Sunday, 11 January 2015

LEMPENG KELAPA...KUIH KASTURI/RENGAS.


ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT MENJAMU SELERA...SEDERHANA SAJA HIDANGANNYA DI HARI MINGGU INI. SEDAP JUGA TU...SEDAR TAK SEDAR HABIS NASI SEPERIUK.



MINUM PETANG PULA MAKAN LEMPENG KELAPA DENGAN SAMBAL TUMIS BERSAMA SECAWAN TEH DALAM CUACA LEMBAB DINGIN BEGINI SEDAP AMAT.



bahan:
3 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
2 cawan air
garam secukup rasa
sambal tumis


cara:
satukan semua bahan kecuali sambal tumis..
kacau hingga rata.. tambah air kalau perlu.. dan rehatkan sekejap
panaskan non-stick pan.. laserkan dengan sedikit minyak masak..
sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan.. masakkn diatas api yang sederhana..
terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing..

http://aidahjune.blogspot.com

SUDAH ADA LEMPENG BERSAMBAL TUMIS YANG PEDAS RASANYA DAN KUIH MANIS PATUT JUGA ADA KAN...BARU BANYAK PILIHAN.

KUIH RENGAS.


BAHAN-BAHAN

1 cawan kacang hijau - rendamkan beberapa jam (CT rendam 2 jam)
Air secukupnya untuk merebus
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sudu besar kelapa parut muda (ambil putihnya saja)
3 sudu besar tepung gandum

Bahan Batter (Tepung Utk Menggoreng)
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik kunyit serbuk
1/2 sudu kecik air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:

1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. (Jangan sampai hangus..nanti tak sedap)
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter (gorengan) untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter (gorengan) sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.


LIKE PAGE RESEPI KAMPUNG.

29 comments:

  1. Lempeng + sambal = my faveret :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee lempeng yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM LEMPENG PUN SEDAP....TQ TIGA LALAT.

      Delete
  3. semua feveret tu . klu dpt , trus hilang diet ... kuih rengas tu kami panggil kuih kasturi . uhh ... dah lama tak buat . kacang hijau ada jer berlambak kat dapur . time ada kelapa parut , tak terfikir lak nak buat ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...MASAK LEMPENG MUDAH JER, KUIH RENGAS LAMBAT SIKIT...TQ QV.

      Delete
  4. wah sedap ..lengkap dengan resipi..pasti ada yang adaptasi ilmu memasak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELAH CIKGU RESEPI MSKN MUDAH PUN RAMAI YG XTAU...TQ CIKGU ETUZA.

      Delete
  5. baca lempeng kelapa perut langsung berteriak kalau malam ini belum di isi.
    ya udah saya makan malam dulu deh yah, nanti balik lagi buat ambil lempeng kelapa kuihnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...SILAKAN MENGAMBILNYA SEDAP TU...TQ CHILEMBU THEA.

      Delete
  6. Saya tunggu kiriman lempennya.. kerumah ya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH..HEH..BOLEH..BOLEH...TQ DIK BUDI PURNOMO

      Delete
  7. BOLEH..BOLEH...HEH..HEH...TQ DIK BUDI PURNOMO.

    ReplyDelete
  8. Rajin PI masak dan buat juadah minum petang... Saya kalau ptg2 minggu ni kalau teringin nak makan2 kuih keluar je cari kat gerai-gerai. Silap2 makan tengahari pun kat kedai jugak... hehehe... tinggal sorang, ape de kisah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. XRAJIN SGT PUN..MAKAN MMG SUKA....TQ SWEETIE.

      Delete
  9. Selalunya kalau hidangan lauk yang ringkas tu lebih berselera untuk dimakan...hehe
    Kuih kasturi tu membuka selera saya dikala petang2 begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MASAK SIMPLE TP SEIMBANG...OKLH KAN...SESEKALI MAKAN KUIH RENGAS SDP JUGA...TQ BM.

      Delete
  10. 2x sy suka ni! cuma nk buat je malas ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE..ADA SELERA KENA CARI MASA...TQ ANIES.

      Delete
  11. Zumal baru belajar buat lempeng kelapa nie minggu lepas. Hehe ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...LEMPENG KELAPA NI KUIH MUDAH ORG DULU2 BERSARAPAN PAGI ZUMAL...TQ.

      Delete
  12. tu dia..meleleh air liur tengok kuih yang dah lama tak makan nih..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUIH LAMA YG MUDAH NI KDG RASA TRINGIN NK MKN JUGA...TQ DIANA.

      Delete
  13. lempeng kelapa tu kat tempat saya dipanggil peknga.. hehehe

    ReplyDelete
  14. HEH..HEH..PEKNGA YER SEDAP TU...TQ PHA IS.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist