Saturday, 30 April 2016

DISIPLIN MENULIS HAIKU..

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU YA...SEMOGA HARI INI SANGAT MENGGEMBIRAKAN SAMBIL MENGHABISKAN CUTI SEHINGGA 1 MEI ISNIN INI SEMPENA HARI PEKERJA...HARI NI PI SAMBUNG ENTRY SEMALAM DENGAN TUTORIAL LENGKAP SIFU TABIR ALAM BERKENAAN HAIKU....PI PUN TIDAK TAHU SANGAT TENTANG CARA YANG BETUL MENULISNYA....BERSAMA SAMA KITA MEMPELAJARINYA YA...

Tabir Alam's Profile Photo
TABIR ALAM
DISIPLIN MENULIS HAIKU
Menulis haiku punyai disiplin yang ketat, tidak seperti menulis puisi lainnya. Tidak seperti sajak yang bebas. Haiku, Pantun dan Soneta adalah tiga puisi tradisional yang masih bertahan. Haiku, begitu juga pantun terikat dengan tatacara penulisannya. Ada peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi. Pendirian yang berdisiplin akan akan mudah memahami tentang puisi tradisional.
(1) KIGO
suara bilal
tenggelam matahari
negara Islam
Ulasan - "tenggelam matahari" tidak meletakkannya sebagai kigo, mungkin pandangan haijin suasana itu sudah mencukupi. Ketiadaan kigo tidak meletakkan karya ini sebagai haiku. Disitulah keperluan mengapa Saijiki diwujudkan bagi haijin menyemak kigo yang sesuai untuk sesebuah haiku sebelum haijin menulis haiku. Perkara "semak Saijiki" sudah diulang saban hari.
(2) KIGO BERTINDIH
Lembayung senja
camar pulang ke sarang
padat tembolok.
Dalam kealpaan kita tidak menyedari mengguna dua kigo dalam sebuah haiku. Keterujaan mendapat ilham mencetuskan cerita yang bagus seperti haiku di atas, tapi terkandas bila dua kigo digunakan.
Mungkin kalangan haijin boleh mengesan dua kigo yang dimaksudkan dalam haiku di atas.
(3) IMEJ
langit kirmizi
lampu masjid terpadam
drama bersiri
Ulasan - "kirmizi" itu bermaksud warna "merah tua" satu imej yang diberikan pada "langit". Baris dua menggunakan perkataan "terpadam" yang membawa maksud "tidak sengaja telah padam" yang telah berlaku ketika suasana di baris #1. Mungkin haijin cuba menceritakan makmum meninggalkan masjid untuk menonton "drama bersiri" atau senario itu berlaku dalam "drama bersiri".
(4) BERCERITA
mentari petang
singgah di masjid lama
merapatkan saf
Dalam penulisan haiku tidak sepatutnya penulis bercerita atau "too much telling".. perkataan "singgah" membuka ruang kepada haijin menceritakan apa yang berlaku - persoalan: siapa yang singgah? Imej yang kukuh boleh diberikan kepada suasana itu tanpa melibatkan perbuatan seseorang yang singgah. Contoh: "pintu masjid terbuka"
Lebih membenarkan lagi situasi itu disudah pula dengan "merapatkan" saf pula menjadikan keselurhan haiku itu bercerita.
(5) FAKTA
maghrib pertama
masjid luas tersergam
saf kekosongan
Kigo "mahgrib pertama" adalah solat maghrib pada malam Maal Hijrah di mana kebiasaannya jemaah melakukan solat sunat meniggalkan tahun yang lalu, kemudian dilakukan pula solat sunat menyambut tahun yang baru. Melihat kepada imej di baris #2 tentunya mesjid itu sebuah masjid yang besar mempunyai AJK yang mamadai untuk menjalankan aktiviti masjid. Jadi tidak mungkin "saf kekosongan" dalam keadaan setempat, cuma mungkin boleh berlaku pada masjid di negara yang mengalami peperangan. Allahuw'alam.
(6) JUKSTAPOSISI
berebut senja
helang pulang ke sarang
solat jemaah
Haiku ini menarik juga melucukan. Jukstaposisi imej agak menarik di baris #1 dan baris #2. Kigo ada. Walaupun "berebut" itu kata kerja namun imejnya memberikan suasana dalam "terburu-buru" kumpulan atau seekor "helang pulang ke sarang". Persoalannya siapakah yang ber"solat jemaah" setelah "berebut senja" tu?
(7) PUITIS
selangit jingga
tirai senja terungkai
bintang mengerdip
Haiku di atas ternyata puitis dengan binaan ayat yang melankolik. "selangit" menerangkakan sepenuhnya langit yang jingga. "tirai senja" amat ketara puitisnya hehehe... dan diakhir bintang yang "mengerdip" yang amat mendayu...
(8) YO-IN
Mentari senja
alunan suara bilal
bergema takbir
Di baris #2 imej "alunan suara bilal" tentulah bilal itu sedang bang ketika "senja" dan seterusnya wajarlah "bergema takbir" jadi dimana impak yo-in atau kata tersirat dalam haiku ini.
(9) KATA BERGANDA
Di ambang senja
Terang-benderang masjid
Dalam berwuduk.
Penggunaan kata berganda tidak digalakkan dalam binaan haiku, apatah lagi sebagai percubaan melengkapkan sukukata yang mengundang imej lemah kepada haiku.
(10) EDIT
Penghujung senja
Suara azan bergema
di saf hadapan
2 hrs • Edited • Unlike • 2
Saya rasa peringatan di status Sayembara sudah jelas. Tujuannya adalah untuk mengeallakan pertikaiatan yang mana satu yang hendak digunakan.
(11) SUKUKATA
Kubah kukuh ini - 6 onji
mercu tanda islamik
senja simbolik usia - 8 onji
Binaan haiku patut menepati patrun penulisannya dalam rangka 5-7-5. Karya di atas agak berlebihan sukukata yang merosakkan imej haiku.
(12) ULANGAN YO-IN #8
Menjelang subuh
Suara bilal masjid
Tarik selimut - #8
Masalah #8 sebenarnya adalah mengelak ulang guna "yo-in" atau kata tersirat dalam haiku yang dihasilkan. Peraturan ini hanya terpakai dalam proses pemilihan haiku untuk antologi Projek Haiku kerana saya tidak mahu pembaca menjejak beberapa "yo-in" yang sama dalam sebuah antologi. Untuk haiku persendirian tidak menjadi masalah, tetapi adalah lebih kreatif bagi haijin menggunakan "yo-in" yang baru.
(13) PERSONIFIKASI
di langit senja
matahari 'mengintip' - personifikasi
diam tafakur
Personifikasi sering digunakan dalam sajak, tapi ianya tidak sesuai dalam penulisan haiku. Personifikasi memberi atau menyerapkan sifat-sifat manusia kepada benda yang tak bernyawa. Adakah benar "matahari" boleh "mengintip"?
(14) ISTILAH
Lelangit senja
Lunak suara muazin
solat yang wajib
Pengguna istilah yang betul memudahkan pemahaman penikmat haiku untuk mentafsirkan sesebuah karya. Istilah "lelangit" adalah bahagian "langit" di dalam mulut manusia, manakala "langit" adalah ruang angkasa yang kelihatan biru terbentang.
(15) KATA BERGANDA
Bina haiku dengan ayat ringkas serta perkataan yang mudah difahami. Cuba elakkan dari mengguna kata berganda seperti contoh: berlari-lari, bermain-main, berebut-rebut. Ada kalanya penggunaan kata berganda bertujuan untuk melengkapkan sukukata dalam haiku, tapi ia lebih kepada membazir penggunaan perkataan dari mengukuhkan imej...
(16) ONOMATOPUITIK
Menggunakan kata yang hampir sama dengan bunyi atau suara yang ditimbulkan oleh sesuatu barang, gerak atau orang... contoh haiku:
durian 'raja kunyit'
sepangsa padat sendat
tiada daulat
(17) HURUF SINGKATAN
Merujuk kepada haiku yang dihasilkan dalam Projek Haiku (17), terdapat ramai haijin menggunakan huruf singkatan kepada sesuatu nama khas lain. Haiku tradisional tidak sesuai dibina menggunakan huruf singkatan seperti contoh: R&D, D24, FGV, FAMA, GST,..
(18) TOPIK
Selama sayembara dan projek haiku berlansung, tiada siapa pernah bertanya kenapa "topik" atau "tema"? hehehe... Mungkin semua haijin sudah faham kot. "Topik" adalah sesuatu item atau perkara non-kigo (bukan kigo) yang digunakan dalam haiku, apabila topik diberikan ia bermkasud haiku itu mesti memberi imej topik berkaitan dalam haiku yang dihasilkan.
(19) TEMA
Tema merujuk kepada sesuatu item atau kigo untuk sesebuah haiku itu dihasilkan, dan kigo boleh berkisar dari sekitar yang berkaitan dengannya. Contoh: Durian - lempuk/tempoyak/ais krim durian... Tema memberi lebih banyak ruang pada haijin menghasilkan imej kigo yang diperlukan dalam haiku tersebut.
(20) LEWAH
Lewah bermaksud berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak diperlukan. Dalam perihal penulisan haiku, walaupun ayat singkat tapi boleh dimanfaatkan untuk mengukuhkan imej haiku. Contoh imej: "buah mempelam" - "mempelam" adalah kigo jelas, "buah" jadikan bahasa lewah. Kalau tidak gunakan "buah" ia tetap "mempelam". Imej boleh dikukuhkan lagi dengan binaan ayat: "mempelam muda"/:jeruk mempelam"/"mempelam ranum"/"gulai mempelam"...
(21) TAHAP
Tahap dipetik sebagai satu tingkat dari yang biasa dengan menggunakan penambahan "ter" seperti contoh..
"termahal" dari perkataan "mahal"
"tertinggi" dari perkataan "tinggi"

