Tuesday 31 December 2013

SEGMEN AZAM BLOG 2014...



Segmen Azam Blog 2014 by HBP




PI berbelog suka-suka saja. Tidak pernah ada target atau sasaran yang nak dicapai. Lagipun tidak berapa arif penguasaan IT ni....maklum generasi lama dulu-dulu. Istilah IT yang digunakan blogger-blogger juga memeningkan kepala untuk memahaminya. Tapi rasanya tak salah untuk mulai berazam untuk blog tahun 2014 ni. Tak payahlah nak berazam banyak-banyak kot. Satu dahlah dulu. Senaraikan azam banyak-banyak tapi tak tercapai mengecewakan saja.

Azam PI hanya nak jadikan blog PI diminati dan disinggahi pelayar-pelayar sebagai pelabuhan kecil buat mengisi sedikit muatan pilihan. Blog Karyaku tidak hanya menerbitkan karya PI saja tapi turut memberi peluang kepada kawan-kawan FB mengutarakan karya-karya mereka.

SELAMAT TAHUN BARU 2014...SEMOGA AWAL TAHUN YANG BERMULA PENGIRAAN TARIKHNYA ESOK HARI MEMBAWA KEHIDUPAN KITA MELAKUNI SKRIP DRAMA YANG BERBEZA DARIPADA KEBIASAANNYA DAN JANGANLAH TERLALU TRAGIS LAGI SADIS KERNA TIDAK TERDAYA MENGEKSPRESI WATAK KEHENDAK SUTRADARANYA.

MOHON DOA AGAR SUTRADARA TERHEBAT YANG SATU LAGI UTAMA PENGASIH DAN PENYAYANG TIDAK MELULUSKAN SKRIP HIDUP DILUAR DAYA KEUPAYAAN KITA MELUKISKAN PERANANNYA...

Gurindam Keluhan rasa

Keluhan itu luahan rasa
yang terbuku melukis rupa

Apa yang mampu diucap lagi
sekadar menzahir rasa simpati

Kuatkan semangat jangan mengalah
onak dan ranjau sudah diredah

Jangan tergesa menimbang keputusan
kehidupan ini adalah pengorbanan

Hidup ini laksana alam
ada siang ada malam

Ada gelita ada terang
ada surut ada pasang

Medan minda juga dua
positf negatif seiring bersama

Demikian juga buruk dan baik
sifat bertukar turun naik

Laluilah hidup dengan bijaksana
terima ketentuan-Nya dengan reda

Berdoa bertawakal kepada Allah
hanya kepadanya kita berserah

Jangan terlalu mengejar dunia
kelak tertinggal kerana alpa

Seimbangkan dunia dan akhirat
pasti sejahtera berkat selamat

CORAT CORET PAK ENGKU....

CORAT-CORET PAK ENGKU..

Assalammualaikum, Salam Komih (Khamis) dan Solamat Pagi kek kawan-kawan sumo.. Somugo cerio dan bahagio di pagi yang indah ini.

Pagi ni den nak coghito tontang sosotongah anak-anak kito
Dah bosa godang, dah boanak bini tapi maleh bokojo
Bilo hidup dah susah, kek omak abah dio mongadu segalo
Mako omak abah lah yang akhir ea monanggung balo!

Yang den heran, badan sehat tapi maleh, konapo?
Siang malam asik bolengkar kek umah jo
Inilah dio orang polaso, bak orang kampong den kato
Dah moninggi hari masih lagi tak bangun, masih lagi nak mombuto!

Sampai bilolah dio orang ni nak jadi bogini
Gunokanlah tulang ompek korek tu untuk moncari joki
Joki yang halal untuk makan sendiri dan anak bini
Janganlah nak susahkan hidup omak abah laie
Dio orang dah tuo, tak lamo laie dio orang akan mati!

Joki yang halal itulah yang perlu kito cari
Janganlah pulak jadi tukang cilok, tukang copet atau moncuri
Tak ado hino ea kalau kito kojo jadi kuli
Kalau dah kek situ joki Allah nak bori.

Janganlah kito nak susahkan hidup dan hati omak abah kito
Borilah kotonangan di penghujungan usio dio
Tak dapek bagi duit, kokayaan dan kemewahan kek dio, tak apo
Dio memang tak ponah pun mintak itu sumo
Dapek molihat anak-anak dan anak monantu hidup seleso
Itu dah cukup membuekkan hidup dio orang bahagio!

Kek anak-anak yang di luar nun sumo, kek den janganlah marah
Yang den coghitokan ni adolah pokaro yang lumrah
Tapi kalu totap nak marahkan den, eden torimo, eden pasrah
Sobab segalo yang tobuku kek hati den, den dah luah
Hanyo den bodoa suatu hari nanti kau orang akan boubah
Menjalani hidup bokoluargo dongan lobih bohemah dan lobih bermaruah!

Jadi, sobolum nak tamatkan coghito den kek sini
Den nak tinggalkan serangkap pantun lapan kerat ini
Mehlah kito samo-samo ronungkan dan hayati
Untuk panduan dan pedoman anak-anak di hari muko nanti..
Pantun ea bobunyik bogini..

"Tali sekerat di tepi pintu,
Bersama talas letak di perahu,
Perahu kakap yang satu-satu,
Hendak ke bagan haluan tak tahu;
Hidup melarat setiap waktu,
Berkerja culas berusaha tak mahu,
Jadilah kerakap di atas batu,
Hidup segan mati tak mahu!"

Sekian untuk pagi ini.
Tammatul al Kalam.

Pic  wall fb Pak Engku.

Monday 30 December 2013

ORKID-ORKID CANTIK @ SALLOMA NURSERY....

ASSALAMUALAIKUM....

SETIAP KALI MELIHAT ORKID-ORKID YANG TERGANTUNG DI SERAMBI RUMAH MULA BERKUDUP HATI TIDAK SABAR MENANTINYA MEMBUKA KELOPAK. WALAU ORKID ITU SUDAH BANYAK KALI BERBUNGA TAPI RASA KETERUJAAN MELIHAT KEINDAHANNYA SENTIASA ADA...

ORKID-ORKID DI RUMAH SUDAH BANYAK KALI DIPUBLISH DI BLOG JADI KALI INI PI NAK KONGSIKAN ORKID-ORKID CANTIK DI SALLOMA NURSERY PULA.



CANTIK-CANTIK KESEMUANYA. KALAU SURUH PI BUAT PILIHAN MESTI TIADA SATU YANG TINGGAL. HABIS KESEMUANYA DIBORONG.


DULU PI SUKA MEMBELI ORKID-ORKID DARIPADA NURSERY DI SUNGAI BULOH ATAU DI TEMERLOH DAN KADANGKALA DI BENTONG. DI SALLOMA NURSERY KUANTAN BELUM PERNAH LAGI. KALAU ADA REZEKI NAK KE SANA JUGA MENCARI ORKID-ORKID YANG CANTIK NI...


ANDAI ADA YANG BERMINAT HENDAK TAMBAH KOLKSI ORKID DI RUMAH BOLEHLAH HUBUNGI SALLOMA NURSERY DI ALAMAT Florist · Landscaping · Wholesale & Supply Store
Pasar Jaya Gading, Jaya Gading, 26070 Kuantan014-818 9890


.










Esok(30 dec)orkid butterfly masuk..anak pokok pun ada yang berharga rm5,rm15,rm10....

Sunday 29 December 2013

MEMELIHARA KEUTUHAN, KERUKUNAN NEGARA, BUKAN MENGHANCUR, MERUNTUHKANNYA...



                                         Dato' Idris Buang menulis....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA KAWAN2 FB .MAAF, TULISAN SAYA INI AGAK PANJANG TETAPI SAYA POHON KERANA ALLAH, TOLONG BACA HINGGA HABIS & SEBARKAN KEPADA ANAK2 MUDA KITA.Terima Kasih

APA2 JUA JENIS POLITIK JALANAN BAKAL MERUNTUH NEGARA & MERUGIKAN RAKYAT.Walaupun atas nama memprotes kenaikan harga barangan,atau apajua pun sebab, demontrasi jalanan mendedahkan Negara pada bahaya huru hara.Lihatlah Thailand sekarang, Syria,Mesir,Lebanon,Turkey dan banyak lagi. Kata dia orang depa tak suka kenaikan harga dan pembaziran . Nah cuba kita nilaikan dengan teliti dan bijaksana apakah hasil nya demo jalanan ini semua. Buat demo besar besaran pun kan kah itu membazirkan wang sendiri,wang rakyat ...Akibat demo & rusuhan rakyat & Negara kena beban untuk 

1.membiayai kos anggota2 polis bekerja lebih masa serta penggunaan alat2 komunikasi kenderaan yang berlebihan

2.kos petrol yang terbuang saja semasa jamn di jalanan berjam jam kerana tersangkut oleh demo

3. kos Dewan bandaraya mengendali kerja2 pembersihan yang berlebihan serta kerosakan

4.kos pembiayaian mahkamah mengendali kes2 perbicaraan mereka yang berhimpun atau merusuh secara haram

5. kerugian ribuan teksi kehilangan pelanggan pada hari2 sebelum selepas dan juga pada hari perhimpunan haram 6.kerugian peniaga2 bila kedai dan gedung2 mereka hilang pelanggan kerana khuathir keselamatan diri atau takut terperangkap dalam perhimpunan haram 

7.kerugian pendapatan usahawan2 dan petani serta nelayan kerana jualan yang merudum atau barangan mereka tak dapat dijual 

8.kerugian peniagaan dari kehilangan kedatangan pelancung2 luar dan dalam negara 

9.kerugian pengusaha2 industri kecil & serderhana bagi yang berkaitan dgn pengangkutan darat udara laut yang rugi kerana pembatalan kedatangan pelancung2 luar negara 

10.kos pembiayaian anggota2 rela,pihak medic,pertahanan awam,kakitangan kerajaan lain 

11.kehilangan pelaburan atau potensi pelaburan dari luar negara FDI yang khuatir negara bakal huru hara mainan media anti kerajaan dan media asing anti Malaysia 

12.kerugian yang bakal menimpa keluarga2 yang bakal mengupah peguam2 untuk membela anak2 mereka yangbditangkap merusuh atau berada i himpunan haram 

13. kerugian produktiviti yang bakal menimpa majikan2 bila berlakunya ketidakhairan para pekerja & melumpuh pengusahaan atau urusan bisniz mereka kerana pekerja2 mereka telah tertangkap dsbgainya 

14 kos berlebihan dihospital dan klinik2 kerajaan dan swasta yang bakal ditanggung jika terjadi kecerderaan dan kesakitan yang menimpa peserta2 perhimpunan aaupun anggota2 kawalan keselamatan 

15. kerugian dalam pelajaran yang tertinggal oleh anak2 muda yang masih di Universiti kolej2 dan sekolah yang tertipu menyertai perhimpunan 

16. juga potensi kerugian yang boleh dialami mereka yang dibuang dari pembelajaran mereka,atau yang akan gagal dalam peperiksaan yang telah diabaikan kerana terlibat dgn benda2 yang sia2 itu

17. kerugian2 yang bakal dialami untuk membiayai mereka yang di reman atau di penjara 

18. kerugian kerugian yang langsung atau tidak langsung yang lain kecil dan besar yang boleh dikaitkan sebagai kesan sampingan perhimpunan dan/ atau rusuhan2 seperti yang hendak di jalankan ini.

OLEH KERANA kesan2 nya akan merugikan rakyat maka, Kerajaan yang bertanggungjawab serta badan2 Kerajaan yang diamanahkan untuk membela kepentingan rakyat seperti Polis , tetap tidak mahu perimpunan2 atau perarakan seperti yang nak dibuat pihak2 yang beragenda pelik itu, dari diadakan. 

Pelik,sebab mereka memilih nak berdemo jalanan dari menggunakan kehebatan berhujah wakil2 rakyat pembangkang,atau cerdik pandai dalam forum2 dan konferensi2 ,media cetak dan media massa yang terbuka mengikut saluran demokrasi.Kan kan DS Najib sudah membeti seluas-luas ruang mengamal sikap keterbukaan? 

Tiada siapa pun yang pernah ditangkap semata mata berhujah dengan betul tanpa menghasut,menfitnah atau memalsu fakta.Apakah mereka yang nak berdemo itu tiada akal yang lebih bernas atau bijaksana , atau ah hilang tiada kehebatan berhujah lagi? Ataupun mereka dah tidak menaruh harapan akan wakil2 rakyat pembangkang yang sedia ada ni? 

Kan pembangkang juga mempunyai akhbar2 sendiri..Roket,Harakah & Suara Keadilan.Kami sendiri dalam Parti PBB takde pun akhbar sendiri walaupun kami mempunyai ali kira2 300,000 orang seluruh Sarawak dan kira2 sejuta penyokong2. Perbuatan yang boleh merugikan rakyat tidak akan menerima sokongan selagi rakyat tahu ianya merugikan nya.Tetapi rakyat sering tertipu.

 Fakta yang merugikan rakyat itu selalu disembunyikan kerana mereka yang berkenaan licik mengalih perhatian rakyat dengan menyuntik perasaan benci dan panas hati terhadap Kerajaan dengan spin spin mereka.Inilah cabaran2 yang kita dan rakyat perlu kupas dan atasi sama2 .Jngan kita terus terima dan dirugikan oleh rethorik pembangkang dan sekutunya.Hanya yang bijak saja dapat menilaikannya dgn baik.

Manusia boleh hilang kewarasan bila dihasut untuk membenci dgn bila sering disaji dgn cerita fitnah dan palsu.Rasullullah SAW dizaman Baginda pun sering difitnah begitu.Sikap manusia sebenarnya mudah diperdaya dengan fitnah.Selepas berlaku tindakan yang merugikan oleh mereka, barulah mereka menyesal.Janganlah penyesalan yang tak perlu berlaku itu terjadi kepada kita demi sebuah Negara yang kita cintai.Kita mahu generasi kita akan datang mewarisinya dengan Negara ini dengan baik.

Fenomena kenaikan harga berlaku serentak diseluruh dunia.Keperluan manusia bertambah bila populasi manusia dimuka bumi ini bertambah dan semakin mendesak.Apakah seluruh kenaikan barangan sedunia ini, Kerajaan BN juga punya angkara? Biar adil sikit hendaknya.Mana mungkin ! Apapun yang berlaku,Malaysia adalah Negara yang masih selesa dengan harga barang keperluannya banyak dibantu oleh Kerajaan dengan subsidi.Rakyat dalam holongan pendapatan rendah tetap terbela menerusi peningkatan bantuan BRIM,

Harga minyak petrol kita pun adalah no.8 terendah dalam dunia.Kecuali Brunei,kita lebih baik dari semua Negara dirantau Asia tenggara.GST jika di laksanakan bakal membantu Negara menyelaras dan mengukuhkan pendapatan Negara dengan lebih sistematik serta meluas .

 Penyeludupan barangan dan ketirisan cukai barangan dapat dibendung sebab setiap barang akan perlu diambil kira. Kenapa perlu membantah,jika lebih dari 160 Negara telah melaksanakannya.Lagipun kita memulakan kadar GST pada 6% iaitu yang terendah dalam senarai beberapa negara rantau ini ,Eropah , Benua Amerika & Australasia. Kita ada lebih setahun lagi untuk para peniaga kita menyesuaikan diri dengan sistem ini,Lagipun rakyat masih tetap terbela sebab banyak barang2 keperluan akan disenarai dan dikecualikan dari GST.

 Rakyat perlu tahu.Janganlah nak terus ikut protes dan membahayakan diri taanpa menyedari rethorik pembangkang itu palsu.Kerajaan PR di Selangor sendiri pun dah naikkan gaji MB Exco dgn tinggi dan Adun.Juga naikkan kadar cukai pintu dan premis peniagaan hingga 400% .Kenapa tak protes kat mereka sendiri.Hipokrit lah jainya. 

Sekarang ini nak protes kenaikan harga barangan yang berlaku seluruh dunia.Nak protes buat apa,jika kajian terperinci sebenarnya menunjukkan Kerajaan kita adalah diakui oleh pakar2 ekonomi berada dilandasan yang betul untuk membela nasib rakyat dan mentadbir Negara dan dengan lebih fokus meningkatkan konomi & pertumbuhan pengeluaran Negara.kenaikan sedikit saja 20 sen pada RON 95 depa bising2 tetapi kerugian yang bakal dialami semua kerana demo jalanan depa seperti yang saya telah huraikan depa tak ambil kisah?
 Itu penipuan keatas rakyat namanya,
                                                           pic timeline untuk hiasan...

RENUNG-RENUNGKANLAH DENGAN JUJUR KERANA ALLAH DEMI AGAMA BANGSA & NEGARA .KERAJAAN KITA TELAH MEMBELAKAN NASIB RAKYAT DARI ZAMAN KITA SEMUA MUNDUR DULU DENGAN USAHA GIGIH TAK HENTI HENTI.KITA SUDAH MELALUI PERJALAN YANG SANGAT PANJANG BERSAMA . Pembangkang hanya tahu mengutuk dan berdemo jalanan secara rakus dan biadab. Analisa ini ditulis Oleh Dato' Idris Buang,Kuching,Sarawak.

Saturday 28 December 2013

SEBUAH VERSI CHINTA....SAMBUNGAN BAB 2.

                                                     Bab 2. 
                                           Zahari yang prihatin.



“Kasihan Aisyah tu…,” desisnya perlahan antara kedengaran dengan tidak.
Anaknya yang sedang membaca akhbar hari ini terpanggung mencari suaranya. Pandangannya meleret jatuh pada wajah emaknya yang tenang, sedang menyusun buku-buku di atas rak lemari.
Sudah berkali-kali rak buku itu dikemaskannya tetapi tetap berserak dengan buku-buku yang tidak teratur dengan susunannya. Dia tidak gemar melihat begitu. Menyemakkan matanya. Anaknya itulah yang menyebabkan susunan buku itu berserak.
Zahari hanya tahu membeli dan membacanya. Mengemas dan menyusunnya elok-elok dia tidak tahu. Jikalau dia tahu sekalipun dia malas hendak melakukannya. Ibunya itulah yang terbongkok-bongkok mengemasinya.  Tidak sesekali pernah merungut kepenatan atau jemu kerana seringkali mengulangi perlakuan yang serupa.
Apabila dilihatnya rak buku itu tidak teratur susunan bukunya dia akan segera mengemaskannya. Matanya tidak selesa melihat keadaan yang berserak, bersepah menyemakkan pandangannya.
“Apa yang mak cakap sorang-sorang tu? Apa pula yang tidak kenanya dengan Aisyah?” Anak lelakinya itu bertanya. Salina meletakan tuala kecil yang digunakan buat mengelap lemari buku itu di suatu sudut. Kerja yang dilakukannya tadi sudah selesai. Dia menghampiri anaknya, melabuhkan punggung di sisi anaknya.
“Mak kasihan tengok Aisyah tu. Kakinya penuh dengan kudis. Hendak pergi ke kelinik neneknya tidak benarkan! Hendak beli ubat di kedai tidak diberi pitihnya! Mak bimbang kalau dibiarkan buruk pula kaki budak tu. Kasihan sungguh dia. Emak ayahnya sudahlah jauh. Tak patut betul cik Munah tu buat begitu pada cucunya.”
Terasa sebak dada Salina menahan sedih yang hendak menjuraikan airmatanya. Sepasang kejora yang berkaca itu dibawa menyapa pohon-pohon nyiur yang melayut tinggi melewati jendela yang terbuka.
Angin lembut menerobos masuk dan menyamankan suasana yang hening seketika.
Zahari merayapi wajah ibunya yang berjiwa luhur, ikhlas dan mudah perasa itu. Ibunya yang mudah empati dengan kesusahan dan penderitaan orang lain.
“Susah-susah sangat biar saya saja yang bawa dia ke klinik!”
“Mak sudah kecek gitu tapi dia tak sir (mahu). Katanya takut neneknya marah,” balas ibunya sambil tangannya menyisipkan anak rambutnya yang terjurai ke sebalik telinga.
“Mak tidak usah risau, saya tahulah apa saya nak buat gak.” Ujar Zahari masih tidak mahu mengalah. Di mindanya tertayang kerangka perancangan yang sedang diaturnya. Dan dia yakin akan kejayaannya.
“Mak, esok kawan saya Faizal hendak datang ke rumah kita. Mak masaklah apa yang patut…” Tajuk perbualan anak beranak itu sudah berubah. Menyimpang dari perbincangan asalnya.
“Baguslah begitu. Mak pun sudah lama tidak berjumpa dengannya. Dia pun sudah lama tidak ke sini. Apahalnya?”
“Entahlah mak. Saya pun tidak tahu mengapa. Mungkin dia sibuk mengulangkaji pelajarannya kot. Dia mengambil peperiksaan HSC ( Sijil Tinggi Persekolahan ) tahun ini. Nanti bila dia datang mak tanyalah padanya.” Zahari menjelaskan serba sedikit apa yang dia tahu tentang kawannya itu. Kawan sekerjanya.
Dia memang tahu Faizal mampu melakukan apa saja kemahuannya kerana dia anak orang berada. Wang ringgit tidak pernah wujud menjadi masalah yang membebankan kepadanya.
      “Mak dah siapkan minuman petang. Mu pergilah minum. Mak sudah minum tadi. Mak hendak sembahyang semetar (sebentar).” Salina membawa sekujur tubuhnya menuruni tangga dari ruang tengah ke ruang dapur dan melangkah pula menuju bilik air.
Sebelum bersolat tentulah dia kena berwuduk terlebih dahulu. Tetapi dia terasa hendak mandi pula. Tubuhnya yang berpeluh membelengas di merata sudut tertentu merimaskannya. Apakala disirami air tentu kerengsaan yang tidak menyelesakan itu akan hapus. Dan kesegaran tubuh akan kembali pulih. Bermaya.
Itu yang didambakannya. Lagipun sebelum bersolat mengadap Yang Maha Esa eloklah membersih dan menyucikan diri daripada segala kekotoran sebaik-baiknya.

                                              ***

Aisyah mengepit separuh daripada buku-bukunya di celah ketiak. Separuh lagi terisi di dalam beg pelastik yang agak tebal dan dijinjingnya. Dia memaksa diri mengatur langkah dengan lebih pantas agar segera cepat tiba di rumah.
Panas terik mentari yang memanggang kulit tubuhnya yang putih bersih langsung tidak dihiraukannya. Tetapi tetap dirasakan bahang yang memijarkan itu. Perut kecilnya pun sudah berkeriut dan bukan sekadar berdondang-sayang atau berkeroncong minta diisi.
Memang pun tidak diisi sejak awal pagi melainkan hanya dialas dengan segelas air sejuk dan sekeping biskut kering. Begitulah kebiasaan yang sering dilaluinya kerana neneknya mengangap sarapan pagi itu tidak penting  Dan tidak pernah menyediakannya untuk dirinya, apa lagi untuk cucunya.
Sepanjang masa di sekolah tidak ada pula duit diberikan kepada cucunya buat berbelanja di kantin. Juga tidak ada bekalan makanan yang dibawanya. Aisyah terpaksa mengikat perut menahan kelaparan yang menyiksakan dan kadang-kadang amat mengganggu penumpuannya terhadap pembelajaran sehingga masa persekolahannya tamat. Tetapi tetap terpaksa dilakukannya demi minatnya yang utuh terhadap pelajaran.
Begitulah dia sehari-harian sehingga dia mangli dengan suasana yang dilaluinya. Dia sudah tidak kisah lagi tentang itu semua. ‘Jika lapar pun tanggunglah, kalau penat pun, penatlah,’ desis hatinya.
Langkah yang diatur semakin laju. Bila sampai di rumah pastinya belum boleh terus menyuap nasi ke mulut. Aisyah perlu memasaknya terlebih dahulu. Dia akan memasak apa saja yang ada di dapur rumah neneknya.
Biasanya dia akan memasak nasi, menggoreng ikan asin, menumbuk sambal belacan dan menumis sayur kangkung, asin-asin atau betik muda. Sayur-sayur kampung itu memang tumbuh subur di sekitar dapur rumah neneknya.
Proses hendak menyediakan masakan yang serba sederhana itu pun tidak terlalu mudah. Api dapur bertungku tiga perlu dinyalakan. Kadangkala tidak ada kayu kering yang telah tersedia.
Terpaksa pula terbongkok-bongkok mengutip kayu yang tersusun di pelenggar dan membawanya naik ke rumah. Hendak menghidupkan api dari kayu pun satu hal juga. Api yang dinyalakan tidak boleh terlalu besar. Takut pula menyambar dinding rumah. Dan menyebabkan kebakaran yang akan memusnahkan segala-galanya. Perlu sangat berhati-hati sekali. Hendak menjamah sepinggan nasi pun Aisyah terpaksa basah berpeluh terlebih dahulu.
 Dia menjamu selera seadanya tanpa banyak tingkah. Tidak peduli langsung dengan kandungan nutrisi makanan yang diambilnya akan memberi impak baik atau sebaliknya terhadap tubuhnya.
Sebuah kereta berhenti di sisinya. Derunya menghambat lamunannya bercempera.
“Hai baru balik sekolah?,” sapa Zahari yang tiba-tiba muncul dari kereta yang berhenti di pinggir jalan di sisi Aisyah. Aisyah kalut pada mulanya. Bimbang juga dia kalau-kalau ada yang berniat tidak baik dan hendak mengganggunya.
Orang-orang di kampungnya selalu bercerita berkenaan budak-budak perempuan yang pulang dari sekolah sendirian sering diperangkap dan dilarikan ke bandar-bandar besar untuk dijual. Dijadikan santapan manusia tahap binatang. Bimbang sungguh hati Aisyah. Bukan begitu nasib yang diingininya. Semoga diselisihkan malaikat 44. 
“Naiklah. Abe (abang) pun hendak balik ke rumah ni. Janganlah segan. Abe pun menumpang kereta orang. Naiklah cepat.” Pelawa Zahari. Lelaki yang berada di belakang stereng kereta itu memandang sekilas wajah Aisyah. Dia tersenyum polos. Pintu kereta dingangakannya luas.
“Tidak mengapalah abang Z. bukannya jauh sangat. Sekejap lagi sampailah.”
“Jauh ko! Dekat ko! Naik…,” balas Z tanpa tolak ansur lagi. Tona suaranya tegas. Alasan Aisyah tidak mahu diterimanya. Dia menarik tangan Aisyah. Memaksanya mengisi perut kereta.
Hendak atau tidak Aisyah akur juga dengan kehendak Zahari walaupun merasa sangat malu dan serba tidak kena terhadap lelaki yang memegang stereng itu yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Merasa pula gerak-gerinya sentiasa mencuri perhatian lelaki itu.
Meluncur deras kereta yang dipandu anak muda berpakaian kemas dan berkaca-mata hitam itu. Kereta Moris Minor itu lalu melepasi rumah nenek Aisyah tetapi tidak pula berhenti.
“Rumah nenek saya dah lepas tadi. Bakponya (kenapa) tak berhenti?” Aisyah bertanya kalut. Hatinya mulai risau dan menggelabah.
“Mu jangan risau sangat. Kita berdua ni bukannya nak makanmu. Muikut ja,” ujar Zahari separuh berlucu. Namun hati Aisyah tetap dilambung kerisauan yang merusuhkan. Pandangannya dilepasi melewati pohon-pohon nyiur yang tingginya tidak sekata dan rumah-rumah yang aneka bentuknya. Fikirannya bercelaru.
“Tapi kita ni nak gi mana?”
“Tak payahlahmu nak tanya, ikut ja…”Aisyah tambah keliru dengan jawapan Zahari yang membingungkannya itu.
 “Depan klinik Ravi nantimu tolong berhenti ya Faizal. Aku hendak ambil ubat sakit perut...” Zahari mengerutkan dahinya. Wajahnya menjadi herot-petot seakan menanggung kesakitan yang teramat sangat. Faizal memandangnya dengan hairan.
Dia tidak dapat menerima keadaan seorang kawannya yang tadinya sihat walafiat, segar bugar tiba-tiba boleh sakit perut serta-merta. Telatah Zahari membuatnya merasa aneh dan lucu. Dia tersenyum sumbing.
“Lepas pergi klinik nanti, kita baliklah. Tolong temankan abe yang sakit ni. Lambat sikit sampai ke rumah takkan nenekmu nak marah kot. Lagipun nenekmu itu sibuk berjualan di gerainya. Bilamu sampai di rumah sekejap lagi dia belum tentu sudah ada di rumah. Setahu abe selagi hari tidak senja nenekmu itu tidak akan menutup gerainya…”
Zahari menatap wajah Aisyah yang selamba mencuka. Dia sangat bimbang apabila dia pulang nanti ia akan disumpah-seranah neneknya kerana kelewatan yang tidak disengajakan dan bukan olahnya.
Sesuatu yang sedang berlaku kini bukan kehendaknya. Kelak akan berderailah air mata membasahi pipinya entah buat kali keberapa kerana menerima cemuhan dan nista yang menyakiti hatinya hamburan dari mulut neneknya yang garang itu.
“Masam sajamu! Senyumlah sikit.” Usik Zahari. Aisyah hanya mencebek. Tidak pun tersenyum. Kedongkolan hatinya tidak mampu menerbitkan senyuman manis di bibirnya. Hanya renungan polos meniti kewujudan keindahan alam semulajadi yang ditatapi dengan asyik.
Lebih kurang lima belas minit berkereta sampailah sudah kesemuanya ke destinasi yang ditentukan. Klinik Ravi yang dimaksudkan Zahari terletak sebangunan dan sederetan dengan kedai-kedai yang lain.
Faizal mencari-cari tempat meletak kereta yang sesuai dan disenanginya. Dan dia menemuinya sebuah petak kosong bersebelahan dengan Ford Cortina berwarna merah. Enjin keretanya segera dimatikan di situ.
 “Abang Z pergilah. Biar saya tunggu di dalam kereta ja.” Aisyah tidak berganjak daripada duduknya.
“Aisyah tidak boleh duduk seorang diri di sini. Di sini ramai orang yang tidak kita ketahui hati-budinya. Entahkan ada yang berniat jahat. Jika dibawanya lari Aisyah kami juga yang susah.Jom lah kita masuk…”
“Betul tu!” Faizal mengiyakan cakap kawannya dengan pameran wajah yang serius.
Aisyah terdesak dengan kata-kata itu. Hatinya tidak langsung berbelah-bahagi menanggapi kebenarannya. Yang bersarang difikirannya hanya kebenaran yang merungsingkan. Ia bangun perlahan-lahan meninggalkan beg dan buku-buku sekolahnya di atas kusyen kereta. Faizal segera mengunci keretanya.
“Jom lah. Nanti kalau lambat ramai pula orang lain yang mendahului.” Aisyah mengekori langkah Zahari yang berjalan beriringan dengan Faizal.
Tidak ramai yang mengunjungi klinik Ravi untuk mendapatkan rawatan kesihatan daripada doktor Ravi hari ini. Hanya kelihatan seorang lelaki tua Melayu dan dua orang  wanita Cina di ruang menunggu.

KENAPA AKU JADI BLOGGER?...AkuPenghibur.com

ASSALAMUALAIKUM..

PI tertarik dengan segmen KENAPA AKU JADI BLOGGER? oleh AkuPenghibur.com. Tajuk yang sinonim dengan blogger penulis maya. Menulis di alam maya sangat perlu berhati-hati kerna setiap yang ditulis kekal ujudnya persis udara yang kita rasai tapi tidak kelihatan di mata kasar. Dan setiap yang ditulis akan masuk ke dalam kitab malaikat Rakid, Atid samaada berpahala atau berdosa. Penulis perlu bertanggung jawab dengan setiap tulisannya.

PI pula suka menulis blog sebab hanya itu yang PI suka buat dan boleh buat pada masa ini iaitu menulis, menulis dan menulis.....Menulis melegakan stres yang membelenggu pelbagai rasa justeru kehidupan yang dilalui rencam dan kompleks. Yang utama menulis kerana Allah yang memberi peluang mengeratkan silaturahim sambil menyumbang ide-ide dan tip-tip yang bermanafaat.

Menulispun menggunakan sebelah tangan yang kanan yang berdaya menaip perlahan-lahan. Isi kandungannya tidaklah seberapa kerana kekuatan minda dan fizikal agak lemah dan semakin berkurang hari demi hari, mungkin disebabkan faktor usia yang sudah lanjut. Namun keinginan menulis tetap membuak dan dapat melepaskannya di ruang blog barulah terasa lega...

Kepada blogger-blogger jom ramai-ramai kita sertai segmen ini untuk memeriahkannya. 
AkuPenghibur.com

Friday 27 December 2013

SENYUMAN ACEH...

ASSALAMUALAIKUM...



PADA pagi Ahad 26 Disember 2004, ketika penduduk Banda Aceh sedang menjalani rutin kehidupan seharian, secara tiba-tiba mereka dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter. Namun bagi mereka kejadian itu adalah biasa kerana wilayah berkenaan terletak dalam lingkungan Lingkaran Api Pasifik.

Akan tetapi situasi cemas berkenaan tidak berhenti setakat itu sahaja apabila gegaran beserta ombak besar dikatakan setinggi pokok kelapa menuju ke wilayah-wilayah Aceh termasuklah ibu kotanya, Banda Aceh.
Kejadian berkenaan dikenali sebagai Tsunami, berlaku dalam sekelip mata sahaja dan mengorbankan ratusan ribu penduduk Aceh dan termasuk yang masih hilang sehingga kini. Perumpamaan padang jarak, padang terkukur adalah gambaran paling tepat ketika itu.

Suami kehilangan isteri, ibu kematian anak dan kehilangan orang tersayang serta kerugian harta benda sehingga tinggal sehelai sepinggang adalah antara trauma yang tidak boleh dilupakan oleh warga Aceh sehingga kini, walaupun sembilan tahun peristiwa itu telah berlalu.

Bak bait-bait lagu dendangan penyanyi cilik dari seberang, Tegar, "Aceh yang dahulu, bukan lagi Aceh yang sekarang." Mereka kini telah bangkit semula dalam mencari sinar cahaya kehidupan termasuklah mengisi lakaran kehidupan mereka dengan transformasi memajukan diri dalam pelbagai aspek.
Ketika pertama kali berkunjung ke negara yang menerima jolokan Serambi Mekah baru-baru ini, penulis teruja dengan kerancakan pembangunan dan industri pelancongan kota walaupun hampir keseluruhan bandar berkenaan sebelum ini mengalami kemusnahan teruk.

Mungkin inilah yang dinamakan hikmah di sebalik musibah yang melanda mereka. Seolah-olah Allah SWT mahu penduduk Aceh supaya bangkit berdikari untuk lepas bebas daripada belenggu peperangan dan kemiskinan yang dialami sebelum insiden Tsunami. Demikian istimewanya wilayah Aceh yang terletak di Kepulauan Sumatera yang mempunyai keluasan seluas 57,365.57 km per segi atau merangkumi 12.26 peratus pulau Sumatera.


Kuasa autonomi Aceh


Wilayah Aceh terletak di utara Sumatera dan merupakan wilayah yang kaya dengan hasil mineral bumi seperti minyak, emas dan gas asli. Kelebihan ini, sekali gus meletakan segala urusan pentadbiran dan ekonomi wilayah Aceh tertakluk di Jakarta, Indonesia.
Begitu pun, selepas beberapa bulan malapetaka Tsunami berlaku, satu perjanjian perdamaian telah dimeterai iaitu pada 17 Julai 2005 di mana Aceh telah diberikan kuasa autonomi untuk memerintah sendiri.

Menurut bekas pemimpin pemimpin Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Kamarudin Abu Bakar, usaha perdamaian itu telah mengakhiri kemelut krisis yang telah berlangsung selama lebih 30 tahun itu.
"Dalam perjanjian tersebut, selain penduduk Aceh diberi kuasa memerintah, sebanyak 70 peratus hasil minyak pula telah dipulangkan kepada kami, manakala selebihnya diserahkan kepada Jakarta dan beberapa lagi syarat yang dilihat sebagai menguntungkan antara dua pihak berkenaan," jelas Kamarudin.
Tegas Timbalan Pengerusi Parti Aceh itu lagi, bencana Tsunami seolah-olah 'membersihkan' krisis berpanjangan antara wilayah Aceh dengan pemerintah Indonesia.

Memetik kata-kata bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang mengatakan beberapa ribu nyawa akan terkorban selepas Tsunami jika tiada jalan perdamaian diambil. Menurut Kamarudin, usaha berkenaan telah membuka minda warga Aceh untuk maju ke hadapan dengan kuasa autonomi.
Malah kata beliau, menerusi perkara itu telah membuka peluang kepada pihaknya untuk berpolitik atau mengamalkan demokrasi, sekali gus mencambah minda dalam merencanakan Aceh sebagai kawasan pelancongan dan kaya produk ekonomi.

Kamarudin mengakui bahawa sebelum Tsunami, pihaknya dan Jakarta berusaha untuk berdamai menerusi beberapa siri perjumpaan, akan tetapi usaha itu akhirnya menemui kegagalan.
"Oleh demikian, saya merasakan Tsunami merupakan hikmah untuk kami berdamai agar lebih terbuka dan maju ke hadapan. Jika tidak berlaku Tsunami, tidak mungkin kami mengecapi seperti mana berlaku pada hari ini.

"Jika sepanjang pemberontakan GAM, ramai tidak berani datang ke Aceh malah hampir setiap hari terdengar bunyi senjata dan letupan bom, tetapi menerusi hikmah Tsunami yang membersihkan permusuhan, lalu membuka wilayah ini kepada kepesatan ekonomi seperti berlaku pada hari ini," ujar beliau.

Sebelum mengakhiri temubual, Kamarudin berkata sudah tiba masanya untuk warga Aceh bangkit semula dengan meneruskan kehidupan mereka menerusi kemajuan pembangunan, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Dengan hikmah Tsunami, beliau berharap masyarakat wilayah itu dapat membuka minda agar mencontohi kejayaan negara lain seperti Malaysia dalam kemajuan infrastruktur, pelancongan, dan kepesatan ekonomi agar mereka lebih maju walaupun sebelum ini pernah dilanda pelbagai krisis.

Peluang berniaga cerah


Zamzami Ramli, 36, ketika pertama kali ditemui terlebih dahulu mengucapkan syukur kepada Ilahi dan berterima kasih kepada Malaysia kerana diberi peluang untuk berkerja di negara ini sebagai pekerja restoran selama beberapa tahun.

Selama berada di Malaysia, Zamzami telah banyak menimba ilmu dan pengalaman, sekali gus memberi kejayaan terhadap dirinya sebagai seorang ahli perniagaan berjaya seperti mana dikecapi pada hari ini.
Raut wajahnya pada mulanya gembira tetapi kembali suram ketika ditanya apakah alasan yang memaksa pemuda itu pulang ke Aceh pada 2004.

"Saya terpaksa pulang kerana Tsunami," jawapan ringkas Zamzami.
Namun Zamzani bernasib baik kerana tiada seorang ahli keluarganya terkorban akibat bencana alam Tsunami, namun air matanya bergenang kerana terkenangkan ribuan mayat bergelimpangan di setiap kawasan Banda Aceh.

Tetapi keadaan tersebut tidak menghalang dirinya membuka perniagaan gerai roti canai sepanjang tempoh menyelamat mangsa Tsunami demi mencari rezeki demi menampung keperluan hidup beliau sekeluarga.
Berbekalkan pengalaman sebagai pekerja restoran dengan menebar roti canai dan membancuh teh tarik di Kuala Lumpur menyebabkan para sukarelawan Malaysia dan antarabangsa menjadikan gerai kecilnya sebagai lokasi pilihan.

"Mula-mula sedikit sahaja yang datang, tetapi beberapa hari kemudian pelanggan tidak putus berkunjung ke gerainya itu.

"Bermula dari saat itu, saya mula mengembangkan perniagaan daripada gerai kepada restoran, seterusnya menambah bilangan cawangan," ujar pemilik restoran Canai Mamak KL.
Boleh dikatakan hasil pendapatan Zamzani mencecah angka RM65,000 sebulan, lelaki yang masih bujang itu menambah, kejayaan demikian datang daripada Allah kerana menurunkan Tsunami yang tersirat 1001 hikmah dalam perniagaan diceburinya.

Kini Zamzani boleh bernafas lega kerana perniagaannya hampir berjaya, apa lagi berbekalkan pengalaman di Malaysia. Hakikatnya, tragedi Tsunami telah menjadi pemangkin semangat buat dirinya dan warga Aceh lain untuk membina kehidupan baru tanpa menoleh ke belakang.

Untuk mengetahui lebih lanjut jatuh dan bangkit mangsa Tsunami, anda boleh menyaksikan dan mengambil iktibar dengan menyaksikan dokumentari istimewa berjudul Aceh, Hikmah Tsunami yang bakal bersiaran pada hari Khamis, 26 Disember bermula jam 11 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) serta siaran ulangan pada 27 Disember (11 pagi), 28 Disember (2.30 petang) dan 29 Disember (6 petang).

NOTA KECIL...

26 DISEMBER 2004 PI MENGHANTAR ANAK SULUNG KE CHINI PAHANG YANG MENERIMA JAWATAN JURULATIH PLKN DI KEM PLKN DI SITU. BALIK DARI CHINI SINGGAH DI MARAN UNTUK MAKAN MALAM. TERKEJUT SUNGGUH DENGAN PAPARAN DI TV YANG MENAYANGKAN TRAGEDI TSUNAMI YANG BERLAKU DI PANTAI BARAT SEMENANJUNG JUGA BEBERAPA NEGARA ASIA TENGGARA YANG LAIN. TERLALU BANYAK KEHILANGAN NYAWA DAN KEMUSNAHAN HARTA BENDA YANG BERLAKU. TANGISAN DAN KESEDIHATN YANG MENJADI KENANGAN PILU.

BEGITU CEPAT MASA BERLALU SUDAH GENAP 10 TAHUN  PADA DIS...2004 NANTI.
KINI CUCU PI YANG SULUNG DAH MULA SEKOLAH TAHUN SATU HARI INI....

BERSAMA KITA BERDOA SEMOGA TIADA LAGI UJIAN ALLAH YANG MENDATANGI KITA KERANA KEZALIMAN KITA MENGURUSI DIRI DAN DUNIA SEPERTI PENETAPAN HUKUM ALLAH. GENERASI X, GENERASI Y DAN GENERASI SETERUSNYA MASIH BERPELUANG MEWARISI DUNIA INDAH WARISAN NENEK MOYANG DENGAN IZIN ALLAH...SAMBIL TIDAK MELUPAKAN SEJARAHNYA YANG TERCATAT....



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131226/ba_01/Kebangkitan-Aceh#ixzz2odwMY0kl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

HANYA MEMOHON KEPADA-NYA....



                                                SALAM JUMAAT YANG MULIA...





Wednesday 25 December 2013

BANYAKNYA IKAN...

ASSALAMUALAIKUM...

PI MEMANG SELALU OBSES DENGAN CERITA IKAN, TAMBAH KALAU MELIHAT SEJUMLAH IKAN YANG TERLALU BANYAK MENDAMPAR DIRI KE PANTAI. KATA SEORANG YANG BERPENGALAMAN DENGAN FENOMENA BEGINI DAN TINGGAL DI TEPI LAUT TANDANYA IKAN-IKAN TU NAK BUNUH DIRI.
PI PERNAH JUGA MELIHAT IKAN YANG BANYAK TERDAMPAR DI SEPANJANG PANTAI SUATU KETIKA DULU DI KAMPUNG PI...TAPI YANG ANEHNYA BUKAN IKAN LAUT. HATI TERTANYA-TANYA JUGA DARIPADA MANA DATANGNYA IKAN KELI YANG BEGITU BANYAK. MUNGKIN MUARA SUNGAI YANG MENGHANYUTKAN IKAN-IKAN INI SETELAH PERTEMBUNGAN AIR SUNGAI YANG TAWAR BERTEMU AIR MASIN MENYEBABKANNYA MATI.
ORANG-ORANG KAMPUNG DULU TIDAK KISAHPUN UNTUK MEMENAFAATKAN IKAN YANG BANYAK ITU SAMAADA HENDAK MENGERINGKANNYA DAN JADIKANNYA IKAN MASIN ATAU DIBUAT PEKASAM. DIBIARKAN SAJA IKAN-IKAN ITU HILANG DISAPU OMBAK KEMUDIANNYA.
MUDAH2AN PENDUDUK TAMBISAN LAHAD DATU INI BERSYUKUR DENGAN REZEKI ALLAH YANG MENGIRIMKAN IKAN TAMBAN YANG BANYAK KE PANTAI KAMPUNG MEREKA. BERDOA YANG BAIK-BAIK SAJA. JANGAN SESEKALI BERKATA ITU PETANDA TSUNAMI...KERANA SETIAP KATA ADALAH DOA...
SEDAPNYA DAPAT MAKAN IKAN TAMBAN SEGAR DARI LAUT YA...KALAU BUAT KUAH LAKSA...UISH TERANGKAT...TAPI BANYAK SANGAT TU ELOK DIKERINGKAN SAJA. IKAN TAMBAN KERING MEMANG SEDAP DIMAKAN DENGAN PULUT....

petanda “tsunami” ?
ikan naik darat sabah kejadian ikan naik ke darat di kpg tambisan darat lahad datu
KEJADIAN IKAN NAIK KE DARAT DI KPG TAMBISAN DARAT LAHAD DATU
Kebarangkalian musim “ikan tamban” yang banyak di pesisir pantai dekat Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah, merupakan salah satu faktor yang menyebabkan ribuan spesis ikan berkenaan “naik” dan terdampar di darat
Bagaimana pun fenomena yang dikatakan jarang itu berlaku itu telah mengemparkan penduduk sekitar
Malah ada yang meramalkan kejadian berkenaan membawa petanda tertentu, itu kata orang kampung
Kejadian itu dikesan berlaku pada pagi Selasa tadi turut membuat penduduk mengambil kesempatan mengaut “rezeki” ribuan ikan tamban yang terdampar di pesisir pantai kampung terbabit
Mengulas lanjut tentang fenomena itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan perkara tersebut yang dikatakan berkait rapat sebelum dengan kejadian “Tsunami” beberapa tahun lalu yang melanda Aceh, Indonesia
ikan naik darat sabah 1 kejadian ikan naik ke darat di kpg tambisan darat lahad datu
Sementara itu, menurut ketua Kampung di Tanjung Labian, kejadian tersebut tidak dianggap “pelik” berikutan spesis ikan berkenaan memang banyak di bulan ini dan tidak mustahil ikan tamban itu akan melompat-lompat naik ke pesisir pantai
Dalam pada itu, cuaca di Lahad Datu adalah baik buat masa sekarang dan merujuk kepada Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami
Bagaimana pun, pihak Jabatan Meteorologi akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini
Video ikan tamban naik ke darat di Kg Tambisan Lahad Datu, Sabah 24 Disember 2013


My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/kejadian-ikan-naik-ke-darat-di-kpg-tambisan-darat-lahad-datu#ixzz2oSolX6KF

Tuesday 24 December 2013

CERITA SAHAM SIKIT...

ASSALAMUALAIKUM..

BERITA DAN PENGUMUMAN


NAMPAKNYA ADALAH SEDIKIT PENINGKATAN KENAIKAN DIVIDEN DAN BONUS BERBANDING TAHUN LALU. JIKALAU BANYAK PELABURAN YANG DIBUAT TENTULAH BANYAK DIVIDEN DAN BONUS YANG DIPEROLEHI. UNTUK SAHAM ASB SAJA. LAIN-LAIN SAHAM AMANAH YANG BERGERAK MENGIKUT HARGA PASARAN SEMASA TIDAK ADA BONUS YANG DIBERI.

PADA PENDAPAT PI JIKALAU MILIKI WANG LEBIHAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN YANG BANYAK, ELOKLAH DILABUR DALAM SAHAM-SAHAM AMANAH YANG DIYAKINI. TAPI KALAU DUIT TU TAK BERAPA ADA SANGAT, BAIKLAH JADIKAN MODAL UNTUK BERNIAGA SENDIRI.

KALAU PNB BOLEH MENGISTIHARKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAANNYA BERBILLION-BILLION RM BANYAKNYA MASAKAN KITA HANYA TERNGANGA MENDENGARNYA...BAIKLAH MULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI SEKARANG....YANG SUSAH HANYA HENDAK MEMULAKANNYA. DAH MULA TERUSKAN DENGAN YAKIN DAN KOMITED...IN SYA aLLAH...

MALAS HENDAK BERNIAGA SENDIRI BOLEHLAH MELABUR DALAM SAHAM-SAHAM AMANAH PNB YANG SEMAKIN PANJANG SENARAINYA UNTUK DILANGGAN. KALAU DULU HANYA ASN SAJA, KEMUDIAN ASB, KEMUDIAN BANYAK LAGI...DAN SETIAP AWAL TAHUN BERBONDONG-BONDONGLAH KITA KE BANK-BANK YANG MENJADI EJEN UNTUK KEMASKINI DIVEDEN ATAU MENGELUARKANNYA UNTUK KEGUNAAN YANG DIRANCANG. SERONOK JUGA PENGALAMAN TU KAN...

sumber PNB.

SUNGAI NIL...PERADABAN TERTUA DI DUNIA...

ASSALAMUALAIKUM.....

NADI kehidupan Mesir adalah Sungai Nil. Sejak dahulu Mesir menjadi titik strategik perjuangan pelbagai bangsa untuk menguasai dunia. Napoleon pernah berkata bahawa Mesir adalah negara terpenting di dunia.

Mesir memiliki sejarah panjang, mulai dari masa Firaun, khalifah hingga zaman republik. Kejayaan Mesir Kuno masih berdiri kukuh dengan peninggalan piramid serta Spinks. Pada masa itulah lahirnya Nabi Musa a.s.

Kini negara itu merupakan negara republik yang dalam bahasa Arab disebut Jumhuriyyah Misr al-Arabia.

Mesir bersempadan dengan Laut Merah (timur), Libya (barat), Laut Tengah (utara) dan Sudan (selatan). Majoriti penduduk Mesir ialah Badwi dan Nubia; berbahasa Arab dan beragama Islam (Sunni).

Islam masuk ke Mesir sejak zaman Khalifah Umar pada abad ke-7. Sumbangan dan penglibatan Mesir bagi tamadun Islam amat besar, khususnya di bidang ilmu dan pendidikan.

Mesir Kuno merupakan salah satu daripada peradaban tertua dunia. Sejak 4,000 tahun Sebelum Masihi (SM), Mesir telah memiliki peradaban tinggi sehingga menjadi penting dalam sejarah perkembangan Islam. Pada abad ketiga SM, peradaban Mesir mencapai kemajuan luar biasa. Ini terbukti daripada pembinaan piramid.
Piramid


Giza adalah piramid paling terkenal yang dibina bersama spinks, iaitu patung berbadan singa dan berkepala manusia. Piramid terdiri di atas ribuan blok batu, masing-masing sekitar 2 tan. Salah seorang Firaun terkenal adalah Ramsess II (1300-1234 SM). Nabi Musa a.s lahir pada masa Ramses II ini.

Besar kemungkinan bahawa Ramsess II (sumber lain: lahir, putera Ramsess II) inilah yang mengejar Nabi Musa serta Bani Israel ketika menuju Kanaan. Rombongan Musa berjaya menyeberangi Laut Merah dengan selamat. Sedangkan Firaun serta pasukannya tenggelam ditelan Laut Merah.

Nil, sungai terpanjang di dunia (6, 690km), berperanan penting bagi kehidupan Mesir. Nama Nil berasal daripada bahasa Mesir Kuno yang bererti air. Daripada kata tersebut muncullah kata nahal (Arab), neilos (Yunani) dan nilus (Latin) yang bererti air, sungai atau lembah.

Orang Mesir Kuno menyebut sungai ini sebagai Ar Kem, Kemi dan Aigyptos. Ekonomi Mesir amat tergantung pada Sungai Nil yang menunjang sektor pertanian, menghasilkan kapas, padi, sayur-sayuran, tebu dan buah-buahan.

Di daerah aliran sungai ini tumbuh papyrus yang dijadikan kertas pada zaman Mesir Kuno dan terbina banyak bangunan peninggalan masa silam seperti piramid.





SEMUA PIC GOOGLE UNTUK HIASAN.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131210/ba_03/Mesir-miliki-peradaban-tertua#ixzz2nF4G6vgD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 22 December 2013

BUNGA-BUNGA HARUM....JOM BUAT MINYAK WANGI SENDIRI...

ASSALAMUALAIKUM...

BANYAK JENIS BUNGA-BUNGA YANG AMAT HARUM TERDAPAT DI NEGARA KITA DAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT MINYAK WANGI SEPERTIMANA PERANCHIS YANG TERKENAL DENGAN PEMBUATAN MINYAK WANGI BERASASKAN BUNGA-BUNGA.
JUSTERU LADANG BUNGA ROSE, MAWAR, JASMIN, LAVENDERNYA AMAT LUAS.

HENDAK MEMBUAT MINYAK WANGI SENDIRI TIDAKLAH SUSAH NAMPAKNYA, CARA-CARANYA PI COPY DRPD JOM TANAMBUNGA.BLOGSPOT...

Mula-mula, korang perlu sediakan 2 gelas air dan 2 cawan kelopak-kelopak bunga yang dicincang. Gunakan bunga-bunga seperti mawar (rose), melati ataupun bunga-bunga yang lain yang harum baunya. Lagi kuat harumnya lagi bagus.

Sediakan juga sebuah mangkuk besar dan letakkan sehelai kain nipis menutupi mangkuk itu. Pastu, curahkan kelopak bunga yang dah dicincang tadi ke atas kain tersebut dan tuangkan air ke atasnya. Tutup mangkuk dengan isinya tu dan biarkan semalaman.

Pagi esoknya, buka angkat kain nipis dengan memegang pada tepi-tepinya dan bunjutkan ke atas. Air di dalam mangkuk itu sudah mula berbau harum. Pastu, perahlah bunjut kain yang berisi kelopak bunga tu sampai kering airnya. Pastikan kesemua airnya jatuh ke dalam mangkuk.

Ambil pulak periuk dan masukkan air perahan tadi ke dalamnya dan panaskan di atas api yang kecil (kat atas dapurlah, kat mana lagi...). Biarkan sampai mendidih dan mengering sehingga tinggal kira-kira tiga sudu makan saja. Biarkan sejuk dan pastu bolehlah diisi ke dalam botol kecil untuk digunakan  bila perlu. Korang nak tau, minyak wangi buatan sendiri ni boleh tahan selama kira-kira sebulan!

TERIMA KASIH KERANA MENGONGSI TIPS JOM.TANAMBUNGA.BLOGSPOT. HEBAT INFONYA.

                                       Pic timeline

JANGAN TAK TAHU ORKID-ORKID JUGA PUNYAI KEHARUMANNYA TERSENDIRI TERUTAMA JENIS CATALEYA DAN HYBRID DENDROBIUM.




BUNGA TANJUNG...TERPANDANGKAN GAMBARNYA SAJA SEAKAN TERHIDU KEWANGIANNYA YANG SEMERBAK. ORANG DULU-DULU MELETAKANNYA DI SANGGUL ATAU DI DALAM BEDAK SEJUK UNTUK MENGHARUMKAN PEMAKAINYA. POHONNYA AGAK BESAR DAN BOLEH MEREDUPI LAMAN...

BUNGA SUNDAL MALAM INI PUTIH BERSIH WARNANYA DAN KEHARUMANNYA MENYEBAR RUANG MALAM. ENTAH KENAPA NAMA YANG BEGITU JADI PILIHAN ORANG DULU-DULU SEDANGKAN RUPANYA UNIK MENARIK.

                            pic salloma nursery

























BUNGA KENANGA JUGA TIDAK KALAH KEWANGIANNYA BERBANDING BUNGA-BUNGA WANGI YANG LAIN.

BUNGA MELOR...MUDAH HIDUP DAN GALAK BERBUNGA JIKALAU DI TANAM DI KAWASAN YANG MENDAPAT HAWA LAUT.


BUNGA LAVENDER....pic google

                                         
Bunga cempaka yang sangat harum...pic google.


BUNGA JASMIN.
pic google.

MyBloglist