Sudah bertahun juga asyik berulang alek dari Selayang ke kampong
halaman di ulu jempol Pahang semenjak patah kaki yang sakitnya masih juga belum
pulih lagi. Sudah uzur dan sakit terpaksalah bergantung hidup dan kekuatan diri
dengan anak-anak yang prihatin dengan masalah ibu mereka ini. Mestilah terpaksa
pulang setiap bulan untuk mengemaskan rumah, membersihkan semak samun dan
menguruskan semua urusan berkaitan sebagai pemastautin felda yang termaktub
dalam perjanjiannya.
Balik bertemu muka bertanya khabar saudara mara dan jiran
tetangga yang baik-baik kesemuanya dan sering tolong mengawasi rumah daripada
kerosakan dan gangguan yang tak diingini.
Dalam perjalanan pulang hujan merembas gerimis. Dingin dan
nyaman suasananya melintasi sungai Pahang di Temerloh yang semakin sempit
aliran sungai lantaran kemarau dan menimbulkan beting pasir sepanjang
sungainya. Penduduk tempatan yang biasa dengan keadaan begitu memenafaatknnya
dengan mencari etak dan kijing. Kalau tidak terbiasa seperti orang tempatan
jangan terlalu berani pula kerana ada kawasan berpasir akan menelan kaki yang
menjejaknya lantaran pasir jerlus. Kan bahaya tu. Hajat nak bersuka-suka tapi
mengundang bahaya.
Baru baru ini PI dan anak anak memugar kawasan rumah dengan
menambak tanah agar lebih samarata kerana kawasan belakang rumah agak berpaya
dan sering banjir jika hujan lebat. Bila dah selesai kerja kerja penambakan
bermulalah kerja menanam pisang pula. Justeru menanam anak pisang dalam waktu
kemarau terpaksalah menyiramnya setiap hari. Mujurlah saudara PI yang
mengushakannya tidak berputus asa dan tidak membiarkan anak pisang tidak mati
kering dipanah bahang panas mentari
.
Syukur Alhamdulillah mutakhir ini hujan sudah mulai turun
membasahi bumi. Dan pohon-pohon yang layu daunnya kelihatan segar dan bermaya
kembali.
Sebelum pulang ke Selayang hujan mencurah begitu lebat
sekali di daerah sini. Tapi sungai Pahang di Temerloh masih ketara beting
pasirnya.
Bermakna hari-hari biasa rumah itu kosonglah ye PI
ReplyDeleteSayangnya.. tapi kalau dak buat sendiri pun tak larat kakak rasa.
Melihat pokok pisang yg subur suka betul. Tak lama mesti berhasillah..
yela kakzakie terpksa ditinggalkan. kalau ikutkan hati xingin nk biarkannya terababai xterjaga tapi apakandaya tiada suatu apapun yg kekal dgn kita kecuali DIA...tq insyaAllah xlama lagi dptlah merasa pisang yg ditanam di tanah kak
Deletebaru tahu kak PI tinggal di selayang. Dekat je dgn saya di gombak ni. btw cantik kampung kak PI
ReplyDeletehmm dekat je dgn gombak ada rezki dpt jmpa raihaanah di gombak..tq
DeleteKak PI... seronok balik kampung... hujan rahmat... hujan Allah turunkan sekejap saja rumput2 dah hidup semula... kalau duk siram lambat juga nak naik rumput2... byk nak pokok pisang, dah besar leh mkn hasil...
ReplyDeleteseronok balik kampung shela kalau boleh xmau kemana mana lagi tapi apa nk kata kan...syukur alhamdulillah hujan dh mulai turun menyegarkan kelayuan rumput n kekeringan bumi....tq
Deleteselamat kembali menikmati suasana kampung nan asri dan menenangkan jiwa dan raga, semoga kehadirannya kembali ke kampung menjadikan kampungnya bertambah maju
ReplyDeleteTKSH CT...INSYAALLAH SESEKALI BALIK KAMPUNG MEMAJUKANNYA HEH..HEH...TQ
DeleteKampung la tempat paling tenang sekali di dunia. :)
ReplyDeleteBETUL TU AIN SETUJU SGT...TQ
Deleteseronok balik kpg..in shaa Allah, nanti boleh menuai hasil tanaman pisang..
ReplyDeleteIKUTKAN HATI NK JE DUDUK DI KAMPUNG NOHAS MNGHABISKAN MASA DGNN BERCUCUK TANAM APA SAJA...TQ
DeleteMasa balik kampung mertua di Temerloh hari tu, memang nampak air sungai Pahang semakin sikit. Kawasan pasir juga semakin jelas kelihatan.
ReplyDeleteMoga hujan turun dan membasahi bumi...aamiin
YELA FIDAH NAMPAK JALUR AIR SG.PAHANG SEMAKIN KECIL DAN BETING PASIR JELAS TINGGI.
DeleteHUJAN DH MULA TURUN MAKIN OKLH TU...TQ
Seronoknya PI masih ada kampong ingat memang orang Selayang.Tengok pokok pisang menghijau daunnya hidup subur.
ReplyDeleteTAKLAH ZAI BARU JE JADI ORG SELAYANG MSH ADA KAMPUNG LAMANNYA.
DeleteMUDAHAN PISANG2 TU AKAN TERUS SUBUH HINGGA MENGHASILKAN BUAHNYA...TQ ZAI
Jauh juga perjalanan PI setiap bulan menjenguk kampung kan...Alhamdulillah dapat saudara dan jiran yang baik tolong jaga rumah.
ReplyDeleteHarap dengan turun nya hujan sekali sekala dapat menyuburkan pokok pisang yang ditanam.
JAUH JUGA JARAKNYA TAPI DH KAMPUNG HALAMN TETAP JUGA DIJENGUK SANIAH.
DeleteINSYAALLAH JIRAN2 KAK BAIK2 SEMUANYA N RAJIN MENOLONG.
POKOK2 PISANG TU NMPKNYA DH MULA PECAH DAUNNYA MUDAHN AKN TERUS HIDUP SUBUR...TQ
Saya pun ada mak saudara dan sepupu duk di felda kat tasik cini, tapi mmg ketara musim panasnya hingga kolam hiasan yg dibuat ada tangga ala2 jejambat jadi kering kontang tinggal tangga dan jejambat je..
ReplyDeleteYEKE...KAK PUN ADA MAK SEDARA DI CHINI YG BERDEKATAN DGN TASIK CHINI...MUSIM KEMARAU NI KEADAAN TASIKNYA MCM YG NOR CAKAPLH DH SEMAKIN KERING AIRNYA...TQ
DeleteMbak selayang itu di daerah mana ya mbak, soalnya saya baru pertama kali mendengar selayang ...
ReplyDeleteSELAYANG NI DEKAT DGN BANDARAYA KL LUKMAN KIRANYA KWSN PINGGIR BANDAR...TQ
DeleteMrs. A pun dah hampir sebulan tak balik kampung, walaupun kampung dekat aje.
ReplyDeleteHurm... rindu kat mak
PULANGLAH MRS A LBH DKT LBH SNG NK BALIK JUMPA MAK...TQ
ReplyDeleteINSYAALLAH HARAPAN KITA GITULAH DIANA...TQ
ReplyDeletemalam tadi , di sini juga hujan . alhamdulillah , dapatlah rasa dngin malam . klu tidak , panas memanjang ... mudah2n hujan akan turun lagi memberi tumbuhan makanannya ...
ReplyDelete