Republish.
1. Ibu itu berjurai air matanya tatkala mengenangkan perilaku anaknya yang dirasakan langsung tidak mengupamakannya malah mengkesampingkannya dalam sesuatu perbicaraan penting. Seolah menganggapnyatidak layak untuk dirundingi dan dibawa berbincang. Anak-anaknya dirasakannya melebihkan bapa mereka dalam segenap perkara.Mereka seronok sekali bercerita dengan rabung perihal kehidupan mereka yang pelbagai rentak setelah selesai pengajian mereka di universiti.
"Apa mereka anggap aku ni bodoh sangat sebab tak masuk universiti dan tak faham apa yang mereka cakapkan...," rungutnya kesedihan. Walau di dalam hatinya dia tetap akur memang kadang-kadang dia langsung tidak faham dengan istilah-istilah yang anak-anaknya gunakan.
2. "Anak-anak saudara mak tu nampaknya asyik menyusahkan bapa saja...susah sikit talipon minta duit. Apa dia orang ingat bapa kita ni banyak sangat duit ke..." Dia tersedak tatkala mendengar ungkapan anaknya itu. Nasi di pinggan tidak jadi hendak disuap ke mulut. Darahnya terasa menyirap ke kepala. Matanya berpinar...'Sampai hati kau berkata begitu anakku. Janganlah terlalu sombong walau kita telah kaya sedikit daripada keluarga mak yang susah itu. Anak-anak saudara mak tu anak yatim. Memang patutlah kita bantu kesusahan mereka. Kepada siapa lagi mereka hendak mengharapkan bantuan jikalau tidak kepada emak saudara mereka ini. Rezeki kita ini Allah yang beri anakku. Janganlah terlalu kedekut seolah menggenggam tak tiris aduhai anak...' Dan ibu itu tersedu perlahan dengan air mata berlinangan.
Apapun hati ibu-ibu sentiasa reda dan menerima apa saja perilaku anak-anak yang melukakan hati mereka dengan doa-doa tulus yang sentiasa dikirim seusai solat demi kesejahteraan dan keabhgian hidup di dunia dan akhirat buat anak-anak yang tersayang.
Itu fotonya Mbak Paridah ma Ibunya ya...????
ReplyDeletehmm..ehh xlah..pic sekadar hiasan...tq Yobert Parai.
DeleteHidup ini umpama roda, sekejap di atas sekejap di bawah. Ada masa orang lain sedang mengalami kesusahan dan kita punya sedikit kesenangan, eloknya dibantu. Mana tahu, tatkala kita pula mengalami kesulitan, ada insan lain pula yang akan bantu.
ReplyDeletebetul tu...nasib seseorang tu boleh berubah sebaliknya sekelip mata saja...kesenangan hidup yg Allah limpahkan kpd kita di dalamnya ada hak orang lain juga...tq Sylarius Yusof.
DeleteHarapnya di kemudian hari saya tidak akan jadi macamni .. :')
ReplyDeleteinsya Allah Yun Sing seorang anak yg baik....tq.
ReplyDeletekasih ibu membawa ke syurga.. :)
ReplyDeletemenabung darlie sini.. :)
anak yg baik Pha Is ni...tq rajn menabung darlie...
Deletemudah2an anak2 saya nanti boleh mendengar kata ...
ReplyDeleteinsya Allah doakan yg terbaik utk keturunan kita...tq Qaseh Wee.
ReplyDeletesentiasa doakan2 anak2 dan mudah2an mereka juga mendoakan Ummi mereka ni kak.. in shaa allah
ReplyDeleteINSYA ALLAH..anak2 yg sering didoakan pasti mendoakan ummi mrk juga...tq Kesuma Angsana.
ReplyDeleteSaya belum dapat menyelami sepenuhnya perasaan dan nikmat sebagai ibu bapa...kerana belum ada rezeki punyai anak. Sekarang pun sudah dapat rasakan akan kesepian yg akan saya hadapi dikemudian hari. Semoga ada rahmat dan nikmat disebaliknya...
ReplyDeleteyeke...bersabarlah...belum ada rezeki tu..insyaAllah akan hadir juga cahaya mata pengikat kasih sayang pewaris zuriat kelak..kak doakan untuk dik Bin Muhammad...tq.
ReplyDelete