CERPEN:
MEMENUHI APPOINTMENT
OLEH: PARIDAH ISHAK
Pic google image
Apabila
tiba hari yang dijanjikan dia bersama
seorang pembantunya membawa aku ke hospital. Setelah sampai di KL dan puas
bertanya tempat yang hendak dituju barulah dapat ditentukan kemana arahnya.
Appointment yang dibuat
tidak menepati janji. Doctor yang sepatutnya ditemui dan menguruskan
pemeriksaan perubatan diriku telah bercuti panjang entah kemana. Mujur ada
seorang doctor yang sanggup mengambil tugasan yang ditinggalkan doctor
berkenaan. Aku diuji kekuatan minda dengan beberapa soalan matematik asas.
Komunikasinya menggunakan bahasa Inggeris yang mudah.
Seterusnya doctor
menganjurkan agar aku ditahan di wad untuk beberapa ketika. Aku terkejut juga
dengan saranan itu. Walau sebenarnya aku juga teringin merasai pengalaman
berada di sebuah hospital yang sangat terkenal. Aku langsung tidak terfikir
tentang masalah yang akan kuhadapi kelak. Aku hanya bergantung kepada kekuatan
diri dan kemampuanya yang tidak seberapa berlandaskan kata-kata doctor itu bahawa
ramai kakitangan perubatan di wad yang akan menjaga aku.. Langsung tidak
bersedia dengan apa saja keperluan yang patut. Tidak ada tuala untuk mengelap
air yang sentiasa keluar daripada mulut. Dan tidak ada sikat untuk menyisir
rambut yang kusut. Tidak ada gelas untuk mengisi air minuman untuk pagi, petang
atau malam.Hanya semata-mata membawa diri dengan pakaian sehelai sepinggang.
Jiran-jiranku terdiri daripada
semua bangsa Malaysia yang pelbagai sakitnya menempati katil. Wad 12A menemukan
aku dengan mereka. Kalau aku boleh bercakap tentu aku boleh berkomunikasi dengan mereka
sebaiknya tapi suaraku sudah bertahun hilang. Hilang bersama kemalangan yang
merenggut keupayaan jiwa ragaku yang kualami bersama anak-anak dan suamiku di
lebuhraya pantai timur. Entahlah. Mungkin susun-atur nasibku begitu.
Di sini aku bertemu
dengan Zaitun, Zarina dan beberapa orang jururawat pelatih dan jururawat
terlatih yang memberi khidmat mesra mereka kepadaku dan pesakit-pesakit lain. Mereka
gemar melayaniku. Mengajakku bersembang dengan caraku. Dia meninggalkan aku
sebuah buku nota kecil dan pen. Itulah saja pemberian yang diingatnya. Dengan
pen dan buku itu aku mencatat semua aktivitiku seharian dan sajak-sajak pendek
dan berkonunikasi secara tulisan dengan mereka yang sudi berinteraksi denganku.
Dia memang arif dengan kesukaanku iaitu menulis dan membaca. Jika tidak ada
buku tulis dan beberapa majalah yang dibelinya tentu aku hanya akan merenung
kosong hariku yang berlalu tanpa pengisian apa-apa.
Berada di wad dalam
bulan puasa sangatlah memilukan. Terpaksa meninggalkan puasa yang wajib di
bulan Ramadan . walau aku uzur dan ada sebab syarie untuk meninggalkannya tapi
aku sangat suka kalau dapat berpuasa. Namun tidak tergamak pula menyusahkan
mereka yang terlibat, walaupun aku tahu tugasan mereka adalah melayani apa saja
keperluan pesakit-pesakit yang berada di bawah pengawasan mereka.
Hari raya semakin hampir.
Tapi pemeriksaan ke atas diriku belum juga selesai. Setiap hari ada saja
temujanji yang ditentukan. Aku hanya mengikut saja arah kerusi roda ditolak yang membantu membawaku. Pernah
dihantar untuk scan dengan seluruh
tubuh dimasukan dalam alatan scan
seumpama telor yang besar.