11 comments:

  1. Saya lagi buta sastera kak PI..
    Wlpn di sekolah dulu 2 thn ambik sastera sbb tak ada pilihan hihihi

    ReplyDelete
  2. kak minat sastera yati tapi xpandai juga banyk yg xtau..tq

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada orang yang mampu berdisiplin dalam menulis

    ReplyDelete
  4. TKSH CT...MENULIS APAPUN KENA IKUT DISIPLINNYA.

    ReplyDelete
  5. Ilmu yg tinggi bagi saya ni.. tp perlu dikuasai oleh penulis klu mahukan impak penulisan yg mampu menyentuh ke hati yg paling dalam...

    ReplyDelete
  6. YA MRK YG BERGIAT DLM PENULISAN SASTERA KREATIF PERLU PELAJARI SEMUA NI DIK kk...KAK PUN BARU DUK BELAJAR...TQ

    ReplyDelete
  7. Baru saya tau tentang semua ni..Banyak lagi ilmu tentang penulisan yang perlu diketahui.

    ReplyDelete
  8. KAK PUN BARU DUK BELAJAR FIDAH KALAU MENGADAP SIFU XLULUS LAGI HEH..HEH..TQ

    ReplyDelete
  9. IDA, TAHUN 80AN LELA SUKA BACA 'HAIKU' DALAM MASTIKA... TAK TAHU PULAK ADA DISPLIN NYA. TERIMA KASIH BERKONSI ILMU INI

    ReplyDelete
  10. YELA SY PUN CUMA INGAT HAIKU SAJAK PENDEK TAPI MMG XTAU ADA CARA DISIPLIN KETAT MENULISNYA...PENAT JUGA NK FIKIR UTK HASILKAN CUMA SATU HAIKU...TKSH LELA.

    ReplyDelete
  11. Cool and that i have a dandy give: What Renovations Increase The Value Of A Home exterior home renovation

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist