GURISAN-GURISAN LUKA...
26 DIS 2014.
DADAKU YANG DITURIS LUKA
DIROBEK DIKOYAK SINI SANA
URAT-URAT RERAMBUTNYA PUTUS SEMUA
DARAH MERAH MENGALIR DERAS
SEGALA NANAH BERDANUNG SELUT
MERATA PEKAT DISALUT
AKU ITU BUMIMU
YANG KAU ZALIMI SEMAH-MAHU
PABILA AKU BERSEDIH
LANGIT MENANGIS SAYU...
BUMI DAN LANGIT KEMBARAN ALAM
TIDAK DIBIARKAN BUMI KESEDIHAN
SENDIRIAN
TANGISAN-NYA MENDERU-DERU
AH..LEBAT SUNGGUH TITISANNYA YG GUGUR ITU
BUMIKU KESEJUKAN MENAHAN PERASAAN
MENAHAN LIMPAHAN
APADAYAKU MENYEKAT
JUSTERU TIADA UBAT TIADA PENEBAT
MENGALIRLAH AIRMATA LANGIT
MENELUSURI KOTORAN LUKA
MENGUBATI KEHIBAANNYA
MENAWAR PENYAKITNYA...
APAKAH KAU MENGERTI?
PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA.
Makan Tengahari Di D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi
-
Assalamualaikum wbt
Hari Rabu lepas, SR dan zaimi cuba makan tengahari di Makan Tengahari Di
D'muo Kitchen Bandar Baru Bangi ni. Asalnya nak makan di Mo...
4 hours ago
Sungguh kita tak punya kuasa. Tapi kita punya daya usaha. Mencari jalan usah mengulang yg boleh membawa bencana. Allah sayangkan kita semua termasuk bumi dan alamnya. Tapi sayangnya banyak tangan-tangan yg rakus membinasa tanpa rasa belas hanya kerana gila kekayaan.
ReplyDeletebiarkanlh bumi sembuh drpd kelukaannya smbil dipulihara...setiap kerosakn mesti diperbaiki...tq kakzakie.
DeleteTerharu juga membacanya, tapi tangan2 semua disembunyikan....
ReplyDeleteBIASALH TU...TANGAN2 YG MNGCAKAR MEROBEK ITU XTERJEJAS SDKIT PUN TQ sud@is.
Deletesalams kak
ReplyDeletebetul kak...
YG MEMAHAMI YG MERASAI PASTI BERSETUJU....TQ AMIIZA.
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteMenikmati gurindam 'bumi bersedih alam menangis' menyebabkan aku turut bersedih dan menangis. Lantaran tiada upaya menyeka rakusnya 'tangan-tangan' itu. Namun, aku sembunyikan tangisan ini daripada terpamer di jasad lemah, biarlah sekadar hati dan jiwa gegak bersendu. Sememangnya aku mengerti tiada siapa yang akan ambil peduli tangisan manusia 'kecil' ini. Ya, aku hanya manusia kecil...(engkau manusia 'besar')
**foto sawah padi di atas itu benar-benar menyentap jiwa...rindu sangat-sangat berlari di atas permatang sambil menghalau burung tiak yang ganas menyerang padi...
WSALAM DIK USTAZ ...BENAR SEKALI LUAHAN RASA KITA HANYA MENYATAKAN APA YG TASDIQ DI SANUBARI HATI KITA YG DLM..MOGA2 MRK JUGA BERFIKIR DEMIKIAN...
ReplyDeleteKAK MMG SUKA LETAK FOTO SAWAH PADI DI BLOG SBB AKAN MENENANGKAN HATI N SEJUK MATA MEMANDANGNYA..TQ DIK ABU IKHWAN.