Dalam laporan fail yang
aku cuba fahami kandungannya yang tergantung di kerusi roda, bahawa aku
mengalami kecederaan yang serius di otak (broken
brain) dan ada pembekuan darah di situ.
Satu ketika pula aku
disorong ke bilik di mana kepalaku dipasang wayar yang berselirat dan disambung
ke mesin pengimbas yang melukis graf panjang pendek yang tidak aku fahami. Tulisan
di fail juga tidak memberiku sebarang makna justeru tidak memahaminya suatu
apa.
Memang sukar untuk
memahami tulisan doctor. Mungkin doctor tidak mempunyai banyak masa untuk
membentuk tulisan yang cantik kerana masa sangat perlu untuk diberikan kepada
pesakit yang bertali-arus untuk mendapatkan khidmat mereka.
Tulisan cantik atau sebaliknya
tidaklah terlalu dikira. Tapi bagi yang mencari maksud dan makna sepertiku
ianya adalah amat penting sekali dan sangat diutamakan.
Selepas membuat
pemeriksaan di kepala, disorong pula ke klinik mata untuk dibuat pemeriksaan
mata pula, di sini seorang doctor wanita Melayu yang amat ramah meladeniku.
Daripada name tag yang terlekat di
bajunya ternyata beliau ini adalah
seorang professor university Malaya . Hospital ini namanya pun hospital
university dan tentulah ianya mendapat khidmat mereka yang pakar dalam bidang perubatan
daripada university yang berhampiran juga. Aku mengagak saja. Sebab bukan arif
sangatpun pengetahuan tentang ni.
Sepanjang aku di sini
memang ada siswa siswi fakulti perubatan yang datang bersama pensyarah mereka
melawat pesakit-pesakit di sini. Ada saja yang ditanya mereka kepadaku. Mereka
begitu yakin dengan apa yang dipelajari dan kemahuan diri yang ingin dicapai
setelah menamatkan pengajian kelak. Mulalah aku bermuhasabah diri tentang
kekuranganku kerna telah mengabaikan peluang yang memberiku harapan untuk
seiring mereka yang berpendidikan tinggi. Hendak bertaklik kepada nasib semata
tidak boleh juga kerana Allah tidak akan mengubah apapun jikalau yang empunya
diri tidak berusaha sesungguh hati.
Appointment
aku yang terakhir adalah menemui seorang pakar anggota. Beliau membawa aku ke
gym yang dipenuhi alatan yang membantu mereka yang lumpuh separa sepertiku
untuk boleh berjalan semula. Aku diberi keyakinan bahawa aku boleh berjalan
semula. Jurupulih Anggota di situ berpendapat begitu sambil menolongku bertatih
berjalan memegang besi yang disedia daripada melihat gayaku berjalan perlahan.
Untuk kembali pulih seperti sediakala tentu mengambil masa menurut Jurupulih Anggota
yang membantuku itu..
Tahun ini adalah tahun
ketiga aku berkeadaan begini. Terasa pantas masa berlalu tapi bagiku teramat
lambat pula kerna keberdayaan diri yangku harapkan segera menyongsong tidak
juga kunjung datang. Memikirkan semua itu menyesakkan mindaku. Air matapun
berjurai mengirai kesedihan. Biarkan sajalah. Terima ketentuan-Nya dengan reda.
Mungkin esok. Mungkin lusa, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan harapan
yang didamba menjadi kenyataan.
Zaitun, Jururawat Pelatih
yang berasal dari Sungai Petani Kedah sering juga menemaniku. Selalu juga
bertanya tentang diriku dan bercerita tentang pensyarahnya yang suka
memarahinya tanpa diberitahu kesilapannya apa. Katanya mentang-mentanglah dia
seorang pelatih, ada saja yang nak ditegurnya. Aku mendengar saja dengan asyik.
Hendak berkomentar pun tidak tahu apa. Walau dia menjadikan aku sebagai
tempatnya meluahkan rasa amarah yang membekam di hatinya tidak mengapalah. Aku
rela menjadi pendengarnya. Sekurang-kurangnya diri yang lemah dan tidak berdaya
masih ada gunanya. Dan masih ada yang sudi berkongsi cerita denganku.
Namun aku juga tidak
dapat lari daripada kesedihanku bilamana aku sendirian di katil kala tiba jam
12.00 tengah hari. Ketika inilah ramai pesakit yang menerima tamu mereka.
Mereka di kelilingi sahabat handai saudara-mara yang mengasehi mereka. Tapi
tidak aku. Tidak ada sesiapa yang sudi menziarahi aku. Tersedu aku menangis
disebalik tuala yang menutup wajahku. Seorang porter yang menghantar makanan
seperti selalu menyedari itu. Dia tahu aku sedih dan bertutur manis kepadaku,
mempelawa aku makan. Sekadar saja makanan yang mampu disuapkan ke mulut. Selera
telah hilang bersama kesakitan dan kedukaa jiwa raga yang ditanggung.
Hadir juga tetamu yang
sangatku nanti di sisi katilku. Hatiku yang kecewa teramat pula. Luluh rasa, sirna
ceria. Sebabnya dia membawa seseorang bersamanya. Sesaorang yang amat penting
dan istimewa dalam kehidupannya kini. Tapi bagiku seolah dia membawa duri
kerawat yang mencarik-carik hatiku dan melukakannya dengan parah. Apalah salahnya
kalau dia datang seorang saja hadir di saat kesendirianku ingin bersamanya.
Mengapalah aku ralat dan musykil kerana keberadaan mereka bersama menemuiku?
Memang wajarpun mereka boleh bergerak bersama kemana saja kerana mereka adalah
pasangan suami isteri yang sah. Langsung tidak ada batas halangannya.
Apatahlagi merekapun baru saja berkahwin.
Tapi tidakkah dia mahu
memberi hatiku sedikit kegembiraan setelah selama ini menghancur-lumatkannya?
Takkan sedikitpun tidak ada rasa belas-ehsan terhadap isterinya yang pernah
sangat disayanginya suatu ketika dulu ini? Atau mungkin sengaja hendak menambah
kelukaan di hatiku dengan lebih parah. Penderitaan yang teramat sangat sehingga
tidak termampu diucap dengan kata-kata. Berterusan merangkai kata mengenainya
hanya teriring dengan derai air mata.
SN Normah yang baik dan
berperwatakan lembut itu bertanya kepadaku tentang kehadiran tetamuku siang
tadi. Dia tidak percaya akan itu cerita sebenarnya. Dan amat bersimpati dengan nasibku. SN Normah
adalah, jururawat terlatih kenalan
pertamaku di wad ini. Orangnya cantik manis. Daripada lorat percakapannya aku
yakin sekali beliau ini berasal dari Negeri Sembilan. Beliau pernahku dengar
menasehati rakan sekerjanya yang mengadu kepadanya kerana keletihan dan
kesebalannya terpaksa melayani kerenah pesakit yang sangat kurang upaya dan
terpaksa dibantu kesemua keperluannya. Jawab SN Normah yang baik budi itu
dengan lunak; merekapun tidak minta nasib mereka begitu. Kita yang ada kekuatan
dan sedikit kelebihan upaya inilah yang sepatutnya membantu mereka. Memang aku
sangat bersetuju dengan ungkapan manis penyejuk jiawaku itu kerna aku tergolong
dalam golongan yang dimaksudkan itu. Tapi berapa ramaikah diantara yang
memahaminya? Hanya SN Normah seorang di antaranya.
Dalam pertemuanku yang
sebentar cuma dengan dia aku sempat berpesan kepadanya agar menjemputku sebelum
menjelang Idilfitri tidak beberapa hari lagi. Aku tidak pasti samaada pesananku
itu mahu dipenuhinya. Harapanku mudah-mudahan begitulah hendaknya. Setelah
hampir dua minggu berada di bulan Ramadan di katil hospital aku merasa semakin
jelak di sini. Dan tentu ingin sekali segera pulang ke rumah ibu-bapaku menyambut
hari raya bersama anak-anak dan keluargaku.
Renungan menjauh
sehingga kelibat Anne Lai tiba-tiba tersenyum kepadaku sambil menghulur
kepadaku sebuah majalah fesyen. Anne Lai merupakan teman pesaakit yang
sama-sama tidak boleh bercakap sepertiku. Sudi juga dia bertegur sapa denganku.
Beliau baru saja menjalani pembedahan di tekaknya dan kerna itu suaranya tidak
boleh berbicara. Gadis China itu adalah seorang jururawat resepsionis sebuah
hospital swasta dan rajin meminjamkan aku majalah yang dibawa keluarganya.
Zaitun, Zarina dan
ramai jururawat pelatih yang sering melayan bicara bisuku telah berangkat
pulang ke kampung halaman masing-masing hendak menyambut Idilfitri sehari dua
lagi dijangka tibanya. Kelibat SN Normah pun tidak kelihatan. Kenalan-kenalan
yang sering berinteraksi denganku telah tiada. Aku kesunyian, kehilangan
tegur-sapa mereka. Walau sebenarnya memang telah lama aku larut dalam kesunyian
yang melengkungi situasiku kini. Di saat
aku sangat mengharapkan kehadiran mereka yangku rasa rapat dan ada hubungannya
denganku tidak ada yang terjengul di sini. Masing-masing sibuk melayani
tuntutan kehidupan rutin dan membiarkan aku tidak dipeduli.
Dia membawa aku ke sini
dan meninggalkan bebananya iaitu aku isterinya dan mengharapkan akan dijaga
orang lain. Beginikah sikap seorang yang sangat bertanggung-jawab terhadap
keluarganya seperti yang kerap dikatakannya dulu. Ahli keluarganya adalah
mereka yang terpenting dan diutamakan segala-galanya. Aku ini adalah ahli
keluarganya yang terdekat. Kenapa pula sanggup menyisihkan aku dalam keadaanku
seperti ini? Ah! Masih merintih lagi. Sedang nasib yang mengunjungi tidak harus
dikesali.
Aidilfitri yang ceria,
menggembirakan semua tetap juga jelang pabila tarikh yang diumumkan Penyimpan Mohor
Raja Raja bagi negeri negeri di seluruh Malaysia tidak kira aku di mana. Aku
melihat Anne Lai di ujung katil. Dia merenungku sayu seolah mengongsi
kepiluanku menyambut hari bahagiaku di katil hospital. Aku bertanya kenapa dia
kelihatan murung namun tidak membalas apa-apa. Mungkin ada sesuatu yang
difikirkannya.
Tidak ramai petugas di
wad pada hari ini. Kebanyakan mungkin telah bercuti sempena meraikan Aidilfitri
bersama keluarga. Pesakit di wad yang Islam kecuali aku telah dibawa pulang
keluarga masing-masing yang prihatin. Sepatutnya aku juga sudah discharge dari wad tapi tidak ada
sesiapa yang datang menuntutku dan membawa aku pulang ke rumah.
SN Rasnah menjadi
kenalan baruku. Dia kasihan melihat aku masih di wad sedang sepatutnya sudah
dibawa balik. Dia berusaha menghubungi mereka yang ada sangkut-paut denganku
yang berada di sekitar KL untuk segera mengambilku setelah discharge sejak semalam. Tapi banyak pula alasan yang kudengar
menolak kehadiranku. Tidak mengapalah. Mendesak sesiapa saja untuk menerima
masalahku yang akan menyusahkan mereka bukan kugemari. Aku Cuma berharap pihak
hospital bersedia membenarkan aku berada di hospital ini sehingga dia
mengambilku semula setelah diberitahu pihak yang berurusan dengannya kini.
Hari raya telah separuh
hari berlalu. SN Rasnah melayani aku makan sambil berbual-bual. Katanya selama aku
begini barangkali sudah terlalu banyak agaknya air mataku yang tumpah. Sangat benarlah
susunan frasa katanya itu. Aku mengangguk. Kebiasaanku begitulah. Terangguk-angguk
untuk mengiakan sesuatu. Kenalanku ini sangat memahamiku rupanya.
Akupun mula menulis sesuatu
tentang dirinya dalam buku kecilku.
alahai sedihnya kak..
ReplyDeletesesekali tulis cerpen sedih pula yan...tq
Deletepelbagai kisah kehidupan boleh didapati ketika berada di hospital..kebykan kisah sedih..huhu..
ReplyDeleteYELA NOHAS CERITA DI RUMAH SAKIT HANYA TNTG KESAKITAN...TQ
DeleteTouchinglah kisah ni K.PI
ReplyDeleteYEKE...SEDIH JUGA KAN...TQ MRS A
DeleteKenapa ada airmata kakak merembes pulak bila baca cerpen ini
ReplyDeleteMengharap cerpen ini sekadar rekaan semata-mata..
WAH BERJAYA JUGA PI MELUKIS RASA SEDIH YA..SEKADAR CERPEN SAJA KAKZAKIE XDE KENA MENGENA DGN SESIAPA...TAPI BIASANYA PENULIS MNGGARAP TULISAN HASIL PEMERHATIANNYA...TQ
DeleteAllahu..
ReplyDeleteKENAPA WAWA...TQ
DeleteTersentuh pulak cerita ni K PI, hari raya ditinggal sorang sedih..
ReplyDeleteTKSH BP MMG SEDIH BERAYA DI HOSPITAL NI...
DeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak...
ReplyDeleteBegitulah lumrah hidup kak. Kala kita senang ada yang datang bertandang. Kala kita susah dan kesakitan, jarang yang menjenguk menghiburkan hati. Lagi sedih apabila sang suami mencari pengganti baru sedangkan kita masih bernyawa mengharap kasih yang tidak sebanyak mana. Cintanya hanya sekadar belas kasihan. Bila kita tak berdaya kita disisih buang. Itu bukan namanya cinta sejati kak. Mudahan sabar sahaja yang mampu menguatkan iman kita saat kesedihan.
Saya turut hanyut dalam perasaan yang tidak lekang dengan kesepian. Setelah membaca cerpen ini sampai habis, saya mengambil pelajaran bahawa kita yang masih disempurnakan Allah tanpa ada sakit perlu sangat bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
Kak, saya sudah menjelaskan tentang beza TELUR MASIN dan TELUR PADI dalam balasan komentar akak di blog saya. Silakam membacanyanya. Malah saya lampirkan foto baru juga di sana.
Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
WSALAM DIK SITI FATIMAH..............BENAR SEKALI KOMENTARNYA...KADANG TAKDIR HIDUP MASING2 XKITA KETAHUI RUPANYA DAN HARUS SENTIASA BERSEDIA.
ReplyDeleteTERIMA KASIH PENJELASAN TENTANG TELOR PADI YG UNIK TU BARU KAK KETAHUI SETELAH ULANG BACA DI BLOG SITI.
selamat menulis tentang dirinya, semoga berbahagia :)
ReplyDeleteTKSH IZAM..
ReplyDeleteAllah... mendalam kisah ni... menyentuh perasaan kak...
ReplyDeleteYEKE..TKSH DIK KK SUDI BACA...SATU SISI KEHIDUPAN KITA YG BERAGAM KISHNYA...
ReplyDeleteWah ceritanya sedih banget yah, keren banget bisa menjadi motivasi nih
ReplyDelete