PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 21: AL ANBIYA'(PARA RASUL) Ayat: 6 - 10.
"Ayat 6: Jawapan Allah SWT kepada rungutan2 orang2 Musyrikin Mekah." Aku kembali menyambung tafsir setelah selesai sesi soal jawab kuiz.
"Allah SWT beritahu dalam ayat ini, tidak ada satu kaumpun sebelum penduduk Mekah, yang beriman setelah ditunjukkan mukjizat yang mereka minta."
"Maka Allah SWT binasakan daerah kaum terdahuhu yang kufur itu. Oleh itu wahai Musyrikin Mekah adakah kamu akan beriman jika ditunjukkan mukjizat yang kamu minta? Tentu tidak kerana kamu orang2 yang degil."
"Ayat 7: Allah SWT menjelaskan, rasul2 yang dilantik sebelum Nabi Muhammad saw juga adalah lelaki. Mereka semua dalam kalangan manusia. Itu adalah fitrah. Cara Allah sejak dulu."
"Wahai Musyrikin Mekah, kamu tanyalah kepada Ahli Kitab. Iaitu Yahudi yang ada kitab Taurat dan Nasoro (Keristian) yang ada kitab Injil."
"Pasti Ahli Kitab beritahu rasul2 dahulu semuanya lelaki. Makan dan minum. Ada isteri dan berkeluarga, sakit dan mati."
"Ayat 8: Jawapan Allah SWT kepada hujah Musyrikin Mekah, kalau betul Nabi Muhammad saw seorang rasul tentu ada sifat luar biasa."
"Allah SWT tidak jadikan rasul2 tidak makan dan tidak minum. Rasul2 juga bukan makhluk yang kekal abadi. Sampai waktunya mereka akan mati."
"Rasul adalah manusia yang perlu kepada makanan. Yang mati seperti manusia lain."
"Cuba bayangkan kalau malaikat jadi rasul, tentu fitrah berbeza dengan manusia . Malaikat tak makan tak minum. Tidak beristeri dan tidak berkeluarga. Macam mana nak tunjuk contoh?"
Anak2 dan menantu2ku menggangguk2 tanda faham. Nurhajar, isteri Amiru mendengar tazkirah sambil menyuap Si Kembar.
"Ayat 9: AYAT TASLIAH iaitu pujukan kepada Nabi Muhammad saw supaya baginda tidak sedih dengan tuduhan2 jahat Musyrikin Mekah."
"Allah SWT pasti menepati janji2. Apabila Allah hendak menurunkan azab kepada sesuatu kaum, Allah akan menyelamat kan para rasul dan sesiapa yang dikehendaki."
"Allah SWT akan hancurkan kaum yang melampaui batas yang tidak ikut syariat." Melihat keluargaku diam, aku meneruskan tafsir.
"Ayat 10: Allah SWT menceritakan kelebihan al Quran. Sebuah kitab yang diturunkan kepada manusia."
"Pertama: mengandungi nasihat kepada manusia. Menceritakan tentang kamu (Musyrikin Mekah). Ada penjelasan tentang agama kamu."
"Kedua: Ayat2 al Quran sebagai zikir harian yang terbaik."
"Ketiga: Al Quran mengandungi syariat dan peraturan Allah, yang perlu kamu amalkan."
"Oleh itu, lihatlah ayat2 al Quran. Pelajarilah. Tadabburlah untuk memahami kandungannya."
"Wahai hamba, tidakkah kamu mengetahui, betapa sempurnanya al Quran itu?"
Di hujung pengajian, Aku meminta anak2 dan menantu2ku berdoa. Memohon kepada Allah, selamatkan Malaysia dan lindungi rakyat Malaysia daripada virus convid 19.
Majlis ilmu diakhiri dengan tasbih kafarah.
Gema azan Isyak memenuhi seluruh ruang rumah. Zainudin, suami Azya melaungkan azan menggunakan pembesar suara.
Daniel cucuku berusia 10 tahun membaca iqamah.
Keluarga besar kami solat berjamaah. Kali ini Afyan, anak sulungku mengimami solat.