Monday, 4 April 2016

MENJAWAB HIDAYAH...

ASSALAMUALAIKUM....

CERPEN
MENJAWAB HIDAYAH….
OLEH
PARIDAH ISHAK


Ada suara seakan berlagu merdu menyapa deria dengarku sewaktu aku melewati koridor menghala ke dorm Angsana. Terdetak hatiku memaksa kaki menghentikan langkah segera untuk mengambil tahu  siapa orangnya yang bernyanyi dengan sangat lunak dan indah itu. Mungkin pemilik suara itu adalah kawan yang sangat rapat denganku. Atau seorang kawan seasrama saja. Tidak kisahlah siapapun dia. Yang pentingnya mestiku ketahui siapa orangnya. Hatiku ini begitu terpaut dengan lenggokan suaranya yang menggoda tika mengalunkan suara melagukan senikata yang langsung tidak ku fahami itu.
Eh! Inikan bilik solat pelajar pelajar asrama Tunku Puteri. Aku menjenguk ke dalam setelah menyelak daun pintunya yang sedikit renggang. Kelihatan kepadaku dua sosok tubuh berada di dalamnya. Seorang sedang berdiri dan seorang sedang duduk menatap al quran yang terbuka. Oh! Yang seorang itu sedang solat dan seorang lagi tekun mengaji alquran. Aku tahulah itu. Akupun bukan baru bersekolah dan tinggal di asrama ini. Agak bertahun juga sejak dipilih antara pelajar yang dihantar meneruskan pembelajaran di sekolah berasrama di semenanjung Malaysia daripada Sabah negeri di bawah bayu.
“Apa yang terintai-intai tu Rin! Masuklah. Kau cari aku ya?”
Aku tersenyum sekilas membalas sapaan Hayati. Rupanya suara sahabatku Nurhayati aini yang merdu amat itu. Selama ini aku tidak tahu  pula sahabatku itu miliki suara yang meruntun hatiku sehingga berkesan dirasakan.
“Tak apalah Yati aku nak ke bilik kita nak ambil buku fizik. Cadang nak studi di bilik studi. Nanti kau datang join aku ya. Aku nak minta tolong kau ajar cara nak jawab soalan add math yang cikgu Roslan beri di kelas semalam.”
“yalah Rin nanti aku datang ke sana selepas aku solat dhuha ya.”
Aku segera meninggalkan Nurhayati aini menyelesaikan apa yang difikirkan mahu dilakukannya. Sedang hatiku masih terasa terlalu nyaman disapa suara indah sahabatku itu mengaji sebuah surah al quran. Teringin  aku hendak mendengar sahabatku menarik suaranya mengaji lagi. Mengapa kini hatiku diserbu galau lantaran hanya mendengar suara merdu Nurhayati aini membaca al quran?  Hairan sungguh aku kerana selama ini aku kerapkali juga mendengar suara kawan kawan yang seasrama membaca alquran tapi aku tidak pernah pun ambil pusing.
Aku Irene Enson seorang gadis Kadazan Dusun yang amat setia membawa risalah bonda Maria ke mana saja. Sahabatku  Nurhayati aini mengenali siapa aku dan tidak pernah bertanya apapun tentang amalan yang menyatu  di jiwaku itu. Dan aku tidak pernah mempengaruhi sesiapapun mengikuti apa yangku percayai dan yakini.
Nurhayati aini sudah berada di sisiku dan menarik kerusi kayu untuk diduduki sambil meletakan fail notanya dan beberapa buah buku tebal.
“Kau bijaklah yati selalu skor markah tertinggi dalam fizik, kimia dan add math juga sedang aku study hard sampai tak cukup tidur tapi markah yang diberi cikgu kita cuma cukup makan saja. Tapi aku tengok kau studi taklah lewat sangat tapi selalu aku tengok kau bangun pukul empat pagi dan hilang dari bilik. Kau kemana Yati?”
“Oh! Itu dah jadi amalanku Rin. Bangun awal pagi, mandi, solat sunat, mengaji sekejap kat bilik solat dan balik ke bilik. Studi sekejap dan bersiap untuk ke sekolah selepas kita sarapan.”
“Kau bangun awal pagi tapi tak nampak pun macam kau ni ngantuk dalam kelas.” Pertanyaanku perlukan penjelasan konkrit daripada sahabatku itu.
“Kenapa pula nak ngantuk sebab aku tidur selepas habis waktu studi yang ditetapkan asrama kita saja. Tidur awal, bangun awal kan mudah tu.  Tidur cukup badan sihat mindapun cergas. Aku kalau tak cukup tidur memang letih dan tak boleh fokus apa yang cikgu ajar.”
“Bolehlah aku tiru carakau tu?”
“Boleh. Kau boleh temankan aku solat sambil studi.”
“Tapi bolehkah aku masuk ke bilik solat bersamakau sedangkan aku tak sama dengankau?”
Ragu pula aku mendengar kenyataan sahabatku itu.
“Apa pula tak samanya. Kita tak berbeza apapun  hanya pada akidah saja tapi tetap hamba kejadian Allah. Kau bersih tubuh badan tanpa apa-apa najis tak jadi masalah. Tapi kalau menutup aurat lebih baik. Macam peraturan kita nak masuk ke masjid di negara kita tak mengira siapa kan.  Kalau kau keberatan nak temankan aku di bilik solat kau tunggu saja di bilik kita. Aku solat dan ngaji sekejap saja.”
“Memang aku tak keberatan nak temankan kau kalau tiada masalahnya sebab aku cuma bimbangkan menjadi kesalahan pula non-muslim berada di bilik solat.”
