Showing posts with label RESEPI MUDAH. Show all posts
Showing posts with label RESEPI MUDAH. Show all posts

Friday, 18 July 2025

BELIMBING BULUH ASAM BOI

 ASSALAMUALAIKUM



LAMA PI TAK KONGSI RESEPI MUDAH...TERJUMPA HANTARAN PENULIS  PUAN SRI DIAH SHAHARUDI DI FB BELIAU TERTARIK JUGA...MANA TAU KUT ADA YANG INGIN CUBA KALAU KEBETULAN ADA BELIMBING BULUH DI RUMAH

Belimbing Asam Boi.
Fuhh. Sedapnya sampai boleh dikunyah begitu sahaja. Setengah piring boleh sekali hadap. Hahaha, jangan salahkan saya tau.
Mari saya ajar.
1. Setengah kilo belimbing buluh dibersihkan. Masukkan dalam bekas plastik.
2. Masukkan garam dua sudu besar dan tuangkan air suam 500 grm. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing itu.
3. Selepas seharian buang air garam dan masukkan tujuh sudu gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan sepuluh biji asam boi putih.
4. Kacau sebati dan tuangkan air suam 500 gm. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari baru boleh makan sebab nak bagi rasa asam boi meresap dalam belimbing.
5. Lagi lama lagi sedap.
▪️Okey inilah yang saya janjikan semalam. Siapa yang mesej, yang WhatsApp, yang Telegram dah dapat resipi ini tapi tak buat, memang nak kena rotan!

Sunday, 19 May 2019

CARA MEMBALUT KETUPAT PULUT...

ASSALAMULAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....HARI NI SUDAH 14 RAMADAN...MAKNANYA MASUK 14 HARI KITA BERIBADAH PUASA DAN  TARAWIH...PERSIAPAN RAYA SEPERTI PAKAIAN PERHIASAN  RUMAH DLL TENTU SUDAH DISEDIAKAN LEBIH AWAL...TENTANG KUIH MUIH PULA JIKA TIDAK BERKESEMPATAN MEMBUATNYA JUSTERU KEKANGAN MASA BOLEH SAJA DITEMPAH KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERNIAGA.

TAPI UNTUK MERASAI SUASANA KESIBUKAN MENYAMBUT HARI RAYA YANG SANGAT DINANTI, SESUATU HARUS JUGA DILAKUKAN...TERUTAMANYA                          PADA MALAM PENGUMUMAN RAYA...AKAN BERSIBUK PULA DI DAPUR MEMASAK KETUPAT DAN LAUKNYA BERSAMA KELUARGA...BERTOLONG BANTU MENGERAT KEMESRAAN....ALANGKAH SERONOKNYA..

SEBELUM KITA MEMBALUT KETUPAT PALAS YANG DIISI PULUT YANG DIMASAK SEKEJAP JOM KITA BELAJAR CARANYA.

PIC FB (C)







RESEPI PULUT KETUPAT MUDAH SAJA...SEKILO BERAS PULUT DIBASUH BERSIH...BANYAK KALI PERLU DIBILAS AGAR KETUPAT TIDAK MUDAH BASI...SEBIJI KELAPA DIAMBIL SANTAN PEKAT...SANTAN PEKAT DIMASUKAN SEDIKIT GARAM SEDIKIT GULA DIPANASKAN HINGGA MENDIDIH....MASUKAN PULUT DAN KACAU SEBATI...KECILKAN API...TUTUP PERIUK PULUT DENGAN TUDUNGNYA..BIAR SEKEJAP..AGAK-AGAK PULUT SEPARUH MASAK TUTUPLAH APINYA.
 http://mamapaparea.blogspot.com/2017/05/cara-buat-pulut-dan-cara-balut-ketupat.html

DAN PROSES MEMBALUT KETUPAT BOLEH DIMULAKAN

SIAP SEMUANYA BOLEHLAH DIREBUS.

NAK MEREBUS KETUPAT PUN ADA CARANYA....LETAKAN POTONGAN PELEPAH PISANG SEBAGAI PENGALAS PERIUK...MASUKAN AIR SEDIKIT SEDIKIT DAN ATURLAH KETUPAT DI ATASNYA...REBUS SEHINGGA MASAK

Thursday, 27 December 2018

KERABU MENGKUDU...

ASSALAMUALAIKUM..

BARU NI ADA BACA KAT FB DATO RADZUAN IBRAHIM PEGUAM YANG SUKA MENULIS SAJAK TENTANG KESUKAANNYA MENIKMATI KERABU PUCUK MENGKUDU YANG DISEDIAKAN BONDA KESAYANGANNYA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS AMATLAH SEDAP....TERUJA DENGAN RESEPI TU PI SEGERA MENGGOGLENYA DAN TERJUMPALAH....TERIMA KASIH KEPADA BLOG ACELLA....JOM CUBA MENGKERABUKANNYA... MENGKUDU JUGA ADA NILAI PERUBATAN YANG TINGGI DAN BAIK UNTUK KESIHATAN....MUNGKIN AGAK SUKAR UNTUK MENDAPATKAN MENGKUDU DI SETENGAH TEMPAT DAN BOLEH SAJA DIGANTI DENGAN PUCUK ULAM YANG LAIN...TAPI KAT RUMAH PI ADA POKOK NI


 KERABU PUCUK MENGKUDU

1 cekak pucuk mengkudu..

1 ekor ikan selayang rebus
sikit garam & gula
1 biji limau nipis
1/2 bawang besar
2 biji cili padi tumbuk dengan sikit belacan
2 sudu santan pekat

1. Rebus pucuk mengkudu hingga lembut (warna hitam) dan hiris halus
2. Dalam mangkuk lain gaulkan santan,bahan tumbuk..isi ikan rebus,garam,gula dan limau nipis.
3.Masukkan pucuk mengkudu rebus yang sudah dihiris dan gaul rata

http://namakucell.blogspot.com/2016/01/kerabu-pucuk-meng

Friday, 28 September 2018

ASYURA KELANTAN...

Asslamualaikum

SALAM JUMAAT MULIA

MUHARAM BELUM BERAKHIR...MASIH RAMAI YANG MERAIKAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH DENGAN MENGACAU BUBUR ASYURA....ASYURA DI SINI ADA YANG RASA MANIS DAN PEDAS...TERPULANG KEPADA CITARASA MASING-MASINGLAH KAN.
PI SUKA JE KEDUA-DUANYA.

MEMANG BERBEDA RASA TAPI SEDAPNYA TAK TERKATA.

HENDAK MENGACAUNYA PUN MENGAMBIL MASA BERJAM-JAM LAMANYA. APALAGI KALAU BUBUR YANG DIPERBUAT DARIPADA BERAS DAN BUKAN TEPONG BERAS

Sejam setengah mengacau...steady lagi ni..
Sekarang dah 3 jam 20 minit..pukul 12.15 siaplah, insya-Allah.
Catatan sahabat penulis Jamilah Harun yang mengacau setengah kilogram beras untuk dijadikan asyura.
Kalau ikut resepi kat bawah ni kena siapkan kawah dan beramai mengacaunya.
Pic Jamilah Harun (c)

Hasil mengacauAsyura Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 kg beras 
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah

Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas

Cara cara:
Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.

Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus dikacau.

Masukkan santan, kacang kacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.

Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat. 
Bolehlah tutup api. Ceduk ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. 

Saturday, 22 September 2018

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU,,,SUDAH MASUK KE DAPUR UNTUK HIDANGAN TENGAH HARI  KELUARGA
PI KALAU MEMASAK SIMPLE SAJA...ADA NASI... IKAN GORENG, ULAM ATAU SAYURAN, SAMBAL DAN SEJENIS LAUK BERKUAH SEPERTI GULAI/SAMBAL TUMIS,,SEJENIS SAJA
SUDAH MEMADAI...SEDAP SANGAT TU...TAMBAH ADA MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

Resepi udang galah masak lomak cili api nangka muda.. (resepi salwa abu bakar)
1 ulas bawang merah (blend) 
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia(blend)
10-15 biji cili padi merah+ijau(ikut pedas masing2)(blend)
Serbuk kunyit secukupnya
3 batang serai
1 bungkus kecik santan asli
3 keping asam keping
3 keping nangka muda(potong dan rebuskan dahulu)
Udang galah/biasa secukupnya
Daun kunyit sehelai(xde xpe)
Garam dan perasa
Tumis tanpa minyak.. Bahan2 yang blend tadi..masukkan serbuk kunyit ikut suka.. Masukkan serai ..masukkan nangka muda yang da direbus bersama asam keping. Masukkan santan.. Last sekali masukkan udang dan daun kunyit.. perasakan garam sume.. Siap!!!


Saturday, 8 September 2018

RESEPI UNIK ENAK DARI SEMPORNA...

ASSALAMUALAIKUM...

JOM KITA CUBA RESEPI UNIK CIKGU NAZEKA KANASIDENA DARI SEMPORNA INI..
CARA MUDAHNYA PILIH IKAN YANG SESUAI ..SIANG BELAH BELAKANGNYA....PERAP SEMALAMAN DENGAN CUKA DAN GARAM.
ISI BUMBUNYA DAN JEMUR.
SETELAH ITU GORENGLAH...MAVLES RASANYA DI MAKAN DENGAN NASI.

HARI INI HARI SABTU. Hari liburan. Cuti-cuti Malaysia. Tiada sesuatu keperluan yang mendesak. Matahari pula sedang panasnya. Membahang dengan segala keterikan termampu. Semalam hujan dari pagi sampai petang. Memang saya jangka hari ini panas terik. Hari bagus untuk menjemur ikan.

Saya tidak tahu apa nama ikan yang begini dibubuh segala lalu dijemur segala. Selalunya tradisinya Ikan belawis. Dibelah kemudian diperap dengan garam dan cuka semalaman. Esoknya dibubuh 'rambu ramba rambi' dimasukkan ke dalam perutnya kemudian dilekapkan. Sesudah itu dijemur di bawah panas matahari.

Ehhhhh, enak memangkali. Ini tradisi Sama Bahari. Bangsa pelaut yang pandai membuat apa sahaja berasaskan produk maritim. Ikan ini yang jenis diperap dan dibubuh segalanya ini jika ingin membuatnya paling sesuai ialah ikan BELAWIS dan BOLLONG dan sebangsanya. Bahan-bahannya mudah iaitu:

Bawang besar
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Serai
Lada padi
Garam / MSG
Asam Jawa
(ada juga menggunakan cili kering)
Semua bahan dikisar kemudian digaulkan dengan asam kemudian barulah dimasukkan ke dalam perut ikan sejemput demi sejemput sampai semuanya merasa penangan ramuan special ini. Ikan ini kalau sudah kering bolehlah digoreng. Bukan dimasak. Goreng saja. Sebab kalau masak berterabur bahan di dalam perutnya. Makan dengan nasi. Tak payah bubuh rempah dan lada lagi sebab apa yang ada dalam tubuh badannya itu sudah sangat GHRRRRRRRRR.... bilang kucheng garong.

Hahahahah. Jangan marah. Ini pekerjaan lelaki tidak dibebankan dengan kerja berat. Daripada buat benda tidak betul, sibuk sana sibuk sini saya di dalam nyamuk diluar, bagus saya bikin ini makanan enak.
MAAF. BUKAN UNTUK DIJUAL. NOT FOR SALE. FOR SPECIAL PURPOSE ONLY. That is make your taste geram dan berliur. Hahahahhaha.

Sebenarnya ikan-ikan ini sebagai hadiah dan bekalan saya kepada anak sulung yang memang menggemari ikan ini sejak dia kecil lagi. Kerana dia akan berangkat ke OVERSEAS, dan lama tidak merasa makanan begini, maka dibekalkanlah dia ole-oleh. Bikinan tangan bapaknya sendiri. MAN MADE. HOME MADE. LOVE MADE. SOUL MADE. SEMPORNARIAN MADE.
APA PUN, Kalau ada tempahan: SAYA BERSEDIA. Tentu dengan keuntungan sewajarnya. Selamat berhujung minggu. Isnin dan selasa pun cuti ya. Kikiki.

 Shared wall fb cikgu Nazeka Kanasidena

Wednesday, 11 April 2018

REBUNG MADU GULAI LEMAK...

ASSALAMUALAIKUM

JIKA ADA TANAMAN BULUH SEKITAR RUMAH DAN ADA REBUNG YANG MUNCUL DI PERDUNYA BOLEHLAH DIPOTONG UNTUK DISAYUR...KALAU DIBIARKAN REBUNG AKAN PERLAHAN-LAHAN MEMBUKA BAJUNYA UNTUK MENJADI BULUH HEH..HEH...

Image may contain: plant, outdoor and natureNo automatic alt text available.Image may contain: food


Image may contain: food

PIC PENULIS DIKNA TERIMA KASIH

Dlm gambar ikan kembung. Boleh ganti dgn udang, ayam atau daging.
Rebung madu tak jeruk pun tak apa. Gulai terus macam gulai rebung biasa. Bubuh serai dgn daun limau purut.


Gulai Lemak Rebung Madu Dengan Udang

Bahan2
300 gm udang saiz sederhana
½ kg rebung madu
2 btg serai ~ ketuk
serbuk perasa & garam (jika perlu sebab dah bubuh garam kasar)
sebiji kelapa di ambil santan secukupnya
1 keping asam gelugur

Bahan ditumbuk halus
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
15 ~ 20 biji cili padi (ikut kepedasan yg anda suka) 
 2 inci kunyit hidup ~ tumbuk halus
sedikit garam kasar (utk memudahkan cili lumat serta kurangkan percikan waktu menumbuk) 
 
Cara memasak 
1) Rebung di potong saiz yang sesuai. Rebus sekejap & toskan.
2) Jerang santan bersama bahan2 tumbuk & serai. Kacau2 sentiasa.
3) Bila mendidih.. masukkan rebung, asam keping, serbuk perasa & garam (jika perlu).
4) Biarkan mendidih sambil dikacau2 selalu agak tidak membuak. Akhir sekali masukkan udang & masak seketika sehingga udang bertukar warna.  Renihkan sekejap hingga kuah agak pekat.
5) Agak2 dah secukup rasa garamnya, bolehlah dihidangkan.

Selamat memasak..

Kongsi resepi

http://mamawandiha.blogspot.my/2015/06/gulai-lemak-rebung-madu-dengan-udang.html

Saturday, 13 January 2018

KERIA KELEDEK...

ASSALAMUALAIKUM...

KERIA KELEDEK


Resepi KERIA GULA MELAKA . Yang mana selalu beratur panjang dkt Kedai Kuih Keria Antarabangsa Melaka tu, boleh la try buat sendiri mcm ni. Tapi tak tahulah sama ke tak dgn yg ORI tu hehehe.
Bahan-bahannya :

500gm Keledek (guna keledek oren)
Air (untuk merebus)
Garam secukup rasa
1 cawan Tepung Gandum
1-2 sudu makan tepung beras
1 Sudu teh Serbuk Penaik
Minyak (untuk menggoreng)
Caranya :
1- Buangkan kulit keledek dan potong kecil. Masukkan keledek dalam periuk beserta air dan garam . Rebus hingga empuk .
2- Setelah empuk , lenyekkan keledek . Masukkan tepung gandum , tepung beras dan serbuk Penaik dan gaul rata hingga menjadi doh .
3- Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut . Jika doh lembut letakkan minyak atau tepung ditelapak tangan dan bentukkan .
4- Setelah siap , panaskan minyak dan goreng hingga keperangan dan toskan.
Bahan Sira Gula Melaka
2-3 Keping Gula Melaka Nisan
1/2 cawan Gula Perang
1 Sudu makan Gula Halus
3 sudu makan Air
Secubit garam
Caranya :
1- Satukan semua bahan dan masak didalam kuali hingga gula cair dan berbuih dengan api sederhana.
2- Dengan api perlahan masukkan kuih dan gaul hingga gula rata dan kering.

Kredit: Norien Abdul Wahab
SHARE RESEPI LIKE PAGE RENCAH RASA

Image may contain: foodImage may contain: foodImage may contain: food

Saturday, 28 October 2017

KEK SPAN GEBUS...

ASSAKAMUALAIKUM...

PETANG SEMALAM MESTI RAMAI YANG TERCONGOK DEPAN TV TIDAK BERKELIP MENONTON PM MEMBENTANGKAN BELANJAWAN NEGARA 2018....ALHAMDULILLAH RAMAI YANG MENARIK NAFAS LEGA KERANA BELANJAWAN YANG MENYELURUHI SETIAP WARGA  LANGSUNG TIDAK MEMBEBANKAN.....BANYAK POTONGAN CUKAI DIBUAT ATAU DITIADAKAN.....INSENTIF DIBERI KEPADA GOLONGAN SASAR MEMANGKIN PERTUMBUHAN EKONOMI SEHINGGA JANIN DALAM KANDUNGAN TIDAK DILUPAKAN...

BOLEHLAH BERSENANG HATI KE DAPUR MEMASAK RESEPI KESUKAAN MERAIKANNYA APALAGI BERSAMA KELUARGA DI HUJUNG MINGGU..RESEPI SIMPLE TAPI SEDAP OK JE

Image may contain: dessert and food
Image may contain: food

Campur je semua bahan sekaligus..... 5 biji telur gred A/B,2 sudu besar ovalet (xtau cari kt kedai bakeri), 60ml susu segar/susu cair, 100gram gula caster, 100gram tepung naik sendiri(saya guna superfine), 60gram tepung jagung, 1sudu teh esen vanila...putar sampai bertukar kaler putih ...(saya buat 5 minit je).....Masa buat ni...sambil tu panaskan oven selama 15 minit


Da kembang tu...Masukkan 65gram(1/4 butter yang dicairkan)..kaup balikkan sebati...


Image may contain: flower and food
Image may contain: food

Bakar api atas bawah pada suhu 170@180 ikut oven masing2....oven saya 170 selama 45 minit..saya guna loyang 8 inci...alaskan baking paper ye...

Image may contain: food




Page Liked · May 22 
 

Tara...naik da membukit...
Image may contain: foodImage may contain: flower and food



MyBloglist