Bukan saja-saja saya wujudkan slot Di Sebalik Tabir Pengkaryaan di Segmen CITRA RAMADAN di TV UnIKH.
Tidak. Sebenarnya impian saya lebih daripada sekadar paparan 20 minit itu.
Saya mahu setiap penonton menyaksikan betapa naluri penulisan itu jika dibaja, pasti membuahkan kejayaan.
Meskipun yang menghasilkan karya itu seorang yang kurang upaya.
Allahhu-Akbar, saksikan kisah Almarhum Irfan Hafiz di catatan saya di sini.
Dalam serba kekurangan angota dan 20 tahun hidup terlangkup beliau berjaya menghasilkan tiga naskhah buku.
Kisah beliau memberi jalan kepada kita - walau serba kurang pun pasti ada sinar di penghujung setiap terowong.
.
.--------------------------------
.
Di Universiti Inspirasi Kisah Hidup, kami miliki dua insan ini.
Cikgu
Mohd Huzaire Haji Ahmad
yang sudah ada beberapa karya antologi dan sahabat saya Kak Pidah
Paridah Ishak
yang sudah menulis beratus karya eceran dan buku kreatif.
Saksikan pukul 10.00 malam ini kisah susah senang proses pengkaryaan Cikgu Mohd Huzairi Kassim.
Kisah Kak Pidah pula akan disiarkan pukul 10.00 malam esok.
.
------------------
.
Begitulah. Jika mereka pun boleh berkarya, apa lagilah kita yang sempurna.
Mak cabar ni, tau. Janganlah malas, lemau dan asyik kata tak reti, tak reti.
* Irfan Hafiz telah meninggal dunia dalam usia 37 tahun pada 25 Julai 2018. Al-Fatihah.
----------------
Jom langgan Channel YouTube TVUnIKH
.
.
#TVUniKH ialah saluran kuliah multimedia untuk siswa siswi Universiti Inspirasi Kisah Hidup dan #TimPenulisanSriDiah mempromosi karya dan bakat mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=-keo1Bv07J4





JANGAN LUPA TONTON KAK PI DI TV UNIKH  YOU TUBE PUKUL 10 MALAM NI
TU JA NAK HABAQ HEH..HEH..


BIODATA SRI DIAH

NAMA : Radhiah bte Shaharuddin
ASAL : Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR : 10 Julai 1962

Merupakan bekas editor di sebuah syarikat penerbitan terbesar di Malaysia dan menjadi pengurus di Grup Buku Karangkraf.

Melahirkan pelbagai idealogi dalam bidang penulisan serta melahirkan ramai muka baru memeriahkan dunia penerbitan.

KARYA SRI DIAH:

Antologi Bersama:
1. Duka Isril (Cerpen/Puisi) – Penerbitan Universiti Malaya
2. Lelaki dari Syatila (Puisi) – Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Pengakuan Taubat (Cerpen) – Sasbadi Sdn. Bhd
4. Kaca Impian (Puisi) – Marwilis Publisher
5. Ratni (Cerpen) – Marwilis Publisher
6. Memori Seorang Tua – Fajar Bakti
7. Janji Sutina – Fajar Bakti

(Novel) Judul

1. Tragedi Malam Minggu – Oscar Publication
2. Epilog Cinta Kelmarin – Azam Publication
3. Kejauhan yang Hampir – Azam Publication
4. Lelaki-Lelaki Asing – Penerbitan Universiti Malaya
5. Selembut Kasihmu – Karya Bestari Sdn. Bhd
6. Kamar Cinta – Karya Bestari Sdn. Bhd.

Novel Bersama Alaf 21 Sdn Bhd
1. Suite 1908
2. Selamat Malam Tan Sri
3. Dendam Masrini
4. Dosa Malam Pengantin
5. Kuala Lumpur; Di mana Suamiku
6. Jangan Ada Dusta
7. Janji Kasih
8. Mahligai Cinta
9. Doa Buat Suamiku
10. Cinta yang Terpilih

Cerpen ( Lebih 100)
Sajak: Lebih 200

Kemenangan/Anugerah:

1. Kumpulan Puisi Kaca Impian memenangi Hadiah Utama pertandingan menulis puisi anjuran Majlis Daerah Hulu Langat 1987
2. Novel Selembut Kasihmu menang anugerah Novel Terbaik anjuran Kemudi (Persatuan Penulis Muda Selangor) 1990
3. Cerpen Janji Seribu Liku menang Hadiah Saguhati anjuran Utusan Melayu/Public Bank 1996.
4. Cerpen Hujan Sore di Cipanas menang Hadiah Utama anjuran Utusan Melayu/Public Bank 1997.
5. Sajak Kenang-kenangan menang Hadiah Utama sajak anjuran Utusan Melayu/Public Bank 1997.
6. Cerpen Wanita Tahanan Reman, memenangi Hadiah Saguhati anjuran Utusan/Melayu Public Bank 1997.

https://writerswriteservices.com/biodata-sri-diah/