Wednesday 28 September 2022

KRITIKAWAN SEBATANG POHON

 ASSALAMUALAIKUM



SEBATANG  POHON


Redupnya hari

sebentar sudah kelam

beransur malam

gerimis menitis

kian rintik kasar

semilir menyasar

ampuh kota juga desa

dedaun berguguran

gerigis dipeluk dingin

Pohon itu

tegak jua di situ

ranting-ranting selerak di perdunya

bah sudah melimpah

deras airnya

hanyir lumpurnya

namun pohon

masih sebagai pohon


PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

27/09/022


 Puisi ini adalah lukisan tentang Alam. Boleh jadi juga maksud tersirat di sebaliknya. Bahasa Alam memang puitis. Yang dapat saya faham keadaan hampir banjir Yang dijangka pada pertengahan Bulan November di mana kerajaan lsmail Sabri mungkin menunda tarikh PRU15 ke tahun depan . Walaupun banyak pihak meminta beliau mengadakannya pada tahun ini, terutama desakan Dari Presiden Umno, Zahid Hamidi. Zahid mungkin tiada peluang untuk sertai PRU jika disabitkan kesalahan Yang sedang dibicarakan.

Paridah menutup puisinya dengan sepotong ayat 'pohon Masih sebagai pohon. Ertinya ia belum mengubah struktur Alam ini. Kalau dikiaskan kepada politik, Ismail Sabri Masih Perdana Menteri. Keadaan politik Masih Sama walau pun Ada ketenangan di Sana sini.

Penyair menggunakan bahasa Yang agak berkias, Dan Bahasa yang berbunga Yang jarang digunakan dalam Bahasa seharian. Unsur persamaan bunyi banyak diterapkan di Sana sini،terutama aspek asonansi Dan aliterasi. 


Namun manipulasi Bahasa tidak memberikan sebatang impak terhadap mesej Yang ingin disampaikan. Saya lebih suka kepada puisi Yang senang difaham oleh audien kerana ia lebih menepati tujuan Komunkasi. Apa pun tahniah kepada puan Paridah Di atas puisinya Yang nyaman ini.


Ibnu Lazim, 

27 Spt.2022.


Terima kasih banyak sasterawan Ibnu Lazim sudi mengulas sajak kecil PI yang seadanya itu dalam grup whatsapp esastera. PI tak edit apa-apapun. Biasala error typing tiasa berlaku kalau menaip guna hp kan.

Tuesday 27 September 2022

PENAGIH MENGAMUK

 ASSALAMUALAIKUM

Sedih PI menerima khabar anak saudara PI ZULHUSNI HASANI cedera ditetak tika menjalankan tugasnya sebagai anggota polis di Shah Alam. Semoga sakitnya segera pulih sediakala. Menjadi anggota polis besar sekali cabarannya yg terpaksa dihadapi. Sentiasa terpaksa mempertaruhkan keselamatan nyawa dalam menyelesaikan sesuatu kes. Anak saudara PI ini sangat baik orangnya dan tiasa membantu tika maklongnya dalam kesusahan.










Sunday 25 September 2022

POLIGENRE MAT KILAU

 ASSLAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH BARU SAJA TERBIT ANTOLOGI POLIGENRE MAT KILAU SELENGGARAAN SIFU TABIR ALAM KOMPILASI KARYA PENULIS AKADEMI SPTA.

POLIGENRE BERMAKSUD BERBILANG GENRE TERMASUK PUISI TRADISI, MODEN DLL KARYA KREATIF BERKENAAN PAHLAWAN MAT KILAU YANG MENJADI KEBANGGAAN BANGSA DAN NEGARA KISAH PERJUANGAN NAN PENUH TRAGIS.





cnp fb sifu TA

 MAT KILAU - ANTOLOGI POLIGENRE
Terima kasih kepada para penulis dan pemuisi yang terpilih dalam penerbitan antologi "MAT KILAU - Antologi Poligenre" ini.
Antologi ini memuatkan 71 buah karya (18 genre) daripada 27 orang penulis dan pemuisi. Antologi ini merupakan terbitan SPTA yang keduabelas bagi tahun 2022, alhamdulillah. Terima kasih.
  1. Abdul Aziz Ali
  2. 💟 Ahmad Noh
  3. Ana Cik Kamal
  4. 💟 Bayu Pagi
  5. 💟 Bonda Zalina
  6. 💟 Dewi Sukma
  7. 💟 Hamimah Ibrahim
  8. Issey Miyaki
  9. 💟 Jamal A. Majid
  10. 💟 Kamaliehudie NS
  11. Masdarina Mohd Ani
  12. Mawar Jingga
  13. Nazim MS
  14. Pak Ngah
  15. Paridah Ishak
  16. Rina Chundau
  17. Sabariah Eda
  18. 💟 Sabariah MY
  19. Salmah Amir
  20. 💟 Saniah Masri
  21. 💟 Seti Zaleha
  22. Siti Norma
  23. 💟 Syidah Ida
  24. 💟 TabirAlam

Friday 23 September 2022

PELAYARAN

 ASSALAMUALAIKUM



SALAM JUMAAT MULIA


PELAYARAN
Buyung dikilik menjengah hutan,
meranah rotan menunggal pauh,
angin melaju galau andaian,
usung beringin ditarah kasar,
patah angsana abung terlambak,
bersilang alan mentalon tumbang;
berdayung kolek tengah lautan
tanah daratan tertinggal jauh
ingin menuju pulau impian
disongsong angin arah tersasar
entah kemana dilambung ombak
hilang ditelan alun gelombang

Tuesday 20 September 2022

PENANGAN RUGBY

 ASSALAMUALAIKUM



PENANGAN RUGBY
.
Aku pernah menulis tentang Aqil Harith yang terlibat dalam sukan rugby dan mewakili sekolahnya dalam kejohanan rugby di Selangor dan KL sehingga ke Kedah. Padaku sukan ini agak kasar dan pemainnya mudah mendapat kecederaan lantaran saling tolak menolak untuk mendapatkan bola bujur sebentuk buah kana itu. Aku pun tidak tahu bagaimana cara mengira point untuk menentukan kalah dan menang. Sekadar leka memerhati permainan itu kala pemain dari luar menggunakan padang rugby berhampiran asrama sekolahku di SMART dulu.
.
Apa yang aku fikirkan tidak salah rupanya. Aqil Harith cedera di kaki tika bermain rugby. Entah di mana terseliuhnya dan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta. Kenapa ke hospital swasta? Bukankah mahal bayarannya. Sedangkan mamanya guru sekolah dan Aqil Harith bersekolah di SBP tentu banyak kemudahan boleh didapati di hospital kerajaan tanpa sebarang masalah.
.
Mungkin mama dan papanya terlalu risau dengan kecederaan yang dialami anaknya dan terpaksa mengejarkan anaknya ke hospital swasta berdekatan untuk diberi rawatan segera. Sementelah mereka pemegang polisi insuran perubatan. Inilah masa sesuai digunakan.
.
Sepatutnya pada malam itu anak dan menantuku itu berada di majlis tahlil arwah emakku yang meninggal dunia tujuh hari lalu. Tapi terpaksa berpatah balik sebaik menerima panggilan daripada guru sekolah Al Mahsyur yang memaklumkan insiden itu. Lain dirancang lain pula yang menjadi.
.
Setelah usai pembedahan berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan rutin kesembuhannya. Lama juga berdiam di rumah berkerusi roda macam atuknya. Dan kadang berjalan menggunakan topang kaki melangkah dengan perlahan. Kini kakinya sudah boleh berpijak kedua-duanya. Keseimbangan badan pun makin sempurna dapatlah cucuku yang sulung itu kembali bersekolah.
.
Aku dulu tidak suka bersukan. Apalagi kalau sukan itu menyakitkanku. Memang aku tak ingin.

Monday 19 September 2022

PANTUN D'KLASIK

 ASSALAMUALAIKUM


Pic Radio Klasik (c)


PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 29 Ogos 2022.
Pantun dibacakan
Terima kasih DJ Puan Amelin
sudi keudarakan pantun kakpidah
Di tepi huma mengutip cermai,
basahlah baju lalu dijemur;
rukun bersama hidup pun damai,
negara maju warganya makmur.
PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 9 Sept 2022.
Pantun dibacakan
Terima kasih DJ Puan Amelin
sudi keudarakan pantun kakpidah
Serumpun telang semi berselang,
dijunjung para ditabur baja;
kibar bendera Jalur Gemilang,
warganegara semangat waja
PANTUN D'KLASIK
Radio Klasik RTM
Isnin 19 Sept 2022.
Pantun dibacakan
Terima kasih DJ Tuan Ady Suwardy
sudi keudarakan pantun kakpidah
Menyinggang nyonya ikanlah lauh,
lamun selalu mengikat geti;
berenggang hanya berpisah jauh,
namun terlalu dekat di hati.

Thursday 15 September 2022

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2022

 ASSALAMUALAIKUM



DEMI NEGARA
.
Lukis di laman buahan hutan,
sisih tualang jatuh di rawa;
tangkis ancaman pertahan watan,
berputih tulang pertaruh nyawa.
.
Tami di para gangsa berbatu,
beling di pintu asih ke payang;
demi negara bangsa bersatu,
saling membantu berkasih sayang.
.
Serangguh lama kanan sekedup,
situ beradu hingga terjaga;
teguh bersama santunan hidup,
bersatu padu semua warga.
.
Kuah disisih tergesa teman,
petani mamai baki tertumpah;
ukhuwah kasih kebersamaan,
harmoni damai rezeki limpah.
.
Tanam markisa ubah delima,
lesa terleka bersilang pohon;
enam dasawarsa tambah lima,
nusa merdeka berbilang tahun.

Monday 12 September 2022

KE SABAK BERNAM






 ASSALAMUALAIKUM..


PI KALAU TIDAK UPDATE BLOG KARYAKU BIASANYA PI KELUAR JENJALAN COTI2 ATAU SIBUK MENULIS PELBAGAI KARYA YANG PERLU DISIAPKAN IKUT TARIKH DITENTUKAN PENERBIT...JUMAAT SEMALAM SEBELUM AKHIR CUTI SEKOLAH ..ANAK2 CUCU HENDAK KE SABAK BERNAM PULA..MENGINAP DUA MALAM DI CHALET SG HJ.DORANI...MEMANCING IKAN KALA AIR PASANG N MAIN MASAK2 SEAFOOD...













Singgah rumah emak n adik Sahdi di Parit 2 Timur



dua pasang pengantin selfie tepi pantai








Monday 5 September 2022

KE KUALA SELANGOR LAGI

 ASSALAMUALAIKUM


Hujung minggu lalu jenjalan ke Kuala Selangor mengekor anak cucu...beli seafood segar kendian masak mudah piknik tepi pantai Sg Kajang di Tanjung Karang. Senja di horizon laut surut. Teringin nak bermalam di sini sibuklah menggoogle. Musim cuti sekolah biasala penginapan agak murah agak penuh. Terpaksalah bermalam di hotel Boutiq. Selesa sangat sekadar nak tidur sebentar. Berpeluang saksikan majlis kenduri kahwin yang diadakan di hotel itu. La ni orang di pekan kecil buat kenduri kahwin di hotel ja kan..mudah semua urusannya.


Sebelum pulang singgah di pantai Jeram...beli makanan serba sikit yg banyak dijual di gerai. Murah ja harganya berbanding KL











MyBloglist