“Tidaklah Rin. Mana soalan add math yang cikgu Roslan beri ? Jom kita sama-sama selesaikan.”
Aku mengunjukan buku yang kucatatkan soalan dimaksudkan  Nurhayati aini itu. Cepat saja sahabatku itu mencapainya.
“Mana soalan yangkau tak faham? Biar kita sama-sama selesaikan.”
“Semuanya aku tak faham Yati hih..hih..”
“Eh! Kau ni Rin, selalunya gitu.  Datang dari jauh terbang naik belon nak jawab soalan add mathpun tak reti.”
“Wah! Mengenakan aku Nampak. Nak merajuk ni.”
Sorry Rin gurau je hih..hih…aku pun tak pandai juga tapi bolehlah aku tolong setakat yang aku tahu.”
Amatku kagumi cara Nurhayati aini mengajarku  menyelesaikan semua soalan add math yang diberi cikgu Roslan dengan tepat jawapannya.
“Aku nak balik kampung minggu ni, kau nak ikut? Aku rasa aku dah tahu jawapannya kot. Rasanya mesti tak boleh tu. Sebab selalunya kau akan ikut cikgu David ke gereja pada hari ahad kan. Cikgu David tu pun Nampak amat baik dan rajin memperhatikan kebajikan kau dan kawan kawan kita yang berasal dari Sabah.”
“Kalau kau ajak nak saja aku ikut. Aku memang tunggu pelawaan kaupun. Tapi kau tak pernahpun mempelawa. Aku teringin juga nak melawat kampung kau di pinggir sungai Pahang tu.”
“Nanti cikgu David tak marahkah kalau kau tak ikut program untuk pelajar pelajar Sabah yang ditetapkan?”
“Tidaklah!  Tiada kena mengenapun program tu dengan peraturan yang kami perlu patuhi. Cuma cikgu David memang rajin berbuat kebajikan dan berdakwah dengan caranya. Baru ni Mei Lin pun ikut kami ke gereja. Katanya dia sedang tercari-cari sesuatu yang seharusnya menjadi pegangannya dan cikgu David sedang berusha membantunya.”
Wajahku tersenyum manis mengamati wajah polos Nurhayati aini yang merenungku tajam.
“Hmm! Begitukah?”  suara sahabatku itu seolah mengandung sesuatu yang termengkelan di kerongkongnya. Hambar  dan tidak menggembirakannya menerima kabar yang kuberitahu.
Dia mungkin terkenangkan wajah pelajar tingkatan empat Sains Satu yang berasal dari KL dan agak rapat dengannya.
Seorang pelajar perempuan meluru ke meja kami. Dan tercegat menyusun kata menyampaikan maksudnya serta-merta.
“Kak Yati! Kak Rin! Swee lin demam. Panas sangat badannya.”
“Iakah? Kau ikut Suriyani pergi tengok Swee lin dulu Rin. Aku pergi beritahu cikgu Norehan. Bolehlah kita segera bawa Swee lin k e hospital.”
Aku mengikut Suriyani melangkah pantas menaiki tingkat dua yang menempatkan dorm Melor yang dihuni Suriyani juga Swee lin bersama beberapa orang lagi rakan sebilik mereka. Membiarkan sahabatku mengorak langkah menemui cikgu Norehan yang tinggal bersama suaminya di bilik yang sebangunan dengan asrama putera yang menempatkan pelajar pelajar lelaki. Cikgu Norehan adalah penyelia asrama puteri yang kami semua pelajar perempuan tempati. Dan suaminya pula adalah penyelia bagi asrama putera. Kedua-duanya adalah mereka yang bertanggungjawab keatas kebajikan dan kemasyhlahatan kami pelajar  pelajar lelaki dan perempuan yang diamanahkan pihak sekolah dan yang berwajib.
Sementara aku dan Nurhayati aini pula adalah pembantu kepada guru berdua itu dalam mempermudahkan sedikit urusan mereka sebagai ketua dan timbalannya di asrama Tunku Puteri ini. Setiap apa yang berlaku di sini, pelajar pelajarnya akan merujukiku  atau Nurhayati aini sebelum dibawa ke pengetahuan  penyelia asrama untuk dapatkan apa saja solusinya yang diperlukan.
“Nampaknya kau kena masuk wad Swee lin. Jangan risau sangat ya. Insya-Allah kau akan segera pulih. Kami semua mendoakannya,” tutur cikgu Roslan lunak dan cikgu Norehan tersenyum sambil menggenggam erat jemari Swee lin.
“Nanti kak Yati akan datang bersama kak Rin pabila habis waktu sekolah melawat kau ya.”
Sahabatku itu merenungiku memohon kepastian yang ragu untukku berikan. Maklum bukan mudah sesuka hati keluar daripada asrama tanpa keizinan penyelia asrama.
“Ya cikgu berduapun akan selalu ke sini melawat Swee lin bersama Irene dan Nurhayati. Awak berehatlah. Makan ubat dan dengar nasihat doctor ya. Ada apa-apa lagi yang awak mahu beritahu saja. Anggap kami di sini adalah pengganti kepada mama papa awak yang jauh dan tak dapat nak datang segera sebab ada urusan bisnis di luar negara.”
“Terima kasih banyak cikgu Norehan, cikgu Roslan, kak Rin, kak Yati kerana telah banyak membantu saya di saat sakit begini. Rasanya semua keperluan saya di sini dah cukup tu. Cuma saya terlalu ingin nak dengar suara kak Yati mengaji alquran. Sebab setiap kali saya lintasi bilik solat dan dengar suara kak yati mengaji hati saya terasa tenang dan damai. Dan ingin selalu mendengarnya.”
Aku, Nurhayati aini, cikgu Roslan, cikgu Norehan saling berbalas pandangan.

“Baik. Akan kak tunaikan permintaan adik tu. Kebetulan kak memang bawa surah yasin dalam beg kak ni. Bolehlah kak ngaji sekejap kan cikgu?” wajah sahabatku itu kelihatan bercahaya kepadaku dan ada air mata yang menggenangi kelopaknya.  

TAMAT.

14 comments:

  1. TERIMA KASIH RAIHANAH INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  2. menarik cerota ni PI, macam boleh disambung lagi tu

    ReplyDelete
  3. tksh yan...minat juga baca cerpen ya...insyaAllah kalau rajin kak sambung lagi.

    ReplyDelete
  4. Bila mengaji pasti memberi manfaat kepada orang sekeliling, dah ada yang merinduikan..untung tu, berdakwah dengan amalan kan KPI..

    ReplyDelete
  5. hmm betul tu berdakwah dgn amalan teladan yg baik///tq BP

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah kak PI... contoh melalui tauladan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benartu dik KK contoh yg baik dijadikan teladan insyaAllah.

      Delete
  7. Replies
    1. insyaAllah nor...tksh banyak sudi baca.

      Delete
  8. Assalamualaikum kak, semoga diberikan kesihatan yang baik.
    Terima kasih, satu cerpen yang sangat memberi kesan. Benar manusia ramai mudah tertarik dengan akhlaq baik yang kita tunjukkan daripada apa yang kita katakan. Banyak contoh yang boleh dilihat...
    Mudah-mudahan cerpen ini menjadi motivasi kepada saya dalam setiap usaha dakwah dan kebajikan yang dilakukan...
    #Tunggu sambungannya...hehe

    ReplyDelete
  9. Wsalam dik ustaz amiin doanya, rajin juga baca cerpen kak ya tksh bnyk. benar kata ustaz akhlak yg baik contoh berkesan dlm mengutarakan dakwah...
    hh..heh...tah bila kak dpt sambung cerpen ni.

    ReplyDelete
  10. Al Quran...penawar sepanjang zaman

    ReplyDelete
  11. INSYA ALLAH MUKJIZAT UTK UMAT NABI MUHAMMAD SAW...TQ FIDAH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist