Wednesday 9 April 2014

KELAPA SAWIT....KURMA MALAYSIA?

ASSALAMUALAIKUM...

KELAPA SAWIT NI ADALAH TAMAR/KURMA MALAYSIA KOT. TAPI TANAMAN PERLADANGAN MALAYSIA YANG JADI PILIHAN KAWASAN PERTANIAN YANG MEMBAWA PULANGAN BESAR KEPADA PERTUKARAN WANG NEGARA INI JAUH AMAT BEZA BUAHNYA DENGAN TAMAR/KURMA WALAU RUPA BENTUK POKOKNYA SERUPA.

PI TINGGAL DI MANDALA SAWIT FELDA SEJAK KECIL DAN SANGAT KENAL DENGAN KELAPA SAWIT DAN KEGUNAANNYA YANG PELBAGAI. BAGI YANG TIDAK TAHU DAN INGIN KENALI SERBA SEDIKIT BERKENAAN KELAPA SAWIT, KONGSILAH PENGETAHUANNYA DENGAN MEMBACA TULISAN SAHABAT PI, SDRA NOR ADABI ROSDI. BELIAU INI ADALAH SEORANG PESARA PEGAWAI FELDA YANG PERNAH BERKHIDMAT DI KAMPUNG PI.

KELAPA SAWIT
Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis guineensis, berasal dari Afrika barat di antara Angoladan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Ia adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri Sabahmerupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti oleh Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712 juta hektar atau 15.32%). 

Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah diPulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.
MINYAK SAWIT
Minyak (kelapa) sawit ialah sejenis minyak sayur boleh dimakan yang diperoleh daribuah dan isirong (benih) kelapa sawit (Elaeis guineensis). Minyak sawit biasanya berwarna kemerahan kerana mengandungi isi beta-karotena yang tinggi (tetapi apabila dididih, bahan karotenoid dalamnya musnah, sekaligus melunturkan warna minyak). Minyak sawit ialah salah sejenis minyak sayur yang amat tinggi kandunganlemak tepu (seperti minyak kelapa) oleh itu berkeadaan separa pejal dalam suasana bersuhu bilik.
Minyak kelapa sawit laris digunakan sebagai minyak masak, ramuan marjerin, dan juga bahan untuk membuat pelbagai makanan diproses. Minyak ini juga adalah bahan terpenting dalam pembuatan sabun, serbuk cucian dan produk penjagaan diri, dan juga digunakan untuk merawat luka, dan  juga menjadi bahan suapan biobahan api.

21 comments:

  1. zaman sekola dulu pernah dapat cincin dari tempurung kelapa sawit..rasa seronok sngat sebab masa tu belum pernah tngok pokok mahupun buah sawit..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak cuba juga buat cincin tempurung kelapa sawit ni tapi xmenjadi pun xde seninya kot....tq Kak Nah Backyard.

      Delete
  2. kelapa sawit memang banyak gunanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya terlalu banyak kegunaannya....tq Purnomo Jr.

      Delete
  3. kelapa sawit memang salah satu komoditi yang bisa menghasilkan dollar secara melimpah....keep happy blogging always...salam dari Makassar, Indonesia :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Blogs Of Hariyanto sudi singgah karyaku....insya Allah...tq.

      Delete
  4. bersyukur kerana negara kita banyak ditanam pokok kelapa sawit.. salah satu produk berasaskan kelapa sawit bagi menggantikan santan juga telah dihasilkan dengan jenama khalis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bersyukur n bertuah kita dikurniakan pemimpin2 yg mencetuskan idea penanaman perladangan utk kemakmuran negara...santan dari sawit lebih lemak n tiada kolestrol tepu bagus tu....tq Mizz Aiza.

      Delete
  5. hasil mahsyul negara...harga pasaran yg tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasil mahsyul negara yg menjadi kekayaan kpd negara n mrk yg mengusahakannya. tq nohas.

      Delete
  6. kelapa sawit termasuk sumber perekonomian terbasar bagi kawasan asia saat ini mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kelapa sawit kini tanaman utama kebanyakan negara Asia. tq handri setiawan sudi singgah karyaku.

      Delete
  7. wc..sharing is caring heh...heh.. tq Muhammad Khairuddin Lim.

    ReplyDelete
  8. Teringat dulu-dulu kalau pergi rumah Mak Saudara di Felda Taib Andak Kulai, lebehan buah kepala sawit tu boleh dibuat bengkang.... emmmm sedap tapi tu lah tak tahu macamana nak ambil isinya untuk dibuat bengkang atau orang panggil bingka.

    ReplyDelete
  9. bengkang kelapa sawit...sedap tu...caranya rebus buah sawit yg masak tu n keluarkan lemaknya drpd serabutnya, bolehlah digunakan membuat bingka kuning yg lemak n enak...tq notie.

    ReplyDelete
  10. Negeri Johor dlm kategori banyak juga. Bapak kakak pun ada kebun berekar-ekar walau tak kerjakan sendiri tapi ada pekerja Indon yg digaji. Bagusnya kebun kelapa sawit ni celah pokok boleh tanam pokok petai. Sebab itu kebun kelapa sawit bapak kakak banyak pokok petai. Senang kata makan tak habis. Jual pun kadang tak terpetik sebab harapkan org.

    Cuma buat minyak sendiri aje tak pandai berbanding kalau kelapa biasa senang nak buat minyak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakzakie, Johor n Pahang luas sekali ladang kelapa sawitnya...kami yg tinggal dlm persekitaran sawit pun xtau bagaimana nk proses jadikan minyaknya sengaja xdiajar xtaulah. tapi kalau tau buat minyak sendiri tentu bermasalah pula pada pengeluar sebenarnya kot...tqKakzakie.

      Delete
  11. minyak kelapa sawit ni buat sponge kek, mmg best giler kak hehehe

    ReplyDelete
  12. ya buat kek minyak x berminyak r kek sponge elok guna minyak sawit....tq Kesuma Angsana.

    ReplyDelete
  13. Kami membekal anak pokok kurma madu jenis klon diambil dari Chaing Mai Thailand. Dalam 3 tahun akan berbuah. Baka jenis Sapawi. Harga RM200 sepokok. Bertempat di Kluang, Johor. Berminat tel/whatsapp: 013-2071229 atau 012-7606921.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist