MENGIRAI HIDUP
Dia memandu dengan perlahan. melepasi stesyen bas, Pejabat
Pos, Talikom dan akhirnya berhenti di lampu isyarat yang merah sebelum bergerak
semula setelah lampu itu bertukar hijau. Wira ungu kelabu itu membelok pula ke
jalan yang menghala ke kampungnya dan beberapa kampung felda yang lain.
Hujan merembas renyai dan angin berhembus halus menyentuhi wajahnya. Dingin. Daun-daun hijau kemilau jernih disinari cahaya mentari yang cerah kembali. Tadi situasi alamnya redup saja. Suara Raihan merdu bernasyid beralun daripada keset keretanya.
Kini sudah berada di beranda rumahnya menikmati flora indah alam yang menyegarkan sambil memicit-micit kakinya yang terasa lenguh kepenatan. Betisnya terasa sengal sekali.

Barangkali seharian
tadi terlalu banyak menggerakkan otot kaki melaksanakan tugasan yang diberi
penyelia tugasannya sebelum memandu pulang kereta Kancil kecilnya ke rumah yang
agak jauh dari kampungnya.
Sambil memicit-micit dan mengurut kakinya dia tersenyum
sendiri mengenangkan insiden lucu tika melakukan tugasan yang diberi
pensyarahnya Dr. Nordin yang tegas tapi berwajah manis itu.
Seorang wanita sebayanya kelihatan kalut dan gelabah sekali tika dia dan temannya menghampiri gerainya.
"Tolonglah cik...janganlah roboh gerai saya...saya baru saja buat gerai ni nak berniaga. Saya orang susah cik...anak-anak ramai yang nak disara..."
Dia dan kawannya berbalas pandangan. Tersenyum pula. Susah juga mereka hendak mempercayai kenyataan wanita yang kelihatannya seusia diri mereka telah punyai anak-anak yang ramai mungkin.

.
"Kenapa kak? jangan risau...kami ni bukannya pegawai DEWAN BANDARAYA yang datang nak meroboh gerai kak. Kami ni daripada UPM Serdang buat kaji-selidik sikit tentang alam sekitar kat kawasan pinggir bandaraya ni. Dah penat berjalan menemuramah orang tekak pun rasa kering...itu yang kami berdua singgah kat gerai akak ni..."
"Begituke...kak ingatkan awak semua orang-orang DEWAN BANDARAYA tadi...hati dah tak sedap. bimbang saja gerai kak kena roboh. Akak ni orang susah. Anak-anak ramai, masih kecil dan perlu diberi makan minum, nak hantar ke sekolah, nak hantar ngaji, semuanya perlukan duit. Tambah masa ni kos sara hidup tinggi dan semuanya dah mahal."

Hati wanita peniaga gerai itu bergejolak rusuh justeru meneka
dia dan rakannya ada kaitannya dengan badan kerajaan itu kerana fail tebal yang
berada di tangan mereka gamaknya.
"Kenapa kak risau sangat dengan orang-orang DEWAN
BANDARAYA...kak tak ambil lesen berniaga kat sini kot?" Tanya Zulhilmi
temannya.
"Kita nak berniaga mestilah mohon lesen berniaga kan. Dah banyak kali dipohon...tak adapun jawapannya...banyak sungguh kerenahnya..Kita ni nak cari rezeki halal...nak hidup. Bukannya nak mencuri...itupun jadi masalah. Tapi kak tengok ramai juga warga asing dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Siam yang berniaga di sini tak dikacaupun. Elok je mereka berniaga kaut untung hantar balik ke negara mereka. Tapi kita ni rakyat negara sendiri banyak pula halangan yang kena patuhi. Sudah kita berusaha mematuhinya dipandang remeh sambil lewa pula. Tak faham betul kak.." Wanita itu melepaskan rungutan tentang tidak kesetabilan hidup dan situasi yang melengkunginya kini.

Terasa belas pula hatinya mendengar keluhan peniaga gerai
yang baru dikenalinya itu. Perkenalan yang pada mulanya berdasarkan prasangka
yang mengelirukan minda masing masing bertukar suasananya menjadi lebih manis
dan mesra lantaran peniaga gerai itu seorang yang sangat ramah mengongsi
ceritanya apa saja.
“Ada satu hari tu kak ni sakit dan tak dapat nak sediakan
makan tengahari untuk keluarga, kak suruhlah anak kak gi beli. Adik tahu apa
yang dibelinya? Nasi dengan ikan goreng, sayur sedikit, harganya enam ringgit.
Ikannya pula digoreng seekor tanpa dibuang isi perutnya. Ish! Tak lalu kak nak
makan. Selama kak hidup tak pernah kak jumpa orang goreng ikan sekor sekor
gitu. Adik agak siapa yang sanggup berniaga makanan main masak ikut suka gitu?
Mestilah kerja peniaga asing yang cara masak dan makannya tak sama dengan
kitakan. Memandangkan rupa dan cara pemakaian mereka yang serupa macam kita,
bertidung litup bagi yang perempuan tentu buat kita sangka mereka juga sama
macam kita. Kecualilah kita tahu siapa sebenarnya mereka kan… ”
Dia dan Zulhilmi berbalas pandangan sambil tergelak sedikit
mendengar kisah lucu tapi benar itu.
“Kalaulah rakyat tempatan tidak diberi peluang berniaga tentu
orang kita terpaksa makan apa yang dijual kepada kita oleh warga asing ni.
Sebab nak berniagapun banyak juga kerenah birokrasi yang terpaksa dilepasi. ” Sambung
wanita itu lagi.
“Susah juga tu ya.” Ujarnya pendek.
“Adik berdua ni bila nak grad?”
“Tak lama lagi kak.” Balas Zulhilmi.
“Kami berdua ni sambung pengajian peringkat master.”
“Oh! Tentu tak jadi masalah nak dapat pekerjaan setelah
graduat kan. Boleh jadi pensyarah atau apa saja. Taklah macam kak dan suami
yang cuma belajar sampai ijazah pertama saja dan terpaksa pula berhenti kerja
kerana syarikat tempat kerja kami dah balik negara mereka sebab tak mampu nak tanggung kos operasi dengan keadaan
ekonomi yang meleset sekarang ni.. Jadi untuk sara hidup terpaksalah kami
berniaga dan membuat kerja apa saja. Masa ni bukan mudah nak dapat kerja.
Apalagi yang bersesuaian dengan kelayakan diri kita. Syarikat swasta pun asyik
buang pekerja saja nak jimatkan kos mereka. Nak mohon kerja dengan kerajaanpun
pesaingnya ramai dan hanya pilih suku sakat mereka saja. Orang yang tidak
dikenali dan tiada mengena dengan mereka tak dipandangpun.”
Dia dan Zulhilmi agak terkejut juga mendengar kenyataan itu
walau dia tahu ramai juga antara rakan dan kenalan, saudara maranya yang berijazah
universiti memilih berkerja sendiri iaitu berniaga secara kecil-kecilan
mengikut kemampuan masing masing. Dan ada juga yang menyara kehidupan dengan
memandu teksi dan sanggup berkerja sebagai pengawal keselamatan. Yang penting
kehidupan mesti diteruskan walau amat rencam. Mujur juga dia masih ada rezeki
sebagai guru sandaran di sebuah sekolah berhampiran tempat dia menyambung
pengajian peringkat ijazah sarjananya. Kalau tidak tentu amat sukar juga
baginya mengatasi masalah kewangannya. Hendak mengharapkan bantuan emak ayahnya
pun tidak dapat pula lantaran emak ayahnya pun bukan dari kalangan orang berada
juga. Hidup pun seadanya meraih rezeki pagi dan petang dengan mengharapkan
hasil kebun sawit felda.
“Entahlah kak! Nasib kami berdua pun tidak tahu lagi macamana
agaknya. Moga senario ekonomi sekarang akan lebih baik dan rakyat negara kita
akan lebih selesa kehidupan mereka dan tidak hanya beberapa orang saja yang
senang tapi lebih ramai yang susah,” balas Zulhilmi seorang peguam yang
telahpun miliki syarikat guaman sendiri.”
Tersenyum pula dia memandang Zulhilmi yang ternyata amat
merendah diri itu. Seorang yang berperibadi mulia dan sering juga membantunya
dalam banyak perkara. Dan terkenangkan kawan kawan yang rajin menggiatnya
kerana keakraban hubungan mereka yang mesra. Mengharapkan pula ada kesudahan
yang membahgiakan kedua-duanya kelak. Tapi setahunya rakannya itu yang sedang
berusaha mendapatkan sarjana Sains Alam Sekitar demi ilmu yang yang
bersangkutan praktikal bisnisnya juga sedang mencari calon isteri yang akan
diletakan di rumahnya saja. Tempat seorang isteri itu baginya bukannya
berkerjaya apa saja di luar rumah dengan meninggalkan tanggung- jawabnya di
rumah. Justeru dia mampu memenuhi keperluan rumah tangganya dengan
pendapatannya yang banyak itu.
Pandangan Zulhilmi itu langsung tidak disetujuinya. Masakan
setelah bersusah payah belajar bersungguh matlamat yang menjadi wawasan selama
ini sejak kecilnya dengan mudah saja diabaikan hanya kerana cintakan seseorang
yang diletakan terlalu tinggi melebehi segalanya. Menolak pandangan Zulhilmi
bererti ia telah menghampakan harapan kawan-kawannya dan tentulah Zulhilmi juga
yang dalam diam-diam telah menaruh hati kepadanya. Dia menyedari itu tapi tidak
kuasa dirinya melupakan tanggung-jawab terhadap keluarganya yang mengharapkan
bantuan kewangan daripadanya setelah dia berkerja kelak. Ingin juga dirinya
merubah corak hidup ibu bapanya yang hidup seadanya kepada berada tanpa
mengharapkan bantuan seorang suami yang kaya-raya.
Mungkin dia akan menjadi guru setelah berpengalaman sebagai
guru sandaran selama ini. Temuduga untuk memasuki KPLI (KURSUS PERGURUAN
LEPASAN IJAZAH) pun telah dihadirinya. Dia tidak bertekad untuk menjadi
pensyarah walau ada pengalamannya sebagai tutor membimbing siswa-siswi peringkat
diploma.
Masakini tidak boleh terlalu memilih pekerjaan yang sesuai
dengan pengkhususan yang dipelajari di university semata. Padanya menjadi guru
adalah perkerjaan mulia yang akan memberinya ganjaran pahala yang berkekalan
dengan ilmu yang diberikannya diamalkan sepanjang kehidupan. Dan memberinya
peluang meraih banyak pahala kerana sering berpeluang membantu murid-muridnya
yang dilanda masalah kehidupan sedaya-upayanya.
Soal jodohnya diserahkan kepada Allah pentuannya. Mungkin yang
layak menjadi calon suaminya adalah seorang yang berjawatan guru sepertinya
juga. Kelak akan saling sefahaman kerana kerjaya yang sealiran. Syafikahnur
tersenyum pula seolah membalas senyuman
sesaorang yang bergentayangan di
matanya. Wajah seorang lelaki yang bersih dan berseri auranya lantaran
amalannya sebagai guru yang mengajar pendidikan Islam di sekolah yang sama
dengannya. Barangkali lelaki itu adalah
imam impiannya.
Tamat.
Janganlah sampai menumpang di bumi sendiri. Patutnya lebih banyak kemudahan dan keutamaan harus diberikan pada warga tempatan.
ReplyDeletehmm betul sgt tu fidah...tksh sudi baca cerpen kak.
ReplyDeleteDengan segulung ijazah pun sukar menjanjikan pekerjaan yang diingini kan PI.
ReplyDeleteHmm benar tu saniah segolong ijazah tidak menjanjikan peluang pekerjaan jika tidak berusaha sungguh mendapatkannya...tq
DeleteRisau hilang kewujudan..
ReplyDeleterisau sgtkan BP tq.
ReplyDeleteWah mbak banyak banget saya jadi pengen ikutan mbak ..
ReplyDeleteya panjang sikit..tksh lukman sudi ikutinya.
ReplyDelete