ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, Tahniah Sahabat Penulis
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sahabat penulis, Noorlaila Ghafar dan suaminya, penyair mapan Nawawee Muhammad, atas penganugerahan Anugerah Keluarga Lengkap Mithali Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung pada 27 Jun 2025. Anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pasangan ini sememangnya layak menerima pengiktirafan tersebut kerana budi pekerti dan sumbangan mereka yang luar biasa kepada masyarakat. Mereka aktif dalam kegiatan kebajikan sosial dan sering menyantuni masyarakat bersama anak dan cucu mereka.
Noorlaila, seorang pesara guru, masih giat menyumbang ilmu dengan mengajar kelas agama secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet. Beliau juga terus aktif menulis karya sastera dalam pelbagai genre. Suaminya, Nawawee Muhammad, merupakan mantan pensyarah IPTA dan seorang penyajak prolifik yang telah menerima pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan.
Pasangan ini dikurniakan sembilan orang anak yang semuanya telah menamatkan pengajian tinggi di institusi dalam dan luar negara, iaitu:
-
Afyan
-
Amla
-
Ammar
-
Amiru
-
Ahmad
-
Afya
-
Azya
-
Anum
-
Atia
Semoga keluarga ini terus menjadi inspirasi dan teladan kepada masyarakat. Cabaran membina keluarga bahagia mendidik anak-anak selirat pahit manis terselindung duka berairmata didepani penuh sabar. Dan Allah menjajikan ganjarannya yang tidak terduga.