Tuesday, 12 April 2016

MISTERI GUNUNG SENYUM....

ASSALAMUALAIKUM....

PERNAH KE GUNUNG SENYUM? KALAU BELUM BOLEHLAH MERANCANG UNTUK KE SINI.....GUNUNG SENYUM ADALAH ANTARA TEMPAT YANG MENARIK UNTUK DILAWATI DI PAHANG....BERADA DALAM DAERAH JENGKA DAN DEKAT DENGAN KAMPUNG PI....TIDAK SUSAH UNTUK KE SINI....DARI TEMERLOH MASUK JALAN JENGKA DAN SUSUR KE JENGKA 23 UNTUK MASUK KE JENGKA 25 ...NAK MERASAI KEHIDUPAN ALA PENEROKA FELDA BOLEHLAH MENGINAP DI INAP DESA ATAU HOMESTAY YANG DIUSAHAKAN PENEROKA FELDA DI SINI SAMBIL BERJALAN MENIKMATI KEINDAHAN GUNUNG SENYUM YANG PENUH MISTERI.


SEDIKIT TENTANG GUNUNG SENYUM


Gunung Senyum terletak di daerah Kuala Krau, Pahang. Lokasinya yang tepat ialah 20 km dari Bandar Jengka, 40 km dari Bandar Temerloh melalui Jalan Temerloh - Jengka dan 149 km dari Bandar Kuantan. Terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang dan berketinggian 486 meter (1,594 kaki).
Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Pahang telah menjadikan puncak gunung Senyum sebagai pusat origin koordinat bagi negeri ini kerana terletak di tengah – tengah negeri Pahang.
Dikisahkan, Gunung Senyum mendapat nama ketika Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad memudik di Sungai Pahang dengan menaiki sampan lalu baginda bertanya apabila ternampak gunung ini.
Setelah bertanya kepada para pengiringnya, mereka hanya tersenyum, maka dengan berseloroh gunung ini dinamakan sebagai Gunung Senyum. Menurut kajian arkeologi, hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah kehidupan manusia zaman Mesolitik.
Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik.

Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh.
Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini berada dibawah seliaan PERHILITAN. Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular.
-----------------------------------------
APA YANG DITEMUI DI SANA...
1 – GUA 7 KOLAM
Setelah menaiki sebuah tangga, anda akan menemui Gua 7 Kolam. Gua ini dirujuk kepada sebuah papan tanda yang dinaikkan oleh Jabatan Warisan, merupakan sebuah gua yang menjadi tempat bersiram seorang Puteri Bunian suatu ketika dulu. Diceritakan, Puteri Bunian ini telah berkenan kepada seorang manusia iaitu Tok Long yang bertapa di Gunung ini. Sebelum berkahwin, Tok Long mengkehendaki Puteri ini untuk bersiram / mandi di 7 Kolam ini.
Ketika anda berjalan masuk ke dalam gua ini, anda akan dapati 7 kolam tersebut seakan dibuat-buat. Sungguh cantik ! Ketika aktiviti berlangsung, keadaan cuaca adalah panas dan tiada sedikit air dalam kolam-kolam tersebut. Namun, menurut Cikgu Kesatria, ketika musim hujan, terdapat satu lubang yang berada di langit gua tersebut akan mengalirkan air dan ketujuh-tujuh kolam itu akan dipenuhi air.
2 – GUA TERANG BULAN
Puteri Bunian ini kemudian dikehendaki untuk berjemur dalam Gua ini. Semasa melangkah masuk, anda akan dapati terdapat suatu lubang cahaya dan dikatakan cahaya bulan memancar ke dalam gua ini.
3 – KUBUR MAKAM TOK LONG
Azalinya, sifat orang Bunian ialah bercakap jujur dan menepati janji. Pada suatu hari, Tok Long mahu pulang ke kampung halaman selama 1 purnama. Maka, berjanjilah akan Tok Long kepada Puteri Bunian ini. Lalu, Tok Long pulang ke kampungnya. Genap 1 purnama, Tok Long
tidak mengotakan janjinya dan tidak pulang tepat pada masanya.
Setelah Tok Long pulang, beliau mendapati isterinya telah tiada dan hilang ke alam ghaib. Maka, bersedihlah Tok Long sehingga dikatakan Tok Long selalu bertafakur dan meninggal dunia lalu dimakamkan di sini.
Ketika membawa siswa dan siswi ke sini, kata Cikgu, jika ada sesiapa yang bernasib baik, dapatlah kamu lihat kesan tapak kaki Puteri Bunian tersebut dan tapak kaki anaknya di atas pasir yang sedang kamu pijak. Apalagi, semua yang ada di situ lantas menunduk dan memandang jika terdapat kesan tapak kaki seperti yang diceritakan.
4 – GUA BATU KARANG
Di sini, anda akan lihat terdapat banyak batuan seperti karang laut. Begitu ajaib bagaimana karang-karang laut ini boleh wujud / terdapat di sini. Mengikut dokumentari Majalah Islam tadi, benarkah dahulu Gunung Senyum merupakan kawasan dalam laut ? Untuk merungkai persoalan ini memerlukan kajian dan telitian oleh semua pakar sejarah di negara kita.
Dapatkan sampel dan hantar kajian yang diperolehi seperti mana USM telah lakukan di Tapak Sungai Batu Kedah. Objektifnya cuma satu agar identiti diri dan sejarah dapat dihayati dan dipelajari oleh kita semua secara amnya.
5 – GUA SILAT
Terdapat banyak kesan tapak kaki oleh penuntut-penuntut Silat di gua ini. Ada kecil, ada besar; pelbagai bentuk tapak kaki yang dapat dilihat di dinding gua ini. Hal ini membuktikan Gua ini merupakan tempat latihan untuk para pesilat suatu ketika dahulu. Tidak diketahui jika masih ada pesilat yang ke gua ini untuk berlatih.
6 – GUA ANGIN
Apabila anda menjejakkan kaki anda di gua ini, anda perlu naik ke satu tempat yang lebih tinggi. Di sudut tersebut, akan dapati angin bertiup dan sangat mendamaikan. Sangat sesuai dengan keadaan para pendaki yang peluhnya sudai mulai merecik dan sedikit panas. Rasakan kesegaran angin dan anda akan berasa tenang di sini.
Begitulah serba ringkas apa yang dapat saya berikan buat pembaca sekalian. Terdapat banyak lagi Gua yang anda boleh fahami. Anda bolehlah Google atau manfaatkan hari cuti anda dengan berkunjung ke sini bagi melawati Gua-gua tersebut.
-----------------------------------------
LAIN-LAIN YANG MENARIK
Salah satu gua di situ mempunyai lumut bewarna hijau terang yang terdapat pada batu-batu gua tersebut. Kata cikgu, bagi yang mempunyai penyakit panau, bolehlah menyapu lumut ini terus pada tempat yang terkena jangkitan tersebut.
Perkara lain yang menarik di sini ialah najis kelawar. Kesan-kesan najis kelawar yang terdapat pada gunung ini telah memberikan pendapatan buat penduduk setempat. Anda boleh lihat ketika mula-mula sampai ke sini.
Berminat untuk meneroka sendiri Gunung ini, anda boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan mendaftar dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber The Patriot fb
Pic google images

20 comments:

  1. byk gua rupanya kata dalam tu ... ingatkan gua tu mcm org senyum ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua2 yg menyimpan kisah misteri tu qv...kalau ke sini simpan apa saja komen dlm hati heh..heh...bimbang juga kan..tq qv.

      Delete
  2. bagus tu MKL..menarik tempatnya ni tq

    ReplyDelete
  3. Unik dan penuh misteri..
    Walau selalu balik Pahang, tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  4. Unik dan penuh misteri..
    Walau selalu balik Pahang, tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  5. Info yg sgt menarik, tq sharing kak PI

    ReplyDelete
  6. Info yg sgt menarik, tq sharing kak PI

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, terima kasih atas informasinya. Saya pernah pergi sekali lama dulu dalam tahun 1999..Tapi tak meneroka jauh ke dalam, sekadar di luarnya sahaja.
    Masa anak sulung belajar di SMA Pulau Tawar, setiap kali ke sana melawatnya, selalu melintas di simpang masuknya. tapi tak pernah terfikir pula nak singgah. Baca entry ini, tetiba rasa nak pergi hehe...insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM DIK USTAZ..TKSH BANYAK DOANYA.
      WAH DAH SAMPAI KE SINI YA...BOLEH KE SINI LAGI MENEROKA LBH JAUH KE DALAM GUA2NYA YG MENYIMPAN MISTERI...

      Delete
  8. tak pernah lagi masuk gua..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...DI PHG NI BNYK GUA2 YG CANTIK YAN...TQ

      Delete
  9. dah pernah bermalam dia sana dan melawat Gua Senyum masa belajar di Kolej Matrikulasi Pahang..hihi..cantik gua nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE..PENGALAMAN MENARIK TU..MESTI BERMALAM RAMAI2 TANPA RASA TAKUT KAN..TQ MAMA ILA.

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist