lampu eletrik kerana akan mengundang serangga mengerumuni


dan membaham bunganya. Tambah-tambah orkid yang harum bunganya. Gemar sekali serangga-serangga ini menggerogotinya. Kan sayang?

Monday 20 January 2014

ERTI SEBUAH MIMPI ...

ASSALAMUALAIKUM...




SETIAP KALI TIDUR KADANG ADA PELBAGAI CERITA MIMPI YANG MENEMANI TIDUR KITA. ADAKALANYA MIMPI KITA BAGAIKAN SEBUAH DRAMA PENDEK YANG MEMBERI ILHAM KEPADA MEREKA YANG BERMINAT BERKARYA SASTERA. ADA JUGA YANG TIDUR LANGSUNG TIDAK MENGALAMI SEBARANG MIMPI...NYAMAN SAJA TIDURNYA SEHINGGA SIANG.

TAPI MIMPI YANG BERLAKU KEPADA SEORANG BAPA YANG DITIMPA MUSIBAH KEHILANGAN TIGA ANAK PEREMPUAN YANG SANGAT DIKASEHINYA LANTARAN DIBUNUH DI TALIAIR DAN BENDANG DI KEDAH BEBERAPA MINGGU LALU TELAH MENJADI PENYELESAIAN KES PEMBUNUHAN TERSEBUT...SEOLAH ALLAH MENGHANTAR ILHAM UNTUK MEMECAH KEBUNTUAN YANG MEMBELENGGU MINDA SEORANG HAMBA-NYA YANG TIDAK BERDAYA...baca petikan berita di bawah..


Mimpi lerai misteri KEHILANGAN tiga anak sekali gus apatah lagi dibunuh, adalah sesuatu yang amat sukar diterima oleh mana-mana ibu bapa.

Itulah yang dilalui oleh Rusdi Rani dan Siti Aisyah Arifin di Kampung Alor Semelah, Alor Setar. Kesemua tiga anak pasangan itu, Nur Syafika Nadia, 14, Nur Izzati, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui mati pada akhir November lalu.

Kejadian tersebut mencetuskan kegemparan di Kedah. Ramai tertanya-tanya apa cerita sebenar kes itu kerana sudah lebih sebulan, tiada sebarang perkembangan.

Dari hari ke hari, Rusdi dan Siti Aisyah menanggung keperitan yang tidak terhingga.
Pada Selasa lalu, Rusdi, 39, menceritakan bagaimana beliau mengalami mimpi aneh. Dalam mimpi itu anak sulungnya muncul menyebut nama seorang remaja di kawasan berhampiran yang dipercayai bertanggungjawab.

Walaupun sekadar mimpi, hal itu dilaporkan kepada polis dan ia menjadi petunjuk baharu. Misteri pembunuhan itu akhirnya terungkai apabila polis pada Khamis lalu, menahan dua remaja berusia 19 tahun termasuk suspek utama yang namanya disebut melalui mimpi.

Dalam kejadian itu, menurut sumber polis, suspek cuba merogol Nur Syafika tetapi gagal lalu bertindak membunuhnya sementara dua beradik lagi mati lemas selepas ditolak ke dalam sungai.
Awang paparkan kisah ini kerana sangat tersentuh dengan tragedi yang menimpa sebuah keluarga dalam kalangan rakyat biasa.

Beberapa kali menatap wajah sugul Rusdi dan Siti Aisyah menerusi media, perasaan Awang terusik. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bayangkan jika kejadian seperti itu menimpa anak-anak kita?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140119/re_04/Bisik-Bisik-AWANG-SELAMAT#ixzz2qtNURu6X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH/LAILA MANJA VERSI ERA KINI....

ASSALAMUALAIKUM......


KEDUA-DUA FILEM MELAYU HITAM PUTIH ITU MEMPUNYAI PLOT DAN TEMA CERITA YANG SEAKAN. MENGISAHKAN ANAK-ANAK YANG DERITA DISIKSA IBU TIRI DIAKHIRI DENGAN KARMA ALLAH IAITU YANG BAIK TETAP DIBALAS BAIK DAN YANG JAHAT MENERIMA HUKUMANNYA YANG SETIMPAL.

SEDIKIT INFO MENGENAI BAWANG PUTIH DAN BAWANG MERAH YANG SERING DIGUNAKAN DALAM MASAKAN KITA; KATA SEORANG USTADZ KEDUA-DUANYA MEMANG TIDAK BOLEH DIGABUNGKAN DALAM MASAKAN KERANA AKAN MEMBERI KESAN YANG TIDAK BAIK KEPADA KESIHATAN.
BETAPA BIJAK DAN TAHUNYA ORANG-ORANG DULU MEMBUAT ANOLOGI PADA SESUATU KISAH, MENGADAPTASIKANNYA DALAM KARYA BAWANG PUTIH BAWANG MERAH UNTUK MENGGAMBARKAN KETIDAKSESUAINNYA BERSAMA.

TAPI MASIH ADAKAH LAGI IBU TIRI YANG TIDAK BERHATI PERUT DAN HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SEMATA? KAN ZAMAN SUDAH JAUH BERUBAH....MASAKAN CERITA LAPUK ERA TIDAK BERTAMADUN ITU MASIH BERULANG. MANUSIA JUGA SEMAKIN SEHARI SEMAKIN BIJAK MENENTUKAN BAIK DAN BURUK SESUATU....KAN BARU NI ADA BERLAKU INSIDEN IBU TIRI MENYIKSA ANAK TIRINYA DENGAN CILI API....KEJAM SEKALI.

WALAU APAPUN ANDAIAN KITA TENTANG IBU TIRI ERA BARU YANG LEBIH POSITIF SIFATNYA NAMUN HARUS JUGA BERHATI-HATI SEKIRANYA TAKDIR HIDUP BERSUAMI-ISTERI TIDAK PANJANG JODOHNYA DAN BERAKHIR DENGAN PERCERAIAN DAN ANAK-ANAK PASTI MENDAPAT IBU TIRI SETELAH BAPA MEREKA BERKAHWIN LAGI.

PADA PEMERHATIAN DAN PENGALAMANKU, SEBAIK MANAPUN IBU TIRI KEPADA SUAMINYA BAPA KEPADA ANAK-ANAK TIRINYA, TIDAK MUNGKIN DAPAT DITUNJUKAN SEMUA ITU KEPADA ANAK-ANAK TIRINYA. LAKONANNYA MENGALAHKAN WATAK NORMADIAH MAKTIRI KEPADA LAILA MANJA. RAMAI YANG BERFIKIR TAK MUNGKIN BERLAKU BEGITU.

APA YANG KITA FIKIR TIDAK MUNGKIN ITULAH YANG BESAR SANGAT KEMUNGKINANNYA. JADI JANGAN PERTARUHKAN NASIB MASA DEPAN ANAK-ANAK DENGAN MENYERAHKAN MEREKA KEPADA PENJANGGAAN BEKAS SUAMI YANG AKAN BERKAHWIN LAGI KELAK.

BIARLAH BERSUSAH SEDIKIT DEMI ANAK-ANAK WALAU TERPAKSA MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN KERNA TERPAKSA MENYARA ANAK-ANAK. DAN MEMBERI HAK PENJAGAAN KEPADA BAPA MEREKA ATAU DENGAN TUJUAN HENDAK MENYUSAHKAN SUAMI DAN ISTERI BARUNYA. SUDAHNYA KELAK KITA YANG SUSAH PABILA ANAK-ANAK YANG TERABAI TANPA DIDIKAN SEMPURNA MEMBAWA PELBAGAI MASALAH MEREKA KEPADA KITA SETELAH MEREKA DEWASA.

ANAK-ANAK KINI TERDEDAH DENGAN GEJALA ANTI SOSIAL YANG KRONIK SUKAR TERSELESAIKAN SEPERTI PENYALAHGUNAAN DADAH MEMBAWA KEPADA PELBAGAI LAGI MASALAH YANG BEREKORAN DENGANNYA.

REZEKI ANAK-ANAK ITU ALLAH TELAH SEDIAKAN DAN MENURUT ISLAM JUGA ANAK-ANAK YANG BELUM MUMAIYIZ ITU BERHAK DIPELIHARA/DIDIK IBUNYA SEJATI. KECUALILAH IBUNYA TELAH TIADA.

BERSUSAH-SUSAHLAH DAHULU AGAR KELAK NANTI TIDAK KESAL BERPANJANGAN DISEBABKAN TERASA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN YANG SUKAR DITEBUS.

APAPUN TERPULANGLAH KEPADA MASING-MASING BAGAIMANA MENENTUKAN KESIMPULANNYA KAN...MAKCIK PI HANYA MENULIS SUARA HATINYA...
PIC TIMELINE

Sunday 19 January 2014

BAKAWALI...BUNGA PARI-PARI?

ASSALAMUALAIKUM..

Pokok Bakawali merupakan pokok tanaman hiasan, nama botaninya adalah Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae.[1]

Pokok bunga bakawali berasal dari amerika selatan-mexico.
Ianya mampunyai pelbagai khasiat terutama bagi penjagaan mata.
Bakawali dikatakan sebagai pokok yang mempunyai 'penjaga' terutamanya semasa ianya sedang kembang. (Pokok bakawali kembang bermula pukul 7 petang dan kembang penuh pada pukul 12 malam sebelum layu sebelum subuh. Satu bunga pokok bakawali hanya akan berkembang 7 jam sahaja....sumber wikipedia.
KATA ORANG-ORANG TUA DULU-DULU BAKAWALI BERKEMBANG MEMBAWA PARI-PARI DARI KAYANGAN SEBAB TU KEHARUMANNYA SEMERBAK MENYERAK RUANG...WAKTU BERKEMBANG PULA TEPAT TENGAH MALAM...

WALAU CANTIK DAN HARUM TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU MENANAMNYA MENGHIASI LAMAN MUNGKIN KERANA BIMBANGKAN KEPERCAYAAN BAHAWA BUNGA INI ADA 'PENJAGA'NYA. KEPERCAYAAN YANG MUNGKIN DIDASARKAN DARIPADA PENGALAMAN ORANG DULU-DULU YANG DITURUN SECARA LISAN DARI SATU GENERASI KE GENERASI SETERUSNYA...

PIC EVE LERNO.






MyBloglist