Showing posts with label NAZAM. Show all posts
Showing posts with label NAZAM. Show all posts

Sunday, 13 September 2026

SANAH HELWAH SIFU TABIR ALAM

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM HUJUNG MINGGU SEMPENA HARI LAHIR SIFU TA 12 SEPT PI CORETKAN PUISI NAZAM MERAIKANNYA DAN PROF SUDI BUATKAN VIDEO JUGA TURUT BERKARYA PANTUN TERIMA KASIH PROF SALMAH AMIR.


https://www.youtube.com/watch?v=0u8RByjsxVU


SANAH HELWAH SIFU TABIR ALAM

.

 

Ilahi Rabbi Azzawajalla Maha Esa,

mohon ampunilah akan segalanya dosa.

.

Di hari lahirnya Sifu Tabir Alam,

Nazamku coretkan menjelangnya. malam.

.

Dua belas September tertentu saat,

Namanya tersurat membawa manfaat.

.

Istiqamah semangatnya amat cekal,

Tarbiah muridnya jiwanya tawakal.

.

Tanpa berkira rela berkongsi ilmu,

dalam talian maya tiada jemu.

.

Ikhlas berbudi luhur menabur bakti,

demi mekar puspa sastera sejati.

.

Bimbing pemula awal mencipta karya,

bertatih lahan meraih jaya.

.

Sempena raikan hari bertuah indah,

doa tiasa kirim tiada sudah.

.

Sihat walafiat dimurahkan rezekinya,

puisi nazamku, di sini akhirnya.


Monday, 24 August 2026

CAHAYA SEMESTA

 ASSALAMUALAIKUM



CAHAYA SEMESTA

.

Ilahi Rabbi Azzawajalla Maha Esa,
mohon ampunilah akan segalanya dosa.

.

Lafaz  bismilah tulus luahan sukma,

selawat dan salam Rasullullah mulia.

.

Karangan  nazam riwayat nabi suci,

bawa risalah arah pedoman benar.

 

.

Dua  belas Rabiulawal suratan-Nya,

lahir cahaya terang alam semesta.

.

Maulidur  Rasul tahun berulang rai,

kasih abadi umat  Nabi Muhammad.

.

Kenang  tiasa selagi ada hayat,

bibir  luahkan kalimat rindu syahdu.

.

Berharap  semoga beroleh syafaat,

seluruh usia sehingga akhirnya.

.

Coretan nazam kalam henti di sini,

sujud tiasa doa mohon reda-Nya.

Monday, 4 May 2026

DOA HAMBA

 ASSALAMUALAIKUM



DOA HAMBA
.
Lafaz bismillah doa hamba pada Ilahi
moga ampuni segala dosa kesilapan
.
Bermula nazam dikarang coret luah rasa
apa yang tersurat doa hamba nyatakan terang
.
Hanya pada-Mu doa hamba kekal beriman
dunia dan akhirat mengharapkan reda-Nya
.
Doa hamba semoga diri dalam afiat
sehingga akhirnya harmoni sentosa aman damai
.
Bersujud syukur doa hamba atas sejadah
moga Allah reda permudah urusan hidup
.
AIlahu Rabbi Maha Mendengar doa hamba
walaupun cuma terdetik halus sudut kalbu
.
Ucap selawat dan salam Rasul kasih umat
doa hamba bersungguh-sungguh tangan ditadah raup wajah
.
Ulang doa hindarkan segala bahaya petaka
tiasa tabah hadap cabaran melingkungi
BUDI
.
Lafaz bismillah tulus zahir luahan kalbu
karangan nazam tentang budi insan mulia
.
Petanda cinta sulam kasih dijalin budi
mekar selama kelopaknya serikan ruang
.
Semaian budi di batas hayat tumbuh tunas
berpucuk hijau mencelah ranting puspa wangi
.
Harga budi nilainya bagaikan puncak ancala
syurga Firdaus indah serlahkan ganjar nikmat
.
Niat berbudi demi Allah semata ikhlas
tanpa selindung suatu maksud tersembunyi
.
Tangan kanan memberi budi, kiri tak tahu
biar hanya Allah Yang Esa mengetahuinya
.
Selagi masih boleh berbudi lakukanlah
menyemai benih dalam tanah asalnya diri
.
Bawa budi sebagai bekal tuju akhirat
menemui-Nya memohon ampun dosa mungkar


desoptnorS1am:1y0Ma0i125u795hhl87hgu73g38

MyBloglist