KUALA LUMPUR 21 April - Rata-rata pengguna laman sosial Facebook mempersoalkan bayaran bil elektrik meningkat dua kali ganda walaupun menggunakan kemudahan tersebut seperti biasa.
Terdapat sebahagian daripada mereka melahirkan rasa tidak puas hati dan mendakwa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil kesempatan terhadap cuaca panas ketika ini dengan mengenakan beberapa caj tersembunyi.
Pemilik akaun Facebook, Ad Deenn mempersoalkan bayaran bil elektrik meningkat sehingga mencecah RM500 pada bulan lalu.
“Naik mendadak daripada bil yang sebelumnya iaitu di bawah RM200, sedangkan penggunaan pendingin hawa pertama hanya empat jam setiap malam manakala penggunaan pendingin hawa kedua pula satu jam setiap malam,” katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Siti Zue Zulaikha memohon perhatian daripada pihak TNB supaya menjelaskan secara terperinci mengenai kenaikan bil elektrik tersebut.
“Para jurutera TNB digesa menjelaskan secara terperinci isu kenaikan bil elektrik ini sebab majoriti pengguna tertanya-tanya apa kaitan dan kesan El Nino sehingga mempengaruhi peningkatan dua kali ganda penggunaan elektrik,” katanya.
Dalam pada itu, Azman Gen berkata, TNB perlu meneliti masalah itu secara teliti kerana ia telah mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat seterusnya menyalahkan kerajaan.
“Rakyat dah naik darah, TNB janganlah bertindak sesuka hati menaikkan bil elektrik tu hanya kerana alasan El Nino kononnya. Ingat rakyat semua kaya-raya,” katanya.
Turut senada, Mohd. Noor yang meminta TNB menyiasat segera punca kenaikan bil elektrik rumahnya daripada kebiasaan RM50 kepada RM215 sebulan.
“TNB, bil elektrik saya biasanya RM50 sebulan tetapi bil untuk bulan terbaru menjadi RM215. Saya mendesak supaya TNB segera siasat perkara ini,” katanya.
rasanya mcm betul ambik kesempatan kan,,kalau tak kenapa jadi mcm tu..
ReplyDeleteDah la musim panas P ada jugak yg amik kesempatan, hati pun bertMbah2 panasss ni
ReplyDeleteDah la musim panas P ada jugak yg amik kesempatan, hati pun bertMbah2 panasss ni
ReplyDeleteBil elektrik naik
ReplyDeleteTentu semua panik
Apalagi buka pendingin sikik
Ya pasti hati pengguna terik
Alhmdulillah, bil rmh saya masih mcm biasa.
ReplyDeleteAlhmdulillah, bil rmh saya masih mcm biasa.
ReplyDeleteKalo naik gitu bakalan jadi repot ya mbak :)
ReplyDeleteeemmmmmm....Malaysia Boleh! :)
ReplyDeleteBetul ke kerana al nino...waaa risaunya andai bil melambung budget pun lari juga.
ReplyDeleteNTAHLAH SANIAH RISAU JUGA KAN..
Deletehtak tahu lah saya nak komen apa ni
ReplyDeleteSELAGI MAMPU BYR SAJALAH YA YAN...KENA POTONG ELETRIK BERGELAP PULA..TQ
ReplyDeleteKalau mereka yg benar2 prihatin takkan naikkan cas tiba2 tinggi semata2 sbb elnino... ibarat penganiayaan namanya tu... wallahualam.
ReplyDelete